Ok buat entry laju2... aku tahu korang rindu aku. Wahhhhh buget fofular! Tapi betul2 bz tahap gaban.
Tuk tatapan suami tersayang! Khas tuk mu... (Banyak entry tertunggak! Pitam nak update)
10 May 2009, lelaki yang aku kenal hanya kurang 3 bulan sah menjadi suami ku... Mmg kalau nak kata "ko kenal laki ko??" ermmmmm garu kepala. Tapi ku yakin dengan jodohku. Serah pada Allah kalau ini jawapan pada setiap doa ku.
Org kata kalau jodoh dah sampai, segala yang di rancang hanyalah rancangan. Majlis nikah yang sepatut berlangsung pada 30 July telah di cepatkan pada 10 May. Tepat pukul 2.30 ptg saya sah menjadi Mrs Zamani... wahhh sangat tidak percaya!
Terima kasih Ya Allah... kerana mempertemukan aku dengan insan yang sangat istimewa dalam hidup ini. Walaupun dia tidak sempurna tapi dia melengkapi idup ini. Indah rancanganMu buat kami. Dia (Zamani) adalah hadiah yang paling istimewa buat ku... tiada yang istimewa selain dia. Akan ku abadikan diri ku sepanjang hayat ku untuk dia. Hanya dia.
Dan tuk suami ku.... I love you! (Gaya Sabariah ucap kat Dr Asmadi... hahahah Zamani benci cara Sabariah tu cakap... wakakak)
Suami ku, terima kasih kerana sanggup menerima kekurangan diri ini. Di kau bukan sahaja kekasih dan cinta hati, tapi di kau menjadi sebahagian diri ini yang sanggup berkongsi susah dan senang bersama. Terima kasih kerana menjadi pelindung tempat ku berteduh.
Hubby! Susah nak cakap.... so this song for you.....
Sayang aku mungkin bukan terbaik buatmu. Tapi sedaya upayaku, aku berjanji untuk menjadi isteri yang terbaik bukan di mata sesiapa tapi di mata mu.
Saya sayang kamu...
Saya cinta kamu....
Kamu segalanya buat ku.....