Under one ruf ^-^

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Aryssa Dania Dalam Ingatan

Lilypie Angel and Memorial tickers

Langkah Kecil AmanI IMan ZulAikha

Langkah Kecil Ammar Yusuf

Ketibaan Orang Baru

Thursday, August 6, 2015

Anak aku dah ke sekolah

Amani start sekolah.

Gelabah ko senah tak menyabor masukkan anak sekolah. Agak terlambat bagi aku la nak masukkan amani sekolah. Sbb mind aku selalu pikir dia masih 3 tahun. Padahal tahun ni dia 4 tahun. Tapi lambat lambat pun tak la terlalu lambat tuk mula.

Zamani macam serabut tengok bini tak dan nak hantar anak sekolah. Hahahah biarkan! Banyak faktor yang aku kena pikir... kalau dulu aku ada buat entrykan pasal early education program

Aku ada listkan apa yang kena buat tuk cari sekolah yang sesuai. Dan pendapat2 mak mak dan teacher-teacher pasal benda ni. Since amani ada behaviour issue, dia kena masuk sekolah yang special. Cume nak dapatkan sekolah yang istimewa tu kat klang tak ada. Tapi Alhamdulilla lepas dia join play terapi nampak sangat progress dia. Kalau tengok umur amani blm lagi 4 tahun. Fizikal dia yang tinggi yang macam budak 5/6 tahun buat nampak progress dia agak lambat. Expecially on speech.

Korang percaya tak dia sangat becok dan murai sebenarnya. Dia seorg yang suke tanya dan suke ulang ayat berulang ulang ulang kali. Tapi when come jumpa org luar dia jadi senyap. Totally different sampai org tanya dia tak tahu cakap eh.

Reason aku masukkan dia sekolah awal bukan la nak terus jadikan dia budak yang pandai. Tapi i think she need to develop skill berkawan dia. Biasakan diri dengan org. Memula sblm pose tu mungkin agak ok la nak start. Tapi ni dah nak dekat suku tahun akhirkan. So teacher pun cakap dia takkan paksa Amani. Kalau dia tak nak baca, tak nak menulis, diorg tak akan paksa sangat. Tapiselalunya bebudak ni kalau tengok kawan buat dia akan buat sama.

Pagi ni mencabar bila kejutkan dia bangun. Mengamuk2 sampai hilang sabar. Dia nangis2 yang ammar plak excited nak mandi pagi-pagi. Siapa yang nak gi sekolah ni? Walaupun ini hanya pendaftaran tapi aku sebenarnya nak dia tengok keadaan sekolah dia. Tak la isnin nanti terkejutkan. Asal ibu dengan abak hantar aku sini.

Semalam berbual dengan dia

'Ibu hantar amani school'

'Which school?'

'New school with new friend. But no Teacher Anne'

Muke dah lain... terus

'Tak nak!' when amani cakap tak nak, u kena tahu handle dia. Kena cakap dengan dia. Berulang ulang kali. And her type dia akan cume keluarkan diri dari situasi tu. Kira dia tak nak pun tahu apa akan berlaku next. Sbb tu bila tak ready dia akan menangis. Nangis sejam dua pun tak ada hal!

Dari semalam aku pujuk ikut ibu pagi ni... pagi ni dia macam biasa nangis nak mandi. Lepas mandi ok lak tak sabar nak gi school. Mungkin dia ingat kelas kat GBOB



During registration. Aku cerita sikit masalah amani yang ada behaviour issue. Sambil sambil tu aku biarkan dia tengok keadaan tempat tu so isnin nanti tak la dia rasa lain. Amani ni kalau tempat baru selalu dia akan buat perangai. Tapi kalau dah dua atau tiga kali dia ok. Sbb tu aku paksa dia ikut aku. Padahal lepas tu nak terus gi kerja. Kalau dia nampak mesti nangis sbb kena tinggal.



Dok berkepit dengan aku tak habis. Sambil tengok keadaan sekeliling.

Kenapa aku pilih tadika ini untuk amani.

1) Its full kindy. Tak ada kelas petang ke apa. Sbb bagi aku la... bagi aku. Nursery yang ada transit ni payah jugak. Sbb kalau tadika kecik ni, guru tak banyak. So aku rasa aku sangsi bab perhatian dalam pembelajaran, Sbb kalau full education ni mmg cik gu mengajar je dr nak tengok and perhatikan budak kuar masuk balik and nak pergi sekolah.

Correct me if im wrong pasal tu. Sbb yg aku nampak day care and kindy or nursery ni macam serabut sikit tempat dia. So aku tak dapat bayangkan mana budak belajar, mana diorg nak monitor budak2 transit, mana diorg nak tengok budak bawah 2 tahun ni. So kalau kita pilih benda tu, aku rasa ko kena pilih tempat yang betul betul strong tentang jumlah pendidik. Yang mengajar dan yang mengasuh. Tak leh satu dan ko buat semua.

2) Aku mmg nak cari islamic kindy for Amani. Aku dah survey few tempat. Tapi aku tak rasa its suit Amani. Sbb bab uniform. Kang kena buang sekolah sbb dia mmg tak boleh apa-apa kat kepala dia. Mksud aku benda tertutup. Pakai tudung adalah sangat sensitip bagi Amani.

So ko nak biarkan anak ko? Itu kan wajib. Yer aku tahu anak aku. Nak masukkan tudung tu dia dah macam lemas. Mungkin dia ingat org nak tekup muke dia ke apa aku tak tahu. Dia boleh jadi agressive dengan benda yang dia tak mahu. So belum masanya lagi. So sampai bila nak biarkan? Sampai dia sendiri ok. Sbb keadaan yang macam tu akan menyusahkan semua org. Silap2 cik gu benci. Tak pasal2 amani kena pelempang , aku masuk front page sbb cekik cik gu sbb pukul anak aku. Takkan aku nak susahkan mak akukan nak bergusti dengan cucu sbb tudung je.

Yes nampak macam reason aku ni bodo sangat. Tapi ko pun akan jadi bodo kalau ko dapat anak perangai yang macam ni. Ko give up.

Kindy ni provide kelas agama. So bagi aku cukup untuk asas. U dont expect anak ko tahfizkan? Kat Gbob pun ada ajar, doa, huruf2 kenali Allah...so untuk age macam amani, cukup! Tak perlu we expect more.

3) Im looking school yang mix with other races. So she can learn to mix around. Percaya tak kalau aku cakap amani fobia kalau berhadapan dengan org bangsa cina or india. Everytime we go klinik pead dia mmg cina. Jumpa selalu ni tapi dia punya takut macam nampak apa. Sama gak gi minum kedai mamak, dia akan menherit kalau org tu tegur dia. So mix with other races so that she can learn to respect bangsa lain.

4) English basis. Bukan nak berlagak nak anak bagus sangat. Tapi amani mmg tak tahu bahasa melayu. Dari dia tercengang tak tahu apa-apa dan terasing aku rasa ini adalah terbaik buat amani. Even tadi teacher ada mention kelas dia ada dua. Satu kelas yang mengajar bahasa melayu dan satu english. Tapi kelas english semua cina and india. Majority. Sorg je melayu dan nama budak tu pun amani. Tapi aku request subject bahasa melayu jugak tuk amani. Mungkin ada extra class juga la kot.






Sekolah start 8.15am to 12.15pm

Teacher tu tanya kalau amani berminat nak masuk concert. Hahaha masuk kelas pun belum. I dont know. She love singing. Hahah mana tahukan... hujung tahun concert sekolah tapi teacher cakap diorg di latih since june lagi. Ehem ehem jangan di duga anak dara ai tu...

Silap2 buat persembahan solo. Bangga ibu nak!

No objection from me. If she interested and nak. Go on.... Time ni nak tahu interest dia apa kan?






Baju sekolah terus dapat hari ni.... mak dia teruja bukan anaknya! Hahah amani malu nak sarung depan senior. Masa bebudak tu aku dah ambik. Sbb tu la diorg duduk sesaja. Elok je duduk sementara teacher attend auntie.





Ni kelas budak 6 tahun. 

My target until hujung tahun ni, amani boleh bergaul dengan org. That is the first target. Tahu baca, menulis ke apa we let her learn slowly sbb baru 4 tahun kan? Kalau 5 tahun she can start balik. By age of 6 ke boleh focus on academic school macam q-dees and smart reader. Tapi kalau amani ok boleh baca semua tak pa la continue je sekolah ni until 6 years. Sbb ada target. Macam rayyan smart reader, umur 6 tahun baca paper ko!

Ha tak yah susah. Masukkan anak ko terus university kalau dia boleh baca paper. Heheh tu harapan mengunung. Aku sendiri pemalas ubi, aku sendiri tak baca surat khabar english. Heheh mana tahu kan. Bole la anak aku masuk list menteri. Hahahah bijak sikit dr apa yang ado.

Harapan!

Ok wish amani luck yer... mak dia yang excited. Hua hua hua

Akhirnya anak aku dah sekolah...

Free Image Hosting at www.ImageShack.us
CidaZam bercerita lagi

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails