Under one ruf ^-^

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Aryssa Dania Dalam Ingatan

Lilypie Angel and Memorial tickers

Langkah Kecil AmanI IMan ZulAikha

Langkah Kecil Ammar Yusuf

Ketibaan Orang Baru

Wednesday, September 22, 2010

Kongsi Info

Aku dapat email ni dari suamiku... hahah patut aku yang bagi email ni kat dia. Kan?

Yer yer dia menjalankan kewajipan dia... tak di nafikan. Walaupun gaji dia idok la besar mana... namun Alhamdulilla tanggungjawab dia, dia mmg tak lupa. Let share pasal nafkah dalam islam. Zaman sekarang ni ramai suami (juga peringatan pada Zamani) ingat bila isteri kerja, isteri bergaji lebih besar dari suami, tanggungjawab tuk memberi nafkah di abaikan.

Kategori : MUNAKAHAT Tanggungjawab

Tajuk :
Kewajipan Suami Memberi Nafkah

Hadith :
Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya:” Sesiapa yang memberi nafkah kepada isterinya, anaknya dan ahli keluarganya, maka ia(iaitu nafkah) yang diberikan adalah sedekah.”

Riwayat Ibn Majah

HuraianPengajaran hadis:

i) Allah S.W.T mengamanahkan tanggungjawab tertentu kepada pasangan suami isteri. Ia merupakan ibadat yang mesti ditunaikan oleh pasangan.

ii) Si suami wajib memberi nafkah kepada keluarga yang mengikut kemampuannya. Dalam erti kata yang lain, berdosalah bagi suami yang menahan nafkah ke atas orang-orang yang di bawah tanggungannya.

iii) Nafkah terbahagi kepada dua iaitu nafkah batin dan nafkah zahir. Nafkah batin adalah tuntutan naluri semula jadi dalam mengadakan hubungan seks manakala nafkah zahir pula adalah meliputi perkara-perkara berikut:

i) perbelanjaan keluarga
ii) makan minum dan pakaian
iii) tempat tinggal
iv) keselamatan dan perlindungan.

iv) Dalam masyarakat hari ini, meskipun didapati kedua suami isteri sama-sama bekerja, namun tanggungjawab memberi nafkah masih tetap terpikul di bahu suami. Walau bagaimanapun isteri boleh membantu di mana yang sesuai. Sumbangan isteri kepada keluarga ini dikira sebagai sedekah yang akan dibalas dengan ganjaran yang besar oleh Allah S.W.T. v)

Selaku umat islam kita hendaklah mencontohi rumah tangga Rasulullah s.a.w ke arah menjadikan keluarga sebagai syurga dunia. Untuk itu perjalanan hidup berumah tangga mestilah berpandukan ajaran Islam dan dijadikan tempat untuk merealisasikan ajaran tersebut secara menyeluruh.


Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Ok bukti email ni laki aku hanto... kang korang buat spekulasi aku perli laki aku la apa la... hanya sorang je Ana Norzamani. And this email mmg dari dia... Sejuk hati dan perasaan ku suami ku baca artikel yang berpaedah... uhuk!

Bila cuti raya habis

Seawal 430 pagi, bangun... mandi ok. Di ulangi aku MANDI!!!! abang Zamani korang kata aku tak mandi... belasah sat lagi baru tau. Ajak mandi sesama tak nak! wakakakak tetttttt! Pastu claim bini tak mandi. Ko ingat aku kambing ka???

Flight ery pukul 7 pagi, tapi biasalah kalau check in one hour awalkan?

Yang best dan korang percaya tak aku tak pernah gi LCCT? ingat aku je. Zamani pun tak pernah. So kalau di tanya mana LCCT tak yah la tanya kami. Kami hanya tahu KLIA... welll main flight MAS jer... wakak padahal tu pun menghantor dan mengambil je. Nak naik mmg idok la. Gila sian aku kan? Ada siapa nak sponser??? uhuhu... tapi ada org plan nak ajak honeymoon kali ke dua kat Krabi end of year... uhuhu.... aku yang pikir 20 kali...wakakak sbb 'org' tu dah suruh dah akak booking flight. Tapi aku bagi alasan nan ado masa... padahal kedekutkan?

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Mmg ramai org... parking je full. Yang nak drop org je dah jam dah jalan. Tambah dengan ujan, mmg buat sesak

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Gigih tunggu Ery check in barang dulu. Nak jugak ambik gambar di tengah2 sesak ni...

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Ramai tul org...sampai nak sarapan pun tak dapat. Sbb semua menunggu. Kebetulan hujan so banyak flight deley. Tu yang sesak tu

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Eh i donno Air Asia ada gi Singapore?!! Bila buat??? dan kenapa aku tak tahu? The last ku pernah jugak nak gi naik flight tapi org kata turun Johor. Ni tengok ada singapore! Kalau ku tahu raya ari tu booking je :(

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Time tu kul 6... 15 minit tuk masuk... oh hati ku sudah sedih

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Ekceli aku bersyukur sangat di temukan dengan Zamani (tetiba plak feeling) yang banyak tolong. Yer la ada setengah lelaki jeles la apa la,kan. Rimas aku bila selalu gaduh dengan EX EX boiperen aku... rasa nak pijak2 je kalau cerita pasal diorg (sepupu aku) nak jeles sampai bunuh diri... hahaha... pening jugak. Tapi syukur la. Macammana aku baik dengan sepupu2 aku, Zamani pun serapat tu. Yang best diorg mmg satu kepala dengan suami aku. Tak malu2. Tak segan2. Cakap pun tak kaber2. Selesa la.

Zamani pun bila diorg balik atau tahu ada kat sini, dia yang kadang2 offer nak jumpa diorg. Dia tahu bini dia concern lebih2. Saya cinta sama kamu la! Muaksss...

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Me and Hery...

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Ok masa tuk pergi... oh siap bawak bekal sambal goreng ok!

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Selamat jalan dan kita jumpa bulan 11 nanti... will miss you bro! Take care!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails