Under one ruf ^-^

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Aryssa Dania Dalam Ingatan

Lilypie Angel and Memorial tickers

Langkah Kecil AmanI IMan ZulAikha

Langkah Kecil Ammar Yusuf

Ketibaan Orang Baru

Tuesday, September 18, 2012

Sepetang dengan amani iman

Semalam, pecah rekod keluar dengan amani iman secara solo. Mmg ku akui yang abang zamani korang banyak membantu. Selama ni usaha gigih mamat tu ku pandang dengan ekor mata jerk. Sekali kena diri sendiri mula la mengelabah.

Aku tak pernah tahu bahawa angkat stoller dari kereta, bukak tutup, simpan dalam kereta kerja yang mudah. Menolak stoller juga bukan kerja yang mudah. Tolak ok la. Halangan seperti tangga? Sama ada tangga bergerak atau tak. Jalan yang tak rata memerlukan kekuatan tuk kau handle stoller. Ragam anak yang enggan dengar teguran seorg ibu?? Oh sangat mencabar. Tapi apa pun aku kena jugak buat. Biar aku rasa saat tu. dan mungkin hargai apa yang suami buat selama ni? Mungkin??? Erm semalam keluar pukul 3 sampai 7 malam. Seeing amani iman have so much fun.

Mak aku tak yakin aku pergi sendiri. Mana taknya, pasang seat belt tuk amani iman je aku dah hilang sabar. Dengan tak boleh duduk diam. Dengan badan yang nak gerak sana sini. Kalau dengan abak dia diam plak. Amani pun rasa merdeka kot abak tak ada. Kalau tak suara garau abak dah cukup buat dia ketar lutut. ( aku hagak la) sbb dia tak dengar langsung arahan aku.

Cik Tipah pesan, walaupun sekejap jangan tinggalkan anak dalam kereta. Biar susah macammana pun jangan biarkan dia sorg dalam kereta. Ok itu peringatan penting!

So perjalanan klang ke subang agak jauh jugak la bagi aku. Selalu layan dia dia je. Ni nak layan macam mana kalau aku drive? Tengah drive minyak plak tak ada... Singgah pertronas kat tepi federal highway. Cari pum yang dekat dengan kaunter. Tetiba teringat pesan cik tipah. Bersedia nak angkat amani dari seatnya. Konpommm kereta lain bising. Pedulik janji tak menyesal di kemudian hari. Sekali bangla tu kata bole bayar kat dia. Selamattttt. Tak payah la aku turun bagai.

Perjalanan di teruskan. Tetiba amani iman hilang mud. Sempat aku hulurkan susu. Bila dia garu kepala tu dia bosab la tu. Maka aku jadi penghibur twinkle2 little star. Sejak dah bijak ni dia pandai layan plak. Siap gelak2 bila aku salah lirik. Geleng kepala, jerit kalau tone aku sumbang. Dah pandai dahhhh.

So sampai empire aku siapkan semua barang dalam beg. Handbeg tak bawak. Semua aku sumpat dalam beg baju amani iman. Aku keluarkan stoller. Umur anak setahun ni baru pestime bukak stoller. Aku tahu bukak sbb abang zamani pernah ajar sekali. Tapi mencuba mmg tak pernah. Dalam hati cakap jugak. Kang tak leh tutup aku sumbat je dalam kereta.heheh

So masuk empire, main place aku nak pegi adalah toy r us. Siapa pernah gi empire? Tingkat atas. Terpikir plak nak naik eskalator tu kan? Tapi aku tak berani. Naiklah lift. Cari lift tak jumpa. Bole main lift tu rosak????? Maka naik lift bomba. Tempat yang loading barang tu. ko bayangkan sunyi. Dekat 4 kali aku tawaf cari proper lift! So nekad. Jumpa couple ni naik lift. Dia tanya aku nak gi mana sbb diorg terus ke appartment. Uhhhh idok ku tahu lak atas shopping tu appartment.Bukan hotel ke? So diorg cakap tingkat dua shopping. As i know toy r us tingkat paling atas.

Silap!!!!! Tingkat atas tu tempat kid zone. Tempat budak2 main. Bawah tu toy r us. Nak tak nak aku kena turun eskalator. Huaaaaa seram wei. Amani lak duduk tak leh diam. Aku turun dengan menahan segala kekuatan tuk tarik stoller supaya tidak jatuh tapi anak dara aku yang tak takut or gayat feeling naik roller coaster agaknya. Dia lagi depankan badan dan kaki feelingsyok macam naik roller coasterr tu! Padahal mak dia menahan stoller tu dari jatuh. Punya mengucap panjang. Tapi sayang kaki akak luka! Sob sob sob. Kaki luka tak pa, jangan anak.

Kat toy r us dia happy la... sampai kau paw mak ko mainan harga seratus lebih. Tak pa la... Hadiah hari jadi. Lagi pun aku nekad tak nak beli mainan amani iman merapu. Mostly sekarang semua more to educationkan? So belikan dia someting yang dia boleh belajar. Bagi main masak2 kang tahu nak kawin, jadi mak la apa la aku tak gemar. Sok mulut jadi mak nenek. Bukan perli sesiapa tapi aku sendiri di besarkan dengan mainan masak2, so mind kawin2. Kang main alat tulis feeling cikgu. Hahaha. Tapi tu lah cara budak belajar. Aku tahu satu hari nanti imiginasi main masak2 tu akan ada punya expecially bila dah berkawan2. Aku tak halang. Tapi aku tak nak didik dia mcm tu, biar dia sendiri nak tau.

Lepas dapat beli apa yang aku nak beli, cabaran turun eskalator yang hampir 4 tingkat... Pitam. Dengan barang yang aku beli tu. mmg payah. Tapi dah sampai tingkat bawah baru aku terpikir balik. Asal bodo benor tak turun lift???

Than nak balik macam awal. Aku nak spend masa dengan si kecik ni. Mulut dia ringgan sungguh menegur semua org. Masuk kedai the loaf ingat nak minum je. Sambil gedik. Hahah semua tengok aksi aku yang gelabah. Mana dengan anak. Dengan ipad, mana dengan phone. Dah jadi pompuan tak betul. Dengan pakaikan anak bib. Pedulik la. Baju anak aku kotor ko nak basuh ke???? Than perlu ke ambik gambar mcm org sakai? Sakai ke? Biar la! Rasanya buat masa ni, ini kali terakhir aku kuar berdua dengan amani sampai dia jalan. Hahaha. At least dah jalan senang sikit hidupkan?? Yer ke? Ke lagi susah?

Tengah sedap makan amani tengok aku dengan renungan tajam dannnn meneran baikkkkk punya. Bole plak ko berak. So nasib dah habis makan. Tapi bau dia semerbak, nak tak nak tukar kat kereta. Uhhh azab! Dah la panas! Dia tak leh duduk diam. Tukar baju dia sama sbb dah terkena najis! Tak sesuai. Bila siap, haruslah aku simpan stroller. Nasib baiklah senang. Parking plak tak bayar. Again teringat kata cik tipah tuk tidak tinggalkan anak. Kunci kereta,berdukung la plak dengan kunci kereta di tangan, parking tiket dan duit kecik. Bayangkan sendiri betapa aku menahan beban badan cik kelompang kita, tambah dia sibuk nak main kunci kereta dan parking tiket kat tangan aku... Huaaa nak nangis.

Aku nak bayar tiket dia pun sama nak tolong. Tapi tak membantu. Selasai terus masuk dalam kereta. Dan dan dia nak susu. Bagi susu. Isap puting. Amani kalau nak tido, dia kena pegang tangan or bantal. Mana ada bantal? So berpimpin tanganlah kami. Dia dakap tangan aku nasib baik dah masuk gear lima so tak heran sangat tangan nak tukar gear. Tahu2 tadi dok main jari aku terus tak gerak. Lena sudah. And me senyum puas. Walaupun agak kelibut dan penat, but i manage to handle her. Dan aku rasa role abang zamani adalah sangat besar dan aku tak pernah nak hargai or ucapkan terima kasih. Mmg superb dia uruskan anak. Padan la bila cakap nak tambah anak dia cakap nanti dulu. Wakakak

Balik rumah mmg terbanting aku. Sakit badan juga. Apa pun sepetang dengan amani iman mmg best. Hagaknya kalau dia dah besar, dia nak tak lepak dengan mak dia ni????

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails