Amani iman dah tido. Dia tak tido siang so? Malam pukul 9 dah mengantuk. So sambil mengadap dia tido, maka kita update la entry. Sawang dah rumah aku... Hahah buget ko retis ke? Banyak sangat org baca blog ko?
Tak kisah pun....
Cerita 3 minggu lepas. Anak sepupu ibu kawin. Aku kenal2 mcm tu je la. Kalau dah atuk aku datang, so semua kena pergi la. Me malas, sbb tak kenal. But bila dah ramai2... Pergi je la. Lagi pun atuk berulang kali tanya.
Zamani lead the way. Bini dan anak mengedik. Erm tengok mulut amani iman. Isap punting lama sangat. Baya dia semua dah stop isap punting. Dia? Dah jadi addicted sampai sekarang .Ko sembunyikan puting , dia ambik anak org lain punya puting. Tu la salah we ols tau. Haizzzz...sbb tak nak ajar dia stick to one pacifier. Konon senangkan diri sendiri, kot kalau tinggal ke apa tak yah nak cari, beli pun ok. Mmg la jadi, buat2 la nak buang puting ke apa. Dia ok je...
Amani iman bila dah besar ni, dia nak berkawan. Aku biasalah paranoid tak habiskan. Tapi zamani cakap biarkan. So dia suke bila dapat duduk kusi org besar dengan abang sepupu dan pak cik baya dia... Hahaha
Sangat behave... Makan! Minum. Duduk pun tak buas. Kalau ko dudukkan dia atas riba ko, mmg susah nak kawal. Kejap naik atas meja... Kang nak turun. Kang kapai apa je yang ada atas meja. Stress! So hari tu bila kita ikut je dia. Dia pandai bawak diri pulak. Nak buat apa je tengok ibu dulu... Tunjuk isyarat jari je dia dah faham... Bagus!
Majlis perkahwinan kat kajang. Ini rumah pengantin lelaki yang kami pergi ni.
Meja makan beradap. Tapi ada budak yang agak biadap telah mencacatka. Kek pengantin!!!!!
I got my own reason to be paranoid, seorg mak yang hati2. Sbb kita sendiri rimas tengok anak org kalau nakal, betul tak? Punya jaga! Ralit sikit je... Amani libas bunga manga kat kek... Kek tu 3 tingkat ok... Kalau la jatuh! Celah mana mak ko nak cari amani iman!!!! Kami bawak 3 hero, tapi heroin yang terlebih lasak...
Hahah amani dah nampak mak dia besar mata, kelam kabut peluk atuk... Yang lain pujuk aku... Budakkkk dia tak tahu apa2... Mmg la mak pak dia la kena tahu apa2... Terus je bawak amani iman masuk rumAh. Panas ati aku sepanas cuaca di luar rumah. Hohoho
Makan cendol pun tak ada senang. Rumah tuan rumah ni dah la bersih. Susun elok je walaupun ada majlis kawin... Impress.. Rumah sendiri tak ada kenduri pun berselerak macam ada kenduri!
Nenek saya yang tengah-tengah pakai tudung pink. Dan yang tudung itam adalah nenek pengantin.
Amani teruja tengok cermin ni macam cermin ni cermin ajaib. Kejap2 sorokkan diri...
Budak ni ajak balik sbb nak shopping! Mogok bila mak long tak layan kehendak dia.
My atuk ( baju biru) dengan atuk pengantin. Kira adik bongsu atuk. Tinggal mereka dua beradik je. Tak hagak berbual depan pelamin... Hahaa
Pengantin data g dalam pukul 230 macam tu... Yes sungguh dan sangat panas ari tu....
Tema cream puteh... Tetiba macam confuse. Tengok pada hiasan semua macam oren and cream, masuk pelamin, merah...
Tak pa la... Janji semua berjalan dengan lancar. Lama gak kitaorg berkampung kat situ... Dari kul 11 pagi sampai ler 230. Masuk kereta amani tido... Mak dia nak tido gak, tapi risau abak terlelap sama... Atuk nenek pun ketiduran sbb panas, penat dan kekenyangan...
Itu sahaja laporan tuk hari ni...
- Posted using BlogPress from my iPad
Location:Kajang