Under one ruf ^-^

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Aryssa Dania Dalam Ingatan

Lilypie Angel and Memorial tickers

Langkah Kecil AmanI IMan ZulAikha

Langkah Kecil Ammar Yusuf

Ketibaan Orang Baru

Thursday, September 13, 2012

Dear My Princess Pucuk Kelompang

Mungkin dia tak tahu ari ini hari apa....

Mungkin dia masih tak mengerti apa istimewanya hari ini....

Mungkin dia hanya mampu melihat dan ketawa bila org 'wish' dia happy birthday.... tapi tak tahu apa sebenarnya maksud di sebalik hari ini...

Tapi pada ibunya... dia segala-galanya... dia la penawar duka, dia la buah hati pengarang jantung, dia juga telah menceriakan hidup ibu dan abak semenjak perginya puteri sulung kami. Dia menjadi lebih bermakna bila kedatangannya menjadi penantian buat kami... Hanya Tuhan yang tahu betapa kami mengharapkan kedatangannya.

Ujian demi ujian. Bila melihat gambar2 Amani Iman, hati menjadi sayu... terdetik "Besar dah anak ibu...". Dulu sekecil anak patung kini membesar dengan sihatnya. Syukur padaMu Ya Allah... aku berterima kasih kerana masih di beri kesempatan untuk menjadi seorg ibu. Aku bersyukur di atas semua ujian yang engkau berikan, menjadikan aku lebih kuat untuk terus hidup demi Amani Iman.

Iman Zulaikah.... nama itu mula bermain di kepala ku... sama ada lelaki atau perempuan, aku nekad nak letak IMAN. Dengan harapan dia menjadi seorg anak yang penyabar dan cantik budi pekerti dan yang paling penting cantik Imannya. Well semua mak ayah mengharapkan anak yang soleh dan soleha, betul tak?

Nama pangkal, aku suruh Zamani yang pilih. Well agreement first pregnancy dulu, kalau perempuan aku yang bagi nama dan kalau lelaki Zamani. But nama pangkal tak dapat nak pilih. Sbb aku pun tak tahu nama yang sedap. Aku dah melekat dengan nama Iman...

Hari kelahiran Amani Iman lagi la tak di jangka! Tok mama sibuk dengan open house pada 11 sept, that time dah mula keluar air ketuban... habis impian nak makan mee sup tok mama malam tu... sbb semuanya mengejut... due sepatut bulan 15 oct. Aku cube tenangkan hati ari tu. 4 hari lagi Amani Iman akan masuk 36 minggu! So tunggu la sayang... risau premature ni. Tapi doktor buat pemeriksaan. Memula mereka suruh aku balik, baru ucap syukur... tetiba seorg doktor panggil tuk masuk ke hospital.

OK! masih ingat mungkin pemeriksaan biasa.... tapi pukul 8 malam doktor cakap aku akan di induce pagi esok... So baby akan keluar 12 sept...

12 sept??? Awal sebulan dari due date sebenar. Pukul 9 pagi! Sepatutnya aku di induse. Tapi doktor Azmi datang buat satu keputusan yang aku sendiri tercengang! Aku akan di bedah dan akan di tempatkan EMERGENCY slot... aik bahaya sangat ke sampai emergency slot? Dr Azmi cakap kalau induce 12 jam baby tak keluar dia akan lemas. Nasib baik aku belum sarapan. Masa bedah di jadualkan jam 3 petang....

Suspen...

Aku di bius separuh badan. Of coz aku tahu dan sedar apa yang jadi dalam bilik operation tu... best part i saw Amani Iman tercampak bila doktor tekan perut aku...

Tangisannya.... masya Allah.... nyaring!!!! Kalaulah mata ini bole jadi video merakam detik itu. Tapi ia akan tersemat di ingatan ini.

Cerita yang tah berrapa kali aku ulang kat sini. Syukur pada mu Ya Allah kerana memberi pinjaman buat kami harta yang ternilai harganya.

Amani..... Ibu dan abak sayang kamu




Free Image Hosting at www.ImageShack.us CidaZam bercerita lagi

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails