Tuesday, October 12, 2010
Watson card
Korang ada??? hahaha gila kentang aku ni. Benda ni pun nak kecoh.
Mmg aku nak kecoh. Aku suke shopping barang2 kecantikan (walaupun tak cantik) mcm toiletries, health product, skin care product kat watson. Tak tahu kenapa. Kalau masuk sini mmg ber jam-jam. Beza dengan gurdian. Padahal sama je konsepnya. Tak tahu kenapa. Aku suke sangat telek barang2 kat watson. Kadang2 sajer je buang2 duit pakainya tak pun. Heheh dalam kedekut aku pun bole buang2 duit.
Nak kata murah tak jugak. Nak kata beli barang product "watson" pun tak jugak. Macam tak ada tempat lain. Ehhhh tah la aku sendiri tak tahu kenapa.
Saje suke tengok product skin care. Belinya tak. Tapi suke melihat.
So sekarang ada card VIP watson. Macam point2 la... beli kad berharga RM 12. Dan satu ringgit, satu point. Ha! ko boleh kira berapa riban ko habis kat situ nanti. Senang sikit. Macam jusco kad. Satu hengit satu point. Point aku kat Jay card beribu2. Itu pun nasib baik diorg ada expired point. Kenalah redeem barangkan?. Dulu Jusco card kalau tak redeem tak jadi masalah diorg bring foward je point tu. Sekarang mungkin ramai member kot, kalau tak reedem silap2 diorg boleh beli Jusco tu. Kah kah kah.
Pernah sekali check point, terbeliak mata point aku menjanak sampai ke 30,000 point. Time tu point tak pernah redeem dok collect je. Apa seh aku beli sampai 30 ribu??? Ada member aku plak parents dia punya kad sampai 300,000 point. Perh tukar point to voucher RM 2000 voucher during JJ card. Gila tak gila la. Voucher pun voucher la... value RM 2000 tu.
Tapi of coz la kawan aku tu mak apak dia leh jadi duta Jusco. Sampaikan aisbox, mesin basuh, TV mmg semua borong kat Jusco. Semata2 nak dapat point. Ok aku tak segila tu... hahaha... point aku ari tu pun 30,000 dapat voucher sampai RM 100 pun dah besar rahmat.
Point lain ku tak berminat nak kumpul. Tesco card ke, bonuslink ka, aku tak minat sbb leceh. Yang ni clear cut. Satu point satu henget. Kan senang ko nak monitor. Kan kan kan???
Dan when apply je aku dapat few voucher. Ngeh ngeh ngeh... tuk selected product je. Bole la tuk org yang kedekut macam saya, mmg memerlukan potongan potongan ni. Zamani dok geleng kepala je. Siap pesan kat dia! 'B jangan memandai2 nak beli barang sendiri... nanti beli dengan ayang... ayang nak collect point boleh dapat voucher'
Yer!!! aku nak voucher! tak kisah la vouceher discount ke, voucher duit lagi Alhamdulilla... lepas ni aku confirm discount pun diorg hanya bagi for those yang ada member card je... macam jusco sekarang. Mengila org register member card...sbb apa??? Yang bukan member sila bayar penuh. Dan tuk potongan 20%-70% hanya tuk membership sahaja... teman idok la bodo gitu yer... berbelanja harus bijak. Tapi kalau ko org kaya, beli barang discount ni jatuh standard, maka aku tak leh nak kata apa la... selamat berhabiskan duit anda!lalalalal
Kisah mereka tak abis lagi
Kalau kat shah alam pun, macam ni jugak la dia sakat Aisyah dengan Aliya. Tapi budak2 perempuan ni tak berapa nak berkenan kalau kena kacau. Biasalah perempuan. We all rimas kalau kena kacau2 macam ni. Muah muah muah. Bukan main lagi time bercinta kena kacau dengan dia rela memanjang.
So gambar gegar... ada yang aku tak tahan gelak. Dan sometime ku terkujat bila dengar suara Zamani menjerit dengan suara bebudak tu. Bikin jantung mak long gegar la anak2...
Haiz...
Ini la gupo bebudak ni, mengacau pak long.
Budak2 ni suke main Ultraman dengan Zamani. Kan laki aku father of ultra... Naufal and Nazmi mmg minat gila Ultraman. Tu yang sorang jadi 'Tiga' sorang lagi jadi 'Dyna' yang laki aku lak volunteer jadi raksasa... so kena 'fire' pengsan la...ini jalan ceritanya...ahahaha. Akukan director
Ada ultraman serang macam ni?? hahaha
Boleh plak tido eh?
Serang!!!!! hahahah dengan mak long terkujat sama wokeh.
Naufal sebelum balik siap buat pesanan penaja "Bye Uncle... nanti Aufal dtg lagi eh?"
Bebudak ni mmg kitaorg jarang jumpa. Kalau tak ada apa-apa jumpa setahun sekali bila raya. Zamani mmg suke kalau main dengan budak2 lelaki ni. Buat bebudak jadi buas. Yang perempuan dia suke kacau2 je... suka sangat dengar budak2 berbunyik! merengek!Budak- Budak sekarang
Naufal Fariz.
Dan yang adik nama Nazmi Fais, tapi dia gelarkan diri dia BABY... sampai besar la nama tu lekat yer Baby... comeikan?
Ari sabtu tu, lepas balik kerja pergi Putrajaya. Tido umah ibu. Bebudak ni ada... Ya ampunnnn laki aku melangkah masukje umah, tak sampai 5 minit suara bebudak ni dah dengar satu taman. Memula aku tak endah sangat. Tapi mmg gamat la... apa je diorg main sampai tergelak terjerit macam tu... rupanya Pak long volunteer jadi raksasa... sedap la diorg smack down, kejar, pukul pak long. Sampai Zamani sembunyi, Naufal dengan Nazmi berlari kat dapur.
"Mak long... uncle mana?"
"Uncle mana?"
"Alaaa uncle yang datang dengan mak long."
"OOo pak long? kan dia kat depan?"
"Tak ada pun" Lari cari pak long Zamani... bingit telinga aku...
But fun. Bebudak tu jumpa BUDAK BESAR. Happy la. Ajak main macam2.
Dah penat main tetiba si Nazmi selongkar handbeg mak dia. Semua macam pelik tetiba dia cakap kat Zamani
Nazmi :- Untel Tejap tabik tambar...(Uncle kejap, nak ambik gambar)
Yer dia pelat... heheheh umur baru 3 tahun. Kitaorg tak dapat nak catch apa dia cakap sbb dia cakap laju. Hahah ambik hanfon mak dia nak ambik gambar Zamani? Hahahah... nasib baik fon mak dia kong! Seboleh2 dia nak ambik gambar. So kitaorg hulurlah handfon kitaorg sbb dia mula naik hangin fon tak leh on.
Happy kejap.
Nazmi :- Untel bangun...
Zamani :- Wat apa?
Nazmi :- Untel bangun ar... baby nak tambik tambar untel...
Comei gila dia suruh Zamani bangun sbb dia nak ambik gambar. Laki aku layannnn
Ada gaya ni
Memula tu mmg susah. Tapi bebudak sekarang ni cepat sangat belajar.
Tengok adik bz ambik gambar. Yang si abang pun haruslah join adik.
Ambik gambar mak
Ambik gambar mak and ayah.
Gegar pun gegar la. Budak! what do u xpect them to be? Professional? Blog mak long semua mak long layan. Sebagai kenangan kot mana tahu satu ari nanti dah besar korang boleh baca dan tengok hasil kerja korang... hahah mak long buget tak sedor diri. Tak ada makna diorg nak baca blog mak long yang penuh tragis dan emosi... wakakak tetiba.
Kak Mira.
Nazmi belajar tuk snap gambo. Credit to Kak Mira yang berjaya snap gambar ini.
Hanset aku payah sikit compare to Zamani punya fon. Dan hasil gambar diorg ni, adalah seperti di bawah
Mak long dan pak long
Yeah yeah
Sesungguhnya kalau aku ada anak, boleh la aku latih dia ambik gambo... senang kerja omaknya. Apaknya apa lagi... saving dari sekarang, kot kita ada anak, boleh beli camera canggih tuk anak kita... lalalalal bukan apa, membantu omaknya menjalankan kerja sebagai blogger ketegaq! Muah muah muah