Under one ruf ^-^

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Aryssa Dania Dalam Ingatan

Lilypie Angel and Memorial tickers

Langkah Kecil AmanI IMan ZulAikha

Langkah Kecil Ammar Yusuf

Ketibaan Orang Baru

Thursday, March 14, 2013

Bahana Ipad or Gadget




Ok lihat video tu dulu... kalau korang bangga tak? me? kalau ko tanya aku... mmg la bangga. Rasa berbaloi jugak la beli Ipad ni. Mmg nak Amani Iman belajar. Tapi niat aku, aku nak dia membesar sama seperti budak2 yang sebaya dengan dia. Now days bebudak bijak dalam hal2 gajet ni. Tapikan... advance sangat pun tak elok.

Dengan erti kata lain, aku tak nak dia ketinggalan ke belakang. Org lain main, dia tengok dengan penuh harapan nak sama! Weiii hambo membesar gitu tau dak!!!! Meleleh air liur tengok kengkawan ada WalkMan...CDMan... Zaman aku la. Than jiran beli computer. Akak pun nak... siap bertandang rumah jiran semata2 nak tengok bestnya main tekan2 keyboard.

Lepas tu VideoGame... teringin sangat kalau boleh main PacMan (yer ke nama game tu? yang kuning makan2 tu...)

Ayah je sorang kerja. Mak aku surirumah. Jauh sudut hati seorg ibu tu dia nak anak dia sama atau at least merasa la... so ibu suruh aku belajar sungguh2. And lucky me ada mak cik (mak cu) yang sayang anak buah. Siapa pandai. Periksa 1-10 (Ha! 10 ok!) dapat hadiah. Minta apa sahaja... Dan setiap kali result mesti call mak cu tuk bagitahu.

Bila ada anak, terasa sama... bila budak2 ni kadang2 sifat kedekutkan... niat aku, aku tak nak anak aku jauh di belakang. Sekurang2 dia dapat rasa. Budak ni kalau dia dah tahu syok benda tu macammana, dia dah tak heran dah.

Tapi bila dah mengadap ipad tu, ko panggil la mmg buat pekak je. Than dia khayal dengan dunia dia.Ko bagi la buku, bagi la apa pun. Kalau tak gerak,tak bunyi mmg tak heran la. So i guess now, amani will miss her childhood pulak esok. Bila bagi buku, dia cepat bosan. Sekarang aku melatih dia A,B,C gune Ipad. Ok je... tapi bila bagi atau tunjuukan buku ke apa, dia bosan. Matik mak ko!

Risau! mmg as mak ko kena risau! Ini masa depan anak ko! hahah emo... ada yang nasihatkan aku  supaya lebih tenang. Buat aktiviti dengan anak, macam kelering ke, puzzle ke. Biar rumah bersepah tapi anak2 enjoy dan faham aktiviti tu.Tapi amani mmg tak minat la. Beli juga kaler tuk dia. Tak sampai 10 minit la... dia campak je... than try gune "jari telunjuk" konon dengan harapan cepat la kaler tu (konsep Ipad).

Kalau mainan, end up semua masuk mulut. Erm macammana???

My mom advice jangan tegas sangat dengan dia. Sbb dia tak tahu apa-apa. Bila dia sekolah normally dia akan belajar dengan sendiri. Dengan kawan2. Dan itu jugak penyebab, me and Zamani hujung minggu bawak dia ke Kidzone. Biar dia belajar main dengan MAINAN yang betul. 



Tak perlu hantar ke Taska or Nursery. Dia ok je main. Tapi belum pandai berkawan. Erk perlu ke saya risau jugak???







Heheh zamani sent gambar2 ni, aku rasa macam budak besar je... tu bukan beg tapi Harness. Dukung tak nak, masuk troli tak nak, stroller pun tak nak. Jenis berani lebih. Jalan je mana dia nak jalan. So at least kalau teralit sekejap pun kita dapat rasa dia tarik tali tukan.



Bila dia main dengan sepupu2 dia, expecially Rayyan... aku terasa diorg ni sangat la advance. Lagi Rayyan. Sukati dia download apa je... tak suke delete... aik! Sejak Rayyan stay kat klang, aku nampak improvement amani dalam main ipad. She can control ipad tu sendiri. Kalau main puzzle pun dia main sampai habis. Kalering pun dia kaler dengan betul walaupun carca merba la... but what do you xpectkan? She only 1 year 6 month je pun. 

Zamani lain pendapat dengan aku... kenapa??

Dia selalu nak bising kalau aku push amani lebih sangat. Pastu kalau cita2 aku aku tinggi melangit. Laaa baru rancang nak hantar dia sekolah je pun. Dia halang macam aku nak hantar anak dia gi university. Hahahah. According to Zamani, dia tak nak Amani Iman tahu benda yang melebihi umur dia. Macam umur setahun tapi ko dah pandai macam umur ko 7-8 tahun. Erkkk not fun anymore. Tahu2 anak ko tahu baca, tahu tulis. Let her slowly develop. Dia tahu A-C pun dah cukup bagus dah.

Hua hua hua... habis handle ipad tak rupa macam umur mak dia ke abak oiiii???


But what to do la kan kalau surronding dia pun macam ni??? mau salahkan siapa? Zaman? Teknologi?



Kadang2 aku rasa gajet ni bagus jugak... hahahah imagine ko ada 2 kanak2 nak jaga dan satu baby... ko mampu nak handle??? Ha sila ucapkan tahniah pada aku... wakakak.... senang jaga Raeesah while mak dia uruskan hal2 negara sejak lepas merdeka ni. Bukak ipad sorg satu, terasa aman tanpa bunyi gaduh ke apa. aku je la terpaksa mengalah... gigit jari je while terpaksa mengalah dengan anak.

Tapi kalau anak 5 org nak bagi ipad sorg satu, bukan lagi parah. Tapi dah kritikal. Lepas ni org puasa bulan Ramadhan, Zamani dan isteri puasa sepanjang tahun... ho ho ho...

Apa pun depand la kan... semua budak tak sama. Mak bapak pun cara didik anak pun tak sama. Aku push amani selama ni pun dia buat dek, tapi sendiri terkejut dia mampu buat puzzle tu sendiri. Bukan aku ajar, bukan abak dia ajar. Ikut Rayyan, tekan butang HELP terus. Sama jugak match alphabet. Aku pun tak tahu dia tekan gambar dulu, than match. Yang best bila huruf 'B' Bear and Owl so selagi bole dia tolak "B" tu kat Owl...  pastu fail dia meradang, yang mak dia pun hilang sabar... "Bear amani, B for Bear" dia pandang aku... "Berhhh" ---- BIRD... ok... siapa yang cipta application tu bodo... hahah kau pandai...

P/S :- Dah biasa sebut A for Ant, B for Bird... omak tak ajar bear lagi... uhuhuh

Ok till than.. bye

Free Image Hosting at www.ImageShack.us CidaZam bercerita lagi

Gambar lucah?

Wahhh laju je eh nak tengok... Aku pun terkejut jugak pikir siapa punya angkara ni... Lain macam je bentuknya...

*nangis*


Macam bentuk punggung... Kan....muskil sangat... Siapa punya angkara yang buat ni????



I dont want to explain macam apa yang aku nampak... But keep reading...



Yer, aku pun mengucap tengok gambar2 ni... Tak la suspek siapa2 yang ambik gambar tah apa2 ni... Sbb ipad aku kat rumah...



Tang ni rambut hujung2 tu kenal tak???? Eh takkan ada org siko yang ambik gambar si amani iman ni bogel??? Seyes itu yang aku pikir tau!!




Tapi tengok gambar ni??? Obious sekali la kan... JARI SI ACIK DEBAB tengah main ipad. Ok now i know... Gambar adalah pandangan camera depan...Patutlah hasil lain macam! Terperanjat omak ok

*lap segala peluh yang keluar!*



Gambar yang clear!!! Terguling- guling aku gelak sorang2. Amani sampai garu2 kepala pelik kenapa mak dia gelak sakan... Hai la anak... Kalau ler kau tau apa mak ko rasa pestime tengok gambar2 ni, sudah tentu ko pun join mak ko gelak.... Haisemennnn



Muke budak tak bersalah....eshhh amani amani....anak cik zamani ni perangai sama je dengan bapak dia kalau mengadap ipad... Rasa nak piat2 telinga tu tau... Panggil org pekak pun diorg ada respond... Tah apa jer...

Mak dia tak macam ni tau... Lalalalalala

- Posted using BlogPress from my iPad

Location:Jalan Tun Abdul Razak,Klang,Malaysia

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails