Wednesday, November 10, 2010
Maafkan saya....
Adoiii....
Adoiii....
Sangat la tak sihat rasa lately...aku tak tahu kenapa. Badan sakit2...batuk ok tapi tekak semakin perit... oh sangat tak suke. Nak akhir tahun plak tu. Kerja sememangnya banyak. Nak closingkan? Se prefer settlekan kerja dari biarkan 'TAHUN NI BERLEPAS' confirm makin menimbun kerja.
Badan lemah macam tak makan seminggu padahal tang makan ok je. Dah hampir 2 minggu lebih dah ni. Tak nampak beransur baik. Kalau dah balik umah mata nak pejam je. Blog pun update lebih kurang. Kalau baca blog korang tu, adoi mmg tak sempat. Letak kepala kat bantal mmg aku tertido. Sampai berapa hari ni Zamani bangun kerja sendiri. Walaupun aku tak la bangun teman sampai ke pintu, but still terjaga kalau 'rasa' dia tak gerak dr tido. Ni aku tahu2 dia dah nak gi kerja, cium dahi aku time tu la aku mengelabah terjaga.
What wrong with me? Badan letih nak mengemas umah jauh sekali. Semalam nak masak tapi keletihan. Kat opis sedaya upya menghabiskan kerja sampai lupa nak bfast and lunch. Balik mcm org gila lapar... sob sob.
Kebetulan ada pasar malam, suruh Zamani tapau je makan kat sana. Balik je dia ke dapur konon nak masak megi... adoiii tak sampai hati rasanya nak bagi suami masak walaupun hanya megi. Dia tak nak gi pasar malam sbb dia cakap tak nak makan sengsorang.
Mengadas laki aku tu. Mana aku tak gemuk sekali bila makan nak berdua... ahak!
Emosi jangan la cakap. Dah tak sihatkan... nak mara je. Budak2 opis dah gerun dengan muke akak ni. Jangan nak main2... cume Zamani je la. Dia mana nak takut aku. Dengan dia aku tak marah, tapi aku banyak menangis... kejap2 tersentap! Memeleh air mata... poyo nak mampus! Yerlah sakitkan... nak la perhatian lebih2 sikit.
Bangun pagi ni satu lagi penyakit tambah. Tekak aku perit seperitnya... macam bengkak kat tekak... what the hack pulak kali ni! Nak batuk tak leh, dada aku sakit plak... paksaan tuk muntah nak kuarkan lendir2. Sakit ooo dada aku, tapi lega la lepas tu...
Ya Allah... permudahkan semuanya... sob sob... lebih dan lesu sangat.
Kisah me, Fidah and Donal
Tersenyum je,kan.... adik beradik tak ramai. Didi pun muncul lambat. So kami berdua la. Sbb tu bila tengok Aisyah and Aliya, aku terkenang kisah aku dan Pidah.
Ibu tengok Aliya pun ibu cakap mcm Fida... kurus, kecik plus botak. While Aisyah like me... kakak,kan? selalu over. Tapi tengok jugak Aisyah selalu mengalah dengan Aliya dan Aliya mmg ganas...
Compare me and Fida... aku selalu buli Fida. Selalu marah sebab nak kuar umah main dengan kawan2, ibu suruh bawak fida. Minah tu jalan dah la lembab... hahaha... and seingat aku, aku ada Donal duck yang aku usung ke mana2... ibu cakap 'angah raudhah' yang beli... oh itu aku tak tahu. Tapi selalunya akan ada Donal. Yang best sbb donal tu lagi besar dari aku, jadi aku suke pegang kat leher dan seret ke mana2... lama wei... aku tak ingat bila aku ada benda tu. Tapi umur 8 tahun pun i still hold Donal ok! Sampai sekarang bila sedara2 ingat balik tanya mana gi Donal tu sbb diorg kata muncung donal tu sama dengan aku xpecially kalau merajuk sama je dengan Donal tu.
Tapi sayang pindah je umah Donal ni hilang. Tak ingat. Tapi rasanya mmg sempat bawak gi umah baru time tu. Mungkin terbuang. Menangis jugak la. Sbb mmg tido dengan Donal tukan? Ibu cakap since aku dua tahun dah bawak dah dia sana sini. Dua tahun ke lapan tahun lama tu,kan? Bila ibu ganti, macam tak syok. Sbb dah rasa lain.
:: Sebijik macam ni, cume seingat aku dia besar dan lembek sbb tu aku senang seret ke mana2::
Kanan pegang Donal... Kiri pegang tangan si kartun tu ( Fida)
Semua org panggil dia Kartun... sbb dia kecik dan bila dia cakap sangat laju dan halus... ermmm tengok anak dia. Mmg sebijik dia. Tak tahu cakap tapi nak cakap, end up dapat la title kartun.
I always protect her. Mungkin sbb tanggungjawab. Bila org marah dia, aku yang poyo2 benci marah org tu. Akak mmg dari dulu suke tersentap. Org mengata adik, kakak yang tak leh tido malam pikir macammana nak tampo muke org tu... hahahah lawak!
Fidah kecik2 suke sangat mengekor aku... mmg minat la! aku masuk bilik dia masuk bilik. Kalau dia tak dengar cakap aku, aku selalu ugut dia
"Cop!!! satu dunia ni kawan kakak..."
"Tak pa la adik kawan dengan ibu dan ayah"
"Satu dunia tu termasuk ibu dengan ayah la...kan dah cakap tadi..." Bijak tak bijak tak?? Dia mencebek... tapi tak nangis... tak ada la nak mengadu ke apa. Mula rasa serba salah mula rapat dengan aku... cuit2 aku... eh!!! cutenya time kecik2...
Yang best bila tengok dia macam tak marah, aku cabar lagi...eksen pandailahkan...
"Allah pun kawan kakak... adik dah tak ada kawan dah... padan muke. Duduk la dunia ni sorang2"
Hahah jahatkan? Dulu time tak ada didi kami bahasakan diri kami 'kakak' dengan 'adik'... kuar si mangkuk tingkat tu baru la Along, Angah, Adik...
Tapi tu la Fidah... dia mmg tak berani nak tinggi suara dengan aku. Kalau dia tak puas ati dengan ibu atau ayah ke, sesiapa je, dia akan luahkan pada aku and aku lak dr kecik sampai besar perangai tak ubah. Emo tuk dia...hahaha... mula la sakit hati. Kadang2 kalau dia nak bergosip dia akan call jadi batu api... hahahah... mulut minah tu tak ada insurance tu jadi gitu...
Dan kalau nak bandingkan me and Fidah, dia lagi berdikari. Tido malam biar tak ada ibu atau ayah tapi tak boleh tak ada aku. Dia ok je kalau aku ada. Aku yang tak boleh...hahaha... so ikut muntut kak long dia la. Sbb aku sampai umur 11 tahun pun curik2 tido dengan ibu...hahah. Dan sampai la sekarang... kalau aku tersentap, dia sure tahu. Cepat2 call, pujuk, rasuah aku dengan barang2. Namun nak bermasam muke tak ada...
Tiba2 rasa sadiskan? Am i a bad sista?
Hahahah dah korang tak boleh jawab... adik aku je jawab. I guess kalau soalan ini tuju kat Didi mau dia kata aku jahat!Sbb aku mmg tak sporting. Share problem lagi la... ahahahah... may be jarak umur kot. May be la kan?
Apa pun aku tetap sayang adik2 aku... didi pun kalau org kata pasal dia aku jadi sakit hati jugak. Cume what ppl siad about her betul la... ibu dan ayah manja sangat dia. Habis nak buat macammana? Dia terlebih manja. Harap2 dia berubah la... insya Allah...
10 Nov 2008 and 10 Nov 2009
Title :- Siapa tetamu itu
Ada org datang jumpa aku.... oh suspen! Siapa? Anda mengenalinya? Aku pun terkejut lagi ni....
The Half Blood Princess
- In your Hands, my life begins and ends-
Tajuk :- Aktiviti Hari Ahad
Erm nothing much pagi ahad tu... bangun pun lewat... heheh sila tampo muke ku yang gebuzzz ini. Bukan main lagi bangun sampai kul 9 pagi... bila dah bangun, haruslah mandi... than kemas bilik sikit lebih kurang... ngeh ngeh ngeh... sarapan di taja olrh Che ta... nasi goreng perhhh pedas dengan ghoti tulur...
Lepas makan, ku lepak2 berbual sambil tengok Che Aisyah dengan Che Aliya main dengan permainan yang Cik Yayang beli tuk birthday Aliya seminggu lepas...than dlm kul 11 aku balik klang....nak bagi si Pumba dan zazu makan... sambil2 tu nak ambik la stok baju. Perancangan ari sabtu tu, ingat nak kuar dengan cik yayang dengan che ta beli tudung... tapi pagi tu cik yayang cakap dia tak tahu nak kuar ke tak, eleh tunggu arahan dari fifi la tu... ingat ku tak tahu ka??? So since cik yayang tak confirm ku ingat nak lepak Klang jap la... rindu kat bilik ku itu...
Sempat la ku melelapkan mata dlm sejam... bangun2 bunyi azan Zuhur... tengok ada msg cik yayang dia ada kat umah MIL lak... cheh!!!! bikin wa serba salah... hahah time tu tengah mogok dengan abang Jamani ai... konon nak bawak diri la... hampeh, cik yayang bagi tahu Ijat dengan Che Ta dah siap tunggu aku...
Ku pun bergegaslah balik Shah Alam...
Rupanya ari ahad semua off duty... plan para suami, dan bakal suami, nak bagi rehat kami yang perempuan2 ni, kuar merehatkan diri. Tapi tukar sudah, MR Ana nak follow... yer la nak makan apa??? So kalau dia nak follow harus la bawak yang lain sama... rosak program ana daaa... ada benda yang aku nak buat ni... nak minta pertolongan Cik Yayang...erkkk ku cerita plan apa kemudian ya...
Ingat tak entry aku yang lepas pasal kedai tudung yang murah tu??? Ha kami berempat apa lagi serbu la... di sebabkan kedai tu murah, tudung idaman kalbu yang terbawa sampai ke alam mimpi tu sudah habis!!!! aaahhhh sungguh ku tak leh menerima hakikat...lama jugak la kami kat dlm tu... telek punya telek... belek punya belek... sekali masing2 rembat sorg dua tudung da... aku dah rambang mata... naik juling tengok tudung kat situ....kuikuikui...
Lepas tu je gi makan... selera nan ado, yer la merajuk ni... wakakaka... tapi tak lama... dia mana leh marah2 ai... kan kan kan? Lepas tu je, aku minta tuk ke bukit Raja tuk beli sesuatu... ni yang tak leh nak cerita ni... haisemen... sbb??? plan yang agak besar... hehehe...
Tapi sampai di bukit raja, selain beli 'benda alah tu' alahhhh yang aku plan tu ler...aku telah terbeli seluar jeans maternity... payah oooo... dulu fav aku pakai jean je... mmg suke la... satu pun tak muatkan... yer la aku dulu consider slim la jugak dulu... kui kui kui... mengandung pun nak jugak pakai jeans... so rembat la yang murah... scarlet... kih kih kih... yer nak compare dengan jeans CK korang, Levi korang... aku punya RM 69 jo... wakakak... tapi selesa uolzzz... rasa2 yang tak mengandung tapi muncit sila kan... heheheh mulut fuakakan ai ni...
Than menyinggah ke tempat baby... alamak... tak leh nak menahan diri... dlm hati berbelah bagi... mak dengan abakkan dah pesan jangan terlalu gumbira dan jangan beli barang baby, kalau bole tunggu kandungan 7 bulan ke atas... tangan dah gatal ni... aaaa tak leh nak tahan... encik Jamani ai siang2 dah menjauhkan diri dia ke bahagian lain sebab dia pun takut macam aku jugak... nak terbeli je...so aku meminta pendapat Che ta dengan Cik yayang...
Cik yayang kata ikut kata hati... tapi aku berbelah bagi... belila sepasang... lepaskan rasa keinginan tu... Cik Yayang menghasut lagi... datang Che ta, aku kompiden sikit... ibu beranak duakan... banyak la pengalaman... dia pun bagi opinion baik punya... membuat kan aku bukan sahaja rempat sepasang tapi berpasang2... dah ambik ni, berkenan yang tu lak... pastu yang ni lak... hasilnya??? 2 baju satu seluar dan satu rompes! Tersenyum kat kaunter bayar... eee aku beli baju anak aku sendiri... selalu aku beli tuk anak org... aahhhh macam tak percaya seh... pastu che ta suggest jugak benda yang patut di beli... tapi aku takut nak beli banyak2 ni... takat baju ni la dulu... 7 month nanti ku borong habis... kuikuikui... tak lama lagi pun... next month dah 7 month la...
So lepas dari itu, kami ke sec 18... ke Pak Li kopitiam minum... hari hujan... tak ada apa pun di beli... than belilah brooch yang 6 bijik RM 10 henget... bole ler... so meh tengok hasil belian...
Aku beli tudung 2 helai... yang jenis sarung2 ni... senang sikit... malas nak pin sana sini... mudah je... haruslah pilih warna yang sesuai dengan kaler baju aku...
Mudah dan senangkan??? hahah tiru gaya gerak geri Ijat... tapi harus ku terima hakikat bahawa aku bukan photo gediksss.... ni tah berapa kali aku snap... bulatsss je muke ibu mengandung.
Jeans scarlet... Rm 69 sahaja... tapi kalau nak nampak mahal tambah je la Rm 690... hahah kalah CK ko! bole la... sementarakan... nak jugak vergaya diva time mengandung ni.
Dan aku suke.....maka aku beli... Insya Allah...korang doa la yer... semoga baby sihat sampai aku bersalin...
Romperssss... RM 12.90
The Half Blood Princess
-With me,You'll Never Walk Alone-