Pasal status di FB... ari Jumaat tu. Ekceli inilah balasan atas perbuatan yang tak mo berpikir panjang.
Biasalah Zamani kan... sayang bini over the limit. Sampaikan aku cakap apa pun dia dok cakap tak kisah... ok je... dan sewaktu dengannya. Pastu sendiri tensi. Jumaat tu Ijat ajak kuar. Kot kalau aku nak tengok wayang dia nak folo, sbb otak dia dah tepu belajar. So ku mengambil kesempatan tuk tengok wayang cerita Magika.
So ku sms suami ku...
Sms Aku :- B jom tengok magika. Kita bawak Ijat nak?
SmS suami :- Ok jer.... ermmm mamat ni jawab pendek. Bini dia mana puas hati... hehehe
Sms Aku :- Nak gi kul berapa?
SmS Suami :- Ikut you la... Seeeeeeee apakah ini musyawarah???
Sms Aku :- Ok ada 6:45 petang, 7:50 malam; 9:45 malam. Nak mana satu? Kalau 7:50 sempat tak?
SmS Suami :- Tah, sempat kot... tak kisah Dia jawab macam nak tak nak gi je ni...
Sms Aku :- Nak gi tak? kalau tak nak, B antar ayang dengan Ijat la... kalau balik ambik tau. Ayat merajuk sebenarnya ni
SmS Suami :- Mana2 pun bole.
Akak dah jadi akak 'bad' da... A.K.A Badang. BearRani dia jawab macam tu! how dare you!
SmS Aku :- Eh cakap betul2 nak gi ke tak? nak booking on line ni
Sms Suami :- Eh ayang dah booking ke belum??
Adoiii la... ni la gara2 cakap omputeh over sangat. Bahasa melayu pun tak faham. Marah ni marah!
Sms Aku : NAK BOOKING! means goin to la...
Sms Suami :- Hahahah sori! ok ok b nak gi
Ko tak hangin?!?!
Terus kuar status ni... hahaha... percayalah ini adalah tuk suami saya. Padahal aku pun gune jugak kalau dia tanya aku. Cume mud xcited nak tengok wayang tu terbantut dengan jawapan2 pendek lagi menjentik hati.
Dan tak sedar para keluarga semua ada FB... terkena la aku balik malam tu. Bila aku tanya Ijat
Me:- Nak makan mana?
Ijat :- Tah, mana-mana pun boleh, tak kisah...
Pastu dengan sepantas kilat dia gelak dan tutup mulut...
Ijat :- Opsss sori kak long terbagi jawapan tu plak...kang ada kena PANG! soriiiii
Wakakak... hambik ko! pastu ku tanya mak...
Me :- Mak nak makan mana?
Mak :- Mak tak kisah, mana-mana pun bole. Than mak pun gelak...
Mak :- Eh lupa lak, terjawab macam tu
Kemudian semua gelak.
Tebal muke ko cida... saya menyalahkan 101% pada en suami. Kui kui kui... Zamani datang sebelah saya...
Zamani :- I pun tak kisah yang, ai ikut aje...
How dare you bebeh! Dush dush...perli baik jerk. Ok from now aku akan buat status sms tru Zamani's fon je... senang... bukan mereka sahaja teesentap, dengan aku sekali tersentap bila Zamani tanya nak ke mana? Ku jawab
Tah, ikut je....
Nak kena PANG?? bluek.....sendiri tak suke, sendiri gune. Tapi saya tak suke dengar. Saya tak kata tak suke sebut? Lalalalala
Percaya la saya hanya niat nak perli suami saya je... tapi nampaknya Allah melarang dan bayar saya dengan cash term! muahahah dengan itu semua org boleh gune ayat tu! saya benarkan ok!