Under one ruf ^-^

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Aryssa Dania Dalam Ingatan

Lilypie Angel and Memorial tickers

Langkah Kecil AmanI IMan ZulAikha

Langkah Kecil Ammar Yusuf

Ketibaan Orang Baru

Friday, April 16, 2010

Tersentap sekejap

Ku terima email dari beras ku...

Kak ngah perli kak long ka??? wakakak... baca petikan di bawah ini... ini yang buat aku takut sebenarnya... ini realiti... MIL pun ada cerita benda ni berlaku pada ahli keluarga PIL jugak... baca dan renungkan la... kalau sayang perkahwinan, kita perlu bertindak... bukan sbb nak menunjuk2 tapi macam yang dia tulis dlm ni, tuk kepuasan kita... supaya suami sentiasa confident dan bangga punyai isteri yang chantik dan bergaya, yang boleh di puji oleh setiap mata yang memandang...baca ok! kita share sesama info yang bergune

_________________________________________________________________

Untuk renungan dan perhatian isteri2 dan bakal isteri...

Buat Iktibar kita semua dan para suami / lelaki, renung2 kan lah.

Pembaca Semua,

Saya ingin berkongsi pengalaman ini dengan semua kerana saya ingin puan2 tahu apa sebenarnya tersirat di dalam benak sesetengah suami dan bagaimana dia melihat kita dari pandangan mata mereka. Walaupun mereka tidak pernah komplen tentang perawakan kita tetapi di sudut hati mereka mereka menilai secara diam2 dan membanding kita dengan perempuan lain. Barangkali suami puan2 tidak begitu, tapi ini boleh jadi panduan. Saya seorang isteri baru berusia 29 tahun dan mempunyai 3 orang anak.

Perawakan saya biasa sahaja, tidaklah hodoh, sedikit gempal setelah melahirkan 3 orang anak. Saya berkerja sebagai seorang eksekutif dan suami saya berkerja biasa saja.

Kebanyakan belanja rumah seperti ansuran rumah dan kereta, saya yang menbayarnya demi suami yang mempunyai gaji tidak seberapa. Suami saya bolehlah di katakan menarik jika dibandingkan saya, tinggi, putih dan menarik minat ramai perempuan semasa bujangnya.

Saya mengabdi diri seluruhnya untuk rumah tangga, pagi sebelum pergi kerja saya akan masak utk anak2, sarapan utk suami, saya memandu sendiri ke pejabat dan setelah balik ke rumah pada petangnya sayalah yang menyediakan segala keperluan rumahtangga.

Sepanjang perkahwinan suami tidak pernah komplen pasal perwatakkan saya. Saya memakai tudung, dia nampak biasa saja,tetapi dia tidaklah sentiasa tertarik kepada saya semasa di rumah seperti cuba mencium saya, memeluk atau memegang saya,biasa shj kami akan bersama bila waktu malam apabila dia perlukan saya.


Baru2 ini saya mendapat tahu dia mempunyai kekasih di tempat kerja sendiri. Gadis tersebut bukanlah muda dari saya tetapi sudah berumur 30 tahun. Saya mendapat tahu juga yang suami saya sering ke rumah gadis tersebut semasa waktu kerja. Hubungan yang terjalin nampaknya telah sampai ke tahap hubungan seks.

Bila saya bersemuka dan bertanya kepadanya, pada mulanya dia menafikan,tetapi setelah dikemukakan bukti dan sebagainya, baru dia mengaku. Saya ingin tahu kenapa dia menjalin hubungan. Apa kurangnya saya, dia akhir berterus terang mengatakan memang tiada apa yang kurang dengan saya, saya menjaga makan minum, membantu kewangan, menguruskan rumahtangga dengan baik tetapi saya hanyalah setakat itu shj tiada rangsanngan lagi bila melihat saya.

Baginya, dia kadangkala ingin bersama wanita yang di lihat cantik,menarik minat lelaki lain dan bila berjalan sama menimbulkan cemburu pada lelaki lain.Dia dengan berani memberitahu saya bahawa teman wanitanya mempunyai kuku yang cantik, perut yang nipis, bau yang sedap, fashion yang menarik. Sedangkan saya menurutnya walaupun tidak hodoh tetapi hanyalah wanita yang sangat biasa saja,kuku saya pendek dan kadang2 rosak kerana memasak, rambut pulak kadang2 berbau bila balik kerja kerana bertudung sepanjang hari, Perut saya pula tebal, tidak menarik di rumah bila hanya bert-shirt dan berkain batik.


Hari2 melihat saya dia merasa tiada apa yang dibanggakan tentang saya, bercakap di rumah pula hanyalah tertumpu pasal rumah, anak2.Tiada topik menarik separti teman wanitanya yg boleh bercakap pasal politik,carreer, mempunyai taste yang tinggi dan dapat membantu dia mengenali dunia yang baru mengaenai fashion, korporat, jadi dia merasakanseperti lelaki yang berjaya bila bersama wanita tersebut.


Memang saya akur tentang perawakan saya kerana pertama memang saya di lahirkan begini, kedua saya terlalu sibuk untuk membelek diri sendiri, ketiga saya tidak mempunyai cukup wang untuk berbelanja sepenuhnya untuk kecantikan.


Begitulah hati budi lelaki sebenarnya walau bagaimanapun kita menjaga dia tetapi dia masih mementingkan fizikal jauh di sudut hati ingin bersama wanita menarik yang boleh menbuat dia berasa bangga.

Saya telah pun berpisah dengan suami sekarang tetapi sy tidaklah duduk meratap tetapi menghadiri slimming session dan membelanjakan duit separuh untuk kecantikan bukan untk lelaki tetapi untuk kepuasan sendiri, biarlah saya pendek dan sedikit tembam tetapi saya berazam untuk menjaga kebersihan dan kelihatan menarik.


PS (Pendapat Saya) : Penting di sini kita memahami erti perkahwinan. Perkahwinan adalah bukan tempat kita untukberseronok-seronok dan jangan bertindak zalim dengan perbuatan kita.


Perkahwinan adalah sebahagian cara utk kita mencari keredhaan Allah. Dan perkahwinan itu sebahagian dari Iman. Dan perkahwinan juga tempat kita di uji. Maka, bersabarlah dan bertindak dengan bijak dengan penuh hikmah . Bagi lelaki yg berfikir utk bertindak spt ini, fikirkanlah, btp besarnya pengorbanan seorg isteri demi sebuah keluarga yg sempurna. Jadikanlah kebaikkan seseorg isteri itu sbg hiasan untuk anda, tetapi jadikanlah keburukkan seseorg isteri itu sbg t'jawab utk anda memperbaikinya....InsyaAllah.......

__________________________________________________________________

Rayyan yang Dermawann

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Rayyan sejak dah pandai jalan ni, tahu kerja nak menyelongkah je...jalan sana sini, nak kena prhatikan dia, takut dia buat benda yang membahayakan dia... sbb dia buat kerja bukan main pantas lagi... takut apa-apa jadi... tengok je la...aku tak tahu kenapa dia suke sangat masuk bakul tu... jangan plak dah besar suke angkat bakul sendiri yer Rayyan... kui kui kui...


Mak aku pun tak leh nak mengalah dengan cucu...

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Ini tabung ibu...dia letak tabung ni kat tepi katil. Mak aku ni dia suke kumpul duit syiling. Kalau dalam kereta ada duit syiling, confirm dia mmg rembat... hehehe... walaupun 5 sen... minat sangat dia kumpul duit syiling ni. Tapi ini Rayyan, budak gemukssss ni... jalan jalan jumpa tabung ni dah tu lihat la gelagat dia...

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Rayyan dah pandai cakap sikit-sikit la...so dia ketuk2 tabung tu, cakap 'kak,kak' so kita assume dia suruh bukak... hehehe... lagi satu dia panggil mak aku akak... hahah bule? Budak degil... lagi kata tak leh lagi dia jerit... last last ibu tak kose nak bising dia suruh bukak... terus Rayyan senyap... cume Fida suruh perhatikan supaya dia tak masuk duit syiling dalam mulut.

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

'Mak cu... nenek simpan duit kat tepi ni...'

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

'Ni tuk mak cu... mak cukan dah banyak habiskan harte nenek... ambik la... '

Rayyan dia rapat dengan adik aku si Didi... selalu gitulahkan, anak buah akan rapat dengan mak su... kalau dengan mak long cari pasal je...

Bukan main banyak dia bagi si didi... aku dok cakap bagi aku, tahu dia bagi aku berapa?

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

50 sen... itu pun sbb mulut aku membebel... dah tu continue bagi Didi...

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Suke mak cu ko eh...

Call dari Rayyan

Pukul 7.00 pagi tadi, aku dapat call... bunyik ring tone... UNGGU Andai ku tahu... mata dok pejam... belum time aku bangun ler gi kerja! Ni mesti bapak aku ni...ayah mmg kerja dia nak call pagi2... tengok nama 'angah'

Aku angkat fon... dengar suara Fida gelak2 kat belakang... tapi tak macam biasa dia suruh anak dia cakap dengan aku... kali ni suara dia berbual dengan sepol.

Oh Budak moksss nak cakap....

HA HA! Kap kap... aaaaa Ha! Ha! (Rayyan sebut hello HA HA, mungkin dengar mak dia kalau bual kat telifon ha? ha?)

Mata nak terpejam layan je la...

"Tayen nak gi umah umi dah eh... dah sarapan ke lum?" Aku tanya...

Ha Ha! Ooooo Kap! Kak! Opss OOooooo.... Da da... nek?

Erm bahasa ayam... tahu2 terputus... pastu bunyi fon lagi... dengar suara Fidah bual dengan Sepol lagi... yang best anak dia terus bercakap

Oiii ha ha... key, hahahah... eh oooo pak pak.... kak kap...

Apa hal si fidah ni??? Aku pun layan layan... sekali tu terdengar

"Wei... tekan number siapa tu???" Dengar suara rayyan nangis... confirm berebut fon dengan mak dia la tu... dengar suara sepol plak

"Apasal?"

"Tah dia call siapa tah, Tayen call siapa ni? lor dia dial number Along paaa... " Pappppp letak....

Aku terpinga pinga...last week aku terkejut tengok dia berlari... dan ari ni dia call aku??? esok apa lak? dia datang sendiri umah aku??? ha ha ha... very the cute... rayyannnn rayyannn

Oh nanti aku upload gambar dia berbual kat fon macam business besar... tulah anak tu mengikut cara mak apaknya... kalau berbual kat fon dah sebijik dah... ngeh ngeh ngeh... apa pun jangan ajo anak yang bukang bukang ye...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails