Under one ruf ^-^

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Aryssa Dania Dalam Ingatan

Lilypie Angel and Memorial tickers

Langkah Kecil AmanI IMan ZulAikha

Langkah Kecil Ammar Yusuf

Ketibaan Orang Baru

Thursday, January 6, 2011

Hasil belian

Ok tak la banyak sangat membeli. Sikit2 je. Keperluan walaupun memula tu berkira jugak.


Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Hasil kerja ku selama setahun bergelar isteri. Chewah! Poyola konon. Aku tak buat alasan tapi lihat sendiri periuk-periuk ku. Sebelum aku atau Zamani kena penyakit teruk baik tukar. Jangan kedekut sangatkan?

Periuk2 tu mmg elok. Tak melekat tapi bila jadi lagu tu, mmg melekat2. Mmg its time to let them go. And welcome to new periuk2 dari ikea. Cheh tak nak kalah beli kat ikea. Habis nak beli tefal, clorex (dush dush) mana mampu. Masak pun seminggu sekali. Lebih makan luar. Mak dengan ibu pun tak pakai periuk mahal2 ni.

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

RM 59 kesemuanya. Murah kan??? Ha! Yang periuk2 tu datang 3 sekali RM 29 sajer. Dan kuali pun datang secara pakej. berbaloi tak? Rosak pun kalau dalam masa 6 bulan ke setahun idok la akak terasakan? Kalau tak sentap dengan ikea!

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Ekceli lepas makan kat cili merah singgah jap Tesco. Dan dan ko semangat nak masak. Tetiba teringat kuali besar aku pun dah berkarat. Tu la Zamani tunjuk kuali kat ikea. Kuali besar. Tapi mahal RM 60 kot. Berat plak tu. Eksen tak nak beli sbb pikir berdua je. Pastu teringat. ko nak mengoreng pakai kuali leper? Banyak minyak ooooo... betul tak? So gigih la beli kuali ni. RM 15 henget je kawan2. Wakaka. So kalau che Aisyah dengan Che Liya mai umah mak long nak ketuk2 pun mak long tak marah. Ha ha ha

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Pisau2 kat umah pun jahanam tumpul. Memula nak beli pisau baru. Sekali nampak ni. Pengasah pisau. RM 25 dari ikea. Aku terpikir sekejap. Beli pisau atau pengasah? Beli pisau kang tumpul beli baru? berapa banyak nak beli? So nekad pilih pengasah pisau je. Balik umah ada org tolong try test

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Terus potongkan buah tuik bininya. Happy bila pisau kembali tajam. Senang bah ini. Tak yah nak eksen asah kat batu asah. Bukan reti sangat. Makin tumpul. Ni tolak tarik kalau ko tak tahu buat sila gantung diri!

Apa lagi aku beli?

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Tak ingat berapa. Beli sbb murah. Bila mengoreng fail sbb lembek2. Hangin aku. Ok saya sudah nampak abang Zamani saya mencebek dan berkata "suka sangat membazir" lalalalala.

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

'Role habuk' tuk buang segala habuk2 melekat kat mana2. Alas peruk / pinggang/mangkuk yang panas (panjang tul nama nak terangkan), penyangkut 'S' nak sangkut apa-apa. Tong sampah mini. KONON nak guna kalau siang2 ayam ka, kupas bawang ke apa leh pakai masuk situ. Ini adalah impian dan angan2. ketahuilah belum lagi gune benda alah tu. Ngeh ngeh ngeh. Murah RM 2 satu. lalalala. cawan kaler2 tuk anak2 buah aden.

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Ini pun dari tesco. Teko. Kalau org datang buat malu nak buat air panas tak ada teko. Pakai jug. Sungguh tak sesuai. Nak beli yang set terasa bazir sbb melambak2 cawan kat umah. tekonya plak pecah memanjang. Cis! So beli yang ni je RM 10... boleh la. Beli dua sbb cik tipah pun nak jugak.

Itu je la yang aku beli pun. Tak la banyak mana. Kan betul aku cakap aku beli tuk keperluan. Ha, boleh tak tercalon bini yang baik? kih kih kih.

Restorant cili merah

Lepas shoping kat ikea, kami makan kat Restorant cili merah.

Aku tetiba nak makan nasi ayam. Nak makan kat Ikea takut lambat. By the time beli barang semua dah pukul 4 petang. Jangan mengrisikokan diri anda dalam kesesakan jalan yang penuh. So Zamani bawa aku ke sini.


Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Menu semerah nama.

Free Image Hosting at www.ImageShack.us
Air ku juga semerah cinta. Aik tetiba.

Free Image Hosting at www.ImageShack.us
Uh nasi ayam yang mabeles! ke lapar? Ha ha ha

Free Image Hosting at www.ImageShack.us
Kalau ayam, aku bab isi ni kureng berkenan sikit. Yng menjadi fav ialah kepak. Syorga ok boleh senyum sampai syorga.

Free Image Hosting at www.ImageShack.us
Zamani makan bihun utara. Dia hagak pantang tengok cili tu tuk makan dengan mee sup dia.

Free Image Hosting at www.ImageShack.us
Licin! Poyo nak diet!Tengok ayam tinggal tulang. uhuhuh

Free Image Hosting at www.ImageShack.us
Thank you hubby for the lovely day.
P/S: Sejak muke macam pakai tepung naik sendiri ni, aksi tangkap gambar semua muncung. Sila tahu ini adalah cara berkesan tuk meniruskan muke nampak kurus. harap maklum. Kalau idok korang pun terkujat.

Tersenyum pada org yang bengang

Kembali semula kisah kejut mengejut...

Abang Jamani korang gagal mengejutkan akak kali ni. MAsuk umah sunyi sepi. Aku berdiri sebelah pintu hampir 3 minit. Terjenguk jenguk. Tak nampak lak apa-apa. Mesti kat atas. Kang aku naik bilik sure dia jerit kuat2. Tak leh jadi.

Setelah pastikan dia tak ada di sebalik pintu, atau merangkak (macam ari tu) serta boleh aku dongak tengok syiling kot dia melekat kat situ. Wakak kata sang lelabahkan?

Bukak TV tapi mengadap semua arah. Kira bersedia walau apa pun rintangan mendatang. Zamani serah diri. Kejung sembunyi di dapur. Wakaka...

Sbb aku selalu masuk dapur dulu kalau balik umah. Jadi habit bukan buat apa pun. Tengok department kat umah tu je.

Time dinner...dengan gaya budak kecik dia cakap

Zamani :- Ayang i love you more and more! but you love me less and less.

Aku :- Suke ati je. If i love you less, i tak masak tak jaga you.

Zamani :- NO! You dont love me anymore. Sbb you balik kerja tak cari i.

HA! Itu tak boleh kira. Kalau ku terjah masuk dapur confirm aku terperanjat ok. No no no... hang tu tak sayang bini nak bini mati cepat sakit jantung.


Free Image Hosting at www.ImageShack.us


Zamani :- Dulu balik kerja mesti cari i. Kali ni ko biarkan aku sorg2 duduk kat dapur? Sedih oooo

Siapa suruhkan?


Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Pak cik Onal... saya sangat kamu. Kamu je yang saya ada untuk saya cinta. Nan ado lain. Biorpun muke ku ketat sentiasa, tapi senyuman ini hanya tuk kamu... aisemennnn muntah darah la korang membacanya yer...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails