Under one ruf ^-^

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Aryssa Dania Dalam Ingatan

Lilypie Angel and Memorial tickers

Langkah Kecil AmanI IMan ZulAikha

Langkah Kecil Ammar Yusuf

Ketibaan Orang Baru

Friday, November 12, 2010

12 Nov 2008 and 12 Nov 2009

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Title ;- Shopping lagi

Wei penat mmg tak hilang lagi ok... ingat nak balik tapi Pidah cakap dia nak beli barang dapur. So kita menyingah ke....


Kaki masing2 dah cramp tau tapi pelik sungguh Pidah ni. Mmg sihat, makin panjang langkah dia ok! Mak aku masih mampu bertahan sbb dia nak beli hadiah tuk Pidah. Ingat tak ari tukan dia kuarkan duit... actually nak pasangkan Astro tapi murah bebenor... macam tak berbaloi jekan nak bagi hadiah tu... pemasangan Astro semakin murah ok RM 50... so semacam... mak aku lak kuar duit tak agak2... taklah banyak. Kalau takat RM 50 tak perlulah kuarkan duit bank,kan...

Mak aku belikan pidah periuk nasik... dalam banyak2 hadiah kawin dia hari tu tak ada periuk nasik... banyak org bagi pinggan mangkuk, periuk, dapur, cerek tapi periuk nasi non ado... Bilik pun tak ada kipas, ingat nak beli kipas syling tapi macam leceh nak pasang semuakan... so beli kipas meja. Nak beli yang panjang macam tak muat je nak isi dlm kembara Pidah tu.

Dah pukul 10 dah waktu ni... banyak barang tak beli lagi, biasalah kalau beli kat Tesco kena cube try testkan kot2 barang tak berfungsi. Kebetulan mmg ramai la pulak beli barang elektronik! Perh sesungguhnya hangin waktu tu.

Lihat la barang yang di beli... semua barang pidah ok... tak sanggup tul tengok perempuan ni tau berbelanja... ni nasib baik Shaiful tak ado... kalau ada control la sikitkan.... tapi tak pa, susah sekarang tak pa... banyak barang kat umah tu tak ada.So mak aku make sure semua complete tuk keselesaan dia jugak nanti. Anak omak... kalau along Ibu beli lebih tau dari angah... *gelek2.

Ok done! jom balik umah!

Penyeksaan dah pun berakhir.... alalalalal. Yang lemah bila nak berjalan sbb kereta kat Ikea... ibu dah kibar bendera putih... dia tak larat nak jalan sampai ke Ikea, banyak lak tu barang,so kami berjalan gi ambik kereta so ibu tunggu kat situ

The Half Blood Princess
- In your Hands, my life begins and ends-


Free Image Hosting at www.ImageShack.us



Title :- Tuhan Pelihara la dia di sana

Aku tak tahu nak gambarkan perasaanku... tiada ungkapan, hanya air mata... Aku sedar Allah telah menentukan segalanya... dari saat dia di jadikan sehingga la dia mati...

Aku kehilangan anak di dalam kandungan ku.... yer... baby telah di jemput oleh penciptanya... hancur luluh hatiku bila doktor bagi tahu tiada denyutan jantung pada dia... but she doing just fine that day....dan aku telah pergi ke dua tempat untuk pastikan imbasan itu tidak silap... ternyata dia telah tiada...
Anak ibu....

Dalam tempoh 6 bulan ini, kamu telah beri ibu kesempatan... merasai bagaimana perasaan seorg ibu...gembiranya hati ibu bila anak ibu active bergerak... tiap pagi... tengahari...malam... dan bila ibu marah, ibu sedih, baby bergerak seolah2 baby faham apa yang ibu rasa... tapi sepanjang malam ni ibu nangis... ibu mengharapkan respond baby walaupun ibu tahu baby dah tak ada... tapi hampa... hanya air mata yang teman ibu... baby dah tak ada....

Aku harus redha atas permergiannya... tapi berilah aku masa tuk lepaskan kesedihan ini... tiada kata yang boleh ku ungkap buat masa ni... hanya kesedihan yang tak dpt ku gambarkan... she still inside me... doktor kata process nak keluarkan baby bukan mudah sbb dia sudah 25 minggu... tambahan ini anak pertama... mungkin akan memakan masa... jadi doktor sarankan tuk buat di hospital kerajaan...mereka akan buat post mortem bagi mengetahui punya kematian... untuk apa??? Jangkaan kematian dia sudah hampir seminggu... sbb selama itu aku tak rasa dia gerak... doktor cakap muke dia kembang... air dalam rahim tak ada... aku tak tahu aku boleh tatap dia dlm keadaan macam tu...jangan di siksa anak aku...

Silap aku kerana melengahkan waktu... aku tak dpt memaafkan diri tuk itu...

Anak ku.... tenangla kamu di sana... ibu sentiasa doakan tuk kamu... satu hari nanti pasti kita jumpa...



Title :- Dugaan berat untuk aku lalui

Salam buat semua...

Terima kasih atas ucapan dan doa kalian semua... mungkin ada tertanya... dlm keadaan sedih macam ni pun boleh nak berbloging bagai... tapi saya hanya dpt luahkan bila menulis... saya tak banyak bercakap... saya tak tahu nak luahkan macammana walaupun Zamani banyak bagi saya nasihat tuk terus tabah... but i keep crying... seolah2 saya menetang takdir Tuhan...

Kesedihan saya tak boleh di bendung... hanya air mata peneman saya... otak saya bercelaru... bayangan baby terus bermain di pikiran saya walaupun saya cube lupakannya... dia sihat last scan yang lepas... tak ada apa yang kurang atau boleh membimbangkan... tapi ketiadaan dia yang mengejut itu buat saya benar2 terkilan...

Tahniah puan... bayi sihat... taniah puan anak puan perempuan... tahniah puan... tahniah...

Tapi semalam... takziah dari kami puan... bayi puan tak ada...

Ya Allah... luluh hati aku...aku mula menyalahkan diri bila doktor tanya kenapa sekarang baru dtg berjumpa doktor??

Aku dengan Zamani ambik keputusan tuk buat DNC di Putrajaya Hospital... senang sikit dekat dengan ibu... lagi pun cost dia swasta bergantung pada berapa lama kesan ubat... boleh menjangkau ke RM3k... tanpa baby... perlukah???

Tengahari tadi kami terus ke sana.... thanks to all family in law... anyah and che ta, fifi and hasra... terima kasih menemani dan sanggup cuti demi menemani kami... tapi tak terkuar pun kata2 ucapan itu... perasaan sedih dan binggung menyelubungi hati... sehingga aku lupa mereka di sekeliling ku...

Pada suami juga... tiada kata hanya air mata... membuatkan dia turut sedih melihat keadaan yang terlalu sedih ini... tapi aku harap semuanya faham... tolong la... sebb she still inside me... selagi dia berada dlm diri ini, macamaman aku nak lupakan kesedihan??

Jumpa doktor... buat kali ke tiga scan di jalankan... aku tak sanggup nak tengok sbb aku tahu dia dah tak ada... tapi mungkin tuk permerhatian diorg... ambik sample cecair di kemaluan... doktor seluk bahagian bawah... pintu rahim belum terbuka lagi... perlu ambik masa...

Mengikut apa yang doktor cakap, baby tak kencing (tak ada air ketuban) mungkin buah pinggang dia ada masalah... sekali lagi aku bagai di pukul... Tuhan kuatkan la semangat aku menerima semua ini... dan nasihat doktor better semuanya end up sekarang... mungkin kalau dia di lahirkan, mungkin lebih banyak masalah yang aku dengan zamani kena harungi... that the reason y god take her from us...

Katil hospital ful... lagi pun ari ni ari khamis... so nak dekat dengan weekend... so doktor suggest tuk buat over weekdays. Supaya pemantauan bole di jalankan... so insya Allah ari ahad ni aku masuk ward dan akan di beri ubat tuk kuarkan baby...

Lamakan??? Dan selama itu aku akan bawa dia ke mana-mana... tapi dia dah tak ada... hanya jasadnya sahaja... Mana mungkin aku terus terima? Bila melihat perutku aku jadi sedih... hanya jasad yang tidak bernyawa sedangkan dia telah bertemu dengan penciptanya.

Doktor tanya sama ada aku nak buat post mortem... aku tak nak siksa dia lagi... jadi ujian akan di jalankan ke atas aku... tak pa, aku redha dan rela... tak usah siksa dia yang telah tiada... cukup-cukup la... so diorg ambik darah aku... dlm 15 botol/ balang tabung uji... dah la aku susah nak dpt darah... sampai nurse tu pun cakap, sepanjang dia jadi nurse, ini kali pertama dia ambik banyak darah...

Lengan kiri di cucuk... tak kuarkan setitis darah...

Kemudian tangan kanan... hanya mampu menyimpan 4 tabung sahaja sbb tak cukup... kemudian yang lagi 11 lagi di lengan kanan...

Lemah badan... tuk tanggung sakit fizikal dan mental...

Balik aku terus baring... me and zamani feels so sad about this... we cried... im sory sayang... im not that strong... she still inside me... pejam mata pun tak lena... aku rasakan gerakkan baby dlm perut ni... dia dah tak bernyawakan so bila aku bergerak, dia turut gerak sama... macammana aku nak buat tak tahu? berikan aku sedikit masa tuk sembuh...

"Hati I hancur dan luluh bila tahu dia tak ada... tapi lagi hancur bila tengok keadaan you macam ni..."

Tuhan... aku perlukan kekuatan... aku hanya ada suami ku... dan dia hanya ada aku... berikan aku kekuatan itu...

To all reader and friend... doakan semoga Arrysa Dania tenang di sana... dan terus doakan kami terus tabah mengharungi segalanya... Dan aku harap semua berjalan dengan lancar... jangan la ada halangan kelewatan tuk lahirkan dia... sbb dia perlu di kapan dan di mandikan kerana cukup sifatnya... me and Zamani decide tuk kebumikan dia di Klang... at least senang tuk aku tengok dia...


The Half Blood Princess
-With me,You'll Never Walk Alone-

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails