Under one ruf ^-^

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Aryssa Dania Dalam Ingatan

Lilypie Angel and Memorial tickers

Langkah Kecil AmanI IMan ZulAikha

Langkah Kecil Ammar Yusuf

Ketibaan Orang Baru

Thursday, October 14, 2010

Perihal Pilih Menantu...

Ari ni cerita pasal tawin je la yer... kali ni aku bukan nak aibkan sesiapa... tapi baca blog KakSepinat mmg buat aku senyum tak henti...

Habis la bakal isteri/suami si abang dengan Alesya... mak kamu sangat brutal sekali dalam memilih menantu... wakakak so berhati2 dari sekarang ye... korang baca la. Baca dan faham bukan masuk ikut mata kuar ikut mulut.

Kena ingat mak bapak org tak sama dengan mak bapak kita. Kalau mak bapak kita boleh tahan dengan kita tak bermakna mak apak org lain boleh tahan dengan perangai kita. Hidup umahtangga ni banyak paternnya... tak semua sama. Tapi kena perbaiki supaya org tak mengata. Macam aku, aku sensitip sikit. Org mengata pasal diri kita,umahtangga kita, bole tersentap oooo... tak ada maknanya nak tebalkan muke terima apa org cakap pasal keburukan kita. Malu tau...

Mak bapak mertua saya tidak la sempurna, tapi bab kebajikan anak cucu ni mmg priority diorg. Walaupun mereka tak pernah kisah macammana umahtangga anak2, tapi sesekali bukak mata, fahami perasaan dia sebagai seorg ibu. Sama juga buat suami saya tu. Bukak mata, mak mertua mu sedih bila kamu membiarkan anak dia terkontang kating dan kamu bz main game....wakakak mati tu statement bini dia, ada kena mengena dengan mak mertua dia... ha ha ha...

Aku takut sangat kalau tingkah laku ku ini boleh menyinggung perasaan mak ayah mertua ni. Bukan apa kita nak hidup sebagai keluarga selamanya. Dalam erti kata lain, bila ko dah kawin, mereka automatik jadi mak ayah kita. So suka atau tak kena terima. Kena adil dan saksama. Kadang2 org2 tua ni bukan nak sangat kita mewahkan diorg dengan barang. Cume masa kita tu je... diorg dah tua so masa ni nak spen masa anak cucu. Tapi kalau menantu buat perangai ikut perasaan sendiri, than susah la si suami. Ini mak yang ni isteri. Kan pilih mak, malam kena tido luar. Kan pilih bini plak, mak mogok tak nak masak fav makanan dia... hahah kalau bini pandai superb masak tak pa... kan kan kan? Than anak2 plak jadi tak rapat dengan ahli keluarga sendiri.

Oklah bebel panjang plak... baca la entry kakak Punat... eh Pnut ni...

Ok, saya terbaca satu status akak ni lebih kurang gini le bunyinya akak ni jauh senior dari saya la.. katanya seorang kawannya berpesan kepada anak lelakinya "kalau nak kawen esok carilah isteri yang rajin, pandai mengemas rumah, pandai memasak" pastu ramai mengomen.. wanita yang suruh anak lelaki dia cari isteri rajin dan pandai memasak tu cukup baik kah untuk dapat isteri begitu?Wahhh very the bom jangka kan??

hiks, saya pun cam besa, mulut insuran mahal, jadi tak berapa nak sayang sangat.. eh dalam hal ni jari le.. terus saya komen, "jangan nak cari isteri rajin, pandai masak, pandai mengemas, tapi si lelaki pemalas nak mamp*s, londeh seluar, spender bergulung, bior kat lantai je." WTF What The FUNNY la nak menantu pompuan tip top kena prepare anak jantan tip top juga dak?? tapi betul la kan nak suruh anak lelaki cari isteri complete package, make sure anak teruna awak tu complete package je, tak guna juga takat keja beso, tp ego nak mampos, bak orang kampung saya cakap "no way man, it's not easy"Jangan le saya esok jadi emak macam makcik tu. Ye la..la ni masih muda.. muda ke?? boleh la kondem-kondem orang nak pilih menantu, esok-esok entah-entah tima kita nak bermenantu lagi lorat dari makcik ni.. huii jangan lee.. anak dah la tak ramai, lagi nak pilih-pilih... ishhkk..

Bagi saya bonus la kalau perempuan tu pandai memasak, tapi tak pandai memasak, boleh belajar memasak, tp jangan le malas memasak, hat tu kesian gak anak teman weii maklumlah dia dah besa membesar bagai johan emak dia suka masak-masak.. (suka masak dan pandai masak lain ye, saya tak pandai masak, tapi suka memasak) ni namanya percubaan riak secara merendah diri agar tidak dikeji ramai orang tak pandai masak, tetapi slowly belajar memasak, baru-baru kawen bukan nak masak untuk ramai-ramai org makan, lain le duk ngan mertua, adik beradik ramai.


Kalau baru kawen takat makan berdua, ellehhh ai dulu goreng nasi je memalam. Takkan tu tak leh buat ye dak.. takat-takat, masak ikan/ayam masak kicap, buat sambal belacan takkan tak boleh kot kan?? lelain menu tu pelan-pelan la buat.. bak kata orang kampung saya lagi, better late than never dak? Tapi kalau dah naseb lelaki dapat isteri lawa cun melecun, tapi tak nak goreng ikan, takut terpercik minyak la, tak mau hiris bawang sebab takut kuku rosak ke.. malas nak cuci pinggan, kang tangan kasar.. tu over nama dia. Gamak-gamak tak reti masak pun, koman-koman beli sejenis lauk berkuah, balik tu goreng sayur, goreng ikan, buat sambal telur ke, sweet sour ke, jadi la.. Sekarang internet berlambak resepi gali je, balik try le.

Saya dulu masa tak der bibik semua kerja buat sendiri, tapi Alhamdulillah, ada kerja-kerja yang pakcik gebu tu suka rela buat sendiri elllleehh bukan apa, kita buat dia tak puas hati, dia kan penyakit perfercionist sikit jadi kerja-kerja sidai kain, lipat kain kompem keja dia, dia sidai baju ada aturannya, lipat baju ada standard lipatan dia, dan susunan dia.

Jadi koser saya ikut standard dia, sendiri bikin la. Dah tu, kalau saya sudah masak semua, biasanya longgok je pinggan mangkuk dalam sinki, konon-konon ala-ala kejap-kejap lagi nak basuh, tapi being pakcik tu, mana boleh dia nampak benda berlonggok dalam sinki macam tu, lepas makan dia bereskan sendiri apa dia tak berkenan nampak tu. bagus strategi saya kan


So anak-anak saya syarat dia senang je.. cari isteri/suami anak-anak yatim piatu. hahahah senang tiap kali raya kompem raya kat rumah saya, dah le anak dua orang je, kalau dua-dua balik ruman mertua, mau saya ngan pakcik gebu buat muka tak malu, kami pun pi beraya rumah mertua depa sekalik. harap masin mulut, dapatlah saya menantu lelaki/perempuan anak yatim piatu... besar pahallaaaa buat baik ngan anak yatim.. kan..kan..kan...

****
Veranggan jap kalau dapat suami mcm kak pnut, yang perfecto! Goyang kaki aku... tapi tu la macam aku cakap tak semua sama. Zamani mmg nak tolong but me yang tak suke dia tolong. Bukan la aku perfect tapi lelaki ni kerja tak berseni. Dan aku plak bukan la kata berseni tapi stress aku tengok saki baki dia buat tu ada... hahah last2 ku cakap kat dia... Allowance bagi lebih sikit, you dodok je diam2 i buat kerja umah... yang penting bila malam tu sila layan hambo bak puteri gunung ledang... sebelum tido picit badan... tepuk2 punggung bagi lemak berkurangan... tidokan i sebelum you tido... ha ha ha
Apa pun dalam umahtangga ni, tang kerjaumah ni ada baiknya kalau kita give and take few things. Mcm Zamani dia lepak mcm bos besar sbb kami tak ada anak... ada anak, dia kena bertanggungjawab TENGOK anak sementara bini dia (yakni aku) kemas, memasak, membasuh. Tak susah rasa... tengok je, kalau anak tu nak makan, berak ke apa, kalau rajin buat la, malas bini boleh buat janji lepas tu sila jaga balik anak tu, jangan ko biarkan anak dengan aku terkontang kanting kerjaumah tak siap, anak nak jaga... Sila jangan jadi lelaki bujang ok! Sentisa ingat dah anak, kena pikul tanggungjawab tu sesama. Ok tu aku veranggan je... insya Allah mana tahukan?
Tapi for house cleaning macam mop, bersihkan kipas, basuh toilet, buang sampah, tu mmg zamani buat... Alhamdulilla dia nampak je aku kuarkan mop dia volunteer clearkan barang2 dan mop uma. Cume sapu je gue tak percaya dia... aku rasa mana2 lelaki pun kot... yang nampak je dia sapu, yang tak nampak buat tahu je...
Apapun ini hanya pendapat. Aku pun anak tak ada. Tapi alhamdulilla walaupun penat, umah masih terjaga. Malas nak masak, still boleh makan kat luar. Zamani pun ok... janji tak pernah abaikan keperluan dia, dia ok je tak banyak bunyik... senang nak jaga... hehehe kan?

Saling memerlukan

Rasa2nya dah bole bagitahu ke apa yang aku beli ni tuk pengantin?? Ker pecah lubang? Belasah je la.. buget macam diorg baca plak.

Biasalah lelaki. Mana tahu nak beli2 hadiah nikan? Lagi2 tuk wedding. Zamani selama kawin dengan aku mana nak bagi hadiah suprise2 ni. Tak reti, dia nak cari hadiah suruh aku pilih sendiri. Cheh tak 'gamble' la lu bro... sesekali bagi bini teruja lompat2 macam beruk apa salahnya.Kan kan kan... *mengidam camera* hahahaha.... dush dush... apa jenis pun tak kisah janji bukan pakai kodak yer...

Beli kat Alamanda... tak banyak pilihan. Tapikan aku berkenan la pinggan mangkuk English sytle ni.

So kami pun memilih ini sebagai hadiah tuk pengantin.

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Nampak tak? Chantikkan? Sangat berkenan kalau ada kat umah. Tapi berdua je. Dah la jarang terima tetamu. Harapan je la....

Tapikannnnn.... Zamani kata tak lengkap. So dia buat konsep pembahagian hadiah. 'Saling memerlukan' pandai je laki aden tu kan? Siap cakap omputeh... tapi aku translate kat sini... kalau tak ada salah satu, tak lengkap. Macam tu la umahtangga.

Cheee cheee wahhhh...

Maka kami beli ini secara asing...

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Tadaaaaa.... you like??? I like babeh!!!

Korang percaya tak, pembalut adiah dengan kad ucapan tuk wedding habis malam tu??? Giler kentang putar la! Ramai bebenor 101010 org kawin. Yerlah tarikh tu pun angkasawan kita kawin jugak. Semua pakat beli hadiah kat Alamanda ke pun?? Haizzzz

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Sekarang dah senang. Ada kaunter tuk balut hadiah. Malam tu boleh tahan ramai la jugak. Sementara tunggu laki aden cari pembalut hadiah yang sesuai. Sampai turn aku nak tak nak cakap je la pakai pembalut hadiah parkson...kantoi sudah tahu beli kat manakan? Chet! Kot yer dah tahu 101010 ramai org kawin, beli la stok pembalut hadiah banyak2.

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Giler tegaq la aku malam tu... snap gambo... tak pa, adik nak fofular tak??? muah muah muah... macam la popular sangat. Kui kui kui...

Tapi itu konsep kami tuk Zureen dan Francois... 'Saling memerlukan'... yang lawaknya. Berkat tuk majlis kawin mereka...

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Tadaaaa... apa di dalam?

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Cawan dan telur rebus... biasalah perkahwinan org melayu tak ada telur rebus tak sah! Yang seronoknya ialah bila

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Kami dapat benda yang sama tuk door gift wedding mereka... wakakak... Statement Zamani...

"Ini Baru betul... saling memerlukan..."

Chet!!! Anyway ku suke... thanks Zureen and Franscois... Selamat pengantin baru...

Wedding At BoRA OmBaK Ampang

10 10 10... kami laki bini menghadiri majlis perkahwinan kawan opis Zamani. Francois dan Zureen.

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Pasangan yang sangat sweet. I like! Kelik butang 'i like' sendiri. Muah muah muah. Diorg yang bertunang bulan 7 ari tu... ingat tak aku ada ceritakan? Malas nak cari link. Kalau korang rajin cari la. Gila kijam akukan?

Majlis reseption di adakan di Bora Ombak Ampang.

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Majlis nikah dengarnya pagi dan malam reseption bermula jam 8:30 malam. So me and Zamani gerak dari Putrajaya. Ku di paksa oleh suami ku pakai baju raya yang pertama tu. Warna biru. Alamak! kang org kata kita lak kawin. Kui kui kui...

Sekali sampai kawan Zamani tanya, 'Mcm ko lak pengantin...pengantin lama eh'

Blushing Blushing... kan dinda sudah kata kanda.... tapi tak pa, suke je kalau org nak kata kami pengantin baru. Lalalala...

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Best oooo... tetamu masuk je, di sambut dengan paluan gong! Dungggg! itu tanda ada tetamu datang. Muah muah muah. Asal time aku sanding tak terpikir sambut tetamu dengan trompet... hahah gila kentang. Tapi mmg best.

Ok gambar tiga di atas adalah hasil colekan dari FB kawan2 pejabat Zamani yang lain. Ni aku ambik dari kawan Zamani CoCo. Tu la Zamani tak mo belikan aku camera! nak beli DSLR... erm tah bila, kalau beli nampaknya mmg nan ado la maknanya aku nak gune,kan? Aku nak beli camera yang comei2. Senang nak ambik gambar masuk blog. Beli yang water prove! walawehhhh happening aku rasa. Tak payah nak susahkan sesiapa selain menyusahkan diri sendiri.

Sbb lepas ni hasil gambar sangat boring. Dah itu je yang ada... layan... jangan banyak bunyik.

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Mc malam tu... dua2 kawan opis diorg. Syok betulkan kalau ada kawan2 yang baik mcm diorg ni. Tak kisah nak tolong kawan. Lagi best diorg jadi host dari 'sewa' ni. Tak kekok. Plus semua bersahaja and enjoy.

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Zoey Kawan zamani jugak sporting nanyi tuk pengantin. Hero! My fav song. Konon lagu tangkap feeling, bila la ada hero nak melamar ni... kui kui kui... itu dulu ler. Idok sekarang, sbb dah dapat.

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Bahagian jemputan

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Meja yang di penuhi oleh kawan kerja... hahaha... ini semua kerja laki aku. Aku just ambik segala gambar tuk di jadikan bahan karangan aku. lalalalala

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Mengunakan konsep buffet . Makanan pun ok.

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Kawan Zamani jugak... hehehe, jadi model jap eh En abang... ok air dia sangat felik. Nak kata sirap rasa ada rasa tembikai. Nak kata tembikai, mcm campuran sikit. Tapi di sebabkan malam tu sangat panas tambah nak bulan mengambang ni, haus sangat. So janji sedap tuk di minum... syorga!!!!

Dalam pukul 9 malam tu, pengantin pun sampai. Sbb bora ombak konsep ala-ala bali,kan? So best pengiring2 semua berkemban... hahahah bukan main laki aku... chewah... lempang muke aku laju2. Dah nama pun best friendkan, lagi pun aku malu nak snap gambo maka aku suruh dia la yang ambik gambo semua. Pastu banyak bunyikkan isteri Zamani ni?Bluek!

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Tu dia... baju Zureen sangat chantik... erm nak buat gitu la... ngeh ngeh ngeh. Mau gi mana Puan Cida? Pasar borong nak tempah baju gitu?

Jangan pandang ku sebelah mata!!! Heheh tetiba lagu anita sarawak plak! Tapi seyes nice. Kebaya labuh yang di modernkan.

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Sangat best kan? terasa di iring dengan dayang2... I like. Time aku dulu di iringi dengan puteri2 kecik comei. Teringat Aisyah jadi flower gurl tetiba dia berhenti tengah jalan sbb tak dapat nak tengok mak long yang cun di belakang dia...wkaakaka... tak la, tentu di heran kenapa dia jalan depan yang lain ikut dia dari belakang. Sangat kelakar time tu... cute! Eh nak jugak selit pasal majlis sanding dia yang dah basi tu. Wakakaka

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Happy moment!

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Selamat pengantin baru...

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Meja makan beradap. Pelamin aku tak tahu ada ke tak. Sbb bahagian dalam tak masuk. Tapi mmg cantik deko kat sini. Malam lak ada tarian poco poco. Tak larat la nak tunggu. Aku ok je sbb kerja kul 9 pagi. Yang kesian Zamani la... kerja pukul 5 pagi. Mau koyak mata tahan mengantuk.

Tapikan lately aku perasan jugak la. Zamani kalau dulu tak tido dia ok. Mata dok terang lagi. Tapi sekarang kalau lambat tido, sakit kepala dia menjadi2. Ermmmm cakap bini tak nak dengar, bila sakit macam ni siapa yang susah. Kan? Apa pun ku habiskan entry dengan gambar kami....

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Cian tak ada org nak tolong ambik gambar... hahah sendiri ambik setelah muncung dengan suami sendiri... hanshem la suami saya... lalalalala.... nak camera! *itu motipnya....*

To Frans and Zureen... Selamat Pengantin Baru. Semoga ikatan kekal ke anak cucu...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails