Tak tahu kenapa... pagi ni aku dengar lagu ni hati ku sob sob... terharu... tetiba wajah ini bermain di hadapan mata....
* kuar kayu magic* Tinggggg!
Ushhh hansemnya.... macam berad pit!!!!
To hubby...
Tak ada ucapan istemewa... tak mo tulis omputeh... i know you gud at it...Zamani kalau dah speking london mak cik kelip2 mata dengar...hanya dua sbb je laki aku speking... satu dia marah dia lupa dia org melayu... satu kalau dia nak berjiwang jiwang dengan aku, dia ambik feeling mat salleh... tak ada nak ambik mud arjuna arjunu...hehehe... tapi kali ni ku bukan sahaja nak dia faham... nak satu dunia faham...*buget fufular*
Di kala ku kehilangan
Di dalam kegelapan
Kau suluhkan sinar petunjuk
Di kala ku kesedihan
Kau ukirkan senyuman
Dengan penuh sabar memujuk
Engkau menyambut tiap kali aku terjatuh
Andai hari esok langit akan runtuh
Tabahlah menjunjung bersamaku
Andai hari esok dunia gelora
Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu
Di kala aku tak pasti
Kau tampil dengan berani
Membimbing agar lebih yakin
Dan bila hidup penuh soalan
Kau berikan jawapan
Melengkap semua kekurangan
________________________________________________________________
Aku tak leh nak gambarkan apa yang aku rasa... semakin lama aku rasa bahagia bersama dia... meriah hidup aku siang malam... ada je dia nak menyakat aku... minggu ni fav abang Zamani ialah sergah aku... bila aku balik kerja aku tengok dia dah tido kat kerusi... acik ni pelan2 jalan tahu2 dia jerit terkejutkan aku... boleh sakit jantung..ini bukan jerit sikit2 punya hal... jerit kuat...yang aku lak dah berapa kali dia buat mcm tu pun, punyalah aku berhati2 mesti kantoi jugak... bukan apa dia jerit mmg macam tarzan oooo.... ketaq gegendang telinga acik ni ha...
Pastu time aku naik tangga dia sembunyi kat tepi... pastu sergah macam nampak apa... dia je satu2 mahluk Allah yang tak takut aku marah ke apa... dia nak kacau dia kacau... talak perasaan punya org... tak tahu ka org penat ka... sedih ka... marah ka... dia tetap tak peduli nak kacau aku tau...
Than apa lagi??? kalau aku tengok syok tengok cerita kat TV... dia paksa aku mandi, padahal dia sendiri belum mandi... paksa sampai aku naik geram... siap tolak2 aku... siap geletek2 aku bagai... tak faham aku... lain la kalau dia ajak aku mandi sama dengan dia ke... wakakak tetttttttt! Semangat sikitkan... sanggup aku tak tengok episod drama aku... wakakak gigit jari ko abang Jamani dengar statement berani mati aku...lalalala....
Apa pun ku rasa apa dia buat sangat cute! betul kata org...'enjoy moment being two...sblm bertiga'