Under one ruf ^-^

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Aryssa Dania Dalam Ingatan

Lilypie Angel and Memorial tickers

Langkah Kecil AmanI IMan ZulAikha

Langkah Kecil Ammar Yusuf

Ketibaan Orang Baru

Friday, July 5, 2013

Farewell Party

Salam...

Last week... rasanya on 27 June kot... ada lunch bersama dengan opis mate. Sebenarnya buat farewell party untuk dua staff yang berhenti. Sebenarnyakan, aku selesa tau kerja kat sini. Sangat selesa. Walaupun hubungan tu tak  la mesra. Sbb aku sendiri bukan jenis yang mesra dengan org.

Time ni gigih jugak snap gambar... harus la,kan... kenangan ni... 25 haribulan lepas genap 3 bulan aku kerja kat sini... syukur. Aku tak rasa tertekan sangat. Mungkin tempat baru kot... belum lagi. Tapi tanya staff lama kat sini pun diaorg cakap main reason diorg bertahan pun sbb bos tak  banyak sangat masuk campur.

Kitaorg makan kat restaurant cina kat Shah Alam. Apa tah mana kedai tu... sebelah Tesco Extra Shah Alam. 

Bos saya yang baju hijau tu...
 Sampai je boss aku dah ada... tunggu semua staff datang. En Sham managing director. Sorg lagi boss aku cina. Dia uruskan business dia sendiri. Kira diorg ni partner la... aku report bawah bos cina.


Yang ini pulak sebahagian budak opis... Nepali... jangan kau tak tahu, yang baju kotak2 tu memula aku masuk, aku mati2 ingat dia melayu... pelik kenapa nama dia OMKA.... rupanya org nepal. Kira Nepal educated tau... dia under account department. Buat kerja mmg pantas. Bagi aku dia macam komputer la... ko tanya je dia nama2 pekerja, laju je dia tahu. Tak payah nak bukak2 komputer atau buku nota. Pekerja asing kat company aku bukan 100/200 org yer... more than that. So ko pikir la mamat ni boleh ingat semua... heheh ke semua tu sedara mara dia? Information semua di hujung jari dia.


Yang tak pakai tudung tu Najwa, dia yang berhenti kerja. Nice girl. Peramah jugak... org langkawi katanya. Dia dapat kerja dengan kerajaan. So better offer. 

Kak Ainal (tudung merah) and (linda)
Tebalkan muke suruh diorg posing. Hahaha.... Kak Ainal atau kitaorg panggil dia Kak N, kira admin manager. Menguruskan semua la. So apa2 mmg refer kat dia.

Yani (tudung pink), Noli, Erina dan Emi
Yang ni pun teammate jugak. Semua org jauh2... kagum aku...macam tertanya kenapa korang tak nak kerja yang dekat dengan home town. Rupanya opis menyediakan penghinapan. Bagusnya...nak sewa bos bole??? Uhuk! Erina pun resign. Diorg mmg sporting tau. Mmg la bukan nak puji. Kalau di bandingkan dengan opis lama aku, ko boleh tengok diorg ni saling membantu. Kalau cuti ke apa, cepat je masing2 tahu apa nak buat. Kalau opis lama?? hahah terutama aku...  nak cuti pun talak senang tau!!!

Ni namanya kacang... hahaha
 Tak ada kerjakan??? Gambar kacang pun bole ambik. Apa je... kata blogger tegarkan???


Kami yang menunggu makanan yang tak kunjung tiba... hehehe ni gambar candid. Tak tahu nak buat apakan. Aku masih tak rapat sangat dengan diorg. Lunch pun ini la kali pertama join. Mungkin aku sendiri pemalu. Tak berani nak join2... so kat opis ni lunch ke apa semua sendiri. Nak join diorg bual pun tak pandai lagi... yer saya mmg bergini. Kalau di biarkan 10 tahun, macam tu la perangai saya 10 tahun tu...ahak! buget hot ka???


Lagi gambar candid... korang layan je la yer... nama pun tak ada kawan... wakaka... dalam belek phone, snap... bagus perangai. Kena dapat award ni... lalalalalala



Kualitu tak baik bukan sbb S4...dan ini bukan mode s4 pun... ini adalah sbb linda pun nak ambik gambar.


 Aku tak tahu apa benda ni... nak makan dengan nasi pun macam sesuatu, makan macam tu pun tak la sedap mana. Tapi rasanya isi ketam kot


Ini dia! Ikan 3 rasa... 

 Lunch kami hari tu... gigi ikan tinggal dua batang... hahaha


Masing2 sedap menjamu selera, tapi akak tetap nak jadi paparazikan... hahaha.... teruk betul perangai. Well saya memerlukan sumber maklumat untuk belok saya yang tak seberapa ni...



 Aku tak tahu nak bagi apa... mulut pun berat nak tanya, kot diorg ada beli apa2 yang bole aku share. So beli sendiri. Benda ni aku beli sblm diorg bagitahu nak buat farewell party. Yerlah tak ada benda pun aku nak  bagi. Harga sama memula nak belikan sama. Tapi sbb aku cakap Najwa org Langkawi, cuti pun bawak balik coklat, so aku assume dia pun muak kot dengan coklat. So aku belikan dia kukis.

Erina berhenti dulu, baru si Najwa. Akukan bijak beli sama. Dah tu terpikir. Tak lemau ke simpan lama2... kang bagi org, org ingat barang reject. So bagi je terus. Anyway 28 hari bulan last day tuk Najwa. Aku 28 pergi makan anginkan? So bagi la awal... tak pasal jugak kang AmaniZamani makan pulak... dah akak bagi tin kosong plak nanti.

Ok... nak lunch la... si gemuk nak gemukkan badan... tak pa next weekkan puasa... hehehe


Free Image Hosting at www.ImageShack.us
 CidaZam bercerita lagi

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails