Ok nak cerita... pasal kawan blogger aku si Deqna...
Entry pasal si kecik Marissa belum aku buat... yang lain dah berlumba sampai tuan punya diri pun dah buat entry pasal anak dia... heheh sori my friend... nanti yer... cida bz sangat... but i will upload cerita Lil Marissa nanti...
Aku bukan nak emo2... but to share dengan korang... dulu aku selalu cerita pasal kisah aku mengandung dulu... how i miss my lil baby bla... bla... bla... kadang2 aku rasa mcm org gila pun ada bila pk... apa sangat yang aku nak rindu anak yang aku tak pernah tengok... and aku tahu some of you akan cakap aku terlalu sangat ikut perasaan... yang pergi tetap pergi... this and that... ok malas nak mention (tengah mud oklah ni... cume kalau mud down! terjurai2 air mata akukan?)
Bagi ku tak ada org yang faham... sampai benda tu jadi kat batang idung sendiri... PLUS mungkin yang ada pengalaman yang sama denganku mungkin luka tapi terubat bila ada penganti...or mmg mereka kuat... me??? Kuat ke? Berat mata memandang berat bahu memikul... but this entry menunjukkan aku bukan mengikut perasan ke apa!Normal kot? idok gila yer *gelak syiton*
Baca la eh...
Waktu ini, pada hari yg sama, pada minggu lepas, satu perubahan yg besar telah berlaku buat diriku. Sesungguhnya saat bergelar ibu itu tidak mungkin aku lupakan sampai bila2. Hingga ke hari ini, bila aku kenang balik saat2 itu, air mata aku pasti akan bergenang. Ni sambil taip ni pun mata cam berair jer.Kadang2 rasa macam tak percaya. Dulu berdua.
Kini bertiga.
Kadang2 rasa rindu saat2 mengandungkan Marissa.
Rindu dengan perkara2 yg sering aku lakukan ketika mengandungkan dia.Rindu dengan perut yg membesar.Rindu gerakan2 di dalam perut ini. Terasa2 dia masih lagi berada di dalam perut ini.
Rindu nak bacakan ayat2 Al-Quran kat dia. Rindu nak berbual2 dengan dia sebelum tido. Rindu nak bacakan doa tuk dia sepanjang dalam kandungan. Rindu dengan tindak balas nya. Dan bermacam2 lagi.
Hingga ke hari ini apa yg aku biasa buat sebelum bersalin, spt membaca buku2, tetap aku buat sampai sekarang. Walaupun sudah bersalin, aku tetap dok baca buku panduan mengandung, buku panduan asas kehamilan dan kelahiran. Setiap kali baca, tiap kali tu jugak aku rasa sesuatu. Jangan tak caya, masa sakit contraction hari tu pun, aku still gak lah dok pegang buku2 tu. Rasa seolah tak percaya, yg aku sudah melepasi proses2 itu semua. Serius. Rasa mcm pantas sungguh ia berlaku.
Tetapi, sesungguhnya rasa rindu itu adalah lebih bermakan kerana kini Marissa telah berada di dalam dakapanku. Insan yg selama ini berada di dalam perut, kini telah pun lahir melihat dunia yg fana ini.
Sekarang ni aku tengah menjalani proses berpantang. Entahlah tak tau lah aku pantang betul2 ke tidak. Tapi apa yg org tua kata jangan makan, aku tak makan lah. Menu utama setiap hari, ikan bilis ngan lada hitam.Mengurut pun aku dah buat since hari kedua bersalin hari tu. Tiga hari berturut2 makcik tukang urut datang rmh. Mandi dengan daun2nan, bertungku, berurut. Sumer aku buat. Rasa segar bila lepas diurut. Nanti hari ke-17 nanti makcik urut tu datang lagi. Sekarang ni, urut2, tungku2 tu aku wat sendiri lah.. atas bantuan ayah Marissa lah.
Apapun semoga Marissa membesar dengan sihat dan menjadi anak yg solehah. Mummy dan ayah cuba corakkan yg terbaik buat Marissa. Marissa, Permaisuri mummy & ayah yg bersopan santun. InsyaAllah.
__________________________________________________________________
Itu la yang aku rasa... rindu....
And untie cida miss Marrisa... how is she??? mummy update lagi pasal dia!!!!
No comments:
Post a Comment