Under one ruf ^-^

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Aryssa Dania Dalam Ingatan

Lilypie Angel and Memorial tickers

Langkah Kecil AmanI IMan ZulAikha

Langkah Kecil Ammar Yusuf

Ketibaan Orang Baru

Wednesday, November 2, 2011

Hadiah-hadiah kalian

Alhamdulillah...

Murah sungguh rezeki anak ku... ada je kenalan ibu dia nak hantar hadiah. Yang bagi duit pun tak terkecuali...

Ari tu untie Nina Zee minta add umah. Nak hantar gift tuk si Amani Iman. Serba salah beta! hahaha (padahal suke je kan?)

Tq adik..susah2 je hantar tuk Amani Iman... Amani iman belum boleh pakai baju ni... so i take pic, nanti dah muat akak pakaikan Amani yer.


Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Rompers from Nina Zee. Baju ni tuk 4-6 mth. Tambahla si Amani iman ni halus mmg besar sangat, macam baju pijam.

Than my BFF from Tanjung Malim... adoiii la... minta alamat umah, sbb kata nak bagi card. Ku pun bagi la... sekali ada baju tuk Amani Iman... and lap you la ab! baju kaler merah... menyala ko!

Baju ni pun tuk 6 bulan ke atas. Hopefully by raya cina bole la pakai... bole la amani iman kolek ampau kat umah kengkawan kerja dengan bos dia... hahah harapannnn

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

From Untie Ab, uncle Mahadir dan akak Kyra...

Apa di dalam kotak kitty catt tu??


Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Baju yang berwarna merah....

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Berserta kad ucapan. Tq dear friend.

Sepatutnya aku yang patut berterima kasih. Kerana kawan aku ni la, aku berhasil dapat Amani Iman. Ok fine! mmg ini semua kerja Allah. Bak kata Zamani mungkin ini satu jalan yang Allah nak tunjuk atas doa dan permintaan kita. Yup... di sebabkan my BFF aku ni la, aku berusaha jumpa pakar di mana dia kenalkan aku dengan pakar tu. Siap paksa lagi... hehehe... mmg rezeki Allah nak bagikan? Tq ab... kau selalu ada dengan aku susah senang.

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Ni hadiah dari Acik Fifi dengan Auntie Hasra plus Humaiyraa.

Dalam paper beg hadiah tu ada baju. 4 pasang semuanya... sbb ibu Amani Iman rakus dengan baju2 gaun maka tak semapat nak snap. Hanya sempat snap satu baju je... sungguh besar anak aku ni

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Sila tahu amani iman punya baju yang aku beli semua unisex. So ala2 boykan? so bila dapat gaun perak sikit la mak dia. Yang tiga lagi tak sempat nak snap. Heheh...

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Beg ni gune bawak barang baby aku letak baju2 Amani Iman dulu.

Tq so much semua yer... and to Zira (mak angkat rayyan) pun tq baju tuk Amani Iman. Tak sempat nak snap gambar. Baju tu dah selamat daaaaaaaa gune... heheh

Amani Iman sayang semua!

Tuesday, November 1, 2011

Besar bagai juara









Jeles tengok org perah susu badan banyak-banyak... siap simpan stok bagaikan? Aku terasa macam berdosa je tak buat gitu. Tapi how la??? first susu sangat sikit. Kalau pump tu 2 onz tu dah kira cukup baik bagi pencapaian ibu yang tak kuar susu macam aku.

Tak tahu la... kalau tak pump tadah lagi banyak. Kalau pump ciput je kuar. 2 onz tu dua belah yer. Terpanjat gurl gurl dengar ada ibu yang bole dapat 5 onz SEBELAH tek je yer.

Mungkin sbb tu Amani Iman bebai... atau naik hantu kalau minum tak cukup. Jadi aku sebagai ibu tentu kesian tengok anak lapar. Lepas susu mesti dia tido lena kekenyangan. Tapi kalau susu aku?? kejap2 dia terjaga. Nangis... mulut ternganga2...

So aku try pump nak tengok berapa yang sebenar anak aku minum? dapat kurang 2 ons alamak!! padan la dia nangis. And 2 ons tu kalau dapat sbb aku minum air halba yang mak mertua dengan mak aku buat. Sadis tak cerita akak ni?

Sori la... mungkin im not a gud mother ataupun ibu yang penyabar. Org kata nak kena set mind la apa la... tapi tah aku tak sanggup nak set mind sementara nak tunggu air susu banyak.

Aku bagitahu doktor pasal benda ni. So dia suggest sulam dengan susu formula. Memula kami pakai Ammum je. Since Amani Iman lahir 2.5kg than turun ke 2.3 kg, maka doktor suggest ambik S26 tul premature.


Mahal kot susu ni RM 30.50 dan tin dia sangat kecil... pengsan. Kalau sehari satu scop konon rasa boleh tahan sebulan. Kesilapan besar. Seminggu je. Pengsan bapak ko Amani!  Susu ni tuk premature. Dan di sarankan minum sampai berat mencapai 3.5kg.

Bila Amani minum ni, dia punya selera jadi beso... sedap kot susu ni. 2 ons tak cukup. Maka bagi 4 ons. Mmg ketara bila 2 minggu timbang naik 3kg dari 2.3kg. So kena stop kalau tak anak aku jadi BADANG. Heheh not gud.

Tapi aku bagi dia minum susu badan dulu. Dah dia mengamuk baru sumbat susu. Mungkin teknik aku menyusu pun salah kot. I dont know. Tapi Amani Iman tak besar, sangat halus, do payah jugak aku nak pangku bagi dia minum. Betul ini bukan alasan... nak bagi direct tu mmg susah tambahan aku ni mak baru. So Amani Iman selesa dengan botol.


Amani 10 hari. Sangat halus anak ibu ni... walaupun di kau lahir 35 minggu.
Lepas capai berat 3.0 kg, kami teruskan penyususan sampai seminggu. Lepas susu tu habis, maka kami tukarkan Amani Iman susu ni plak


S-26 tuk 0-12 tahun. Since dia dah sesuai dengan susu ni kan?

Now Amani Iman kurang minum susu badan aku. Walaupun berat dia dan fizikal dia dah selesa tuk menyusu badan. Kalau aku paksa dia, dia buat2 tido. Lama aku tunggu dia sanggup tutup mata. Lepas kita angkat dia letak kat luar ke apa, dia mula nangis. Adehhh lecehkan dah pakai semua balik, dia nangis. Nak tak nak sumbat susu botol. Sampai macam tu tau si kecik ni buat perangai tak nak minum.

Yer yer kalau mak lain mmg sanggup masuk bilik balik. Saya pemalas... nak bagi anak nangis2 ni saya cepat panic. Tapi betul kata org, anak yang menyusu ni lebih sayangkan mak dia. Amani Iman sayang abak dia lebih. Selesa dan suke abak bagi susu compare mak dia.


Gambar Amani Iman terkini. Ko tengok pipi dia... besar bagai juara. Tangan kaki dia dah jadi ahli gusti. Kira padat la isi dia sekarang. Kalau susu ibu lagi ler padat yer badan kau nak???
Tapi aku tetap akan bagi Amani Iman susu badan. Mungkin 2 minggu sebelum kerja akan aku paksa dia minum susu aku... hahaha... ni tercari product nak banyakkan susu badan. Air halba tu aku akan continue as 'air masak' mungkin nak try amnum lecta kot? Ari tu try sample... sedap jugak. Banyakkan air susu ke dak tak tahu la... trykan? sayang kalau tak susukan anak...

Tapi aku tak nak stress la... aku plak jenis malas nak selak2 baju ni... hahaha... bule??? bak kata mak aku... kalau maleh tak yah susukan anak... tak yah jadi ibu kalau nak segan2... esh kat umah oklah...kalau luar atau umah org??? 

Yer yer... nak seribu daya tak nak seribu dalih...

Tapi kalau ada komen yang boleh bantu aku, bagi... still nak bagi. Org kata air susu boleh kering kalau kita tak sungguh. Now aku sakit plak... adoiii nak pegang amani pun payah sbb takut menjangkit. Yes aku tahu tak menjangkit melalui susu ke apa. Percaya la...aku pegang kejap je dia dah bersin sama. Plus batuk ok! mak rasa bersalah... abang Zamani hangin dengan aku kata degil pegang anak padahal tahu diri tak sihat.

Baiklah!!! saya akan ke klinik! sbb saya rindu amani iman saya....

Cucuk sebulan

Gila lemau la aku update blog... sebulan punya cerita baru terhegeh nak update. Tunggu gue masuk opis. (Hahah nampak sangat cida makan gaji buta time opis...hapdate entry jerk...)

12 Oct ari tu Amani Iman cucuk sebulan. Ibu dia xcited sbb nak kuar je. Gila lemau duduk umah sebulan ko! Tapi hati gundah gulana nak tengok anak kena cucuk. Boleh ke aku tengok anak aku nangis2, jerit2.

Pagi tu nak gi klinik, aku minta MIL pergi. Sbb aku mmg tak sanggup dan tak ready nak tengok nurse ke doktor cucuk Amani Iman. Biar la MIL dengan Zamani yang tengok. Kang tak pasai lebam bijik mata doktor... hehehe...

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Kita timbang berat dulu yer. Berat time lahir 2.51kg... than 2 minggu lepas lahir berat turun ke 2.3kg sahaja. Punya la risau yang amat. Dua minggu lepas tu terus naik 3kg... hoyeahhhh....

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Amani Iman mmg pantang kalau bahagian badan dia di sapu dengan kapas atau tisu basah. Aku pun tak tahu kenapa. Mungkin pesday di lahir kat dunia dia dah kena cucuk. So bila kena benda basah macam tisu basah atau kapas basah dia nangis dulu.

Dulu kat HPJ berapa kali dia kena ambik darah. So mungkin itu buat dia takut.

Free Image Hosting at www.ImageShack.us
Sedia untuk di cucuk... erggg jangan salah faham, yang ambik gambar ni Zamani. Aku??? duduk kat kerusi gigit jari tak sanggup nak tengok anak aku nangis kena cucuk. Tp untuk kebaikan Amani Iman, aku redha. Sbb tu bawak Cik gu Yati sama... hahah sbb kalau salah dia sound tepek je kat nurse or doktor. Acik ni bukan tahu apa-apakan?

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Ekceli dia nangis sbb rasa sejuk tu je. Time cucuk tu kata Zamani dia mungkin takut sbb semua org pegang dia. Sbb lepas je cucuk, tangan semua org lepas, dia ok je... siap tido balik. Alamakkk anak aku ni... bikin gimik je nak oiii...

Doktor pun pelik. Dan dia tido balik. Tapi kalau tak pegang pun tak leh sbb dia meronta2. Tapi tak pa semua dah selamat. Ibu siap urut dada lega semua selamat. Abak gelakkan ibu yang takut nak tengok anak kena inject.

Sbb tu aku ambik keputusan, inject menginject ni aku akan pegi klinik swasta. Kalau kerajaan aku macam kurang percaya la... takut la kes2 salah cucuk ni... adoiiii nak dengan aku yang lemah semangat ni. Tak pa la bayar lebih janji anak sihat. Bukan senang nak dapat Amani Iman nikan?  Aku rasa semua nak yang terbaik tuk anakkan? Kes2 yang berlaku sekarang ni kat hospital dan klinik kesihatan kerajaan ni buat aku lebih berhati2.

Ni pun aku terpikir nak cari pakar kanak2 tuk periksa Amani Iman. Idok la pakar yang mahal sangat2... macam Fidah suggest doktor Rayyan kat Pantai nunnn... jumpa je tak ada ubat RM 250. Terberak mak bapak Amani Iman. Kalau mampu tak pa la... aku tak kisah. Tak masuk ubat lagi. Still mencari doktor mana yang baik. Mungkin ke SALAM... since MIL cakap dia kenal doktor pakar kanak2 kat sana.... see how.

Kena dapat kelulusan encik suami jugak. Dia sejak jadi abak ni semua dia survey tuk anak kesayangan dia ni...


Saturday, October 29, 2011

Amani lagi dan lagi

Muke budak ajak bual kul 1 pagi.

Malam sebelumnya amani iman tido dgn tok memandangkan ibu dgn abak dia pengsan tido tak sedar diri. Terjaga kul 1 pagi tgk amani iman tak ada.

Resah hati sbb diakan ajak org berswmbang kul 12 - 3 pagi. Yer anak aku tu berjaga tengah malam.

Tp dia pandai bawak diri jugak tu. Mak kata dia tido je tak kacau. Agak pelik. Tp semalam nan ado makna dia nak tido. Terjaga je mata bulat pastu buat muke abis kasihannnn...

Thursday, October 27, 2011

Idup tak lengkap tanpa mu

Perasan tak? Sekarang ni semua org akan pegang hphone. Tak perlu text BF atau GF, tp aku percaya sekarang mengadap 3 benda! Facebook, twitter dan blog, tul tak? Tu yg main point. For smart phone, check in 4squre.

Aku suke application tu. Sejak aku pakai BB and ada application 4square tu, laki ai jarang check in. Hahah apakah?? Tak nak bini tau eh?

Some ppl tak suke. Tp aku suke. Tak yah susah2 aku cari dia.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Update

Hye! Saya dah 44 hari.

Hari ni hari yg ke 45 hari. Merdeka! Sampai jugak pantang aku. Badan??? Erm ibu kata mcm sblm mengandung. Gemuk le tu. Kandungan ke berapa? Yg pertama badan masih bole di terima akal lagi. Tp perut nak kata susut tak lagi. Sbb process pakai bengkung pun lepas dua minggukan? Tp gigih pakai barut dan krim barut sampai laaa nih. Nak habiskan cream barut tu. Hampir habis. Hasil aku tak nampak. Tapi kalau baring perut tak nampak kira ok la tuh. Keeee breast yg makin ada isi?? So tak nampak perut? Musykil gak tukan?

Now my love Zamani and amani tido lena. Belum kul 12. Apa budak ni ikut time abak dia tido ke! Kalau dak kul 12 cerah mata. Tido 20 minit sekali bangun. Adoiii jangan kata abak ko amani iman, ibu pun bole botak tau!

Dua jam sekali jaga nak susu.

Now mata aku tak leh tido. Aku nak update banyak citer nak citer. Cer citer! Tp now I know la tugas seorg mak ni payah. Baru tekan buttang on anak dah bangun. Lagi la malam tak tido. Aku ambik kesempatan tido sama bila amani iman tido. Jadi update pakai bb mcm sesuatu tuk entry yg panjang. Sbb gambar tak leh nak susun. Takat satu gambar ok la.

Ermmm byk nak citer. Nanti aku update yer. Baik aku tido bila amani iman tido. Kalau tak aku jd zomba esok pagi.

Gud nite semua
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Sunday, October 23, 2011

Antara amani dan humayraa

Sepupu amani iman yg beza sebulan je. Anak akukan tak sabar nak kuar dulu. Sepatutnya dia antara yg terakhir yg kuar dulu. Allahmdulilla jangan kita merungutkan.

Humayraa yang lahir sebulan awal dgn amani. Humayraa 13 ogos, amani iman 12 sept.

Sorg femimin sorg baru kuar hutan training. Haha. Biasalah zamani dia nak anak dia sama dengan dia. Takkan bapak nak pakai gaun atau baju bunga2 dgn anak plak. So dia beli la baju yg di berkenan. Ibu dia tunggu abis pantang, tunggu anak rambut panjang sikit. Mmg lepas qeqah nanti amani iman akan botak. LEPAS TU!!!! Tak ada siapa bole sentuh rambut tumbuh di kepalanya. Hahah. Sukati aku je.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Wednesday, October 19, 2011

Mandi amani iman

Wajah amani iman lepas mandi.

Seyes ni kali ke dua aku mandikan si kecik ni. First 2 week after bersalin. Tu nak belajar2 je. Sepanjang pantang ni, my MIL yg mandikan amani iman.

Di sebabkan ari ni my MIL kuar atas urusan, aku konon nak mandikan dia la. Sbb amani dah set kul 6 mesti mandi. Tepat kul 6 dia bunyik hek huk aku angkat dia bg mandi.

Bagi dia susu, bukak baju dia. Than baru basahkan muke dia, dia jerit mcm nak rak ko tau! Sampai ilang sore. Bg susu dia bole minum walaupun aku tahu dia kenyang. Bole dia gigit puting botol tu? Muke dia muke mmg tak nak mandi!

Aku nekad basahkan rtambut dia, jerit lagi. Sampai zamani bangun. Ha! Hebat tak si kecik ni kejutkan bapak dia.

Sblm aku kena mara dgn bapak dia, terpaksa la ku tinggikan sore!

"Kalau gini sampai bila ibu tak leh mandikan iman! Sampai bila nak suruh tok mandi!!!"

Hahha... Zamani terus senyap. Mengeluh tak puas ati aku marah anak dia. Ha berani nak ckp alaaaa anak abak! That is our agreement. If one of us marah, jangan nak pujuk dpn anak.

Terus masukkan amani dalam besen. Sbb mak kata dia suke main air. Senyap terus. Syok mandi air suam2. Oklah reda sikit. Yg lawak tu aku silap tuang bath form kat perut dia. Hangin plak dia. Cepat2 aku tangkupkan dia. Tangkup ke?? Mcm kejam bunyinya. Wakaka.

Senyap balik. Oooo tok buat gini eh? Dah sudah kena ikut step tok plak. Ikut je la, janji ko senyap. Dan mandi bilas dia dgn air, angkat dia, nangis lagi. Kena la upah susu. Adoi laaa anak, ketaq kaki ibu tau.

Tapi betul la uols, sampai bila la kita nak harapkan org tua kita. Sbb mcm ari ni, MIL aku kuar beli barang, aku tahu balik sure dia nak masak, siap bekal tuk adik ipar aku awie yg masak ward, than masak tuk aku, masak tuk family, nak uruskan cucu... Terkejar2. Ini yg laki aku tak faham. Yerlah dlm pantang. Sok habis pantang apa pun tak tahu buat,kan?

Bukan tunjuk baik, but tak rugi pun. Anak akukan. Lambat laun aku jugak kena buat.

Yg geramnya si amani ni kalau abak dia ada, mula la drama sedis start. Org tak gheti ckp, nangis je la. Yang syooookkk lagi bila MIL balik dia seolah2 nak mengadu siap jeling2 aku ok. Dialong biasalah kitaorg buat. Bila tanya ibu buat apa kat amani, cebekkk baik punya. Haha lawakkan?

Masa tuk siapkan anak aku 45 minit. Fengsan!!! Tp dah siap ko yg sedap badan naakkk. Lena kau di ulit mimpi! Hahah

Syukur alhamdulilla
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Kelar anak mcm kelar ayam

Sayu baca kes baby kena kelar teruk dgn mak dia yang gila, sewel! Nak ku lempang budak umur 16 tahun. Org dok kata mude tak tahu apa2, tau plak ko apa tu SEX!!!

Tahhh since berita tu kuar, bila aku tengok amani iman sayu je rasa.

Tu la setan! Time kita kotor banyak benda di bisikkan ditelinga kita. Nak baca ayat2 pun tak bolekan? Zikir je la banyak2. Mmg aku akui bila baby meragam, hilang sabar when u have to do alonekan. Dah la anak sulung. Anak org bole ku bg kat mak apak dia, anak sendiri? Mungkin itu penyebab diorg ni tak pk panjang.

Bila marah amani iman mula la rasa sedih. Eshhh dulu janji bagai. Now merungut2. Tp betul la kata org tua, dugaan tu mmg banyak dlm pantang. Ada org yang dengar suara2 halus nikan? Ada kawan aku, dia ckp time dia dalam pantang, anak dia nangis sampai dia tak tahu nak buat apa, dia ckp dia pernah nak tutup muke anak dia dengan bantal. Cepat2 dia kuar dr bilik cari mak dia. Mungkin jugak sbb tu org kata jangan bg org pantang bersendirian. Aku dgr pun takut.

Ada gak cerita aku dgr, seorg ibu letak anak dia dalam longkang sbb anak tu asik nangis. Scary tak! Nasib baik dia tak campak anak dia just letak. Dia duduk tepi longkang tu dok tutup telinga dia, nasib baik jiran ke suami dia ada.

Kes aku plak?? Malam tu bertukar bila ada anak. Tido sejam sbb selebihnya amani jaga. Zamani tak bole jaga sbb dia kerja pagi buta. Kalau weekend ok la. Amani iman dah biasa dgr dengkuran abak dia. So bila posisi tido zamani posisi yg tak dengkur dia akan jaga, sampai la bapak dia bunyi. Sound pelik! Tp itu yg jadi. Aku perhatikan sbb memula berang jugak, dengkur zamani mmg kuat gila, aku terjaga tp amani terus lena. Bayangkan mak aku jalan tepi bilik kitaorg dgr bunyi zamani dengkur dia tunggu tepi bilik kot amani nangis dia bole la ambik tp harammm bunyi amani tak ada sampai ke sudah zamani dengkur. Last2 nek tipah terlelap atas meja makan. Wakak lawak. Sian mak aku.

Tp kalau zamani tak dengkur, ko leh tengok dia bangun. Ohhh sampai aku rasa nak kejut zamani, bole tolong dengkur? Gilo la request tukan? But this is amani.

Eh apa kena mengena cerita mak kelar anak dgn cerita aku ni? Hahah

Apa pun aku kesian tgk baby tu. Baru je nak hidupkan? Nyawa dia di tarik oleh mak dia sendiri. Ada artikel di FB aku baca. Sblm baby2 ni lahir, mereka bertanya pada Allah, bagaimana nasib mereka bila lahir, kalau mereka lapar, mereka sakit, apa jadi pada mereka. Allah telah menjawab bahawa akan ada 'malaikat' yg memberi kamu makan, merawat sakit kamu, memeluk bila kamu terasa sejut. Dan malaikat yang melindungi kamu akan kamu panggil 'ibu'.

Pasti itu amanah dr Allah. Tp bila dia tiba di dunia, dia di siksa?? Amani iman kena inject BCG terbeliak mata aku, aku nangis sama. Sama gak injection pertama. Ingat aku tenang nak bg org cucuk2 anak aku? Ikut hati tak nak anta g klinik, sbb apa? Bukan la aku manjakan dia, aku terasa amani akan ckp dunia ni kejam buat dia sakit. Hahah imiginasi aku tahap tu. Sbb tiap malam aku bisik kat telinga dia, 'ibu dgn abak takkan bagi sesiapa sakitkan amani iman, sbb kami sayang amani iman' haaaa pi sebut gitu sendiri sakit bila tgk anak nangis.

Ermm yg senang beranak ni la mereka yg tak hargai anak. Buang suka2, bunuh suke2. Kan ke baik ko bunuh diri ko. Tak pun jantan yg rosakkan ko tu! Dah berani sangatkan?? Anak2 ni ko tak suke, g la letak depan masjid ke umah kebajikan. Takkan ko kena tangkap masuk lokap punya. Ramai pasangan di luar sana nak anak tak dapat.

Ermmm tak kena batang idung sendirikan? Layak la komen. Apa pun tempat anak2 ni di syurga. Cume aku sedih. Everytime this happen aku teringat aryssa. Sentiasa ingat dia. Kami hantar dia dgn baik dan sempurna.

Ermmm bagus jugak ada BB nikan? Tq la encik somi kerana hadiahkan, dalam pantang ni mmg bosan. Bila anak tido, tweet dan FB la tempat akukan? So kalau aku update basuh taik anak ke, mandikan anak ke, that is part of my free time. When I mention or post pic kat FB dan twitter and tag my husband, aku rasa itu perlu sbb aku nak dia tahu perkembangan anak dia. Bukan takat buat anak than serah bini buat semua. Itu aku tak komplain la kalau zamani tak nak menolong sbb itu bukan tugas bapak pun. Tp at least aku nak zamani tau, oh amani iman dah pandai merajuk. Oh dah pandai this and that. Kan??

Itu yg syok. Dr kita dok baca status org than get envy ke apa better kita update apa yg kita ada. Tak semestinya kita nak paksa org baca. Insya Allah blog aku adala perjalanan aku, suami dan anak. Even anak aku sorg 'di sana' aku masih tak puas bercerita tentang dia. Aku stop and kurangkan sbb kebanyakkan org ckp aku tak leh terima hakikat this and that.

Kan bagus kalau kita cerita pasal anak2 kita dr cerita pasal org lain.ketidakpuasan hati kita on this and that?

Ini adalah pendapat aku. Kalau aku ada anak 10 org pun, insya Allah aku akan tulis mengenai setiap sorg anak aku sbb bg ku setiap anak ada ciri sendiri. Kamu akan senyum bila baca setiap entry tu nanti.

Aku beli coklat dua puluh sen pun aku canang kat blog apa lagi kalau citer2 lain.

Sesungguhnya sudah tersasar dr tajuk. Wakak kalau SPM confirm fail dow!!! Haha.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tuesday, October 18, 2011

Tidokan anak... bapak yang lena baikkk punya

Tak leh nak salahkan suami sendiri bila dia kerja pagi2 buta sebelum subuh. Tapi yang lawaknya ari ni Zamani kalah dengan setan yang bergayut kat mata dia... wakaka... dia lena sblm anak tido... sian anak aku terkapai2... ingat kenapa... sekali tengok, bapak dia lena baikkkk punya...

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

"Aikkkk abak dah tido? Amani banyak nak cerita ni"

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

 "Abak!!!!"

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Siap gaya nak kejut...hahaha ok saya tipu... tapi seyes tangan dia gerak2 seolah2 nak capai Zamani kat sebelahnya. Mak dia bertindak sangat kijam membiarkan aksi2 ni... wakaka...  sayang ko kat abak ko eh nakkkk... nangis ler bagi abak heart attack terjaga. Kalau jaga malam hang kejut ibu dengan suara hang je... hehehe...

Tak kisah la nak yer... mana2 pun. Sayang abak lebih ke, sayang ibu lebih ke, sayang ibu kat kamu lebih mengatasi segalanya... kalau abak kata dia sayang kamu setinggi bangunan 70 ribu tingkat, ibu sayang kamu lebih dari abak... mungkin 170 tingkat?? hahahah...


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails