Tuesday, April 10, 2012
Rajuk yang panjang
video ni aku ambik setengah jam lepas Amani Iman kena paksa makan ubat. Dia dah pandai tengok kartun. So tengah syok tengok, aku tunjuk ubat, meraung2 dia nak kena makan ubat.
Tapi Alhamdulilla... dia berjaya makan selepas mak dia tak nak mengalah dengan kehendak dia. Aku letak ubat tu depan bibir dia... dia siap ketap tapi kita tengok siapa yang lebih degil. So dia mengalah bukak mulut makan ubat. Dan tak muntah... yezza... anak omak.
Tp bila aku duduk dekat sofa dia merunggut macam marah... hahah tak habis marah lagi? Lidah pun dah ilang rasa pahit, Amani Iman....
Tengok la telatah anak aku ni. Kalau nampak camera atau handphone poyo senyum2... hahah macam bapak dia jugak...
Zamani kata Amani merajuk macam aku... hahah benda dah lama pun nak ungkit lagi...
Habis tu? dah ini omaknya... 9 bulan berlatih dalam perut... harus la ikut mentorkan?
CidaZam bercerita lagi
Subscribe to:
Posts (Atom)