Under one ruf ^-^

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Aryssa Dania Dalam Ingatan

Lilypie Angel and Memorial tickers

Langkah Kecil AmanI IMan ZulAikha

Langkah Kecil Ammar Yusuf

Ketibaan Orang Baru

Tuesday, October 5, 2010

Marah

Aku kalau boleh tak nak luahkan kat sini. Dulu biasa je nak luahkan tapikan sejak blog ni link pada facebook and twitter, so dah terlalu open tuk tontonan awam. Jadi kena jaga bahasa dan isi entry kot ada yang tak suke atau rahsia terbongkar...wakakak

Aku mmg jenis yang baran. Can consider la. Tak pasal2 suke nak tersentap. Adatlah. korang yang kenal aku sure tahu macamana emosi saya tak tak berapa stabil ni.

Tapi tah! Allah tu nak menguji kot... sepanjang minggu ni org yang aku jumpa sesedap rasa nak tinggikan suara... rasa nak lempang je. Siapa yang marah tu tak yah la aku bagitahu. Tapi jangan di uji yer. Kalau aku naik hangin tak ada org yang suke. Termasuk aku sendiri. Sbb sendiri stress. Ini bukan kes marah la... kalau marah aku bukan bodo nak diam diri. Silap la... maksud aku nak tinggi suara.

Contoh, individu ni mmg ada masalah. Hati dia tengah panas. Aku tanya sikit punya baik. Ko jawab macam ko bagus satu hal. Macam nak bagi tahu satu dunia tahu suara ko tukan? Dan kita lak terasa macam bodo la. Bodo sbb nampak macam kena marah.

Ingat aku nak diam? Rasa tak yah kuarkan suara kot. Muke aku sahaja dah buat org gerun nak tegur. Satu je aku nak cakap. Mak ayah aku tak pernah tinggi suara pada aku dan adik2. Tapi kami tak kurang ajar. Kami tahu hormat org tua dan perasaan org. Kami tahu tanggunjawab sebagai seorg kawan, sebagai seorg anak, dan dah kawin tahu tanggungjawab sebagai seorg isteri. Sepanjang kawin aku tak pernah la nak tengking Zamani. U can ask him. Paling tak pun dia mengadap muke aku yang masam. Itu pun aku tak lupa tanggungjawab aku. Bukan nak bangga baik ke apa, tapi aku di didik supaya tak kurang ajar.

Makan minum dia tetap aku jaga walau hati sakit macam kena langgar lori

Baju kerja dia aku pastikan gosok walaupun ada kalanya aku rasa macam nak bakar je almari baju dia... hahaha

Dan aku tetap jadi jam loceng dia tuk bangun gi kerja walaupun adakalanya aku rasa lantak ko la kalau tak gi kerja.

Kalau aku jenis yang kurang ajar, dah lama aku maki hamun org2. So boleh di katakan mak ayah aku berjaya mendidik kami adik beradik. Kecuali didi, rasa spoil gila rasa nak panggil lawyer bg hujah2 yang sewajarnya sbb cara didikan me and fidah totally different from didi. So kalau nak salahkan ayah ibu aku, salahkan pat didik anak bongsu diorg...hahaha. Kalau dulu waktu umur aku 8 tahun fida 7 tahun, solat suduh dah kena seret dari katil. Aku jenis melawan, siap saje komat kamit mulut tu bukan baca Al-Fatihah ke apa, saje nak buat ibu sakit hati. Siap kena lempang aku punya keras ati sbb naik hangin bangun tuk solat subuh. Sekarang didi??? Malas aku nak cakap.

Mungkin sbb ibu dah tua. Tapi memberi kesan pada we all me and Fida. Walaupun ibu kejam time kami kecik2 dulu, we still closed. Semua cerita kongsi sama.Compare to Didi yang banyak simpan rahsia dan akhirnya menipu. Eh aku dengan Fida konsep tipu mmg tak ada la. Tipu org lain mungkin kalau tipu ibu sure kami terus terang antara kami adik beradik tuk ilangkan rasa bersalah.

Eh apa da aku melalut? Geram la bila kena marah tanpa sebabkan. Tinggi2 suara macam aku ni adik2 diorg plak. Lain la aku buat salah mencuri ke, buat kerja salah ke, ada scandle dengan boiperen or suami dia ke, curang dengan suami sendiri ke, nak marah siap pukul bantai aku tak kisah sbb u deserve it la. Tapi benda kecik aku tanya, mengila mcm apa je.

Jadi tak puas ati la. Macam jadi bodo bila kita biarkan diri kita di marahi. So sendiri ingat. Aku bukan budak kecik korang nak marah2. Aku bukan org tua yang boleh pukul sebat korang. Paling tak mengadaplah muke aku yang masam ni. Dah la aku jenis dendamkan. Mmg benda2 yang buat ati terluka ni makan masa nak baik. Seee bagi korang kecikkan? So jangan la besarkan benda kecik sbb ati manusia ni kecik je.

Hahah aku tahu sbb aku pun macam tu dulu. Kalau aku marah sorg, mmg semua org aku akan marah jugak. Sbb tu aku try to avoid those ppl yang nak buat aku marah. Sbb aku tak nak diorg terima tempias kemarahan aku. Paling tak pun korang akan nampak muke aku masam dont try la nak gurau bagai. So far semua org faham reaction tu. Heheh.

Ok dah lepas. Entry ni aku tak tuju sesiapa. Dari hari khamis i try be nice tapi semua org nak marah2. Apa kes??? Ni kan awal bulan? Nak kata gaji tak masuk idok la jugak. Nak kata soalan aku tu annoying bagi aku biasa je. Kalau tak nak jawab tak yah jawab yer dak? Tu la org kata, kalau kita dalam keadaan marah, segala input yang kita terima baik message ke, email ke, org tu cakap direct ke, yang si penerima tu sure baca semua tu dengan nada org tu perli dia, sakitkan ati dia. Cube kalau dia tengah cool boleh je jawab baikkan?

Ok til here...adios!

Vanakammmm...

Open house ku bermula kul 2 petang... tapi apun hagak panjang entry ni. Sbb malas nak buat part 1,2 ,3 bagai...

Erm 1.50 petang bebudak blogger sudah sampai... wakakak gila tepat la korang. Ku ingat janji melayu sampai kul 2-3 petang... mengelabah bila laki ku kata bebudak blog dah sampai. Akak time tu gi beli air mineral. punya lupa air mineral nak buat air tak ada.

Yerlah duduk berdua, takkan aku nak beli cerek besar plak. Berlarilah ke kedai. Dengan tak pakai tudung. Bagus sangat la bini siapakah ini... habis semua dah nampak rambut aku yang macam org gila...wakakak... bukan kira aurat yer?

Sori kwan2... yang tak dtg tu rugi la korang... semua puji katering mana aku ambik. Cheh! nampak sangat org pun tak yakin aku masak. Ha ha ha...kejikan? Eh promotion...my MIL mmg buat katering tuk jamuan2 makan dan dia ambik tempahan kuih2 traditional. Kalau korang berminat erk leh anto msg kat FB... mmg sedap. Bukan aku puji sajer. Tapi mmg semua tetamu dok tanya katering mana ambik. Jawapannya.... katering cik gu yati!


Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Ini la menu.... hahah nampak tak? Yang tudung biru tu over... berkali2 tambah.

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Gadis berbaju unggu pun sporting tau... gadis ka??? hahah harus kena belasah dengan soami dengan dua org anaknya... yer mak kepada 2 org anak. Siap ko! aku tutup promotion tuk Za...

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Chewahhh tuan tanah bz meng- top up makanan...

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Ok ini antara menu yang sempat ambik gambo. Credit to ijat dan awie yang menulung kak long ambik gambo2 ni

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Nasi Bukhari... sedap sangat2...

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Sambal ayam yang sangat mabeles sampai berasap telinga ko! Aku tak bohong. Sayangnya blog ini nan ado komen box... ayam pun besar2 potongan dia. Mmg tak rugi nak ambik dengan My MIL... kalau you all ambik, mmg mcm mana korang dapat makan tu, besar tu jugak la korang akan dapat.

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Ok ni Jelatah ( kata org kedah), rojak timun (Org Singapore kata, kot la mak aku dok cakap rojak rojak), arca timun (org melaka kata). Itu la apa nak panggil pung yer.

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Kek coklat yang hebat

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Puding kek yang sedap nak mampus! gila aku puji mak mertua aku sbb nak dapat award menantu yang pandai ampu... hangguk korang... bukan aku je cakap tapi semua org yang rasa confirm nak lagi. Pak cik aku siap suruh tapau tuk anak dia. Nasik + ayam + Puding. Aku puding2 ni mmg kurang. Tak suke. Sbb tu aku minta kek coklat sbb fav aku. Tapi bila aku dengar semua puji sedap2... aku try mmg sedap.

Ada menu Bihun @ macaroni @Soto sup. Tak ambik gambo. Kuah kacang dan dalca.

Ini plak makanan tambahan. Pilihan laki aku

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

jagung bakar

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Hot dog...

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Tetamu yang datang... semua majoriti purple kan?

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Teratak ai kecik... tunggu i kaya berjuta2... i beli bunglow! hahahah...

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Share few gambar tetamu yang datang. My sis dari melaka... dan shah alam... hahaha. Yang Shah alam tu tak mai tanpa alasan yang munasaba boleh gantung lesen kak ipar dan adik ipar selama sebulan. Tersentap dengan abang dia sekali

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Pak ngah dan mak ngah dari melaka

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Ini owner Kedai Pnut cupcake. Wakakak... merangkumi pemilik Sepinut... wakakak... suami kak pnut la... sudi datang jauh2 ni... kak pnut dok dalam plak. Haisemen... juru gambar rimas duk dalam. suke je tengokkan anak laki baik/rapat dengan babah... yang perempuan tu kepit dengan mak je... suke saya tengok...

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Kawan2 opis Zamani

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Aliya kalau jumpa boiperen dia... mmg tak lekang la...

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Budak yang enjoy food during my open house. Semua dah nak balik aku tengok dia ambik makanan lagi... cakap sedap sangat sampai org rasa nak habiskan semua mak long!

Nak makan dakam kereta , yang di ambik bukan kek ke apa. Bihun sup. Dah satu kerja semua tunggu dia makan.

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Di saat semua tetamu nak balik. Serentak pulak semua bergerak

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Sempat sakat si Rayyan... dah tak nak mak long da... kepit dengan mak su... tak habis2...

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

nenek feeling2 nak cucu pompuan eh??? hahaha


Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Blogger friend... ada yang tak dpt datang. All purple. Macam berjanji plak. Mimy i love ur baju... chantik!

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Mcm zaman dolu2 plak... plak tu yang buat real tikarnya yer? Sori ku tak minat la kapet2 ni. I,kan jenis rajin nak mati... uhuhuhu...

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Bebudak stay kat bilik mak long... mana la bebudak tu dpt Saidina aku tu? Caption Ijat Nazmi tak bagi Aisyah dengan Aliya main. Tetiba ko jadi kid bully Ami??? Biasalah bila adik beradik boys, bila gaul dengan perempuan ada rasa sikit sesuatu.. but Ami dengar cakap. I hd no problem communicate with him.

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Selesai sudah... uhhh sangat penat aku menaip... sori kalau entry ni buat korang nak muntah hijau membacanya. Saya pun sudah mengantuk... nak tido.

Di sebalik tabir open house

Cerita pasal open house.

Ini open house aku. First time buat open house sendiri. Dulu menumpang mak je. Sbb aku bukan ramai sangat kawan. Open house ni sebenarnya tuk jemput kawan2 opis Zamani dan jugak kawan2 blogger...kasi diorg terjah datang klang plak... kui kui kui...org kata pecah kaca pecah gelas, ku da datang umah mu sila la balas... wakaka ada ka???

Ku agak nebes jugak. Takut kurang itu ini. Nak masak, tapi tak pandai. Takat mulut dua org ok la. Banyak2 ni payah sikit. Than atas bantuan my MIL, alhamdulilla berjalan dengan lancar. Masya Allah! Banyak sangat menu yang MIL tokok tambah. Naik segan aku rasa. Memula kabor kat mak, buat nasi tomato/ nasi daging je. Last minit mak kata buat nasi Bukhari. Perh jadi ala2 arab plak. Lauk ayam sambal dan dalca. Stop!

Pastu dua tiga ari pas tu, bincang mak cakap kita buat sup. Makan la macaroni dengan bihun. Khas tu bebudak. Ok Stop!

Than malam sabtu tu, laki aku mengada nak nasik impit! Kata tak ada makna kalau open house raya nan ado nasi impit. Siap cakap, kalau mak tak buat, u buat la... nak makan dengan apa plak? Boleh la aku rebus. Habis makan dengan apa? Cecah susu tin ka???

So aku call mak. Mak macam tahu je permintaan anak dia. Mengadas tau Zamani ni! Pang sat agi baru tahu. Mak cakap nak buat kuah kacang dengan soto... senyum lebar anak omak A.K.A suami aku tu.

Aku jadi tak sedap. Banyak menu. Mak lak buat sengsorang. Kebetulan lak mak ada order tuk jamuan pegawai bank kat shah Alam malam aku buat open house tu... perh. Ijat sakit lak. So konon nak ler membantu... sampai umah mata terbeliak mak tengah buat pencuci mulut... Tanya mak tuk apa,kata tuk open house aku... dan kek coklat. Terbeliak mata aku. Banyaknya!!!!

Last minit lagi Zamani dengan Fifie nak jagung bakar lak. Buat la hang.

Konon sangat nak tolong Mak. Kedatangan aku bukan mencepatkan. Melambatkan. Wakakak... terkial2 aku potong sayur, kupas kentang. Punya la laju. Than mak cakap nak masak awal pagi. Iyo iyo je set alarm bagai. Terbabas ok... sampai kul 7 mak ketuk pintu bilik suruh jaga ayam goreng sbb nak beli sarapan.

See dalam sibuk2 tu mak siap cari sarapan. Menantu??? Membuta! Very the cilakos... malu tau!

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Ayam yang perlu di goreng tuk majlis open house nanti.

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Goreng ayam pun lambat. hahah takut terperincik. Jangan jadi pompuan kalau gitu. Uhuhu...

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Hasil gorengan aku...lalalal bangga ooo goreng ayam. Wakaka... bole la feeling2 i masak walaupun hanya goreng ayam.

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Dan aku di temani oleh Labu... anak Ijat. Muah muah muah. tetiba pagi2 ajak aku main. Siap kejar dan geget kaki aku time nak jalan.

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Lauk2 dah ready. Pantas sungguh mak mertua saya masak. Bila nak jaddi macam ni?

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Tak ada siapa yang tolong. Kami tolong tengok ajerk... Hehehe... tak sesuai ko.

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Ok additional dalam pakej. Untuk anak menantu ok. Aku tak terpikir pasal kuih raya umah aku. Ate kami berdua je. Siapa nak mai raya umah kami pun. So export apa yang ada dari umah mil. Ha ha ha... pecah lubang aku kan? Semua dok puji beli mana. I tak beli, i import dari umah mak mertua. Dush dush! Alah kasi la chan.

Kat umah plak yang jadi org kuat, suami saya dengan adiknya Fifie. Susun2 meja kusi dan makanan.

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Last minit... dah hidang makanan semua baru nak beli plastik alas meja... tu jadi mcm tu,tuh.

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Org yang bertanggungjawab membakar jagung dan hotdog... bak kata aishah... sedappp hot dog pak cik buat... uhuk! Ok ok... boleh buat masuk tender. Full story will update nanti ok.

Sharing yok!

Ok menarik perhatian ku tentang adab... terbaca di salah satu blog yang aku ikuti... may be kita boleh share kat sini.

Korang jangan ingat aku dok perli siapa2 ke apa. Peringatan tuk diri aku jugak. Sbb kadang2 kita tak sedar apa kita buat tu salah. Org tak suke... bla bla bla... akhirnya ko cakap lak org tu salah, padahal diri sendiri tak betul lagi mau salahkan org plakkan?

Terjadi pada diri sendiri jugak. Sometime terasa layanan 'dingin' tapi kita tak pandai nak tangkap kenapa. Ini salah satu contoh je ye. Selalu ada perasaan rendah diri. Terima pendapat org. Kalau org tu tak nak cakap, masam muke sebenarnya dia juga menjaga adap. Ko nak ke dengar perlian dan hinaan kasar org tu pasal ko? Tak nak kan?

So blog ni penulis dia bukanlah mude belia macam aku... chewah aku mude ke? Dah pengalaman. suke jugak baca blog dia tentang nasihat. Pasal umah, pasal anak2 dia. Akukan bz bodi hal org...lalalala.... tak pa yang baik kita kongsi sama

Kalau korang tak percaya cakap aku, jenguk entry beliau di sini. Kang kata aku sajer cari pasal perli org tu org ni...

*****
Emm...aunty blog walking dan aunty perasan ramai yang buat 'open house' untuk raya. Memang bagus, Alhamdulillah....jamu tamu makan dengan ikhlas untuk sambut HRaya yang mulia bersama2 saudara mara dan sahabat handai.

Alih2.... ada banyak rungutan tentang perangaiyg bermacam2 ragam dari tetamu yang datang.
Okaylah, aunty nak ngomong2 tentang tajukdi atas :: Adab:: dari mengalaman yang
aunty lalui...Adab terbahagi kepada dua perkara melalui percakapan atau perlakuan.Kalau dua2 nih tak ada dlm diri sesaorang atau salah satu tertinggal dlm diri sesaorang emm....jadi lah mereka saorang yang ::Biadap::

Kalau dua2 nih ada dlm dirimaka tinggilah budi perkerti nya Adab datang dari keluarga itu sendiri...Ibu yg banyak masa dengan anak2 mereka seharusnya mengajar anak2 mereka dari kecil.Orang2 yang merungut mengatakan so and so tuh tak ada adab

Percayalah, so and so tuh tak tahu yang dia tuh biadap. Kita kena berani dan ikhlas utk memberitahu tentang kebiadapan nya itu. Terpulangkan kalau dia boleh terima atau tidak.

Jom kita huraikan, adab dari perlakuan Emm..contoh jika kita pergi ke rumah sesaorang
berdiri depan gate, memberi salam hingga lah tuan rumah tuh keluar, atau kadang2 bibik nya
yang membuka gate, mereka akan menjawab salam dan menjemput kita masuk.Jangan sesekali masuk tanpa izin tuan rumah. Tak kiralah kita dah biasa atau sedara sendiri. Duduklah di ruang tamu, jgn sesekali merayap2 ke dinning tablelah, buka saji, ratah2 makanan dalam saji, kedapur lah bukak periuk, bukak fridge {habis la sepupu2 aku boikot umah aku dengan mak aku lepas ni...wakakak dengan aku2 sekali mak cik pak cik aku reject aku}

Jika tuan rumah menjamu makan,makanlah dengan tertib, jangan berlaku gelojohjangan sesekali, complain,

I tak makan ikanlah,
I tak makan ayam lah
I tak suka masin lah
I tak makan santan lah
bagai2 complain tapi melantak juga dan nasi mintak tambah juga..Perut dah kenyang, nak baring2 pulakkan, emm...sofa lah jadi sasaran..sambil baring tengok TV sampai terlelap
apa nih!??? dah terlupa rumah orang ker??

Jangan lama2 kat rumah orang paling lama 1 1/2 jam saja dah tuh apa lagi balik lah.. tuan rumah pun nak rehat juga yakni family privacy.Dah tuh, comparing rumah orang nih dengan rumah orang tuh..subject untuk merendahkan tuan rumah Ohhhhh! perkara2 kat atas tuh memang kes biadap {Terasa ada kalanya malas nak balik umah sendiri... heheh malas balik??? ada je?? biadap sungguh ko cida}

Anak2 kecil seharus nya di jaga kelakuan nya bila di rumah orang.Melentur biarlah dari rebung, bila dah jadi buluh payah lah..dah terlambat..tuh yang jadi kes macam kat atas tuh..

contoh :Kalau di rumah orang.Jangan biarkan anak2 sentuh perhiasan juga anak2 jgn berlari2 dan memanjat2 .Jangan biarkan anak2 makan dan minum sendiri, suaplah anak2 supaya tak kotor dan bersepah,Seharusnya ibu dan ayahnya kene 'alert' akan kelakuan anak2 mereka di rumah orang Cara mengajar anak adalah bukan pukul anak.Yang betul adalah bagi anak tuh faham what are the do's and dont's. Kalau perlu dipukul..gunakan gulungan surat khabar
atau majallah dan pukul lah lantai kuat2.Reaksi nya mesti lah takut bila terdengar bunyi yang kuat. Kalau ada anak yang terlebih berani yakni tak takut berani retaliate.. pukullah punggung nya, tapi jangan lupa memberitahu apa kesalahan nya.

Anak2 aunty masa merangkak lagi dah communicatethe do's and dont's. Memang kanak2 ingin tahu segala benda, nak pegang segala benda, nak gigit segala benda..nak makan segala benda
So....Gunakan mata yang terbeliak,suara yang agak kuat,gunakan bahasa isharat tangan dan jari
No....No...No... { Ni lak kes Rayyan, sekarang dia lak kata gitu kat mak apak dia... hahah}

Kalau dia merangkak jugak kearah barang tuh.So tepuk lah lantai..sure baby tuh takut..Anak aunty paham dan pada umur setahun dia dah boleh kata No..No..No..bila anak orang lain yang nakal datang rumah aunty

Dah tuh biarkan anak2 conteng2 dinding

Ohhhh! pantang Tok Nenek .Make yr children understand pencil, pen, crayons and chalks is to be used on paper not walls,Tuh, yang terdapat sekarang...contengan di lif2lah, di bus stop lah, di public toilet and etc..tangan yang gatal dari kecil tak di perbetulkan


Ada yea, bukan tak de, ibu2 yang buat2 tak tahu akan kenakalan anak2 mereka especially berkunjung rumah orang. Ashyik leka berborak jer, ashyik tengok TV anak di biarkan bebas tak berjaga Hishhh...


Tapi pergaulan juga boleh jadi penyebab Biadap.Jadi hati2lah dengan siapa dia berkawan
kalau boleh..mengenalilah background kawan dia.Selalulah berinteraksi dengan anak2 dari kecil hinggalah remaja.Jangan di biarkan dia pandai menjawab dan biadap. Latih anak supaya menjadi penyayang, mahu menolong (ringan tangan),sharing (jgn kedekut, selfish) kebersihan diri & sekeliling

InshaAllah....
*****
Ha! ada yang terasa??? wakakak aku mmg terasa jugak la. Some time closed friend punya umah aku buat umah aku sendiri. Sama jugak umah sepupu2 ni... nasib baik tak naik penyapu. Habis dah kata jangan memalu buat umah sendiri...wakaka kepala hanguk ko! Harus ko kena masuk sekolah peradaban dunia.
Peingatan jugak buat diri sendiri. Kot esok lusa ada anak. Susah nak dpt anak, sekali dapat apa anak nak turutkan. Bahaya juga. Ada tuan umah yang tak kisah tak pa. Some tuan rumah mmg tak leh. Macam aku terus terang aku cakap im ok with kids yang mai umah. Korang nak berserakkan pun pun tak pa. Sampai pernah mention kat Zamani kot ada umah sendiri, kena cat umah dengan cat kalis conteng2 ni. Time tu mak long tersenyum riang kalau budak2 conteng dinding umah mak long sbb i can do magic... seee what u wrote is missing...mesti bebudak tention. Wakaka.
Oklah itu info sekadar kongsi... Dah tak tahu nak nolis apa... layan je la...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails