Under one ruf ^-^

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Aryssa Dania Dalam Ingatan

Lilypie Angel and Memorial tickers

Langkah Kecil AmanI IMan ZulAikha

Langkah Kecil Ammar Yusuf

Ketibaan Orang Baru

Wednesday, October 19, 2011

Mandi amani iman

Wajah amani iman lepas mandi.

Seyes ni kali ke dua aku mandikan si kecik ni. First 2 week after bersalin. Tu nak belajar2 je. Sepanjang pantang ni, my MIL yg mandikan amani iman.

Di sebabkan ari ni my MIL kuar atas urusan, aku konon nak mandikan dia la. Sbb amani dah set kul 6 mesti mandi. Tepat kul 6 dia bunyik hek huk aku angkat dia bg mandi.

Bagi dia susu, bukak baju dia. Than baru basahkan muke dia, dia jerit mcm nak rak ko tau! Sampai ilang sore. Bg susu dia bole minum walaupun aku tahu dia kenyang. Bole dia gigit puting botol tu? Muke dia muke mmg tak nak mandi!

Aku nekad basahkan rtambut dia, jerit lagi. Sampai zamani bangun. Ha! Hebat tak si kecik ni kejutkan bapak dia.

Sblm aku kena mara dgn bapak dia, terpaksa la ku tinggikan sore!

"Kalau gini sampai bila ibu tak leh mandikan iman! Sampai bila nak suruh tok mandi!!!"

Hahha... Zamani terus senyap. Mengeluh tak puas ati aku marah anak dia. Ha berani nak ckp alaaaa anak abak! That is our agreement. If one of us marah, jangan nak pujuk dpn anak.

Terus masukkan amani dalam besen. Sbb mak kata dia suke main air. Senyap terus. Syok mandi air suam2. Oklah reda sikit. Yg lawak tu aku silap tuang bath form kat perut dia. Hangin plak dia. Cepat2 aku tangkupkan dia. Tangkup ke?? Mcm kejam bunyinya. Wakaka.

Senyap balik. Oooo tok buat gini eh? Dah sudah kena ikut step tok plak. Ikut je la, janji ko senyap. Dan mandi bilas dia dgn air, angkat dia, nangis lagi. Kena la upah susu. Adoi laaa anak, ketaq kaki ibu tau.

Tapi betul la uols, sampai bila la kita nak harapkan org tua kita. Sbb mcm ari ni, MIL aku kuar beli barang, aku tahu balik sure dia nak masak, siap bekal tuk adik ipar aku awie yg masak ward, than masak tuk aku, masak tuk family, nak uruskan cucu... Terkejar2. Ini yg laki aku tak faham. Yerlah dlm pantang. Sok habis pantang apa pun tak tahu buat,kan?

Bukan tunjuk baik, but tak rugi pun. Anak akukan. Lambat laun aku jugak kena buat.

Yg geramnya si amani ni kalau abak dia ada, mula la drama sedis start. Org tak gheti ckp, nangis je la. Yang syooookkk lagi bila MIL balik dia seolah2 nak mengadu siap jeling2 aku ok. Dialong biasalah kitaorg buat. Bila tanya ibu buat apa kat amani, cebekkk baik punya. Haha lawakkan?

Masa tuk siapkan anak aku 45 minit. Fengsan!!! Tp dah siap ko yg sedap badan naakkk. Lena kau di ulit mimpi! Hahah

Syukur alhamdulilla
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Kelar anak mcm kelar ayam

Sayu baca kes baby kena kelar teruk dgn mak dia yang gila, sewel! Nak ku lempang budak umur 16 tahun. Org dok kata mude tak tahu apa2, tau plak ko apa tu SEX!!!

Tahhh since berita tu kuar, bila aku tengok amani iman sayu je rasa.

Tu la setan! Time kita kotor banyak benda di bisikkan ditelinga kita. Nak baca ayat2 pun tak bolekan? Zikir je la banyak2. Mmg aku akui bila baby meragam, hilang sabar when u have to do alonekan. Dah la anak sulung. Anak org bole ku bg kat mak apak dia, anak sendiri? Mungkin itu penyebab diorg ni tak pk panjang.

Bila marah amani iman mula la rasa sedih. Eshhh dulu janji bagai. Now merungut2. Tp betul la kata org tua, dugaan tu mmg banyak dlm pantang. Ada org yang dengar suara2 halus nikan? Ada kawan aku, dia ckp time dia dalam pantang, anak dia nangis sampai dia tak tahu nak buat apa, dia ckp dia pernah nak tutup muke anak dia dengan bantal. Cepat2 dia kuar dr bilik cari mak dia. Mungkin jugak sbb tu org kata jangan bg org pantang bersendirian. Aku dgr pun takut.

Ada gak cerita aku dgr, seorg ibu letak anak dia dalam longkang sbb anak tu asik nangis. Scary tak! Nasib baik dia tak campak anak dia just letak. Dia duduk tepi longkang tu dok tutup telinga dia, nasib baik jiran ke suami dia ada.

Kes aku plak?? Malam tu bertukar bila ada anak. Tido sejam sbb selebihnya amani jaga. Zamani tak bole jaga sbb dia kerja pagi buta. Kalau weekend ok la. Amani iman dah biasa dgr dengkuran abak dia. So bila posisi tido zamani posisi yg tak dengkur dia akan jaga, sampai la bapak dia bunyi. Sound pelik! Tp itu yg jadi. Aku perhatikan sbb memula berang jugak, dengkur zamani mmg kuat gila, aku terjaga tp amani terus lena. Bayangkan mak aku jalan tepi bilik kitaorg dgr bunyi zamani dengkur dia tunggu tepi bilik kot amani nangis dia bole la ambik tp harammm bunyi amani tak ada sampai ke sudah zamani dengkur. Last2 nek tipah terlelap atas meja makan. Wakak lawak. Sian mak aku.

Tp kalau zamani tak dengkur, ko leh tengok dia bangun. Ohhh sampai aku rasa nak kejut zamani, bole tolong dengkur? Gilo la request tukan? But this is amani.

Eh apa kena mengena cerita mak kelar anak dgn cerita aku ni? Hahah

Apa pun aku kesian tgk baby tu. Baru je nak hidupkan? Nyawa dia di tarik oleh mak dia sendiri. Ada artikel di FB aku baca. Sblm baby2 ni lahir, mereka bertanya pada Allah, bagaimana nasib mereka bila lahir, kalau mereka lapar, mereka sakit, apa jadi pada mereka. Allah telah menjawab bahawa akan ada 'malaikat' yg memberi kamu makan, merawat sakit kamu, memeluk bila kamu terasa sejut. Dan malaikat yang melindungi kamu akan kamu panggil 'ibu'.

Pasti itu amanah dr Allah. Tp bila dia tiba di dunia, dia di siksa?? Amani iman kena inject BCG terbeliak mata aku, aku nangis sama. Sama gak injection pertama. Ingat aku tenang nak bg org cucuk2 anak aku? Ikut hati tak nak anta g klinik, sbb apa? Bukan la aku manjakan dia, aku terasa amani akan ckp dunia ni kejam buat dia sakit. Hahah imiginasi aku tahap tu. Sbb tiap malam aku bisik kat telinga dia, 'ibu dgn abak takkan bagi sesiapa sakitkan amani iman, sbb kami sayang amani iman' haaaa pi sebut gitu sendiri sakit bila tgk anak nangis.

Ermm yg senang beranak ni la mereka yg tak hargai anak. Buang suka2, bunuh suke2. Kan ke baik ko bunuh diri ko. Tak pun jantan yg rosakkan ko tu! Dah berani sangatkan?? Anak2 ni ko tak suke, g la letak depan masjid ke umah kebajikan. Takkan ko kena tangkap masuk lokap punya. Ramai pasangan di luar sana nak anak tak dapat.

Ermmm tak kena batang idung sendirikan? Layak la komen. Apa pun tempat anak2 ni di syurga. Cume aku sedih. Everytime this happen aku teringat aryssa. Sentiasa ingat dia. Kami hantar dia dgn baik dan sempurna.

Ermmm bagus jugak ada BB nikan? Tq la encik somi kerana hadiahkan, dalam pantang ni mmg bosan. Bila anak tido, tweet dan FB la tempat akukan? So kalau aku update basuh taik anak ke, mandikan anak ke, that is part of my free time. When I mention or post pic kat FB dan twitter and tag my husband, aku rasa itu perlu sbb aku nak dia tahu perkembangan anak dia. Bukan takat buat anak than serah bini buat semua. Itu aku tak komplain la kalau zamani tak nak menolong sbb itu bukan tugas bapak pun. Tp at least aku nak zamani tau, oh amani iman dah pandai merajuk. Oh dah pandai this and that. Kan??

Itu yg syok. Dr kita dok baca status org than get envy ke apa better kita update apa yg kita ada. Tak semestinya kita nak paksa org baca. Insya Allah blog aku adala perjalanan aku, suami dan anak. Even anak aku sorg 'di sana' aku masih tak puas bercerita tentang dia. Aku stop and kurangkan sbb kebanyakkan org ckp aku tak leh terima hakikat this and that.

Kan bagus kalau kita cerita pasal anak2 kita dr cerita pasal org lain.ketidakpuasan hati kita on this and that?

Ini adalah pendapat aku. Kalau aku ada anak 10 org pun, insya Allah aku akan tulis mengenai setiap sorg anak aku sbb bg ku setiap anak ada ciri sendiri. Kamu akan senyum bila baca setiap entry tu nanti.

Aku beli coklat dua puluh sen pun aku canang kat blog apa lagi kalau citer2 lain.

Sesungguhnya sudah tersasar dr tajuk. Wakak kalau SPM confirm fail dow!!! Haha.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails