Under one ruf ^-^

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Aryssa Dania Dalam Ingatan

Lilypie Angel and Memorial tickers

Langkah Kecil AmanI IMan ZulAikha

Langkah Kecil Ammar Yusuf

Ketibaan Orang Baru

Monday, April 30, 2012

Bad day

Today peyed... (lantak la aku tak kisah nak cerita satu dunia aku peyed)

Mmg moody jangan cakap. Tak cukup tido. Walaupun semalam seharian baring atas katil. but im not sleeping ok... sakit macam apa je. Amani Iman pun aku tak sentuh. Nak dukung pun tak larat. And badan pun macam nak demam...

Oh rasa nak mengandung lagi. Tak sanggup nak mengadap sakit macam ni. Betul! siapa nak rasa sila angkat tangan... kalau bole tukar sila tukar.

Mungkin banyak sangat kuar, tu yang badan letih semacam. Oh para lelaki... sila la faham. Ni bukan jenis suke2 nak marah... sakit hanya tuhan yang tahu. Kalau ko nak mengajar suruh control tamper, silap besar sbb ini bukan masanya!

Terasa nak tido...

Terasa nak muntah...

Terasa nak terkeluar isi perut ni...

Terasa macam badan lemah selemah2nya...

Opis baru dah bukak... so sesi pindah. Aku minta kontractor start buat bilik aku dulu. So buat sementara aku kena pindah kat depan ni... imagine tak? Ko sakit dan ko kena angkat semua barang... jangan cakap org kat umah kena  marah, kat opis ni pun sama dengan je... nasib baik esok cuti... kalau tak mmg aku MC dah ari ni... makan ubat pun tak baik... apa la nasib badan.

Amani Iman tahu kot ibu dia sakit. Baik sungguh anak ku tu... letak je tido. Bangun tadi aku dah warning dia... ibu tak sihat, pls jangan buat ibu marah yer... so dia bawak diri dia. Tapi melampau, tengok muke aku langsung tak nak... hahaha...

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

CidaZam bercerita lagi

Thursday, April 26, 2012

pernah tak korang rasa???

Korang pernah terasa macam org bodoh tak bila korang bukannya expert dalam sesuatu benda tu tapi kena handle?? Lagi la kalau benda tu tak berjaya than kita di persalahkan, if berjaya tak plak di julang nama atas kejayaan tu,kan?

Pernah tak korang rasa korang rasa di tipu sbb korang bukan expert? Contoh bab teknikal.....

Kadang2 rasa macam tak logic je cerita diorg tu. Tapi siapa lagi expert ko atau aku? Contoh??? ok tak payah bagi contoh apa aku rasa tapi bidang aku sebagai contoh.

Macam org cakap kat aku...

"Eh tolong la reportkan card ATM aku hilang.... aku tak reti la nak report..."

"Tak boleh, ko as holder card tu kau sendiri kena call"

"Bole la... dulu tok nek yang aku hilang card bole je buat... bla bla bla" Jenis org yang matik2 tak nak check tapi dia nak kita buat tuk dia. 

Ok mungkin dasar contoh tok nek yang tu kita pun try...

"IC aku  bla bla bla, add bla bla bla pasword aku bla bla bla.... " Org2 yang aku tak tahu nak kategorikan apa tapi bole pulak bagi semua senarai maklumat kat aku tapi tidak dengan orgyang sepatutnya (pegawai bank) dalam kes ni.

Bila problem jadi.... "Eh aku dah call... tapi dia kata bla bla bla... tak boleh, ko kena buat sendiri... procedure lain...bla bla bla..."

"Ehhhh asal ko tak cakap bla bla bla bla....susah la ko ni, patutnya ko patut cakap gini gitu ginun...."

Korang  bole tak nampak tak situasi begitu? Bagi aku kalau itu kerja, and arahan bos aku, aku tak kisah sangat. Bos... nama pun bos...dia bayar gaji kita. Hehehe.... tapi aku selalu je dapat 'muke bengang' kalau satu kerja tak complete....ko dengar cerita aku, kalau ko rasa tak logic ko nak marah aku...aik?? aku sampaikan apa yang org tu sampaikan... see! than bila kena soal "HOW COME??? KAU TAK CHECK?" dah checking pun kerja aku jugak ke? Tot aku tanya je?

Fed up sometime.... next time patut lepas tangan je... buat la macammana pun. Kadang2 bila kita bersungguh org pandang sebelah mata je apa kita buat. Dia mungkin ingat kita ni tak gune. Apa pun tak bole! Than buat sendiri tak nak.

Kadang2 aku ni bendul jugak... kadang2 volunteer la nak buat. Tapi bila tak kena kat mata org tu, kita jadi tak sedap la... cakap pun bunyik lain. Muke pun kelat, oh tuhan sumpah! aku benci kalau kena hadap situasi macam ni.

Lepas ni! jauhkan diri anda dari bz bodi. Minta tolong kena minta bebaik... lepas ni, bahasa kiasan aku tak layan. Tak faham! Faham pun buat2 tak faham. Pandai2 la korang.


Free Image Hosting at www.ImageShack.us
CidaZam bercerita lagi

Wednesday, April 25, 2012

Pelukan anak dan bapak


Dah 7 bulan lebih akak tengok aksi gini, so hati dah keras... hahah

Gini la kalau nak tidokan Amani Iman. So far Amani Iman nak tido mmg senang. Kalau dia dah mengantuk dia tido je... TAPI! Sekarang dia dah pandai. Kalau janji atau cakap nak kuar jangan harap la dia nak tido. Dia akan bising selagi tak keluar. Dah masuk kereta, dia tido... hahah janji dia tahu dia kat luar dia boleh lelap dengan jayanya... tanpa tepuk ke apa...

Syukur la dia tak banyak ragam... tapi tak leh puji sangat. Kang akak jadi ijau.

Dengan aku mmg dia suke main2. Mmg dia ni habit dia kena tarik apa je sekeliling dia. Rambut ka, bantal ka.... apa je la. Kalau muke kita mmg dia ramas. Calo balo muke akak kalau nak tidokan dia. Mmg habit la. Now tido kat baby cot, tetiba ko dengar bunyi cakar je. Scary tau memalam. Memula tu macam tak nak tegur. Sekali macam tak sedap ati, kot ada benda kat baby cot Amanikan? Sekali tengok tangan dia daaaa... sedap mencakar kain tu... suspenderrrr je ko nak!

Anyway gambar di atas... aku nak cerita malam kejadian tu. Tapi meleret plak

Si ZAMANI... bukan Amani Iman yer... dia tido malam ni. Konon anak beranak tengok bola. Yer amani iman peneman Zamani tengok bola sekarang. Kaki tangan dia pun sama naik je tengok bola. Faham ke tak tu tak tahu, tapi dia excited kot org lari2 kat padang tu. Sampai terido dua2nya... Zamani cerita malam tu dia nak tengok bola LIV lawan mana tah... dia kata dia terkejut bangun

"Eh asal bini aku lak sebelah ni??? mana anak aku??? aku peluk anak aku ke bini aku???" Bole??? Dia cakap dia ingat Amani Iman jatuh ke apa...

Takkan la bini ko ni bodo nak biar anak jatuh kot?kot jeles la

Dia cakap dia cari Amani Iman... lega bila tengok Amani Iman kat katil dia... and macammana bini aku ada atas katil??

Dia tanya tu macam tiap2 malam dia kena angkat aku tido atas katil dan bukan aku jalan sendirikan??? dah mengantuk tido la... takkan aku tengok Amani iman atas katil aku tido kat cot dia plak... ayoooo....

Parah abang Zamani ni... padan la malam tu beria-ia dia cium Amani Iman. Bini dia dia buat bodo je... hahahah rupanya dia cakap dia takut Amani jatuh ke apa dia tak sedar. Tido gaya peluk macam tu jatuh tu mungkin tak kot sbb abang Zamani kalau peluk mmg erat...(chechewah) tapi kalau penyek yes kena takut... hahahah


Free Image Hosting at www.ImageShack.us
CidaZam bercerita lagi

Friday, April 20, 2012

Terukir bintang


Berbunga akak bila abang Zamani kata lagu yuna ni di tuju buat akak... Siap tag lagi kat FB.... tapi asal gambar Amani Iman je ni? Pelik la... tuk aku ke tuk anak dia ni?

Idoklah aku cemburu dkt anak sendirikan? Cume teruja je... laki den ni kan pemalas.... memula baru bercinta gini la dia. Video sana sini. Tetiba tukar profession plak jadi juru video. Layan la.... sebagai kenangan2.




Tengok balik, keciknya anak dara aku! sekarang??? besarnya anak dara Zamani! hahaha. Siapa sangka premature baby sebesar nikan? Dulu sedih je tengok baju org bagi semua... siap cakap nak tunggu 7-8 bulan ni... ermmmmmm sekejapan. Lepas pantang sama naik dengan mak dia... hahahah

Mandi pun takut2 je, lemas la apa la...tub mandi dia sekarang dah cukup2 dia dah. Apa pun kenangan buat kami....

Buat Aku

Buat Zamani

Buat Amani....

Free Image Hosting at www.ImageShack.us
CidaZam bercerita lagi

self update

Salam Jumaat...

Tak suke! sbb esok still kerja. Menyampah! So hari ni meng-freekan diri sat sebelum nak start kerja. Aku yang superduper bz ok... tapi semalam encik somi yang memahani telah daftar UNIFI! Astro kita kasi potong so ambik UNIFI sbbkan ada pakej TV. Nanti i bloging yah kat umah.Tq hubby! U mmg selalu bagi i semangat pasal nak menulis ni...

Dont really care pasal nuffnang la... hahah tak cakap hint pun. Takat RM 50 dalam acccount tu. Bila nak beranak agaknya. Tapi kalau dah rezekikan... ok je.

Asik cerita pasal Amani Iman jekan... aku cerita pasal aku  je la yer. This month mmg bz sangat. My SIL nak pindah sbb dia dah kerja kat Klang. Walaupun shah alam klang tu tak jauh mana tapi dia kena ada back up plan sbb dia tak ada lesen kereta. Adik ipar aku awie plak nak kena transfer ke Labuan... ehem ehem siap offer my mother in law and father in law gi sana stay dengan dia.So me and Zamani agak bz minggu ni (i suppose) hahah so far aku duduk je, Zamani yang uruskan umah tuk ijat semua. Adik perempuan sorangkan? So kami cari area kawasan taman kami jugak la. At least kalau mak dengan abak nak jengguk Awie kat labuan, we still boleh jaga ijat. Alaaaa jalan kaki pun ok. Kurus sikit. Kalau ijat still tak kerja, aku rasa mak abak dah gi labuan daaa :( and Amani hang tengok tok dengan wan setahun sekali je la. Itu pun haruslah ibu dengan abak ko booking awal2 tiket air asia...

Now agak susah sbb mak aku fully jaga Amani Iman. NO MORE tok dengan wan... heheh sbb kang tok dengan wan gi tengok pak teh??? macam mana? Sian nenek kena buli dengan amani Iman. Nenek dah tak larat, atuk ambik turn jaga amani. Weiiii according to ibukan, ayah bagi kitaorg minum susu pun tak pernah. Kalau kitaorg nangis kecik2 dia bagi kat mak aku. Now??? Amani Iman nangis, dia tengah tido pun boleh bangun, terus bawak jalan2. Yer la...umah jauh dari tasik, sungai, laut jauh sekali. Maka jalan2 ler anak ku tepi longkang. Esok leh kerja dengan MPK... tapi jadi engineer yer nak... ***harapan seorg ibu***

Aku plak dah start bayar pose. Alhamdulilla kalau masuk ari ni genap 8 hari aku pose. Bukan ambik senin khamis. Ambik Isnin hingga Jumaat. Memula tu mmg nak pitam, but alhamdulilla so far ok. July dah pose. Aku ada lagi 30 hari nak ganti. Oh tak sanggup. So start pelan2. Ambik 5 hari seminggu. Sabtu ahad rehat. Tak ada makna kurus pun! Kalau pose tapi time buke ko qadaq balik bfast, lunch, high tea time bagai! Sabtu ahad plak ko bayar balik yang ko tak makan dr senin sampai jumaat! hahahah

tapi tak apa... at least kurang sikit balance hutang pose tu. Kalau hari ni sampai, tinggal 22 hari... isnin ni sambung balik. Sok nak dekat pose, aku plak eksen depan ko yer.

Esok plk ex opis mate kawin. So kena pergi umah dia esok... siap datang menjemput kat opis lagi... makan besar. See i told yah! tak kose bukan main nafsu makan mencanak2, macam bela hantu raya...

Ok itu je buat sekian bagi mereka yang merindui saya... oh next week family singapore nak dtg! hoyeahhhh! ADAM! cepat baik... if not papa and mummy you cancel plan nak bercuti kat KL. Cant wait to see my twin cozen tu... kih kih kih... abang rayyan pun coming over. Kita dengar plak apa cerita dia....

Free Image Hosting at www.ImageShack.us






CidaZam bercerita lagi

Tuesday, April 10, 2012

Rajuk yang panjang



video ni aku ambik setengah jam lepas Amani Iman kena paksa makan ubat. Dia dah pandai tengok kartun. So tengah syok tengok, aku tunjuk ubat, meraung2 dia nak kena makan ubat.

Tapi Alhamdulilla... dia berjaya makan selepas mak dia tak nak mengalah dengan kehendak dia. Aku letak ubat tu depan bibir dia... dia siap ketap tapi kita tengok siapa yang lebih degil. So dia mengalah bukak mulut makan ubat. Dan tak muntah... yezza... anak omak.

Tp bila aku duduk dekat sofa dia merunggut macam marah... hahah tak habis marah lagi? Lidah pun dah ilang rasa pahit, Amani Iman....

Tengok la telatah anak aku ni. Kalau nampak camera atau handphone poyo senyum2... hahah macam bapak dia jugak...

Zamani kata Amani merajuk macam aku... hahah benda dah lama pun nak ungkit lagi...

Habis tu? dah ini omaknya... 9 bulan berlatih dalam perut... harus la ikut mentorkan?

Free Image Hosting at www.ImageShack.us CidaZam bercerita lagi

Monday, April 9, 2012

Mungkinkah

Mungkinkah Amani Iman lambat meniarap tapi cepat ckp??

Yer Amani Iman belum boleh nak meniarap pun... hahah maapkan dia sbb aku faham agak susah tuk dia pusing sbb pipi dia yang tak boleh nak susut... hahaha...tapikan pagi tadi sesuatu yang pelik jadi.... dia duduk sorg2, sementara ibu dia periksa time line FB sblm bangun ke kerja... tetiba nampak, dia buat aksi seperti di bawah dan sebut?????

Gambar ni bukan pagi ni... tapi she like to watch her own hand/finger. Kata mak ngah dia, dia confuse ini jari ke ayam goreng... hahahah



Korang tahu dia sebut apa???

TA TA.....

Or may be dia sebut "star" ??? MIL aku ajar dia twinkle twinkle little star. Aku naik boring kot?? tapi ini budak jadi fav lagu. Tengah nangis ke apa ke, ko nanyi la. Dia senyap terus la...

Tapi tak tahu la... bagi aku macam dia sebut star sbb kalau kita nanyi twinkle2 dia akan buat tangan dia macam tu. Even kalau org nanyi pun dia akan lebih seronok bila org buat aksi bintang berkelip.  yang syok kalau dia dengan tok dia, dia buat isyarat kat tok kelip2 je... hahah tok kena nanyi...

So mungkin ke dia sebut TA TA tu STAR??

Takkan sebut nama  Che ta plakan??? (mak ngah Azita)

Hahahahah.....

Free Image Hosting at www.ImageShack.us
CidaZam bercerita lagi

Y cross cut


 Nak berkongsi sesuatu... pasal puting baby... entry khas di minta oleh mummy baru... MIMY.... 

Bukan la nak belagak pandai tapi ini pun MIL yang suruh beli. Tahu la kes tersedak banyak berlaku sekarang. Aku ni tak tau la pasal puting2 ni. Beli je, rendam air panas pastu sumbat mulut Amani Iman. Dah tu anak dara aku tu dia bukan pandai nak control minum. Sometime tersedak2. Acik risau!!!!!

Sampai sekarang aku risau. Selagi baby belum pandai capai pegang botol sendiri, jangan ler harap hati nak tenang. Dan kadang2 cara kita menyusukan budak pun punca lemas. 

So tuk ibu2... sila dapatkan puting anak yang cross cut "Y". Elok dan aku sendiri dah tengok. Kalau ko tongengkan botol susu, air mmg tak menitik. So dalam erti kata lain, kalau baby tertido ke apa, air susu tak akan keluar. Baby kena sedut/isap. 

Amani Iman kalau malam minum botol ni, mmg dia naik hantu... hahah sbb kes malam nak sedut. Dia kena sedut baru susu kuar, kalau tak susu berhenti. So tu yang dia marah sangat2. Tapi oklahkan... sometime aku pun tido tak sedar. Tahu2 pipi penuh susu... sangat bahaya. Selalu mengucap bila itu jadi. Tapi kali ni Amani Iman dah pandai... dia dah tertido tak sedut susu tak kuar dia melalak... hahaha... geram jugak tapi keselamatan anakkan? 

Tapi dia tulis kat situ (y cross cut ni ) untuk 6 bulan ke atas... ermmm yang baby 0-5 tak sure kenapa tak leh gune. Bole kot cume baby yang seminggu dua ni agaknya, AGAKNYA LAAAA aku tak tahu mungkin sbb diorg pun baru nak belajar isap kot. So tak sesuai. Tapi bagi aku elok je. Sbb takut la, baby tersedak ni. Kalau baby lapar dia akan sedaya upaya isapkan? So bagi baby tu belajar sikit. Kah kah kah...kijam tak aku? 

So pada ibu baru, yang lama mungkin cakap "oooooo baru tahu ke???? siannnya!!!!" Tak pa...korg dah consider ibu lama. But me ibu baru, so pe'rak sikit la. Nak ambik gambo tak dapat la, bukan ada DSLR pun nak ambik, so ambik pun macam puting biasa je. 

So atas tu aku ada senaraikan puting yang aku beli tu. Ada je jenama lain, just cari (Y cross cut) jenis tu mmg kuar biar baby isap je. Yang lain aku tak tahu la. Tapi jenama pigeon mmg aku dah test, tak kuar. Ko tongeng mcm mana pun mmg tak kuar. 

Try la ok! 
Free Image Hosting at www.ImageShack.us
 CidaZam bercerita lagi

Saturday, April 7, 2012

Amani dan Abang Rayyan

Layan gambar abang Long dengan Amani Iman.... jarang jumpa. Tapi selalunya Amani Iman ok je nak main2 dengan abang long Rayyan. Cume sometime sentap sbb tengok Rayyan main mainan dia... hehehe


Anak aku ni sama je perangai dengan si rayyan. Kalau barang dia punya la kedekut amat! Kata Fidah ini adalah penyakit keturunana! hahahah

Seee macamana si amani iman bodek Rayyan dan Rayyan bodek si Amani nak main mainan Amani... Amani pun tahu kedekut2 dengan abang Rayyan kang tak dapat nak main mainan dia! ahahaha








"Amani kita main sama-sama tau!Tapi biar abang long yang pegang.

Detaktor mmg gitu! hahahaha
















Sayang adik Amani iman!













"eh main dia macam ni la!!!!" Anak aku??? Layannnn












"Kepala Amani sebesar abang Rayyan... mesti banyak benda yang kita boleh pikir buat tama tama tan????"












"Eh abang Rayyan ni! Lama plak pegang mainan kita!"












Macammana la nak jaga adik kalau dia sendiri tak kuat nak jaga... siap bebel time ni!

"Esh Amani ni duduk la diam2...."













Malas nak layan abang Rayyan















Gambar pompuan ni lama tak letak sinikan? Harus laaa... tabung masa hadapan Amani Iman ni...  hahahah....












Free Image Hosting at www.ImageShack.us







CidaZam bercerita lagi

Friday, April 6, 2012

Happy besday tuk abak kita



Besar mata anak aku... di tangan Zamani dia mengantuk. Bila ckp besday je dia segar bugar.


Free Image Hosting at www.ImageShack.us
CidaZam bercerita lagi

Selamat Hari jadi Abak



Nak cerita pasal semalam... aku rasa tak leh nak pending lagi cerita ni... so KERJA! wait yah... bagi aku masa tuk coretkan satu kejadian yang aku rasa nak coret di sini.

Dari awal bulan april, aku selalu berbual dengan Amani Iman...

"Hari jadi abak jumaat ni la... ibu tak buat apa pun tuk abak... nak buat apa ye?"

Amani tak respond. Gila ko! takkan dia bagi idea nak sambut besday bapak dia. Tapi tiap hari la aku nanyi lagu happy besday kat dia. Diakan suke lagu2 ni... so semalam! aku mmg tak dapat nak plan tuk abang zamani sbb amani iman tak sihat. Dan otak tetiba blur. Aku pun tak sihat plus kerja opis yang melambak, tak ada masa nak survey apa-apa dalam internet.

So semalam balik kerja awal singgah beli kek sepotong tuk Zamani. Sambut pukul 12 malam. So macam biasa, aku berbual dengan Amani Iman

"Esok besday abak... kita nyayi lagu besday... malam ni Amani tido lambat la... pukul 12 malam kita bagi suprise kat abak ok???" Dia biasalah sengeh2 je...

Aku tak tahu la sama ada Amani Iman faham atau tak... tapi tak pernah dia tak tido ok! Time tido dia pukul 9 malam... paling lewat 1030. Lebih dari tu mmg dia tido dah. Tapi semalam, mmg dia tak tido. Tak meragam pun. Suke ati mak! Cume pukul 9 tu dia lelap sbb sedap kena hayun kat rocking abang rayyan... hahaha

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Adalah terlelap 10 minit... pastu mata segar bugar... dia pun layan tengok cerita korea... sambil2 tu aku bisik kat telinga dia...

"2 jam lagi la adik! tunggu eh...." Dia pandang faham je...tapi aku kesian kat dia jugak... paksa anak plakkan?

"Ok kalau adik nak tido, adik tido la..." Tapi dia tak tido... main2... tukar lampin dan baju tido seta bagi makan ubat  still tak tido jugak. Mulut bukan main ringan sangat. Pukul 11 malam aku bawak naik barang2 amani iman dan jugak kek yang aku beli petang tadi. Kah kah kah... gue mandi2... letak kek kat bilik sebelah. Takut kantoi. Sajer suruh abang Zamani korang jaga amani. Lepas aku mandi, zamani bawak amani naik...

"Bagi dia tido la... dah mengantuk dah kot..." Terus letak atas katil. Mana ada mengantuk? besar je mata dia. 

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Mata besar macam ni tido apa??? Tuhan je tahu... dia macam faham la! Terus gelak2 dengan aku... time tu dah 11.40 malam dah...

"Adik nak sambut besday abak ke?" Dia senyum2... pandang pintu.... tunggu abak kot...

Aku buntu! Apa seh nak buat? nak panggil zamani naik atas. Kang panggil naik kantoi plak... kan 2 tahun berturut si Zamani mesti dapat agakkan?

"adik nangis!" Ya Allah... mmg aku rasa Amani Iman faham... dia merenggek... air mata tak kuar... tapi tak kuat la... aku siap bukak pintu bagi Zamani dengar... suara amani lagi kuat bila aku mula jalan kat pintu. Sambil buat isyarat... KUAT lagi....

Tapi aku rasa dia penat kot. Tone suara dia makin rendah bila dia nampak lilin menyala... hahaha... mana leh jadi... terus jerit

"B! Ayang nak masuk toilet.... tengok Amani!" Terus dapatkan amani... hahahah dengar tapak kaki naik tangga! yessazzzzaaa

Abak masuk bilik....

"HAPPY BEDAY!!!!"

Terharu abang Zamani... muke blur... Amani iman ternanga... nampak abak ofcoz la xcitedkan!


Free Image Hosting at www.ImageShack.us

See mana ada nangis... masih pelik... inikah happy besday yang ibu cakap tu???? Aku sempat ambik video tau... kalau boleh aku upload kat sini... suke sangat. Amani Iman betul macam faham ko!

Free Image Hosting at www.ImageShack.us


Pelik kot... selama ni tengok banyak lilin... ni satu je lilin. Kek pun ciput... alaaa ibu buget la sayang... beli kek beso beso tak habis. Beli macam tu...

Free Image Hosting at www.ImageShack.us 

Lepas je sambut. Zamani tutup lampu, Amani terus ZzzzzZZZzzzz....tak memerlukan ibu dia tuk tepuk! Sangat pelikkan? betul mengantuk. Sumbat puting, dia pusing dah tak gerak2 dah... hehehe...

Apa pun aku happy... dapat jugak la sambut besday abak with amani iman... aku siap cakap kat Amani...

"besday ibu pun amani buat macam ni tau... plan dengan abak... " hahahah NAK JUGAK!!!!

Apa pun... kali ni mmg tak plan apa-apa... may be makan kat luar sekeluarga je kot... janji ado yer... hehehe... 


 Free Image Hosting at www.ImageShack.us
 CidaZam bercerita lagi

Happy Besday Hubby

Happy besday Hubby!!!

Free Image Hosting at www.ImageShack.us 

This picture  di ambil tahun 2009 sewaktu kami masih tunang... its on his 33th besday.

Free Image Hosting at www.ImageShack.us 

Ini plak first time sambut besday as husband. Time kerjakan, masing2 tak boleh nak cuti maka ku hantar ler kek ke opis dia...

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Besday yang ke 35 lagi la... ingat sampai mati... time tu mengandungkan Amani Iman. Boleh time nak sambut hari kejadian aku sakit. Demam, dengan batuk. So tak sambut pun. Sian dia, tapi masih lagi sempat hantar kek kat opis dia. Tak pa la biar dia sambut dengan kawan2 dia kat opis. 

Kalau korang yang setia dengan blog aku, siapa ingat beday abang Zamani yang ke 33 tahun? time baru bercinta. Lawak nak mati. Sampai sekarang kalau lalu kat BP klang, mesti abang Zamani re- call cakap 

"Ingat tak tempat ni???" 

Aku takkkan lupa dan takkan bosan nak cerita. Lawak jugak sbb malam besday dia, aku nak suprisekan dia, sekali diri sendiri kantoi bila dia nak jumpa aku... ingat nak jumpa kat umah dia. Dah plan elok2 dah... dan pestime mak sentap!!!! sbb dia tuduh aku ada JANTAN lain.... tak ada JANTAN lain selain arwah atuk ku tau! wakakak...

"You ni asal dari pagi mengelak jumpa i ni??? Kalau dah ada JANTAN lain cakap je. Apa yang susah sangat nak jumpa!" Nasib baik besday ko! kalau tak aku dah cili mulut ko! Tau tak betapa susahnya aku buat semua ni tuk ko! Chewah emo....

Jangan benarkan saya cerita kisah lama... susah nak berhenti!

I bit frust! This year aku tak dapat nak suprisekan dia. Tak plan macam tahun2 lepas... erm mungkin kah sbb dah kawin dan ada anak? Well Amani Iman pun tak sihat. Aku dok pikir jugak nak buat apa. Tapi tah, pestime otak kosong nak buat suprise kat somi sendiri... im sorry baby!

Free Image Hosting at www.ImageShack.us 
Ok ni bapak Amani Iman.... dah rupa abang umar qayyum dehhhhh! looking at this pic, ada sipi2 muke amani iman... cume Amani Iman independent sbb dia pegang puting sendiri... omak dia belum terpikir nak buat rantai mcm tu... gah gah gah!

To my beloved husband... the one and only!

I love you....

Tak dapat nak ku gambarkan how much i love you... kamu bukan menjadi sebahagian ku tapi dah menjadi dalam satu... without you, im nothing. Ada kalanya geram dengan perangai abang zamani, yang selalu purak2 and blur2 tuk mengelak dari buat kerja...  tapi aku tahu dia suami yang baik dan ayah yang baik.

Seorg lelaki yang tak pernah nak stresskan bininya. Tipu la kalau tak pernah. If ada pun pikir balik ada sbb kenapa dia buat semua tu... so boleh di maafkan. I know he trying so hard to make me smile, to make me happy. Tapi tiada apa yang sempurna dalam hidup ini. Buruk ke, malas ke, dia tak pernah nak stresskan aku... so far la... tapi hati org jangan di dugakan?

Bila Amani Iman ada, lagi la nampak tanggungjawab dia pada kami makin menebal. Dari mula Amani Iman bernafas di dunia ini, dia sangat sangat cintakan Amani Iman... and me jatuh nombor dua... tanpa dia, tanpa kesabaran dan tanpa sokongan dia, Amani mungkin tak ada...

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

First pic taken, balik dari hospital. Kinda like this picture... Amani Iman yang mcm dah bau bapak dia... BAU BAPAK dia yer... bukan bonda dia... SENTAP! Tapi tak pa... sentap aku pun... aku suke... ahhahah gedik kata sentap!


Free Image Hosting at www.ImageShack.us 

My Amani and My Zamani

Free Image Hosting at www.ImageShack.us 

Sayang seorg abak... korang pun tahu kan...macammana rasanya. Tengok adik2 kawin dulu, ada anak, kami ni gigit jari je bila dapat tahu adik2 ada anak. So mungkin kami over acting sometime, paste pic sem

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Balik kerja dia uruskan Amani Iman... terjah dulu anak dara dia....

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Tak pernah berengang dengan Amani Iman.... Amani Iman menjadi tempat pertama di hatinya...



Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Amani yang sentiasa tahu abak sentiasa ada untuknya....

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Free Image Hosting at www.ImageShack.us 

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Free Image Hosting at www.ImageShack.us 
Free Image Hosting at www.ImageShack.usFree Image Hosting at www.ImageShack.usFree Image Hosting at www.ImageShack.us




Free Image Hosting at www.ImageShack.us
 
Mereka adalah segalanya bagi ku.... Aku dengan ayah aku sangat sangat jauh beza. Kami tak serapat mana pun. Ibu menjadi org tengah antara kami sejak dari dulu lagi. Nak beli barang sekolah ke apa ke, tak berani nak minta ayah. Harap Amani dan Zamani menjadi rapat. Org kata anak bapakkan? I want him to be with amani, susah mau pun senang. Aku nak Zamani ada when Amani sakit, aku nak Zamani ada bila hari sekolah Amani. Hari sukan Amani, hari report card Amani... attend semua activiti2 yang melibatkan Amani. Aku mu dia menjadi anak yang lebih bertanggungjawab, penyayang....


Free Image Hosting at www.ImageShack.us
Selamat Hari Jadi Abak.... terima kasih sbb kamu la yang terbaik. Me, Aryssa and Amani Iman akan sentiasa berdoa, semoga Abak sentiasa bersama kami selamanya. Di hati ibu, di hati Aryssa dan di hati Amani Iman...

Abak yang sentiasa mau kami gembira... begitu juga kami... kami ingin abak sentiasa gembira. Semoga Allah panjangkan umur dan murahkan rezeki abak... you the best! And i know u have been wonderful son, brother, father, and husband....

Ibu rindu abak selalu...

Amani sayang abak selalu....

Aryssa mendoakan abak selalu ....

Besday wish dah macam selamat hari bapa....hahahh apa pun ni tahun pertama dia sambut besday dengan anak diakan? Sori yer abak, ibu tak ada masa la nak plan beday abak... kita kuar makan anak beranak la yer... hehehe

 Free Image Hosting at www.ImageShack.us
 CidaZam bercerita lagi

Tuesday, April 3, 2012

Update

Amani dah tido

Zamani kerja malam

Me? Stay sebelah amani iman. Tak tau nak buat apa. Nak baca buku or majalah pun lampu da tutup. Terkebil2. Sementara anak tido bukan nak kemas barang2 dia. At least buat susu so that bila dia bangun sumbat je susukan?

Dasar ibu pemalas!!!! Hahah jap la. Let me rest after kerja mcm tentera kat opis. Mcm nak pecah otak ni. Ingat senang jadi leader tp sumpah!!! Tak senang... Bila org kiri kanan u buat silap, you are the one yg kena monitor. Dulu sendiri buat salah pun bos faham. Ada asst plak diorg salah akak kena blame sbb tak check betul2. Ni yg susah... Bila checking terasa kenapalah bukan aku yg buat benda ni!!!!

Esh citer pasal keje plak. Not gud!

Amani iman x sihat. Poor anak ku. Batuk jenis tak stop. Sampai muntah2. Which is gud la. Mmg buang stok lendir. Tp sian tgk dia. Mcm susah ambik napas. Merah padam muke kalau batuk.

Babykan, batuk nangis. Makin aku kata jgn nangis, makin kuat plak bunyinya. Harap dia cepat sembuh. Td sblm zamani kuar kerja, dia bg amani makan ubat siap2. Yg peliknya anak aku ni, ubat mengantuk ni. Siap tulis kat botol. Tp tak tido2. Apakah???

Balik aku yg tido sementara nak tunggu dia tido ok. Pagi and ptg dia mmg tido kejap. Paling lama setengah jam. Tak pa!!! Malam kul 9 dah tido dah.

Nampaknya aku update pakai phone je la yer. Mmg kat opis tak sempat nak update.

Ok nak buat susu amani, nak cuci muke and bukak lance ni. Pastu nak tido. Sbb aku yg jaga bila amani iman bgn! So anak tido moh kita tido.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Anak Dara Zamani

Semalam amani iman kena marah dengan abak! Insiden yang betul2 mengelikan ati... sakit ati pun ada gak.

Semalam aku balik kerja, goreng kueh tiau (zamani request). Sampai umah pukul 7.30 malam. Pukul 8 malam ceriter peberet! Korea oooo. Gigih la aku masak cecepat.... Zamani jaga Amani. Si Amani iman tah apa hangin dia, nak bapak dia dukung je kot... menangis2 le minah tu... sekali dengar suara Zamani tengking dia...

Senyap.... 3 saat...

HUaaaaa!!!!!!!!!!! Nangis jenis tak hengat. Dah tu terus nangis tak henti. Bangsa suara kuat gila. Aku dah naik hangin. Lepas masak, tak sempat nak hidang air semua bawak amani iman naik atas.

Senyap... main2 dengan aku. So aku tanya

"Adik tak sihat ke? Sian anak ibu... abak pun tak sihat tu la dia naik hangin." Sebut abak, continue nangis. Jenis manja... siap lentok kat dada aku...

"alooooo budak tak pernah kena marah dengan abak eh" Lagi syahdu dengar nama abak. Comei betul... siap yang best geleng2 kepala... hahaha

Habit dia sekarang, kalau dia tak nak apa-apa dia geleng kepala dia. Pandai anak ibu, alhamdulilla.

Turun dia kat bawah. Nampak Zamani nangis. Siap yang best abak panggil buat bodo je. Zamani cium2 dia, dia elak2 muke, siap tolak2 lagi... hahaha

"Esh!!! kepala angin merajuk macam mak dia jugak! sama!" Zamani merungut... See told yah! you will face two same kind attitude... **gelek2 punggung**

Lama gila merajuk... i told Zamani...

"Dalam umah ni, i mak dia je kalau marah dia ok... sbb dia imune... bila u mara ini la jadi. So kalau anak tu salah, tak payah la pujuk2... mengada kang, you kata ikut i plak..." Zamani gelak.

Tu la dia, semalam dia kena sound dengan aku. Dia marah amani pas tu pujuk. Ermmm buat macam tu sampai besar la budak tu tahu abak dia sure pujuk dia. Betul tak? I told him, nak marah, marah betul2... tak payah pujuk budak tu. Kalau dah besar dia protes sikit lebih kurang je, ko yang mengalah. Now siapa manjakan anak kalau gitu? Bukan main buat deal dengan aku salah sorang marah, jgn pujuk. Ni amani tak nak tegur, dah gelabah ayam... she only 6 month la dear... tak pandai lagi... hahaha... or may be she just like her mother... malas nak layan abak kalau marah2... biarkan abak dengan marahnya... biar abak gomol2, cium2... baru la kita layan abak kita balik... kah kah kah.

Tu la amani iman. Dan itu la Zamani...


Free Image Hosting at www.ImageShack.usCidaZam bercerita lagi

Sunday, April 1, 2012

Dah pandai daaa

Budak iman ni da pandai dah main cak2. Kalau ko ckp,

'Eshh mana amani iman ibu tu???!!!' Gelabah tutup muke dengan bantal. Pastu kena cakap kuat2

'Ha!!! Ni diaaaaaa' suke bukan main. Mcm ibu tak nampak dia. Layaannnn.

Seronok tgk gelagat dia.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails