Korang pun tahu aku bukan la jenis yang pandai masak. Tapi aku masak sbb aku rasa sebagai pembantu dalam rumahtanga, aku wajib membantu suami dalam berjimat cermat. Last month aku boleh kira berapa kali aku masak. Tapi mula bulan 12 ni aku nekad masak... Simple pun tak pa dari membazir makan kat luar.
Aku dah buat kira2 dah... Rasa macam jimat masak kat rumah dari makan luar. Opkos la makan luar ko tak payah pening kepala nak pikir makan apa. Tanya perut semua jadi. Tapi kalau sehari habis RM 20 ( kadang-kadang lebih dari tu tau). So do your math!
And last week aku habis RM 60 sahaja kat NSK...pestime masuk situ. Org kata barang pasar segar... Well mmg segar. Ikan nampak baru2. Tapi aku silap dalam beli ayam. Aku patut ikut gerak hati aku. Sbb malas nak cari tempat lain, maka ambik je... Sekali sampai rumah macam lebam. Alamak!
Nak beli ikan tapi macam diorg tak sediakan tempat siang ikan... Sudah... Mana tahu nak siang ikan! Kena la belajarkan? Tapi org 'lembut' mcm aku ni, erk masih tak punya skill nak memotong.
Beli sotong... Udang dan ayam... Nak beli daging, diorg jual daging beku tu. So aku jadi bodo di situ. Hahaha... Elok ke tak ke, keras ke liat ke? Keras tu dah tentu la keraskan. Ko baling kat dinding, belum tentu daging tu berkecai.
Dan sebagai seorg yang berkerja, kalau nak masak baru nak menyiang, aku rasa mau abang zamani korang tido dalam kelaparan. Dahlah bini dia super duper lembabS ok! Dan! Aku pulak jenis masak tak reti nak potong barang lain time masak... Aku jenis potong bawang, potong sayur, dan segala benda nak di potong, aku potong dulu. Time masak semua campak2.,. Oooo acik tak pandai der! Setengah org buat multi tasking, sementara tumis bawang, potong sayur... Gila hebat!
Selesai! Hope sejam sebelum balik pesan kat cik tipah keluarkan semua apa yang aku rasa nak masak (bunyik macam seorg yang promasak)
Dah tu ambik sayur2 pulak... Gila murah2 sayur kat sini. Dah kesegaran sayur2 ni macam elok jugak la. Sbb pekerja2 situ nampak sentiasa buang mana2 sayur yang layu... Aku terdengar gak la ada pembeli yang teror beli sayur2 ni cakap, sayur2 dah lama.. Diorg buang yang layu2... So tak fresh la, kira sayur tu dah 2/3 hAri. Tapi aku faham la... Takkan nak buang benda yang masih baikkan?lagi pun murah sayur2 tu... Jadi kalau nak murah tapi kualiti tip top mcm fresh dari ladang... Usah la berangan. Janji tak terlalu teruk untuk di makan, bagi aku dah cukup. Kalau ulat sayur dah berkampung, opkos la... Rela beli sayur yang mahal,kennn.
Its just my two cents view yer.
Sekian....