Ha! Cepot je aku menaip... nak masuk peraduan yang di anjurkan oleh kawan aku si Bee Darling. Nak tunggu dia bagi cenderamata mmg hampeh la nak dapat... kena masuk contest plak... haisemen...
Ok kita tengok syarat2nya ok
- Terbuka pada semua blogger dan follower menjadi keutamaan - ok masuk syarat
- Tulis Entry pasal blog http:://beedarling.blogspot.com TAPI syarat dia payah sikit...sbb tak leh kait dengan setiap entry dia buat atau personality dia. Dan tak leh nak bandingkan blog dia dengan org lain...
Susah aku rasa buat contest ni... hadiah punya pasal oklah kita mula...
Eh tapi betul la... sepanjang aku baca blog minah ni, aku rasa dia tak ada cerita pasal kisah silam dia. Ada ke? Mmg sesuai dengan nama blog dia yang hanya menceritakan kisah dia sekarang tuk tontonan masa depan dia. Kira ala ala diari la...Tapi of coz la dia cerita tu lepas sesuatu insiden... takkan buat rancangan LIVE plakkan? Baik ku betulkan ayat aku, kang korang tak faham plak. Ngeh ngeh ngeh.Aku rasa blog BeeDarling adalah blog yang tulus mulus. Tak ada kutuk2 dan mengata bagai. Hanya kisah dia, suami dan anak. Aku tak kisah la, sbb bagi aku blog mencerminkan keperibadian org tu. Sbb setiap penulisan adalah dari hati. Kalau hati kita menulis di saat kita sedih, maka sedihlah jadinya. Kalau kita menulis dalam keadaan mara maka teruk la jadinya. Betul tak?
Kaler blog ni tak leh tahan... Pinky purple, oh jingga pun ada. Bee darling memilih kaler blog dengan kaler umah dia sama daaaaa... hahah yer aku dah pergi umah dia dah... korang tak tengok lagikan?
:: Suke tengok gambar anak2 dia yang dah pandai bergaya ::
Kalau menyentuh pasal blog dia, aku suke baca cerita anak dia yang banyak songeh. Sejak Kyra membesar ni, banyak sungguh cerita yang di ceritakan. Dan aku suke membaca telatah anak dia yang sering buat aku ketawa dan tersenyum. Yerla bagi org yang nan ado anak mcm akukan? (simpati simpati)Tapi aku bukan takat baca ok... secara tak langsung aku belajar cara mcm mana dia mengajar anak dia. Bukan sifat dia (bee darling) tapi sifat suami dia. Aku kagum cara suami dia berkomunikasi dengan anak dia. Wakakk habis mati aku tak menang sbb puji laki dia.
:: Saat si anak ganggu si ayah makan, tapi suami B darling layan ok ::
Tapi seyes uols... baca la than korang akan tahu. Jarang kot nak tengok lelaki yang sanggup melakukan tanggungjawab seorg ibu. Kesabaran dan ketabahan yang max di perlukan di sini. Idok la aku cakap Bee Darling ni pemaleh. Tapi dia selalu cerita yang suami dia ringan tulang dalam uruskan anak dia. Kalau aku pun, harap2 abang Zamani korang pun boleh belajar macam tu. Handle anak dengan sebaiknya. Apa lagi berhadapan dengan anak yang sedang membesar yang ingin tahu segala benda.
Apa lagi eh??? Alaaa baru la terasa payah nak buat entry. Cheh! Ayat macam buat karangan plak! Awat la bee darling tak buat contest teka bunyi ka? Cari barang tersembunyi ka? kan senang.
OK sambung!
Selain dari cerita dia sekeluarga, aku masih ingat bagaimana dia berkongsi cerita tentang kesedihan beberapa individu. Cerita kesengsaran adik Fadlin, anak buah suaminya yang meninggal dunia dalam umur yang kecil sbb barah (Kalau tak silap). Oh time tu mmg syahdu. Walaupun Fazlin hanya anak buah suaminya tapi Bee Darling telah berkongsi kesedihan bersama reader2nya. Dan secara tak langsung aku turut merasa kesedihan dan kesengsaraan keluarga arwah WALAUPUN aku hanya mengetahui kisah adik Fazlin dari blog Bee Darling sahaja.
Dan aku tak rasa apa yang dia paparkan di blognya untuk meraih simpati pembaca. Tapi sekadar berkongsi dengan pembaca2nya. Dan melalui blog Bee Darling juga, aku dapat menambah kenalan. Kisah kawan Bee Darling, Ujie menarik perhatian ku. Bukan sahaja simpati, aku dalami keperitan yang di lalui. Kehilangan anak. Anak yang baru lahir. Anak yang di kandung selama 9 bulan. Dan korang pun tahukan, aku turut pernah kehilangan anak, bagaimana aku mengatasi kesedihan ku adalah dengan bersyukur bahawa ujian Allah ini tidak seberapa jika di bandingkan dengan mereka yang di luar sana.
Alhamdulilla... banyak manafaat yang aku dapat dari blognya. Aku rasa tak ada apa yang kurang dan perlu di baiki. Everything perfect kot. Cume penulis blog ni pemaleh ubi jugak ni... aku ingat lagi entry dia beli laptop, semangat bukan main. Lepas 2 minggu hampeh... lalalala tapi aku rasa blog dia je kot (di antara blog2 yang aku ikut) ada sediakan game... bagus bagus. Selalu jugak main Pacman kat sidewall dia. Bee Darling terharu tak????!!!! Aku bosan2 main game kat blog dia jugak.
:: GAme yang selalu aku main kat blog dia ::
Gambar2 dan slide2 kat wall dia jugak menunjukkan dia seorg wanita yang gumbira... walaupun anak hanya sorang, complete as one family. Tak perlu anak berderet nak tunjuk. To me perfect! (Ok ayat menghayat sbb nak menang contest... mampus meke yang anak lebih ni kecik ati dengan teman...lariks lariks lariksssssss)
Ok tak sabar nak dengar nama pemenang. Kalau tak jadi johan, saguhati pun jadi la...kot2 ada batu2, siput2 tepi laut ke, akak terimaaaa... org nak bagikan?