Haizzz sekejap je masa berlalu.... dah besar anak ibu.... Syukur atas nikmat yang di beri... Syukur di atas kesempatan yang di beri buat kami suami isteri...
Amani pulak macam tahu je hari itu hari yang istemewa buat dia. Malam besday dia, dia selalu tido pukul 930 malam, paling lewat pun 1030 malam... tapi malam tu dia buat perangai nak tengok video kat ipad... dari pukul 830 sampai la ke tengah malam. Lama2 aku yang tertido dok temankan dia.
Bila tegur dia sengeh2.... aku marah dia and tutup ipad dia masam mencuke... pkul 12 malam aku wish dia besday dia sengeh... hahaha semua gelak sbb macam tahu2 je... terus je melalak sbb mengantuk....
Yang aku plak tak dapat nak tido. Sbb dah niat nak buat pulut kuning. Pestime. Heheh anak baru setahun, mana la tahu sok dah pandai cakap mintak nak jamu kengkawan? macam no??? So mmg tak bole tido malam... kita tengok youtube ni berkali2 la... hahaha....
Pulut kuning daku... heheh MIL aku cakap beras hancur... kih kih kih... budak opis cakap ok tapi rendang yang aku buat kurang santan...wakaka... belasah la... ini pestime pun. Budak opis aku siap warning diorg! tak sedap aku potong gaji...wakakak kijam dak??? kijam dak????
Tapi aku mmg dah standby nak beli nasi lemak. In case tak menjadikennnn? Malu la hakak!
Pagi tu pulak mood amani iman ok jugak... selalu bangun pagi melalak2... nak ikut atuk dengan nenek hantar ibu gi kerja. Tapi kali ni senang plak nak kejut...
"Imannn... ibu nak gi kerja... jommm nak ikut?" Heheh aku kalau nak bangunkan dia mmg panggil iman, sbb dengan harapan dia "sabar" tak mengamuk2 bila bangun tido... hehehe... bukak mata senyum... lagi la gedik bila aku nanyi lagi happy besday!
Ok plan hari tu tak la happening sangat. Nak buat dia happy je. Sbb dia kalau gi shopping dah pandai usha bahagian kidz zone yang macam play land tu. Cube anak ai ni kan malu. So dia takut mak ayah dia ilang dari pandangan mata dia je.
Lagi pun aku ni anak org punya besday aku excited sama. Kalau anak sendiri? lagi lakan? Pedulik la kalau org nak cakap apa... kat opis ni pun tahu aku ambik halfday sebab nak sambut besday anak... hahaha... bos siap bagi idea tempat menarik and wish amani iman happy besday and have fun! siap dapat hadiah ok... RM 100... mak terkujat! tq bos and wife...
Ok layan gambar.... 30 minit RM 5.... apa la sangatkan?
Teruja tengok banyak bola... siap baring, berenang dalam bola tu!
Pon Pon!!!
Memancing sotong... ini baru anak buah pak teh dan pak ngah! bole amani iman join eh memancing???
Skill dah ada ni....
Amani imann ni nebes je lebih. Kalau kami 'jauh' dari dia je dia takut.... tapi kalau ibu abak boleh join dah lama dah! dah lama dah amani oiiii kita berkampung sampai kena halau!
Banyak gambar sebenarnya.. tapi malas nak transfer... ni pun ambik dari instagram jer. Tak kose nak transfer. Akak tak bz so boleh la melayan blog ni.
Than kita makan secrect resepi... itu je la... mak abak dia yang kebulur. HAhaha... tapi Amani iman tak nak makan kek. Siap dia luakkan lagi... dah la pagi tak makan minum susu je. Sbb takut bazir. Tapi aku pikir balik... ala tak habis bawak balik je... apa nak kira... kata besday anakkan???
Last year abak pegang dia dan Qamat di telinga. Tahun ni dan tahun2 yang akan datang harap abak masih peluk dia dan ucapkan kesyukuran atas kehadirannya... sob sob.... *Lap hingus kat lengan... kih kih kih potong kek pakai garfu je la....
Aku order kan dia fish and chip... Syukur dia makan! habis ok!
Khayal tengok video sambil suap dia makan... ikan salut tepung tu dia makan isi je sbb kulit dia terlalu garing... kejap2 nak tercekik...
Ibu bangga sbb tak ikut jejak abak yang tak suke ikan... hahaha... Mmg habis ikan tu dia makan. Siap kentang tu dia makan adalah 5-6 ketul.... happy betul aku tengok.
Tq ibu... love you Amani Iman Zulaikha! I love this picture... bole masuk pertandingan la hari ibu nanti. Hua hua hua
Lepas makan, terus tertido! siap berak lagi... dah tukar selesa terus tertido... Sementara aku beli kek tuk sambut kat umah MIL malam tu.
Birthday gurl yang bergaya... singgah GM tuk beli barang....jumpa plak cermin mata yang harga RM 3.00. kalau ko patahkan ibu tak ralat sangat... hahaha... abak ober nak belikan disney punya tuk anak dara dia... kasi murah2 dulu...
Than aku sempat belikan dia alat mainan ni... aku kalau boleh nak belikan mainan yang berunsurkan education. Kenalkan dia dengan alat tulis. Buku, kertas. Nampaknya oklah. Org kata kena lentur buluh dari rebungkan? Amani kalau dapat barang dia suke ketuk2... hahah silap abak dia la ni! Belikan drum... habis semua dia nak ketuk.
Puas jugak nak mengajar.. Nasib baik kak long aisyah ada... ajar amani iman tulis. Bila dia conceng ada benda... dia syok! Akak mengadu dengan MIL cara dia peganng pencel tu salah... deiiii setahun kot umur dia! pelan2... hahaha.... untung dapat mak mertua cikgu ni. Kalau nak harapkan aku mmg fail la nak mengajar.. So mak guide me apa yang perlu buat. Macam kenalkan alat2 tulis. Than flash card. Ada ipad sekarang banyak dload software kanak2... bagi dia belajar semasa bermain... So far bagus la... so ipad di larang nak dload lagu2 cinta kasih sayang ni... ha ha ha...Zamani tak senonoh pi download lagu "Gandom Style" yang bangang... ari tu dia bagi budak tu tengok, terkebil2 dia tengok org menari2 kepelikan... and to me its no funny since dia tengah nak belajar. Terus delete! Vedio2 download kat phone sendiri...
Dengan harap dia akan lupakan ipad! tidakkkk langsung tak lupa ok!!! hahaha... mak dia gigit jari.
Ermm penat menaip! hahaha.... di akhiri dengan gambar puteri pucuk kelompang gue yang dah setahun 2 hari :) wink wink