Under one ruf ^-^

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Aryssa Dania Dalam Ingatan

Lilypie Angel and Memorial tickers

Langkah Kecil AmanI IMan ZulAikha

Langkah Kecil Ammar Yusuf

Ketibaan Orang Baru

Tuesday, November 1, 2011

Besar bagai juara









Jeles tengok org perah susu badan banyak-banyak... siap simpan stok bagaikan? Aku terasa macam berdosa je tak buat gitu. Tapi how la??? first susu sangat sikit. Kalau pump tu 2 onz tu dah kira cukup baik bagi pencapaian ibu yang tak kuar susu macam aku.

Tak tahu la... kalau tak pump tadah lagi banyak. Kalau pump ciput je kuar. 2 onz tu dua belah yer. Terpanjat gurl gurl dengar ada ibu yang bole dapat 5 onz SEBELAH tek je yer.

Mungkin sbb tu Amani Iman bebai... atau naik hantu kalau minum tak cukup. Jadi aku sebagai ibu tentu kesian tengok anak lapar. Lepas susu mesti dia tido lena kekenyangan. Tapi kalau susu aku?? kejap2 dia terjaga. Nangis... mulut ternganga2...

So aku try pump nak tengok berapa yang sebenar anak aku minum? dapat kurang 2 ons alamak!! padan la dia nangis. And 2 ons tu kalau dapat sbb aku minum air halba yang mak mertua dengan mak aku buat. Sadis tak cerita akak ni?

Sori la... mungkin im not a gud mother ataupun ibu yang penyabar. Org kata nak kena set mind la apa la... tapi tah aku tak sanggup nak set mind sementara nak tunggu air susu banyak.

Aku bagitahu doktor pasal benda ni. So dia suggest sulam dengan susu formula. Memula kami pakai Ammum je. Since Amani Iman lahir 2.5kg than turun ke 2.3 kg, maka doktor suggest ambik S26 tul premature.


Mahal kot susu ni RM 30.50 dan tin dia sangat kecil... pengsan. Kalau sehari satu scop konon rasa boleh tahan sebulan. Kesilapan besar. Seminggu je. Pengsan bapak ko Amani!  Susu ni tuk premature. Dan di sarankan minum sampai berat mencapai 3.5kg.

Bila Amani minum ni, dia punya selera jadi beso... sedap kot susu ni. 2 ons tak cukup. Maka bagi 4 ons. Mmg ketara bila 2 minggu timbang naik 3kg dari 2.3kg. So kena stop kalau tak anak aku jadi BADANG. Heheh not gud.

Tapi aku bagi dia minum susu badan dulu. Dah dia mengamuk baru sumbat susu. Mungkin teknik aku menyusu pun salah kot. I dont know. Tapi Amani Iman tak besar, sangat halus, do payah jugak aku nak pangku bagi dia minum. Betul ini bukan alasan... nak bagi direct tu mmg susah tambahan aku ni mak baru. So Amani Iman selesa dengan botol.


Amani 10 hari. Sangat halus anak ibu ni... walaupun di kau lahir 35 minggu.
Lepas capai berat 3.0 kg, kami teruskan penyususan sampai seminggu. Lepas susu tu habis, maka kami tukarkan Amani Iman susu ni plak


S-26 tuk 0-12 tahun. Since dia dah sesuai dengan susu ni kan?

Now Amani Iman kurang minum susu badan aku. Walaupun berat dia dan fizikal dia dah selesa tuk menyusu badan. Kalau aku paksa dia, dia buat2 tido. Lama aku tunggu dia sanggup tutup mata. Lepas kita angkat dia letak kat luar ke apa, dia mula nangis. Adehhh lecehkan dah pakai semua balik, dia nangis. Nak tak nak sumbat susu botol. Sampai macam tu tau si kecik ni buat perangai tak nak minum.

Yer yer kalau mak lain mmg sanggup masuk bilik balik. Saya pemalas... nak bagi anak nangis2 ni saya cepat panic. Tapi betul kata org, anak yang menyusu ni lebih sayangkan mak dia. Amani Iman sayang abak dia lebih. Selesa dan suke abak bagi susu compare mak dia.


Gambar Amani Iman terkini. Ko tengok pipi dia... besar bagai juara. Tangan kaki dia dah jadi ahli gusti. Kira padat la isi dia sekarang. Kalau susu ibu lagi ler padat yer badan kau nak???
Tapi aku tetap akan bagi Amani Iman susu badan. Mungkin 2 minggu sebelum kerja akan aku paksa dia minum susu aku... hahaha... ni tercari product nak banyakkan susu badan. Air halba tu aku akan continue as 'air masak' mungkin nak try amnum lecta kot? Ari tu try sample... sedap jugak. Banyakkan air susu ke dak tak tahu la... trykan? sayang kalau tak susukan anak...

Tapi aku tak nak stress la... aku plak jenis malas nak selak2 baju ni... hahaha... bule??? bak kata mak aku... kalau maleh tak yah susukan anak... tak yah jadi ibu kalau nak segan2... esh kat umah oklah...kalau luar atau umah org??? 

Yer yer... nak seribu daya tak nak seribu dalih...

Tapi kalau ada komen yang boleh bantu aku, bagi... still nak bagi. Org kata air susu boleh kering kalau kita tak sungguh. Now aku sakit plak... adoiii nak pegang amani pun payah sbb takut menjangkit. Yes aku tahu tak menjangkit melalui susu ke apa. Percaya la...aku pegang kejap je dia dah bersin sama. Plus batuk ok! mak rasa bersalah... abang Zamani hangin dengan aku kata degil pegang anak padahal tahu diri tak sihat.

Baiklah!!! saya akan ke klinik! sbb saya rindu amani iman saya....

Cucuk sebulan

Gila lemau la aku update blog... sebulan punya cerita baru terhegeh nak update. Tunggu gue masuk opis. (Hahah nampak sangat cida makan gaji buta time opis...hapdate entry jerk...)

12 Oct ari tu Amani Iman cucuk sebulan. Ibu dia xcited sbb nak kuar je. Gila lemau duduk umah sebulan ko! Tapi hati gundah gulana nak tengok anak kena cucuk. Boleh ke aku tengok anak aku nangis2, jerit2.

Pagi tu nak gi klinik, aku minta MIL pergi. Sbb aku mmg tak sanggup dan tak ready nak tengok nurse ke doktor cucuk Amani Iman. Biar la MIL dengan Zamani yang tengok. Kang tak pasai lebam bijik mata doktor... hehehe...

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Kita timbang berat dulu yer. Berat time lahir 2.51kg... than 2 minggu lepas lahir berat turun ke 2.3kg sahaja. Punya la risau yang amat. Dua minggu lepas tu terus naik 3kg... hoyeahhhh....

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Amani Iman mmg pantang kalau bahagian badan dia di sapu dengan kapas atau tisu basah. Aku pun tak tahu kenapa. Mungkin pesday di lahir kat dunia dia dah kena cucuk. So bila kena benda basah macam tisu basah atau kapas basah dia nangis dulu.

Dulu kat HPJ berapa kali dia kena ambik darah. So mungkin itu buat dia takut.

Free Image Hosting at www.ImageShack.us
Sedia untuk di cucuk... erggg jangan salah faham, yang ambik gambar ni Zamani. Aku??? duduk kat kerusi gigit jari tak sanggup nak tengok anak aku nangis kena cucuk. Tp untuk kebaikan Amani Iman, aku redha. Sbb tu bawak Cik gu Yati sama... hahah sbb kalau salah dia sound tepek je kat nurse or doktor. Acik ni bukan tahu apa-apakan?

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Ekceli dia nangis sbb rasa sejuk tu je. Time cucuk tu kata Zamani dia mungkin takut sbb semua org pegang dia. Sbb lepas je cucuk, tangan semua org lepas, dia ok je... siap tido balik. Alamakkk anak aku ni... bikin gimik je nak oiii...

Doktor pun pelik. Dan dia tido balik. Tapi kalau tak pegang pun tak leh sbb dia meronta2. Tapi tak pa semua dah selamat. Ibu siap urut dada lega semua selamat. Abak gelakkan ibu yang takut nak tengok anak kena inject.

Sbb tu aku ambik keputusan, inject menginject ni aku akan pegi klinik swasta. Kalau kerajaan aku macam kurang percaya la... takut la kes2 salah cucuk ni... adoiiii nak dengan aku yang lemah semangat ni. Tak pa la bayar lebih janji anak sihat. Bukan senang nak dapat Amani Iman nikan?  Aku rasa semua nak yang terbaik tuk anakkan? Kes2 yang berlaku sekarang ni kat hospital dan klinik kesihatan kerajaan ni buat aku lebih berhati2.

Ni pun aku terpikir nak cari pakar kanak2 tuk periksa Amani Iman. Idok la pakar yang mahal sangat2... macam Fidah suggest doktor Rayyan kat Pantai nunnn... jumpa je tak ada ubat RM 250. Terberak mak bapak Amani Iman. Kalau mampu tak pa la... aku tak kisah. Tak masuk ubat lagi. Still mencari doktor mana yang baik. Mungkin ke SALAM... since MIL cakap dia kenal doktor pakar kanak2 kat sana.... see how.

Kena dapat kelulusan encik suami jugak. Dia sejak jadi abak ni semua dia survey tuk anak kesayangan dia ni...


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails