Salam... aku dah ceritakan pasal adik aku belikan wallet Braun Buffel tu,kan? so sabtu tu dia ajak aku shopping barang raya tuk mak dan ayah aku...
Dia nak belikan kasut raya tuk ibu dan baju raya untuk bapak aku... so aku ni supir je la kiranya... murah la rezeki ko ngah... satu rumah dia beli... macam menang loteri. Tapi my sister tak beli hanya sbb kalau dapat rezeki lebih. Dia ni mmg pemurah. Kalau adik dan kakak dalam kesusahan selagi boleh dia bantu... nikan pula mak dan ayahkan...
Bapak aku jenis cerewet sikit. Uhhhh kalau tak kena dengan citarasa dia... erm.... duduk umah pun pakai kemeja tau... kih kih kih.... kitaorg selalu gelakkan dia. Jahanam punya anak2... dia dah biasa pakai smart. Bila kitaorg tegur dia, dia cakap sayang la sbb dia tak kerja dah. Kalau tak pakai siapa nak pakai???
Betul gakkan?
Ibu pulak selalu mengadu sakit kaki...erm sudahnya Fidah nak belikan dia kasut yang dia selesa... Scholl la jawabnyakan... bila temankan mak aku beli barang, teringat dulu dia bawak weols beli barang raya... sekarang kita pulak pilih untuk dia. Syukur la mak aku mmg jenis yang cool. Kalau ada, adalah...tak ada dia tak pernah merungut atau mintak. Baik dengan anak mahupun dengan suami. Mungkin aku ikut perangai dia sikit kot... heheh sbb tu aku kerja. Nak minta suami ni alahai... makan dalam je... kan bagus kat dahi keluar notis apa kita nak?
Tapi bila dah keluar bertiga termasuk adik bongsu aku, jadi lain macam sikit. Aku biasalah selalu nak seyeskan. Still suke mengarah. Yang adik aku Fidah, mmg suke buat lawak. Ada je... yang bongsu normal la... gedik kena lebih... hahaha... mak2 dan isteri org tak der nak heran sangat. Yang nom tiga ni terlebih ramah tetiba...
Apa je...kitaorg gelakkan dia... tapi biasalah ini peluang nak buli adik bongsu aku... kitaorg suruh dia jaga budak2... wakakak... gaya bibik2 tu adakan? hahaha...
Betul tak? ada gaya bibik tak? Wakakaka dengan seluar kaler blok ko... adoi la hai... mmg sepanjang keluar tu dia kena kutuk secara teruk dengan kakak2 dia... ngeh ngeh ngeh...
Budak2 ni, by the time nak gi shopping, time tu la nak tido. Stress... dah la stroller bawak satu. Untuk si amani pulak malas la nak bawakkan dia stroller yang besar. Bawakkan yang duduk ni. Sekali dia tido... kalau stroller yang besar tu boleh la dia baring. alahai kesian anak aku.
Penat kot main, masuk kereta kena aircond terus tertido. Sama jugak dengan Rayyan. Ok dua budak yang tengah tido... amani punya mengantuk tahap boleh tido tepi jalan.. hahah sbb aku letak je dia dalam seat stroller ni...
Lena dia tido korang tahu.... aku bawak yang ni sbb kecik dah ringan. Kalau ko nak naik escalator pun ko boleh lipat je. Ringan sangat2 la... tapi sesuai tuk duduk je la... abak dia pulak tak ikut. Sbb kerja. Jadi nak tak nak letak la dia kat sini, sbb si rayyan lagi berat kot nak pikul...
Jadi Raeesah mengalah dengan abang. wakakak... dia di dukung oleh 'bibik' seluar kuning baju leopard tu eh... hehehe
Uhhhh Raeesa semangat ooo... tak laray nak dukung lama2... tapi kita terpaksa akur sbb kalau nak pikul Rayyan, mahu keluar taik hijau kot... hahaha...
Lama tak bergambar macam ni tau... tudung tu fidah beli kat Humaira. Hodie... oklah smart sbb sarung je... tak yah brooch ke apa... tutup mata pakai je la walaupun org kata faktor usia tu tak kena nak pakai macam tu... waakaka...
Tapi bila amani iman dah bangun, terus je masukkan Raeesah dalam stroller tu... Raeesah baru 3 bulan, so duduk pun tak bole lagi... jadi gigih la kitaorg masuk dan tahan dia dengan bantal... hahaha
Wahhhh sedapnya bebulu ni kalau dapat masuk ke mulut. Cubaan nak tunduk menyembamkan muke ke bantal... sangat lawak si checah ni...duduk kejap tetiba je melorot... yang si Amani pulak dah ku 'tambat' dia pakai harness. Sangat aktive kalau dapat berjalan. Semua tengok aku macam mak yang kejam. Sbb aku buat tak tahu je. Si amani cuba nak lepaskan ikatan tu, dia main tarik2 tali dengan aku pulak... bila bengang dia baring tengah2 jalan... oh sangat mencabar!
Tetiba dia tak boleh nak di kawal. Kan aku cakap kalau dia keluar dengan aku tanpa abak dia, dia sangat behave... tapi mungkin sbb nenek dengan mak ngah ada kot.
Ragam budak2... ni anak aku sorg je...kalau dua?? mak dia mau jadi mak badang... si Amani tengah tunjuk protes dia... geram betul. Nasib baik abang long tido...kalau tak, aku rasa mmg dua2 masuk troli je... senang kerja aku... baik je si checha... hahah belum lagi yer dak? Checah pun macam amani iman kecik2 dulu... diam je kalau jalan2...
Ko tengok... muke budak yang keras ati... elok la... abak tuduh itu perangai ibu... hoi! hang pun gitu gak... keras ati... lalu je depan zon kid tu, dia dah tentu arah. Time tu si rayyan pun dah bangun... mak! stress... amani tengok rayyan nangis, dia pun nangis sama. Tergendala shopping kat zone kid ni...
Tengok si amani iman... rayyan ajar dia main bowling. Terus 'bertapa' kat situ... tak kasi chan... RM 5 aku tukar, semua habis kat sini... haiz...
Darah siapa la kuat mengalirkat darah anak ai ni eh
Duduk mengadap macam pro sangat...
Tu dia.... Zamani junior beraksi....
Ok citer dah habis... hahaha... tak beli apa pun... lepas bawak diorg main game. Beli kasut raya tuk amani, macam biasalah fanatik Mickey mouse pilih kasut jenama mickey la...
Muntah daku... tapi what to do? dia sukekan? Pakai kasut tu asik tunduk je... suke sangat cop mickey tu...
CidaZam bercerita lagi