Under one ruf ^-^

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Aryssa Dania Dalam Ingatan

Lilypie Angel and Memorial tickers

Langkah Kecil AmanI IMan ZulAikha

Langkah Kecil Ammar Yusuf

Ketibaan Orang Baru

Sunday, November 14, 2010

14 Nov 2008 and 14 Nov 2009

Free Image Hosting at www.ImageShack.us



Title :- Manja tak ai you all

Sebelum korg baca entry ni sila muntah habis2an dulu ok...

Fidah sila jeles sbb aku dah bolot habis kasih sayang ibunda mu... wakakak *Gelak Puaka*

Malam semalam aku lapar... tekak tetiba nak makan roti bakar... aku ni cerewet sikit, kalau makan roti bakar, aku suka sampai dia hampir2 hangus sikit, sbb aku suke makan tepi roti yang keras tu...so nak buat malas... tambah aku suka Milo yang ibu buat... manis sesedap rasa je...

Aku malas nak buat sendiri... yer aku akan dara yang malas, so?!kalau aku rajin korg kata aku nak kawinkan? So ni tandanya apa?


Kalau aku minta, rasa2 dapat tak? Ibu seem tak ada mud je tu... heheh kalau dia tak nak buat, kenalah buat sendiri... tak pun macam biasalah, aku cakap "Tak pa la..." Duduk kat sofa purak2 tido... merajuklah konon.Heheh nama pun makkan... mesti ibu buat punya ar.... korang try test kat mak korg... hahah kalau dia boh layan.... lu pikir la sendiri.... wakakakak... tak la... aku gurau.


Tahu bila aku minta ibu roti bakar dengan milo reaction dia macammana? muahahah

Hahaha....muker sakit hati... ha...ha... tak nak buat tak apa... ~ aku jalan kuar dapur... dlm hati kira 1,2,3.......10...

Ibu :- Along!!! Roti nak letak apa?


Seeee.... told yah.... 28 tahun tahu ar... tengok jahat aku buli2 ibu... bedezuuuupppppp aku lari kat dapur dengan camera... heheheh, kang dia ubah pikiran... mak aku pun kepala angin macam aku jugak.

Aku :- Milo


Yes fav aku roti bakar letak milo.... sedappppp....


Aku lebih suka pakai ni dari toster biasa,sbbnya? Macam aku cakap aku suke tepi2 tu garing dan ranggup. So caranya, kalau lampu tu padam, mak aku biarkan lama sikit...dalam 3 minit baru bukak...

Pastu biarkan sejuk... yang tengah2 tu jadi liat.... heheheh... pelikkan? Mak aku kata aku pelik... nak rangup, nak liat.... mana satu ni?

Kole' ni bukanlah tuk aku sorg... kitaorg sebelum tido mesti minum Milo dulu supaya kuat dan sihat.... hahah sihat la sangat yek....

... Roti bakar ku, berinti Milo...

...Milo ku....

Aku sayang sangat dengan mak aku... kalau korang nak tahu, kami adik beradik ni pelik... kalau mak aku masak mesti asing2kan.... macam aku kalau makan sayur lebih gemar kalau sayur tu half cooked, Fidah nak sayur tu masak betul, didi lak tak makan sayur... so apa mak aku buat, sebelum masak dia kuarkan separuh khas tuk aku, than masak tuk Pidah, didi lak mak aku masak sardin ke telor tuk dia...

Roti pun gini... pidah suka biasa je, didi lak luar biasa, aku lak yang diorg tak biasa.... hahahah.... hanya ibu je yang faham

Aku tak tahu la kalau mak aku tak ada... terpikir jugak kalau aku kawin org jauh2.... macammanalahkan?
Apa pun sayang ibu :)

The Half Blood Princess
- In your Hands, my life begins and ends-

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Title :- Kini

Syukur Alhamdulilla... berkat doa semua alhamdulilla aku mendapat sedikit ketenangan... mmg tak di nafikan sakitnya amat pedih... tp aku sedar ini semua telah tertulis buat kami...

Subuh seperti biasa ku bangun...ku akui aku masih rindu padanya... perut dah mula rasa sakit2... tak tahu la sudah tiba masa tuk jasadnya keluar atau kesan jasad yang terlalu lama dlm tubuh... tapi sekali lagi aku redha ketentuannya...

Tubuh ini perlu bersedia dan kuat tuk menjalankan pengeluaran Jasad Arrysa... itu yang doktor bagitahu... supaya senang dia di keluarkan... dan aku tak mahu terus menyiksa dia... dan dia perlu di kembalikan di tempat asalnya...

Permudahkan segalanya Ya Allah...

Semalam mak anjang dengan pak anjang (Bapa saudara Zamani) dtg menziarah... terima kasih... dan maaf aku tak menjawab beberapa fon call dr kawan2... sesungguhnya diri ini masih belum mampu nak jumpa sesiapa... terlalu sedih dengan kehilangan Arrysa... berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul...walaupun ada org yang menanggung kesakitan yang lebih dari apa yang aku dan Zamani lalui, tapi sedikit sebanyak kami terasa kesakitan itu...

Pada fizikal ku... buah dada dah semakin kembali ke bentuk asal... perut ku semakin kecil... usia kandungan sepatutnya 25 minggu... saiz perut menurun seperti ibu2 yang mengandung 23 minggu... baju2 maternity telah ku simpan walaupun jasad Arrysa masih ada lagi. Tak sanggup nak tengok...

Bila dengar suara bayi, aku mula syahdu... apa lagi kalau lihat wanita2 hamil di klinik ibu mengandung... Rayyan datang umah ibu... sedikit sebanyak membuatkan aku rasa terhibur... tapi aku akui dan aku tak boleh nak nafikan melihat Rayyan membuatkan aku rasa rindu pada anak ku... harapan dan segala impian telah tiada... namun aku redha... tidak ku sesali apa yang berlaku... mmg telah tertulis segalanya... cume ku pohon kalian semua memahami apa yang aku rasa... kehilangan anak yang kami nantikan amat menyakitkan... memerlukan masa tuk sembuh sepenuhnya...

Fobia pun ada... bila ramai yang memberi harapan cube sekali lagi... aku jadi takut... adakah punca kematian anak ku di sbbkan oleh kesihatan dan ketahanan aku sendiri??? Tapi menurut doktor, tiada masalah tentang kesihatan ku. Bayi membesar sehingga minggu ke 24 sudah menunjukkan aku sihat cume masalah baby... tak tahu la... mungkin kata2 itu hanya tuk menyedapkan hati ku? I dont know... ku hanya perlu menunggu keputusan pihak hospital tentang ujian darah yang di ambil.

Ya Allah... ku bersyukur dan berterima kasih atas dugaan yang kau berikan... walaupun berat buat kami suami isteri, tapi aku tahu dan yakin akan ketentuanMu itu... ampunkan kami sekiranya kami lalai dan alpa dengan kesenangan yang Kau berikan.

Buat suami ku, Zamani... kamu satu2nya kekuatan ku...tanpa semangat dan bimbingan kamu, aku hanyut...terima kasih juga pada semua sedara mara... yang tak putus2 memberi kami suami isteri semangat... adik-adik juga... terima kasih atas keperihatinan...ibu dan ayah terima kasih sbb jaga along sebaik mungkin... berkongsi sama kesedihan...

Doakan kak long and abang long tabah menerusi dugaan ini... Insya Allah...

Zikir, istifar sebaik2 teman bagi menenang jiwa... terima kasih buat mak dengan abak juga... walau jauh di mata, ku tahu doa mereka di sana buat kami berdua.
Dan Ya Allah... peliharalah Puteri kami di sana...


The Half Blood Princess
-With me,You'll Never Walk Alone-



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails