Under one ruf ^-^

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Aryssa Dania Dalam Ingatan

Lilypie Angel and Memorial tickers

Langkah Kecil AmanI IMan ZulAikha

Langkah Kecil Ammar Yusuf

Ketibaan Orang Baru

Saturday, July 23, 2016

My little helper

Tahun ni amani 5 tahun.....

Minggu depan sambut birthday ammar yg ke 2. Ari tu besday jatuh bulan pose. So aku biasalah. Bab anak2 ni aku terlebih excited.

Bila anak2 dah besar diorg sendiri happy. Lalu kedai kek pun dah happy. Amani makin banyak perubahan. Dulu dia takut tak suke nak tiup lilin. Nyalakan lilin je dah nangis. Kalau aku bz buat goodies pun dia buat tak reti je.

Now dia dah bijak. Agaknya kat sekolah ramai kawan2 kot sambut besday.

Since im so damn bz. Hari2 ok! Aku tak tahu sabtu depan macammana. Adoi la... dulu gigih buat. Ni yg mampu buat. Yg lebih happy bila amani bantu sama. Bukan main menyusun bagai.



Besday dia agaknya lagi la kot yer? Tp ibu niat sambut kat sekolah je la nak. Ibu macam nak pencen plak. Hahaha cepatnya ibu nak pencen yer. Aiman pun kena sambut...

posted from Bloggeroid

Sunday, July 10, 2016

Selamat hari raya



Baru ada kesempatan tuk bloging. Selamat hari raya uols.

Tak sempat nak sediakan entry. Aiman so attached ler dengan aku. Sampai nak buat apa2 pun susah. By the time dia tido aku pun berlayar sama.

Apa pun selamat hari raya pada anda semua. Tahun ni aku raya di singapore. Setelah 4 tahun menyepikan diri hahaha. Walaupun ptptn mengblack list aku dr ke luar negeri. Akak tetap fight nak pergi jugak.

Cabaran plak aircond rosak...

Roadtax and insurance mati...

Cermin retak!



Nampak? Org kata bahaya drive. Well one year plus dah retakkan tu. Since nak jalan jauh tukar. RM 480 melayang layang. Dah betulkan, tetiba cina yg betul cermin nasihatkan kami tuk ketuk bonet depan yg tak leh nak tutup rapat gara2 kena langar dengan org time parking. Siau... nasib baik murah. Jiran ai betulkan kete. Ketuk cat semua. So anggaran tak lebih RM 200 katanya.

Siap2 semua RM 160

Tingkap bahagian driver pun rosak. Esh macam2. Mmg rezeki nak jumpa atuk and nenek.

Pertama kali bawak anak2 jalan jauh. Perjalanan hampir 8 jam. Sian bebudak. Bangun tido. Sampai singapore aiman all out nangis terus. Penat agaknya. Buat apa pun tak jalan. Letak eo lavender terus tido. Hahah...

Anak2 macam2 perangai. Letih tak perlu cakap but gembira dpt jalan anak beranak



Our second raya kat rumah my uncle. Anak2 biasa tak leh dok diam walaupun seminit.



Raya ke tiga balik Malaysia. Singgah rumah my uncle kat JB.

Than ke Melaka. Raya sana than semalam balik klang. Isnin kerja.

Tak dpt aku nak bayangkan kerja yg bertimbun tu.

Selamat hari raya. Maaf zahir batin buat semua.

posted from Bloggeroid

Saturday, July 2, 2016

Highest potential

Review product eoyl

Kali ni nama di beri highest potential. One of the emotion oil. Biasa la untuk amani la kalau bab emotion oil. Org kata bagus. Tp aku tak pernah terpikir nak gune oil2 ni pada diri sendiri. So..... di pendekkan kerja aku ni sangat stress bila closing. Report tu macam2 jenis la... tak menahan tul! Lepas satu2 report tau. Jenis HQ bagi last minit. Bagi hari ni, nak esok...

Dengan kerja aku yg merangkumi despatch. Maka aku kena pandai bahagikan masa. Nak siapkan report. Nak pastikan urusan2 bank... bla bla bla....

Dengar je kena buat report aku dah panic. Somemore bila kau kerja lebih pukul 5 otak ko dah pikir anak2 kat rumah. Dah pikir somi marah... so ada satu hari tu, aku kena buat 3 report terus. Jadi bengong jap. Tp aku try calit kat tangan. Wahhh i tell you! Akak buat kerja dengan tenang. One by one. Walaupun dah pukul 730 malam. Dah nak berbuka! Sempat habiskan 3 report. Tetiba aku kagum dengan diri sendiri. Wakakak.

Bila ko dah set apa yg ko nak kena buat. Ko akan rasa macam ko kena habiskan kerja2 ni. Bukan la minyak ni jadikan kau rajin. Apa aku rasa before ni, gelabah, hilang tumpuan. Yer la ko asik tengok jam. Sempat ke bla bla bla... tp mmg aku tak pikir apa. Aku pikir nak cepat habiskan report. Tu jer!

Ada plak yg tengok review aku di facebook, terus ingat jadi rajin. Hahah dont la like that. Ni bukannya minyak senyonyong. Essential oil ni bukan la buat ko jadi rajin. Kalau betul minyak ni buat org rajin, aku rasa ramai bos bos gune beli tuk staff2. Betul tak? Nak gelak bila org cakap 'eh ko cakap ko jadi rajin pakai minyak ni!' Ohhh no no no. Kang org cakap aku menipu.

Nama pun highest potential. So what is your highest potential. Kalau ko nak tido. Ko pakai plak minyak ni. Of coz la tido la ko. Kalau anak ada exam i think ni bole. Bukan la buat anak ko bijak! Tak ada la dia tido, letih, stress jawab soalan. Maknanya man man la dia jawab soalan. Or erti kata yg korang boleh faham... potensi tertinggi dia nak dok exam! So dia akan be more focus la dengan soalan2 tu. Sama ada jawapan betul ke tak minyak tu tak la bg ko jawapan pada soalan2 tu.

Faham??

Aku rasa macam ada setengah org akan ingat ini minyak magic. Bagi anak pandai la, rajin la.... kalau anak ko jenis bijak, ko tak perlukan benda2 macam ni. Dan kalau ko rasa anak ko kurang bijak, adoi kakak. Beli buku la kasi anak baca. Ni kalau ko lumur satu badan pun belum tentu anak ko anugerah cemerlang. Tak payah masuk sekolah. Masuk university terus. Gitu....

Its all about the smell la kot aku rasa yg generate ur mind to be more focus.

Besar sungguh ciptaan Allahkan?

Amani.... aku suke pakaikan amani dengan emotion essential oil. Sbb nampak serasi dengan dia. Ammar plak tah la. Macam kadang2 terlebih plak. Mungkin ammar normal kids yg jenis nak ambik tahu. So bila sapu dia jadi outstanding lak. Sampai tak leh control. Hahah... kang aku sapu ni plak. Apa highest potential dia agaknya. Buat conteng dinding? Bersungguh kena habiskan mural kat dinding umah. So tak berani. Mamat tu ada je dia nak buat. Lagipun ammar kecik kot. Tunggu la masuk gbob. Bila latihan di beri kita bole nampak la attitute dia macammana. Now dia bebas buat ini itu. So banyak benda dia nak buat.



Macam amani plak, malam ni sajer aku pakaikan dia HP ni. Dengan harapan dia tido. Yer la kalau dah tak tahu nak buat apa mestilah tidokan?

Tp! Salah beb... dia pi tengok utube dr satu cerita ke satu cerita.

Apakah??? Nampak?? Different2 org different2 needs. So outcome pun lain2.

Ok panjang bebel

5ml retail price : RM 210
Member price : RM 160

posted from Bloggeroid

Wednesday, June 29, 2016

Happy birthday Muhammad Ammar Yusuf

Aman.... bila anak2 dah tido.

Tak nak ketinggalan tuk buat entry buat my second born. Or shall i said my third born?

Lepas amani 3 tahun we decide to have second child. Bagi amani kawan. Dan syukur when its a boy, bonus bagi kami tuk dpt sepasang.



Abang zamani since aku mengandung aryssah lagi, rasa dia nak anak lelaki. Kawan katanya. But there must be a reason kenapa Allah tak bg apa kita minta. Yer dak??

Ammar anak yg advanture. Kalau explore tu bg kat dia la. Suke ikut apa org buat. Cepat belajar. Heheh. Kadang2 bila malam dia tido, aku selalu minta maaf dengan dia for not be good mom. Marah dia. Pukul dia. Jeritan kat rumah ni semua pasal dia. And satu rumah suke berbual pasal ammar.

Penyeri atuk dan nenek. Manja dia ni.



Wajib ada kek. Ammar pasal makan dia jenis tak kisah dan dia pemakan orgnya. So kau tak perlu susah2. Ayam goreng pun dia bedal. Lain dr si kakak. Memilih bab makan.

We all tak plan sangat besday dia. Harapan sambut kecil2an je. Macam aku cakap dia jenis explore. Masuk kedai kek, dia pilih kek sendiri. Tapi of coz makndia tak berkenan. Hahaha. Budakkan? Tertarik la dengan benda2 hiasan atas kek. Pujuk2 dia terima kek pilihan ibu. Janji ado kek. Tu je.



Excited nak tiup lilin



My hansem boys turn 2



Amani pun sibuk nk potonh kek sama. I not sure if i did mention amani seram kalau bab api ni. Dia duduk one coner ketakutan api kalau besday org.

Mungkin dia dah biasa dan teringin kawan2 sambut besday kat sekolah. Macam teacher dia bgtahu.



Nak potong kek sama. Yang kelakar, bila everything kita suruh ammar pilih, pilihan dia asik reject je. Dia pun tanya aku

'When is amani's birthday!'

Bak kata abak dia.... ' lambat lagi nak... usahlah sedih. Tumpang je la dengan adik mu'

Hihini

Xoxo

posted from Bloggeroid

Thursday, June 23, 2016

Release Young Living

Product review. Emotion oils





Perubahan pada amani....

Hari ni aku perasan bila amani kena marah or kalau tengok aku or abak dia naik hangin, dia mcm takut. Muke bersalah. U know kalau ko tengok org lain kena marah muke ko akan rasa nk nangis. Walaupun bukan ko pun kena marah. Aku cume bimbang dia trauma.

Td dia nak susu. Since aiman pun nak susu, aku suruh dia minta susu kat abak dia. Ammar nak tido melekap. Dia mengamuk abak dia wat susu kakak. Kena marah la. Aku ingatkan amani kena marah ke apa. Bukak pintu nampak amani masuk dengan keadaan yg takut. Bila duduk2 ni aku terpikir. I guess she started to understand ppl expresion. Kalau tak ko cakap dengan dia, muke reti tak reti faham tak faham. Kalau ammar kena marah selama ni mmg dia akan nangis and merayu jangan marah ammar. Tp kalau ko marah dia ke apa, dia buat dek je. Tak buat dek tp dia lawan. Cederakan diri sendiri mcm pukul kepala dia. Tampo muke sendiri. Gigit tangan sendiri. Things like that.

Mcm mana nak cakap eh? Faham tak? Aku mula perasan dr pagi tadi. Macam dia gaduh dengan ammar, bila aku marah dia, dia duduk diam. Tak berani nak cakap apa2. Expresi muke macam bersalah bila kena marah. Tak menajwab. Tak melawan. Tak cederakan diri. Diam je. Tunduk tak berani nak tengok muke aku.

Aku patut bersyukur. At least dia tahu la nak respond. Bila org tak suke pandai bawak diri kan? Tp asal aku rasa tak sedap ati yer? I hope dia bukan trauma ke apa.

Mcm tadi berebut mainan. Dia ingat aku tak nampak bila dia ketuk kereta mainan tu kat lutut ammar. Respond mak yg automatik nak jerit ni, buat dia terkejut. Terus urut kaki ammar and pujuk ammar untuk ambik mainan tu. Berkali2 dia hulur kat ammar mainan tu. Tp mamat tu tengok kakak kena marah, over lebih la nangis. Sambil campak2 kete yg kakak hulurkan.

Aku tak bole la tengok muke amani macam tu. Mcm kesian. Aku tak tahu dia ok ke atau tak. Takut jadi trauma plak. Should be ok kot kan? Nak sangat anak tu express feelingkan?

Adoi buat experiment kat anak. Sendiri takut. Hahaha. Pagi tadi calit oil apa?? Release rasanya. Tp as long dia tak nangis. Meraung. Cedera diri sendiri cukup!!!

Tapi bila google balik kebaikannya adalah mengurangkan rasa trauma? Dia pernah kr trauma? We all tak pernah marah dia ke apa. Release mengurangkan kemarahan. Erm... dia tak la baran macam ammar. Haha kena try kat ammar plak. Tp tu la. Minyak emotion ni bila aku apply kat ammar, i dont see any progress pada ammar. Mcm amani kalau apply minyak2 ni bole nampak beza. Kenapa agaknya??? Sbb aku focus on her more than ammar?

Ammar ni baran sangat. TER - langgar bahu je pun dia bole belasah org. Tak kira ko tua ke mude. Senjata dia nangis la kalau dia tak dpt pukul org. Payah atuk lagi sayang dia. Atuk cerita dia pukul atuk sbb tak masuk kedai yg dia nak. Siap tendang2. Perhhh kecik je ibu tengok ko ammar! Nenek marah atuk sbb cerita kat aku. Atuk plak tengok rahang ibu bergerak tahan geram dia backing baek... kena kat aku mmg tak la! You can get anything you want if you behave. Perangai gangster kampung dusun tak layan.

Ok try kat ammar release ni. Hope its help. So korg rasa amani ok respond macam tu??

Price....15ml
Member price : RM 173
Retail price : RM 227
posted from Bloggeroid

Wednesday, June 22, 2016

Oregano...

Product review....



Ni namanya oregano. Bau dia serupa minyak enjin. Kemain busuk. And may be sbb tu la kuman senang mati. Since dah start kerja, aku mmg nak kump oil dr young living ni sbb aku tahu ia sangat berkesan. Tp baru order 2 botol , rc ( dah berkali2 order rc) dan oregano, tak sempat pakai anak dua2 masuk hosp.

Rezeki Allah nak tunjuk kot kekuasaan ciptaanNya yg 100 percent tumbuhan tanpa campuran kimia. The reason aku suke eo ni sbb leader oilylicious dah di jemput tuk tengok penghasilan minyak. And she share the pic as well. So takkan dia nak tipukan? Kalau kata oil oregano ni, tuk penghasilan 15ml ni mmg young living gune contoh nak wat sebotol memerlukan 1 tan oregano so hanya oregano. Sbb tu la mahal nak mampus!

Tu pasal buat. Tp its really kill the bateria.

Aku sangat paranoid pasal phemococal. Sangat sangat. Amani dah lepas satu dose. Ke dua dose eh. Rasa satu sbb aku ambil lambat sangat jab tu. Sblm dia cakap usia dua tahun, kerap sakit. Batuk kahak all lengkap. Lepas ambik jab tu, syukur dia kurang la sakit. Deman selalu sebulan sekali. Tu yg opis lama bengang sbb tiap bulan nak cuti urus anak sakit.

One jab that time RM 180. Tu paling murah la akak survey. Dan ada dose. Dose pertama mahal. So umur amani nak dua tahun that time so dia perlukan one jab.

Ammar mmg nak ambik tp sampai dah ada adik. Bila ada adik 2 org jab bukan murah oii. Sekali bgtahu kawan aku, dia suggest tuk ambik oregano. But ekceli akukan berkira!!! Google and do some research. Tahu2 sesuai tuk si cocal tu. Grab walaupun tah berat ati. Minyak beratus2.

The day minyak ni sampai, amani demam. Ni aku beli tuk my boys. Ammar mmg aky suspect something wrong dengan dia sbb batuk berkahak. Cume gi klinik ok baik.

So aku ada cerita last entry how i used this oil kat amani, ammar and aiman

Alhamdulillah. Nak sebulan dah lepas masuk hosp. Ammar paling mengejutkan. Dia langsung tak ara bunyik bila napas. Lari pun tak tercungap. Padahal time dia masuk hosp tu doktor cakap paru2 dia belah kanan full of liquid. Sob sob.

Oregano mmg tak miss pakaikan. Yer la tak leh nak bandingkan jab and minyak. Jab lagi cepatkan bertindak. Tp minyak perlukan kesabaran hahaha. Kena rajin. Jadi tugas my helper to help and make sure lepas mandi bebudak ni pakaikan. To prevent.

Kalau dulu time ammar masuk hosp, balik2 amani plak mesti kena. Ni syukur. Bukan la riak atau tabsub. Aiman yg kami bawak 2 minggu ke hosp. Tak ada tanda sakit. Demam, selsema mmg tak ada. Aku mmg pakaikan aiman yusuf. Prevent him from any baterial. Sakit skrg ni macam2kan?



Ni bust immune tuk anak2. Ada 3... tp aku jatuh cinta dengan oregano. Thieve bau kayu manis rasanya. Kalau anak kerap demam bole pakai immune thieve and frankin tu. Mana2 pun ok. Sbb base review kawan2 la.

Aku cume nak share la tuk anak yg batuk and selsema. Bole try ni



So kalau tengok masalah anak. Ini yg sesuai. Bukan ko perlu ada semua tu. Kalau athma bole pakai breath again. Tp kalau biasa2 ni rc tu terbaik!!! Than malam ko diffuse je anak2 ko salah satu dr 3 minyak tu. Insya Allah.



Time aiman, my friend ayu dengan baiknya pinjamkan diffuser and lemongrass. Dia suruh pasang kat bilik bg budak hidu. As yg aky perlukan elok 24 hour on the diffuser. And aiman mmg aku minta mak aku pastikan diffuser tu on.

Eh review oregano tp dah meleret eh. Sharing.

Ko tak bahagia anak2 sihat? Balik hosp. Mak aku dengan adik aku demam. Tp aiman alhamdulillah...

Oh harga oregano 15 ml

Member price RM 126
Retail price RM 166

posted from Bloggeroid

Lets bake

Bukan pasal prodak yer...

Ari tu, anak2 buah sibuk nak buat kek. Yg request yg perempuan. Si amani and raeesah. Tp end up yg syok bujang2 ni....



Si raeesah kesabaran hanya bertahan berapa minit. Dia tengok amani tak layan. Dia pun ikut sama





Si bujang aku tu pun bole tahan



Abang rayyan dengan ammar mmg berbakat. Kalau masak diorg yg ada kat dapur.





Rayyan bagi nama kek monster. Tak bg nama pun bole nampak karactor kek tu. Ala kek senang. Instant je. Hahah bancuh dah tu baked. Gasak la korang

Apa ada dengan rupa kek kan?

posted from Bloggeroid

Tuesday, June 21, 2016

Young living



Adoi... sejak amani and ammar masuk hosp hari tu, ati dah mula berpaut pada product ni. Dont know why. Dah terasa dukun da aku ni.

Memula usha je. Tp kali ni dah terjebak. Asik review kat fb. Aku rasa aku nak review kat blog la. Tuk simpanan and rujukan diri sendiri.

Skrg dah jadi ahli you. Kelas tak? Mana akak dpt duit? Ada la... hihihi mmg sesuai tuk family. Tak percaya? Cube la. Aku malas nak paksa2 org. Yg rasa perlu bole la pakai. Tp aku rasa aku nak elakkan atau kurangkan pengambilan2 ubat ni. Bukan la menolak tp mengurangkan. Benda semula jadi elok tuk badan. Dr ada bahan kimiakan?

Entah la... aku cube cari kesilapan atau kelemahan product, tp pakai je semua menjadi. Tak pada aku, pada anak2. So ko rasa??

Amani terutamanya... kalau minyak emotion ni laju je nampak progressnya. Ammar dan aiman so far aku pakaikan diorg stress away je. Ammar kena stress away terus tido. Hahah. Aiman pun lebih kurang. Amani plak nampak x jalan dengan stress away. Tp aku nak amani lagi outstanding. Kalau pakai stress away mcm dia pasif lak.

Oklah nak tido... nanti aku review semua minyak aku gune yer

Tungguuuuuuuuuu

Nak korek fb jap lagi

posted from Bloggeroid

Sunday, June 12, 2016

Welcome abord



Tetamu di bulan mulia... semalam ramadhan ke 6
Hansem la kamu ni.

Semoga menjadi anak yg soleh ye Muhammad Shahir Nawawi

posted from Bloggeroid

Saturday, June 4, 2016

Stress stress go away

I duta cepisan young living. Hahahaha bagi title kat diri sendiri. Sharing la apa yg elok.

Siapa kenal Hassanah?? Curios gak la nak tahu nama org yg diperkatakan. Than my cozen dengan baiknya share pasal penulis ni... called it as penulis? Me dont think so. Seorg penulis perlukan imiginasi tetapi bukan secara menipu. You already got followers 8tetiba buat perangai. Sendiri jerat la.

Ok itu pendapat aku. Jangan kecam saya. Uhuhu. Anyway bukan pasal tu nak cerita.



Bila cozen aku post cerita ni. Aku lak imiginasi lain. Hahaha... ai sekarang tak bole baca budak meragam, nangis dan sewaktu dengannya. Aku plak imagine sapu stress away ni kat budak ni. Gah gah gah. Nampaknya cik hassanah, awak dan saya tak ada bezanya. Imiginasi kita macam sama je. Saya bab agama ni kurang. Takat nak selawat tidokan anak je la. Kalau jumpa budak2 melalak macam ni, mau je aky calit stress away ni.



Fungsi stress away. Mmg ubat magic bagi aku. Ada aku share kat ig pasal ammar terus lupa nak nangis bila calit kat dia. Erm pakai blogroid apps susah nak attached vedio... haisemen.

Tak cakap je. Tp testi pada anak sendiri. Sendiri gak terkejut.

Dulu kat gbob, teacher wati suruh aku pakai pnc ( peace and claming) tu pun baru2 dpt aku try kat student gbob. Dia macam amani plak sejam kelas nangis. Bukan nangis manja2. Ni nangis rasa nak jadi badang. Chewah aku time tu tak tahu la kot kesan. Minta kebenaran mak dia tuk sapu. Terus dia slow sikit. Nangis tu ada tp slow. Amani kalau aku sapu minyak tu dia agak behave. Tp tak jalan pada ammar. Bukan tak kesan tp lambat. Macam dia dah penat baru stop

Tp kali ni try stress away. Dengan aku2 sekali laloq. Hahah not so me ko! Anak buat hal aku pujuk and peluk. Kalau tak??? Gaduh dengan budak. Bak kata pepatah, pepatah aku la.... jiran lain masak, bau harum sampai dua tiga buah rumah bole bau. Tp umah aku?? Suara aku bole dengar setaman. Uhuhu.

Letih wei. Anak2 kecik2 yg nak explore ni. Marah je dia nangis macam nak ikat kat pokok je tau. Tido pun malam terjaga2 expecially ammar. Adoi mamat tu tak faham gak aku. Kalau terjaga, lambat peluk dia, dia sentap sampai bole sejam.

Sampai aku bole tengok je la dia mengamuk. Sambung berepisod.

Sama gak aiman. Diorg darah sama ikut bapak. Hahahah.



Time ni dia tak nak duduk bilik ward. Nak keluar. Sampai aku nak tengok phone dia mengamuk macam apa je. Calit terus, tu la kesannya... senyap. Bole ko duduk.



Dah 2 malam balik dr hosp mmg sapu minyak ni kat diorg...alhamdulillah tido kami laki bini sampai esok pagi...

Try la...heheh. aku review apa yg serasi tuk anak2. Yg ada masalah bole cube. Ada rezeki nak beli roll on punya. Letak dlm beg. Rasa2 boss stress bole la calit. Huhuhuhu.

Kalau korg berminat aku bukan la penjual. Tp aku ada la kaki tangan org kuat yg jual. Seru nama akak je, insya Allah dpt ler harga ahli. Kalau retail mahal gak. Ni 5ml org kasi cube. Berkesan bole la beli. Roll on 10 ml dan botol tu 15 ml. Harga??

Tak ingat plak. Tp retail price RM 169 10ml dan RM 176 tuk 15ml.

Mahalkan? Tp member price murah. Banyak gak la beza. Nanti akak kena marah. Heheh...

Or kalau nak peace and calming pun ok gak. Pernah try kat amani.... alhamdulillah kesan gak. Sama gak budak yg kat play school amani





Yg ni 15ml retail price RM 284 5ml RM 144

Tp kalau ko tanya aku... aku lebih suke bau stress away... uhuhuhu

Ada gak banyak lagi tuk redakan emosi anak2. Cume tak explore lg... tarap nak dpt pengiktirafan sbgai bomoh blm lagi....

posted from Bloggeroid

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails