Under one ruf ^-^

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Aryssa Dania Dalam Ingatan

Lilypie Angel and Memorial tickers

Langkah Kecil AmanI IMan ZulAikha

Langkah Kecil Ammar Yusuf

Ketibaan Orang Baru

Monday, June 6, 2011

Liverpool Game

Laki aku relex je... aku yang gelabah ayam yang survey pasal Liverpool nak datang Malaysia. Entah... Zamani cakap tengok ok tak tengok pun dia tak kisah. Tapi tah... aku tak leh la. I mean he big fan of liverpool... and nak pergi Anfield tu mmg tak lakan... bila diorg dah datang tak pergi macam rugi.

Seharusnya aku tak pergi tak pa... tapi tahu je la laki aku tu. Aku tak pergi dia tak nak pergi.

Sehari suntuk tolong survey tiket kat online.. siap call tiket pro tanya mana nak dpt tiket. Bila dengar tiket nak habis la apa la aku yang tak tentu arah... risau sangat suami terchinta tak dapat pergikan? Hahaha...

Aku maybe poyo2 je minat bola sbb suami minat bola. Not big fan pun tapi semangat encik suami yang buat aku semangat sekali. Seeing his happy face cukup buat aku tenangkan?? hahaha...

Baik tak statement aku? Kah kah kah...

Adakah lelaki semua gitu???

ONE thing i hate about my husband!

Dia tak suke dengar aku bebel... muke bole ketat macam penutup botol if he listen aku start bebel. Me lak biasalah perfect wife... *Muntahhhhhh*

Selalu ingat kan dia...

"Lock Pintu kereta...."

"Call si polan sipolan tuk ingatkan dia itu ini..."

"Pintu umah kunci..."

Thing yang sometime kita buat selalu ni selalunya kita lupa nak buat. So sbb dia tak suke!!!! maka akak pekakan telinga and aku akan make sure and double confirm semua ada. Contoh kalau nak jalan2, overnite mana2... jangan la ko nak mimpi minta dia kuarkan baju dia ke apa. Ubat ketiak ka... facial muke ke... ubat gigi ke apa ke... tak yah la nak mimpi. Bila kita bising, dia naik hangin... mulut dia menjawab

B tahu la... eh salah kalau dia marah dia tukar abjad 'B' pada huruf 'I'

I ingat la...

I tahu la...

You tak yah la nak bising2. Rimas la...

Ok fine! Bila aku tahu tak complete you gonna see my beautiful face yang mencuke! Wakaka

Dan benda yang aku paling benci pasal Zamani, bila dia dah salah dia salahkan kita pulak... contohnya... apa yang berlaku baru2 ni

Kunci kereta hilang time kuar tengok wayang dengan kawan2. Bayangkan habis movie kul 10 malam.Turun kat parking dia tengok kunci kereta hilang. Dia tanya aku...

"I bagi u kunci kereta tadi kan?" Bila masa plak?? ko yang drive ko bagi aku ke? So akak check. Nan ado... kang bila akak bukak mukadimah mahu malam tu kami perang kan? sbb tu la aku selalu ingatkan dia... kalau kat kedai makan ke. Aku selalu akan turn back to check ada tak tinggal apa-apa atas meja.

"U ni semua nak check. Ada laaaa....tak payah la kelam kabut"

Ok ko kata aku kelam kabut... tak pa..Pernah juga satu hari tu dia drive. Dari putrajaya ke umah, we all akan kuar Batu Tiga terus balik umah. Tapi kalau dia kena hantar aku kerja dari Putrajaya, dia kena jalan pulau indah. So hari tu dia terlajak...

"Bukan masuk Pulau Indah ke?"

Mengelabah!

"Asal you tak cakap??? adoiiikan kena jalan jauh..." Seee itu antara contoh!!!! Bila aku cakap masuk sini, masuk situ bukan main eksen lagi "I tahu la..."

Bukan itu sahaja... hidupkan roadtax pun sama... due date dah dekat esok nak mati baru la terhegeh2 tanya bini mana itu mana ini... bila boleh transfer duit kat dia... bla bla and so on! Ayooo boleh mati. Kalau kita ingatkan dia, dia cakap lambat lagi... esok esok bole bayar... itu ini jawapan berjela. Bila aku naik hangin dia kata aku ni gelabah la. Tak sabar la... cepat panic la...

Arggghhhh kalau boleh ku makan ko! Aku makan! Wakaka

So today he called. Aku since kunci kereta dia ilang sabtu tu, aku malas nak ungkit masam2 muke. Dah nak jadikan? Rupanya kawan dia terbawak balik kunci... excited bagi gud news. So aku tanya...

"Macammana kawan you boleh terambil??"

"I letak atas meja... " Aku dah agak jawapan dia tu. Takkan kawan dia boleh seluk poket diakan dalam poket dia.

"Ermmm siapa suruh letak atas meja?"

"You la... i letak kunci dekat dengan you, see sbb tu la my friend terambik. You tak nak ambik"

Yah... dia yang bawak kereta, aku yang kena make sure kunci kereta kena ada dalam simpanan aku??Ini je aku tak suke pasal Zamani. Pelupa satu hal... kalau dia ilang barang habis semua dia tunding jari kat kita

Tapikan... ayat dia

"Sbb tu la kita di jodohkan... i pelupa you ingatkan. Sbb tu org tanya, i tak leh hidup tanpa you. Serba serbi tak kena dan tak teratur nanti..."

Aicheh cheh... bukan main lagi eh?

Some time its true

Ok semalam berbual dengan Zamani... aku pun tak tahu tempat kerja dia, ada yang kena kerja on Sunday. Tapi itu hanya volunteer la. Terkejut jugak sbb on saturday, aku hang out dengan opis mate dia tengok X-man First Class... syok gila! So tetiba terdengar conversation dia dengan kawan dia yang cakap "Goin to work tomorrow la"

Esokkan ari ahad???

Ok so masuk topic tu... sbb opis dia lain macam sikit. Kalau tak ada volunteer tu la jadi paksaan kerja cuti2 ni.

Me :- B tak kena ke kerja on sunday?

Zamani :- Ni volunteer je.

Me :- Tak berminat ke?

Zamani :- My friend ada yang ajak... sbb diorg bayar double ke triple.

Me :- Oh... berapa jam?

Zamani :- 6 hours.... that day si 'dot dot dot' ajak i kerja. Cari duit lebih masa... oh tak nak la. I tak nak korban my only weekend for money. Kalau i bujang lain cerita. I bole buat OT, i boleh kerja public holiday semua. Tapi dah kawin ni, that is the only day that i can spend my time with my family. My wife... sooner we gonna have baby and i dont want to miss moment spend time with my wife and kid. Coz i told 'dot dot' kerja hari biasa ni pun, lepas time kerja someone is waiting for me at home. Kalau i ada anak, my kids sure waiting me at home.Kan??

Ala terharu beb... alhamdulilla la laki aku bole pikir macam tu

Zamani :- we can not buy anything with money. Walaupun ganjaran dia besar tapi kita akan miss the big moment of our life. Even time tu kita ada banyak duit. Bila org tanya anak ko dah pandai apa... ko sendiri tak tahukan... so sad la kalau macam tu.

Aku terus terdiam. Harap abang Zamani korang tak cakap jerkkan? Sok ada anak dia tahu nak main dengan anak je. Anak sakit, anak berak, anak kotor bagi kat mak jer... hehehe. Sometime aku terpikir. Mungkin ada khimah Aryssa pergi. Sbb when the time dia ada, we never tot of this. We never tot mengandung, membesarkan anak tu sesuatu yang sukar. Apa yang kami pikir, we had ibu, ayah, mak and abak who sure can help us kalau we need favor suruh jaga ke apa. Even sok ada anak pandai la nak belajar nanti. Tapi mcm mana pun bila naluri semakin kuat nak ada anak, kita akan timbang balik baik, buruk, cara yang betul nak mendidik anak. Kita akan survey segala2nya pasal anak ni. Dari nak buat, sampai dah jadi.

Betul beb! Apa jugak article, apa juga pasal blog, apa juga pasal topic, forum kat mana2 pasal anak, korang akan join, akan luang masa tuk AMBIL tahu.

Insya Allah, kali mental and fizikal kena lebih bersedia. Not only during pregnant, tapi selepas kelahiran si anak. Semua kena pikir. Simpanan anak, perbelanjaan anak, simpanan emergency anak terutama sakit. Sekarang ni aku tengok banyak penyakit yang serang kanak2. Bill perubatan pun bukan RM 30-RM 50... kadang2 check je dah cecah RM 200 lebih. Semua tu kena juga kita sedia. Bukan kita doa atau pikir negetive. Tapi semua ni kena kena ambik tau supaya esok kita tak panic. Kita tak melatah.

Now semua nak gune duit... bukan air liur jekan? Bersalin pun sekarang paling tidak makan RM 3-4 K... bersalin je, yang lain tak campur lagi.

Zamani pun aku tengok lebih bersedia. Ari tu cari barang baby tuk kawan bersalin, dia tengok lampin baby. Terus je syarah kat aku...

Zamani :- Sok kalau kita ada anak, pakaikan anak kita yang ni je kat umah. Tak yah membazir beli pampers.

Me :- ha? Tak kose la nak cuci.

Zamani :- Asal pulak.. its gud. Bole jimatkan?

Me :- Jimat, lepas tu i yang payah basuh lampin budak semua?

Zamani :- Itukan tugas seorg mak? Kenapa nak merunggut? Budak berak terus basuh je la. Tak susah rasanya. I tak nak umah kita bau taik budak. Sbb bila kita buang kat tong sampah. Kena kita lupa nak buang? Ha satu umah bau...

Me :- B ni cakap senang je tau. I berkerja la... siapa lak nak basuh lampin budak kalau dia berak?

Zamani :- Like i said... bila kita ada kat umah la. Bukan kita nak susahkan org... kita latih la. Baru belajar nikmat jadi mak ayah... sama gak dengan susu budak. Kalau semua ok, bagi budak minum susu badan je. You kena rajin jangan malas nak pam, nak bagi budak makan. Susu fomular is only option kalau you betul2 tak bole bagi.

Me :- Esh... you ni nak jimat je tau...

Zamani :- Bukan jimat... ini tanggungjawab mak ayah. I want both of us rasa moment tu... bukan lama punkan? Berapa lama sangat budak kena pakai lampin? Berapa lama sangat budak minum susu? Sok dah pandai makan oklah. Kalau you dah rasa itu satu beban, macammana nak pikul tanggungjawab yang lain?

Ermmmm apa yang Zamani cakap tu ada benarnya jugakkan? Ermmm sok ada anak, elaun aku naik tak hagak2?

Well may be aku tulis ni nampak mudah. Aku tahu ia bukan satu yang mudah. Tambahan lak kami suami isteri berkerjakan? Pasal pampers tu mmg betul la... tapi ko bayangkan kalau anak ko berak 2-3 pagi... ada masa la pulak ko nak menyental lampin anak pepagi buta tukan? Ahak! So org kata belum rasa belum tahu lagi... cakap je semua org boleh cakapkan? Apa pun ini hanya bual kosong je antara aku dengan Zamani. Kita tak tahu apa yang akan jadi di masa hadapan.

Entah sok ada anak, dia terlebih rajin buat overtime kat opis gara2 nak lepas tention dr umah. Bini dah start membebel bila ada anak... anak pulak tak henti nangis. Ha siapa nak jawabkan? Kita tak pernah tahu masalah org. Dan setiap org pun tak sama cara bila nak atasi masalah. Kan?

Apa pun kita sendiri yang bakal tentukan masa depan kita. Org lain tak boleh nak campur. Org tua2 kata tepuk dada tanya selera. Kalau kita nak yang terbaik, kita kena lakukan sebaik yang bole. Anak ni anugerah yang tak terhingga bagi setiap pasangan. Aku faham sangat. Yang tak dapat bersungguh2 dan sehabis boleh berusaha tuk mendapatkannya. Yang senang dapat sometime sia2kan anak, buang, dera, bunuh, pukul. Tapi Allah tu adil. Di sebalik semuanya, aku tahu semua ada khimahnya. Semua ada alasan di sebaliknya... hanya kita je yang tak tahu.

Allahualam....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails