Mungkin sbb mommies and daddy ada anak yang normal...normal kat sini bukan la saya nak cakap anak saya tu OKU or apa (minta simpang)... cume rasanya teknik membesarkan amani tu salah... tell you how you feel bila anak you
- Toooo attached dengan you... attached dengan daddy sampai nak ke tandas pun masalah. Nak mengikut. Nak kuar rumah or gi kerja pun payah... macam pencuri.
- Tak nak main dengan kawan2 sebaya dengan dia. She play all alone...
- Obses dengan gajet like ipad/smart phone? Where dia lagi expert more than yourself?
- Not attract to actual toys? Sbb actual toy tak gerak2 mcm ipad, visual, color ada butang help lagi kalau tak tahu, actual toys like playdoh, lego, puzzle? Ia memerlukan anak tuk berfikirkan? So my doter ada penyakit 'malas' kat situ. Bila main toy bagi dia amat menyusahkan diri dia. So end up dia jadi seorg yang tak sabar dan akan menangis kalau dia gagal melakukan sesuatu...
- Anak saya pengeli, geli nak main tanah liat, geli pada benda2 melekit macam gam, dan lotion. Geli pada pasir, tanah.
Mungkin korang akan cakap, bagus la. Tak la dia berani sangat nak gi merayap kat shopping mall, tak ada lah dia buas sangat kat rumah org, sopan je duduk dengan mak bapak dia. Bagus la kot berkawan nanti dia udah terpengaruh. Bagus la selamat sikit duit dia tak main mainan. Bagus la tak la penat la nak basuh baju kotor ke apa...
Ok... aku kalau cerita mesti overkan... hahah keybord worrier.... kononnnn.... tah la share la sikit apa yang kita dapat. Sesungguhnya aku bangga dengan perkembangan amani iman. Dan tak sekali pun aku menyesal walaupun sekarang dia kalau nampak toy r us dia tahu tu kedai mainan... Zamani cakap kopak macam ni... tak pa la investement tuk anak jugak... kita merungut selama ni sekarang let her lakan... kerja macam nak gila pun untuk siapa??
Ke ko menabung tuk sorg lagi bang!!! Aku nak kongsi dengan mak pak kat luar sana... kadang2 kita tengok anak kita ni normalkan, tapi sebenarnya tak... budak yang kita rasa tak normal tu la yang normal yang namanya budak.
Budak mana tak main kotor?
Budak mana yang tak memanjat?
Budak mana makan tertib tak tumpah?
Sbb aku tahu ada yang mak bapak mula tanya aku pasal GBOB ni... tapi bila mention pasal yuran macam semua diam... mmg agak mahal... akak sjak amani sekolah tak bohong la mmg catuan di buat...mmg ingat tak nak sambung tapi Zamani excited tengok amani yang makin dengar kata... so ko bayo yuran sekolah anak... hahahah... tapi akak tak kijam, akak yang nak amani masukkan? So korban la sikit. Janji anak tu suka... kita kena terima hakikat semua benda pun naik la! Kalau beri kesan apa salahnya?? Anak ko happy apa salahnyakan? dia belajar... dia gembira
Hari2 aku senyum dengar amani iman menyanyi
Good owning...Good owning.... (Good morning good morning)
Ant on apple ah ah ah...
Bouch are bouching Berh berh berh (Ball are bouncing )
Happy! penatnya dia suruh ko nanyi all the time. Sampai mak amani pun dah pro dah... bukan mak je, nenek pun belajar sama. Dah kat umah dia suruh nanyi.. belasah la... Zamani yang tak masuk kelas tengok anak dr kejauhan video saja (kesiankan) dia 'berpantang' sbb amani tak leh tengok dia...
So may be this week dia kena attend kelas jugak... see how...kalau amani mengada sangat payah la.... sbb akak tak lama lagi cuti panjang... ohhhh siapa nak temankan amani kang??? Lain macam cuti panjang tukan?
Mungkin ramai yang tak faham... betapa happynya aku dan terujanya aku... plus aku mmg sukekan nak tulis benda2 ni... so gigih buat video untuk teacher Anne and tatapan ibu2 yang tercari2 penyelesaian macam aku... hey stress tau... now??? korang baca my review eh...
Salam
Kali ni saya ingin berkongsi tentang perkembangan anak saya Amani iman sepanjang dia berada di GBOB. Mungkin saya sedikit teruja di bandingkan dengan ibu2 lain, sbb saya dapat melihat perubahan yang sangat ketara pada anak saya.
PAda mulanya saya mengambil sikap tidak ambik peduli. Dan sering memujuk diri, tak apa, dia kecil lagi. Dia akan belajar sendiri. Tapi semakin hari sikap anak saya menunjukkan sikap yang negative. Dia lambat cakap, dia suke main bersendirian, dia tak pandai berdikari, meninggalkan dia sebentar sementara saya melakukan kerja2 rumah seolah2 dia di pukul. Menangis dan mula bergayut ke kaki saya. Do you think that normal?
Saya dan suami dedahkan dia dengan gajet seperti ipad pada seawall usia dia 6 bulan. Dan since than mainan dia hanya Ipad. Mmg banyak keburukan. Dia boleh menghabiskan masa seharian dengan mengadap ipad. Dia kurang mendengar arahan dan tak berminat langgsung dengan permainan. Bila saya dan suami bagi puzzle, lego, mula nampak dia memberontak sbb dia jadi malas nak berfikir. As you all know la kalau application ipad ada butang ‘help’. So kalau dia gagal atau buntu dia tekan je butang help. Tapi kalau dia gagal buat sesuatu dia jadi marah dan nangis. Even cara dia pegang pensel pun salah. Dan amat mengejutkan bila dia mewarna mengunakan jari. Puas saya tunjuk mengunakan pensel dia tetap mengunakan jari. Macammana saya nak betulkan pemikiran dia?
So saya mula membaca article, masuk group2 bertanya mengenai apa sahaja cara mendidik anak dengan cara yang betul. Saya mula rasa teknik saya mengajar anak saya salah dan perlu di betulkan. Maka saya di perkenalkan dengan playschool. Tapi sayangnya di Malaysia, play school adalah sesuatu yang baru dan tak banyak pendedahan mengenainya. Sekiranya ada, kebanyakkannya milik bukan bumiputra. Saya masih ragu2 takut akan impak pada anak.(As muslim, kita kalau bole nak anak kita di dedahkan dengan perkara2 asas) Untuk masukkan terus ke nursery pun saya tak berani. Macammana saya nak mulakan kalau dia tak berdikari? Kes2 dera di pusat jagaan tambah umur dia yang masih mude, baru berusia 2 tahun macam2 yang saya pikirkan. Kanak2 cepat bosan, anak saya masih tak tahu nak bercakap, macamaman kalau dia tak suke? Adakah saya akan merosakkan pemikiran dia? Dengan memaksa?
Alhamdulilla saya di perkenalkan dengan Genius Baby on Board (GBOB) dari seorg rakan. Bila saya kaji, saya rasa aktiviti yang di jalankan agak ‘ringan’. Tujuan saya menghantar anak saya bukan sbb saya nak dia jadi pandai! Tapi saya nak dia berdikari. Tapi its bonus sbb ia mengajar mak dan ayah jugak cara berinteraksi dengan anak. Bukankah ini yang saya mahu?
Saya hubungi teacher Anne, saya terangkan masalah saya. Cerita satu persatu. Akhirnya saya dapat lah sedikit sebanyak penerangan. Saya bincang dengan suami, dan ibu bapa saya sbb mereka yang menjaga amani bila kami keluar berkerja. Tentangan hebat dr ayah saya. Sbb dia masih angap amani kecil dan its normal katanya, attitude amani pulak disamakan dengan perangai saya, tak jauh dengan amani waktu kecik dulu. Dan di sokong pulak oleh ibu saya. Tapi suami cakap kita cube. Dua kelas dan tengok macammana…
Hari pertama je rundum hati saya… Tuhan je tahu saya nangis ketika itu. Saya yang didik dia jadi macam tu. Saya ingat dia hanya akan nangis dan ok bila few minute. But no! Kelas sejam setengah, dia menangis sepanjang itu. Bukan sekadar nangis, dia tutup mata seolah memberontak tak mahu belajar apa pun. Perlu ke saya tarik diri sbb dia tak suke?
Baru saya tahu and spot dia geli pada benda2 melekit seperti gam, lotion. Dia geli pada benda yang lembik. Dan saya baru sedar peringkat umur dia, motor skill dia amat lemah sbb saya sendiri tak benarkan dia makan sendiri, pegang cawan sendiri. Semua saya buat sbb tak nak dia kotor. Tapi saya mengajar dia menjadi seorg kanak2 yang tak tahu berdikari. Dan erti kata lain, baru la membuka mata saya tentang kelemahan anak saya.
Mummy2 boleh tengok sendiri video ni, memula saya ambik video ni untuk simpanan sendiri. Tp bila minggu ke minggu syukur amani berubah. Tapi saya bukan katakan masuk sini anak jadi ok… mak dan ayah perlu beri komitmen di rumah. Main dengan anak, sentiasa berinteraksi dengan anak di rumah. Minggu pertama, bila saya post di FB saya, mmg ramai yang tak setuju dengan apa yang saya buat. Saya memaksa amani benda yang dia tak suke. Even ibubapa saya marah dengan tindakkan saya, tapi atas sokongan suami, sokongan dan tunjuk ajar teacher Anne,bukan sahaja anak saya tapi saya juga banyak belajar. Walaupun masih lagi ada kekurangan, tapi saya dah mula ambik langkah pertama dalam mendidik anak.
Tujuan video ni bukan nak mempromote, tapi mcm saya katakan saya suke dan ingin berkongsi bersama ibu2. Pendedahan awal itu penting. Now anak saya mula mengenali huruf, tiada penekanan tentang pembelajaran di sini, hanya dengan activiti ringan.
Kata2 teacher Anne yang saya pegang sampai sekarang 'Biar kita malu sekarang, dr malu kemudian hari...'
Yes, now i can smile... tak ada lagi risau2 nak bawak anak ke rumah saudara mara or tempat umum.
Thank you GBOB! Thank you Teacher Anne... Thank you pada mommies yang attend class... risau je takut menganggu anak2 diorg... but Alhamdulillah... every one happy to see amani iman's progress...
Orang kata biarlah kita malu sekarang, dr esok nak bentuk anak dah susah...
korang pernah dengar tak org cakap
'eshhh budak ni! perangai macam apa je... mak pak dia tak pandai nak jaga anak ke?' sentap tak??? pedulikkan org nak kata apa... yer, kata ai tak pa, u kata anak ai, of coz la i marah...
Saya bukan cakap saya dah pandai jaga anak... tapi sekurang2nya sekarang tahu la jugakkan... nak ambik ati anak, nak jadi kawan dengan anak... good luck yer semua... benda ni mmg kat rumah pun boleh buat. Tak di nafikan... tapi ko kena rajin... malas ubi ko dok diam2 tunggu anak sekolah, serahkan pada cik gu je yer...
CidaZam bercerita lagi