Title :- Teruk betul… bencik!
Semalam aku Ot... kerja melambak... biasalah nak akhir tahun ni kena tunjuk rajin sikit... hahah.... tak ada maknanya!!! giler melambak kerja aku...
Tapi semalam manager aku dah warning dia tak buat OT, sbb dah 2 hari dia buat OT so aku join kira ada temanlah,kan...so dia kata baik balik sbb kat luar hujan and gelap... so dlm 545 dia dah balik tinggal a few staff... tapi dlm 610 macam tu dah tak ada org... last person yang kuar marketing manager aku... dia suruh balik, tapi tunggu sampai 630 baru boleh claim OT... rugi je balik awal...
Macam tu la gelap kat opis aku kul 630... musim hujankan, mendung je... Lepas dia balik, tetiba bulu roma aku mmg berdiri... tetiba je... bukan tak penah stay sorg kat opis kot... bukan aku takut hantu... tapi hantu yang bertopengkan manusia... maklumlah kawasan opis aku ni gelap je kalau lepas kul 630... kalau hujan lagi la cepat org nak balik...
Pastu tetiba jekan aku jadi sedih... kan bagus kalau aku ada BF yang perihatin akan tetang keselamatan aku :( seyes... aku call seseorg dia bz nak key in... malas nak ganggu... angkat fon pun macam malaskan... aku belum bersuara, dia terus cakap "I call you nanti..."
Aku call Pidah, dia pun tak nak layan aku... waaaaaa aku rasa nak nangis je... tutup pintu lampu, zazzzzzzz terus lari anak kat kereta....
Alhamdulilla aku dah masuk dlm kereta. Tetiba hati aku tersentap tau... tetiba terasa sunyi... betapa untungnya kamu...kamu...kamu sbb ada suami / Bf / tunang yang sangup ambil berat...
At least kalau ada pun teman berbual kat telefonkan, sampai ke kereta... tak tahu la tetiba mengeletar tangan kaki bila selamat masuk kereta... ermmmm.... tak pa la demi e71 muahahah aku sanggup kerja lebih sama.
Ini time aku sensitip la ni! Benda kecik pun nak sedih2... tetiba teringat ex aku dulu... perangai buruk, tapi yang membuatkan aku tahan sehingga 5 tahun sbb dia terlalu protective! Aku selalu terasa selamat je sentiasa... kalau hujan, dia akan pastikan setitik hujan pun kena aku... kalau jalan tak pernah dia pastikan aku jauh dari dia... hahah nampak indahkan? Padahal siap kena maki2 lagi, buat akak selalu gelabah je... sbb aku ni perempuan sopan satun, jalan lengang lenggok, tu kalau lambat kena maki sebakul. Wakakak gila! Itu je la kebaikan dia... yang lain hancus! Hahaha...sedara-sedara aku kalau baca ni, mesti meluat... hahah diorg mmg sokong aku tinggalkan dia! dont worry eh.... takkan berlaku... sekecik cucu kuman pun tak.
Bila kita rasa sunyi macam ni, mulalah terpikir... oh kan bagus macam ni macam ni....
Kalau aku cerita korang pasti rasa 'eeeee rimasnya lelaki macam ni... ini mengongkong namanya!' Mmg pun...
Ermmm nak teman berbual dengan aku pun susah... tunggu ko call balik, aku mati, dah tanam kot baru nak ambik tahu.... wakakak.... tak pa, dah nasib aku... faham that no one perfect in this world!kan? What ever!
Anyway tak ada cerita.... korg dengar je la kisah mengarut aku ok!
The Half Blood Princess
- In your Hands, my life begins and ends-
{Another sadis story yang buat abang Zamani terus simpati... hahah anyway akak tak tahu dia 'berkenan' kat akak yer}
Title :- Pusara aryssa
"Ya Allah jadikanlah dia sebagai orang yang mendahului (ibubapanya ke syurga), khazanah, pengajaran, dan pemberi syafaat kepada mereka. Beratkanlah dengannya timbangan amal kebaikan mereka. Limpahkanlah kesabaran ke dalam hati kedua-dua mereka. Janganlah Engkau jadikan fitnah kepada mereka selepas kematiannya dan janganlah engkau menahan pahalanya daripada dinikmati oleh kedua-duanya"
The Half Blood Princess
-With me,You'll Never Walk Alone-