Under one ruf ^-^

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Aryssa Dania Dalam Ingatan

Lilypie Angel and Memorial tickers

Langkah Kecil AmanI IMan ZulAikha

Langkah Kecil Ammar Yusuf

Ketibaan Orang Baru

Friday, September 23, 2011

Gift from tok cu and nek cu

Gelang kaki hadiah dr tok cu and nek cu tuk amani iman. Alor alor... Susah2 je.

Anyway tq mak cu and pak cu. Buat masa ni kaki amani iman tak muat tuk di sarungkan. Nanti dah besar bole ye.

Terima kasih
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Cerita September itu bermula Part 4

Bila aku dapat ubat dr doktor Hamid. Aku was was nak makan. Macam terasa membazir je. Dia kata aku tak ada apa-apa masalah? Macammana tu?

So aku luahkan pada sorg lagi cozen aku. Dia bengang jugak sbb aku tak nak dengar cakap dia. Dia cakap aku tak ada apa-apa masalah sbb peyed aku mmg tepat dan teratur. Mungkin Allah menduga sbb kalau ikut al-Quran pun rahim kita akan pulih 2 tahun after setiap kelahiran. Mean tempoh tu dah betul2 kuat.

Mungkin Allah nak aku betul2 sihat sblm apa-apa jadi. Sbb aku dok blame kenapa kenapa kenapa.

Ok pasal ubat doktor hamid bagi tu, aku mmg makan. Tak ada miss walaupun hati ni macam tah... boleh ke percaya? Hanya vitamin biasa ni je boleh mengandung?

Lagi2 nak makan ubat subur. So makan ubat2 tu selama 2 minggu. Ada yang tak kena. Sbb Hasbatul Sauda tu buat aku selalu pening kepala. Tak serasi ke apa aku pun tak tahu. Tapi mmg jenis nak pitam. So aku bagitau my MIL, dia cakap Hasbatul Sauda tu tak elok di makan kalau ada darah tinggi. Well im not saying aku ada darah tinggi. Tapi kalau dah darah pekat dalam badan tu sama dengan darah tinggi jugak.

Mil cakap mak sedara Zamani ada jumpa pakar kat KL Tower nunnnn... Ermm pakar lagi. KL Tower mau makan riban! Kot ubat pun sama dengan yang doktor Hamid ni bagi kot. But bila bincang dengan Zamani, dia setuju tuk pergi. Well aku risau la. Nak anak jugak tapi kena tengok tahap kemampuankan? aku tak nak sok Zamani salahkan aku ke apa.

Than aku setuju dengan cadangan mak nak jumpa doktor yang mak teh jumpa.

Than mak call aku... mak teh cakap dia hanya makan EPO. Lagi aku terkedu... Lagi la bila MIL cakap bukan takat mak teh je makan, akak ipar dia pun 12 tahun kawin tak ada anak, makan ubat tu terus melekat.

Gugurl confuse! Tapi betul aku semangat bila aku tengok my MIl bersungguh2 nak tolong aku. Than semangat dari suami jua buat aku terus usaha. Sampai my BFF cakap kat aku

"Ko untung cida, mak mertua ko bersungguh nak tolong ko dalam pelbagai cara. Tak semua org berkesempatan macam tu. Ambik peluang tu sbb Allah nak tolong tunjukkan jalan buat doa kau"

Ekceli bukan aku menolak apa yang my MIL rancangkan. Cume aku takut diorg sedih sbb aku sendiri pun sedih bila setiap bulan test mengandung ke tak, jawapan sungguh menghampakan. Apa lagi diorg??? kan?

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

So aku berhenti makan Hasbatul Sauda tu sbb melampau lampau aku sakit kepala. Dan terus makan Epo ni.

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Baik jugak tuk kulit sebenarnya. Ini pun susah aku nak makan. Bayangkan sehari 3 kali. Luka tekak ko nak telan. Besar kot!!! Tapi aku nekad. Demi semua org yang concern tuk aku. Apa salahnya aku makan. Mana tahu rezeki Allah

Kesan dari makan ubat ni??? ermmmm berat badan bertambah...wakakak... mmg jelas kelihatan. Tapi kulit aku cantik... *gelek muntut* selalu je abang Zamani puji bini dia kulit tulus mulus... awwww....

Than peyed aku deley. Ah sudah!!! mungkin Allah marah sbb sendiri cari penyakit. Doktor dah cakap tak ada apa-apa kenapa nak ubah ketentuan Allah itu???

Sekali lagi aku tention!

Baru sehari lewat nak beli test pregnancy. Zamani bising. Suruh tunggu sbb mungkin dia tak nak aku frust. Aku ingat lagi hati aku betul tak sedap! MAlam tu Zamani lena, aku gi gurdian. Beli test pregnacy. Dan beli berbelah bagi! NAk test tak nak. Kalau negetive lagi??

Mati laaaaa... test dan tunggu...

Positive!? Tak salah lihat ke? Menangis aku ok... terus lompat atas katil tunjuk zamani result.

Zamani hanya senyum and peluk aku. Terus ajak aku gi check up.

Sekali lagi doktor kata tak nampak apa-apa. Sedihnya. Dia suruh tunggu dua minggu lagi. Dinding rahim menebal. Sama je dengan ari tu. Hati aku dah sedih dah. NAk nangis dah ni. At least check lakan?

Kuar dr bilik doktor sblm balik, aku buat test sekali lagi. And alhamdulilla aku mengandung buat kali ke dua.... syukur padanya.

Every one happy about it. Tapi doktor cakap aku kena banyak berehat. Sbb awal kehamilan bole tukar jadi peyed. Since situ setelah berbincang dengan mak mertua dan Zamani, aku cube rahsiakan kandungan aku, bukan sbb tak nak kongsi kegembiraan ni. Siapa yang tak nak? Siapa yang tak mahu? Tapi betul kata mak mertua aku. Hati manusia tak ada siapa yang tahu.

Ada suke ada yang tak suke. Yang yang doakan tuk kita ada yang DOA KAN tak baik tuk kita. Mmg semua ketentuan Allah. Tapi kalau kita menyakiti hati org kita tak tahukan? Macam aku cakap la, pengalaman mengajar aku dan menyedarkan aku. Tak nak terlalu happy sampai satu masa aku jatuh sedih sendiri. Walaupun Allah menguji aku selama setahun sahaja, tapi kesannya amat sakit.

Nanti aku cerita lagi yer... tak habis di sini. Jumaat depan kita sambung,

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails