Under one ruf ^-^

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Aryssa Dania Dalam Ingatan

Lilypie Angel and Memorial tickers

Langkah Kecil AmanI IMan ZulAikha

Langkah Kecil Ammar Yusuf

Ketibaan Orang Baru

Tuesday, November 18, 2014

Speech Therapy

Salam...

Siapa cakap jaga anak tu senang??? Bagi makan, bagi pakai, ada duit lebih kau bagi lebih. Tapi macam anak, mak bapak pun sama. Kalau semua anak tu tak sama, sama juga dengan mak bapak tak semua sama. Tapi yang sama semua mak bapak nak yang terbaik untuk anak2.

Aku tak peduli dengan apa org nak cakap. Over sangat? Macam aku sahaja yang ada anak? terpulang. Wat i did adalah untuk kepentingan anak2. Baik Amani Iman maupun Ammar Yusuf. Harap masih tidak terlambat nak betulkan kesilapan dan kelemahan anak. Bila anak usia tiga tahun, melihat perkembangan dia agak merundum dari budak seusia dengannya, aku rasa aku perlu buat sesuatu.

Tapi nak ubah anak, mak bapak kena main peranan. Setakat ko membaca, ko buat reserch tapi tak buat apa2 sama sahaja kau baca sesuatu tanpa pegisian. Sama ada korg sedar atau tidak, cara korang melayan mereka turut akan berubah. Dan cara mereka berinteraksi dengan kita turut lain, sbb makin besar makin dia belajar banyak benda.

Tantrum/mengamuk

Sign of autims... budak yang tk ada autism pun kadang2 mengamuk. Kepelikan amani mengamuk and can last to one or two hour. Mengamuk benda yang kecik. Below 2 year dia tak pernah mengamuk. Dia sentiasa dengan dunia dia. But now tak dapat mengamuk. Mencederakan diri dia dengan menugut kami hentak kepala kat lantai dinding.

Without rasa bersalah ok! Cara dia hentak tu macam 'Hati aku lagi sakit dr aku cederakan diri sendiri'

As mom i tried to be firm. Tapi terdetik jugak. Takkan aku nak keras ati kalau dia dah sanggup nak cederakan diri. What if time dia buat tu mmg kuat and cererakan diri dia. Dia buat berulang ulang ulang sampai ko surender peluk dia or bagi apa dia nak.

Org cakap senang, tak yah org la, Zamani pun. Suke cakap biar, dia tak bodo nak cederakan diri dia. Hei u talking bout kepala tau. Kalau apa2 jadi kat kepala dia, menyesal tak guna! Tapi cara zamani berkesan. Sbb time tu akak nangis dalam bilik tak sanggup nak tengok apa jadi anak beranak tu

'Situ tak kuat amani... kat sini kuat. Kasi dinding ni pecah' Bapak dia warn anak dara dia macam tu. Gila!

Tapi bila aku tanya Zamani, Amani tak teruskan niat cederakan diri dia, and plus sampai sekarag dia dah tak buat lagi. Hehehe...

When we discover autism ni, makin banyak yang aku baca tuk pengetahuan aku nak 'tekel' anak yang special ni tau. Dari ko marah2 better you find solution. Dalam mencari tempat yang boleh bantu Amani Iman, aku di suggest tuk ke tempat ni. Yang boleh buat terapi tuk autism dan speech terapi ni. Aku dah survey harga, semua agak mahal. Sejam boleh capai RM 200. Tapi kat Malaysia, Child Development ni sangat sangat rare nak jumpa. Sbb tu swata ada tapi mahal nak mampus! KO mampu tak mampu je la.

Bagi aku kalau ko hantar anak kau ke tempat yang paling mahal sekali pun. Atau ko carikan dia guru terhebat macammana pun, kalau ko serah semua kat situ takkan ke mana. So ko sendiri kena main peranan sbb bagi aku jugak parents adalah guru yang terbaek di rumah. They learn apa yang bermula di rumah. Jadi untuk merubah anak, kita kena ubah diri kita sendiri. Jangan harapkan semua jadi dengan sendiri atau semua jadi dengan duit.

Amani jugak akan tantrum bila dia belajar/nampak/masuk persekitaran baru. Sama macam ko hantar kat Gbob, the sama issues. Tapi time Gbob benda baru bagi kau. So kali ni aku lebih bersedia. Sedia dia akan mengamuk sbb dia tak biasa dengan tempat baru, Mmg betul, bila masuk je pintu masuk Greatlife, dia dah merengek.

Maju setapak dia terus nangis macam tahu apa yang berlaku.



Aku gunakan ST short form Speech Therapy dan OP untuk Occupational Therapy

ST tak boleh di jalankan sbb amani tak boleh nak control diri dia. Dia tak nak di paksa dan tak mahu berkerjasama sewaktu sesi ST di jalankan. Puan Nurul ST hari tu... katanya Amani di kelas sebagai moderate Autism. Patut bersyukur sbb dia jenis Autism yang  active. Sbb dia sangat becok cume apa dia cakap org tak faham hihihi. And she is clever. Bangga aku ok.  Siapa tak banggakan? Age amani selalu budak menghafal, tapi dia tak hafal. Dia kenal huruf dan nombor and of coz kalau number dia masih tak tahu 'nilai/value' nombor yang di tunjuk. Dia kenal shape jugak, square , circle, rectangle, triangle........

"Dia dah sekolah?"

"Play school aje."

Mak panik, terapis bg amani bentuk semi circle, aku pun terpikir apa shape tu? Amani cakap!!!!

"Its mooonnnnnnn! good job" Sendiri puji diri sendiri. Heheh tapi cakap diakan jerman, so terapis tu tak faham belakang, Tahu moon je.

2 minit lepas tu dia nak main lain, tak nak duduk betul2 dan dengar arahan. Arggghh



Tengok sampai kena kepung. Sbb dia nak jalan2 je. 



Dah tak tentu arah. Hihi apa je terapis tu cakap dia dah tak kisah dah. Dah tak focus dan mula nak bergayut dengan aku.

Tapi macam aku cakap, sbb kali ni aku lebih bersedia. Dan kali ni jugak aku dah tahu macammana nak tekel behaviour amani iman. So aku pun rimas dan aku tak nak terapis tu buat assessment yang amani ni lagi teruk sbb she ok kalau ko pandai handle dia. Bukan aku cakap aku pakar, may be ST ni dia pakar dalam speech kot so bab kelakuan dan behaviour dia bukan master. Amani ko kena tunjuk dia, kalau ko tak tunjuk dia lost.

Contoh ST bagi shape dalam cube tu. Korang tahu amani hentak2 macam nak pecahkan cube tu. Oiii anak oiii kang ko di kategorikan ganas plak...

Serba salah, nak tegur ke tak? I mean perlu ke aku masuk campur? Kang kata aku memandai plak. But dont blame ppl. Diorg tak kenal anak ko. Bagi diorg bebudak yang datang semua masalah. ST tu terjerit2 suruh amani stop, amani buat pekak je. So when aku cakap

'Amani, STOP! Sit pls'

Dan dan dia bole faham. GBOB train mak pak stop gune perkataan jangan, tidak bole ok... try la! Amani iman mmg faham kalau aku cakap amani STOP! she immediate akan stop. Yang tak stop mulut dia. Hihi

Terus aku cakap kat amani

'Tengok ibu buat... bukak macam ni.' Close back the box... ok je! Ko ni amani, buat jantung ibu stop la nak!




'Oh this is moon and this is star'  Bagus anak omak!tapi sekejap je la. Kelemahan amani, kalau dia buat sesuatu, tak mencapai apa yang dia nak, mmg mengamuk sakan la... Bila aku dah nampak dia naik marah, aku yang minta kebenaran keluar.



Muke stress...

Kelemahan amani, dia tak reti nak ubah sesuatu. Masudnya kalau ko pusingkan benda yang dia buat, dia lost dah. Tak tahu nak buat apa. Itu kekurangan dia, Bila tak leh buat, dia bosan dan nangis! Hahaha.

Aku post video kat bawah tuk tatapan korang. Jeritan histeria. Itu la yang kami hadap bila dtg hangin tak baik dia. Tp bila ST bukak pintu, dia bagitahu amani ni mengada. Dalam dia mengamuk tangan jalan buat kerja puzzle yang dia bagi. Mcm aku cakap ST ni bahagian speech. Kalau OT sure they know how to handle. 

Amani tak bole continue buat speech. Bazir duit sbb dia kena tenang, kalau dia mengamuk, susah tuk buat terapi sbb dia takkan bercakap. 

This is what make me feel sad.

So di sebab first time. OT session is free....tapi may be pakarkan. Aku keluar jugak amani melalak2. Tapi dengar suara OT suruh buat few activiti. Lama2 dia diam. Seronok main dan buat activity.

Yes!good job.... well done amani!

Dengar OT cakap macam tu dia dah ok la tu.


OT tengah memujuk anak dara ni suapaya lebih tenang....



Ammar Yusuf pun kita bawak sama.Sambil buat tuk kakak, buat aktiviti untuk Ammar. Ammar insya Allah may be cara kita didik dia dah boleh ubah cara lain. No gajet kot. Sbb bagi aku gajet ni la pemusnah! Tak yah budak la, nilai kita sendiri.

Sejam jugak. Lepas tu OT buat rumusan tentang Amani.

Tak sabar
Tak focus
Tak boleh nak bagi tumpuan sbb lasting 2 min je dia dah bosan.
Tak boleh nak dengar arahan
Masalah sensory

Masalah sensory diorg letak berus lembut sapu kat tangan Amani, menjerit mcm kena apa pukul. Tapi bila OT tu buat depan aku, dia ok plak. Esh amani ni.

Tapi yang sensory tu sejak buat urutan spinal walking, amani dah ok kalau org peluk dia. Itu ajaib lepas buat spinal walking, Alhamdulillah. So at least aku tahu sbb dia buat sentuhan tu sbb dia tak suke! Bukan sbb dia ada masalah sensory.

Aku akan share spinal walking video. So bole la belajar sama. Anak tak ada autism pun boleh je buat. Kita org tua pun boleh buat. Stress2 tu buat spinal walking tu hilang stress dan penat. Serius beb! I tried! Cume sayang tak ada siapa nak buatkan tuk saya. uhuhuhu


Selfie dengan anak bujang saya ni. Sian dia, sejak dua menjak ni terabai sekejap sbb tak nak kakak terasing.





Sekitar greatlife physo. Terpikir nak buat sini sejam RM 80. Diorg suggest tuk ambik dua jam. Measn OT dulu, lepas amani tenang baru start ST. Tapi apa yang OT buat adalah sama je dengan GBOB yang beza one to one basis la. OT cakap amani kurang berkawan. Kat Gbob ramai kot dia buat dunia je. Tengah cakap tetiba dia terkekek2 dengan sorg budak.

Than soalan killer SP sama ada amani pandai makan sendiri atau pakau baju sendiri.

Haaaaa perlu ke dia makan sendiri??? Age dia dah patut rupanya. Balik2 je terus suruh dia makan sendiri. Dlm hati risau dia tak dpt control diri dia. Syukur bole je




Ibu selalu underestimate awak amani iman... sob sob. Mungkin dia lapar sbb tu dia habiskan semua nasi kat pinggan tu. Atau mungkin jugak dia ke happyan sbb dpt makan sendiri. 


Tuhan benar2 menguji aku sbb dulu aku selalu pandang macammana la mak mak ni boleh bagi anak diorg makan sendiri. Mak sedap makan anak sedap buat serak. Org kedai marah, kita tengok pun geram. 

Kalau anak2 org yang berlari sana sini, kita rimas. Kalau korg perhatikan bebudak yang active motor skill diorg cepat develop. Makan sendiri, pakai baju seluar sendiri. Ada pro and cons la. As parents kena jugak pantau. Kat umah org hagak2 la nak bagi anak makan sendiri. Kat kedai oklah. Lepas2 makan lari sblm org kedai maki seranah kau. Kat umah ubah la jadi ibu yang rajin mengemas. Walaupn sidai baju nangis, sapu rumah nangis, janji anak ko belajar sudah.





ku sudahi video penderaan ... opss kalau org tak tahu agak cakap mendera budak dlm tu...


Free Image Hosting at www.ImageShack.us
 CidaZam bercerita lagi

Dari Dia kita datang dan kepada Dia kita kembali

Al- fatihah.....

Buat insan yang tersayang. Nenek ku kembali ke rahmatullah pada 3 Nov 2014. Jam 8 pagi.


Mendengar berita itu, aku menjadi terdiam seketika. Nenek mana? Mak aku call time aku dah sampai opis pagi tu. Suspen sbb aku masih ada 2 org nenek. Kami panggil nenek melaka dan nenek Singapore. Nenek Melaka of cos duduk Melaka, ibu pada ayah. Dan nenek Singapore duduk kat Singapore dan dia mak pada ibu.

Nenek Melaka mmg dah lama sakit. November 2014 ni genap lah 3 tahun dia sakit. Stroke.

Mmg keadaan menyedihkan, akhirnya Allah menjemputnya. Tak tahu apa yang aku rasa. Tapi aku pasti sepupu2 aku turut merasai kehilangan dia. Adat la org tuakan, suke membebel dan adat jugak kami cucu2 tak suke dengar leteran dia. Siapa yang suke dengar leterankan? Tapi leteran itu yang akan kami rindu buat selamanya.

Penderitaannya berakhir....

Itu yang mampu aku katakan. Alhamdulillah aku sempat melihat jenazah dia pada hari itu. Sempat cium tapi tak sempat nak minta maaf sebab diri ini tahu, banyak sangat benda yang buat dia sedih ketika hayatnya.

Aku lupa dia pernah menjaga ku walaupun hanya untuk setahun dua

Aku lupa tangan yang sentiasa menghulurkan belanja ketika aku bergelar pelajar

Aku lupa dia pernah bangun menyediakan sarapan, makan tengahari dan makan malam

Aku lupa dia sentiasa menunggu aku di depan pintu rumah menyambut aku pulang dari kelas

Aku lupa dia yang sakit mencari org tuk menghantar aku ke kelas malam sbb tak mahu aku naik bas malam2

Jasa yang aku lupa dengan peredaran masa aku membesar.

Nenek damailah nenek di sana... Tenangla nenek di sana... rehatlah nenek tanpa perlu risau tentang apa yang berlaku pada anak, cucu dan cicit di sini.



Di setiap sudut ada kelihatan bayang2nya... Rumah yang sentiasa di jaga bersih....kami suke menyakat nenek sbb tahu nenek pantang rumah berselerak. We know we will miss her.

Benarlah kata org bila 'dia' tiada maka kita mula akan menghargai setiap apa yang di buat tuk kita.

Free Image Hosting at www.ImageShack.us
 CidaZam bercerita lagi

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails