Thursday, September 15, 2011
Amani Iman Zulaikha
Korang tahukan macammana aku benar2 maukan cahaya mata? Mcm mana aku stress bila memikirkan soal anak? Mcm mana aku sedih melihat kebagiaan org lain?
Sejak aku di sahkan mengandung, aku tak henti bersyukur. Terus meminta panjangkan dan izinkan janin di dalam rahim ku terus bernafas sihat.
Korang pernah dengar lagu 'iman mutiara'? Lagu tu sangat bermakna bg aku. Lirik dia mmg menangkap setiap kali aku dgr lagu tu. Insaf sangat.
'Iman tak dapat di warisi dari seorg ayah yg bertakwa, ia tak dapat di jual beli, ia tiada di hentian pantai, walauapa pun caranya jua, engkau mendaki gunung yg tinggi, engkau meredah lautan api, namun kau takkan memiliki jika tidak kembali pada Allah'
Bukan mudah tuk aku memiliki 'iman' itu. So aku nekad lelaki atau perempuan aku tetap nak letak nama iman.
Zulaikha sbb 'cantik' so biar la iman itu adalah iman yg cantik. Nama depan aku serah pd zamani. And aku berkeras tuk letak nama iman sbb di awal lagi aku dah mula panggil amani dgn panggilan iman, dan dia respond baikkkk punya!
Amani pulak ketenangan... Semoga amani iman memberi ketenangan pada ibu dgn abak dia. How to handle the lil one dengan penuh kesabaran. Insya Allah
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Alhamdulilla
Hati tak tenang. Sbb doktor mmg kata air ketuban aku kurang. So bgtahu zamani. MIL aku plak buat open house. Mmg tak nak susahkan ati dia. Tp bila dia tahu mmg ajak aku dan suami g klinik. Doktor tak berani nak ambik kes so aku di hantar ke hosp putrajaya.
Kat hosp putrajaya mmg tak buget. Cek semua diorg kata ok than bila nak balik, kena tahan. Mmg air ketuban bocor.
Aku tak tahu apa yg diorg nak buat. Monitor je ke atau nak paksa bersalin I don't know.
So malam ahad tu, doktor pakar bgtahu they have to induce since aur ketuban bocor akan ada infection. So aku tak kisah sangat.
Pagi isnin. Tetiba doktor pakar masuk. Cerita plan seterusnya. Sbb dia tak galak buat induce since diorg tak tahu berapa lama baby akan keluar. If more than 12 hour baby akan lemas. Than by the time akan jadi risiko pada mak and baby. Aku mls nak dgr cerita panjang so aku suruh doktor decide what is the best.
Operation is the best way. Kondisi baby lebih terjamin. And risiko pada ibu sbb aku ambik asprin and asprin kena stop at least 10 days. Sementara aku?? Hanya br berhenti 2 days. And risiko hilang darah boleh membahayakan nyawa. Aku kena buat pilihan. Of coz aku sanggup ambik risiko tukan? Bila aku agree doktor hanya senyum.
Suami kena di beritahu and keputusan akan di teruskan after suami agree. Puas aku merayu kat zamani. Let me do the operation.
And aku terus masuk dlm kategori emergency operation. Apa pun tak leh lewat sampai ke malam since baby kritikal. Amani tak gerak pagi tu. After second injection matang paru2. May be she felt guilty kot.
Tp aku pujuk dia. What ever it is aku nak selamatkan dia. And I will strong coz aku nak idup dengan dia and abak dia.
So operation mula jam 3. Separuh sedar. Hati berdebar. Bila kenang mmg nak nangis. Bila dgr suara amani aku jadi tenang. Tak ada la aku rasa nak pitam sedangkan kat dewan bedah tu nampak la doktor semua bertungkus lumus. Darah terlampau banyak. Sedut banyak kali still banyak jugak. Tapi bila dah dgr suara amani aku dah tak takut lagi. Redha dan terus meminta peluang tuk bersama suami dan anak.
Mmg tragis tp ia menguatkan semangat aku. Ini yang aku nak selama ni. And apa pun aku akan tempuh.
Terima kasih ya Allah atas rahmat mu
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone