Habis la bakal isteri/suami si abang dengan Alesya... mak kamu sangat brutal sekali dalam memilih menantu... wakakak so berhati2 dari sekarang ye... korang baca la. Baca dan faham bukan masuk ikut mata kuar ikut mulut.
Kena ingat mak bapak org tak sama dengan mak bapak kita. Kalau mak bapak kita boleh tahan dengan kita tak bermakna mak apak org lain boleh tahan dengan perangai kita. Hidup umahtangga ni banyak paternnya... tak semua sama. Tapi kena perbaiki supaya org tak mengata. Macam aku, aku sensitip sikit. Org mengata pasal diri kita,umahtangga kita, bole tersentap oooo... tak ada maknanya nak tebalkan muke terima apa org cakap pasal keburukan kita. Malu tau...
Mak bapak mertua saya tidak la sempurna, tapi bab kebajikan anak cucu ni mmg priority diorg. Walaupun mereka tak pernah kisah macammana umahtangga anak2, tapi sesekali bukak mata, fahami perasaan dia sebagai seorg ibu. Sama juga buat suami saya tu. Bukak mata, mak mertua mu sedih bila kamu membiarkan anak dia terkontang kating dan kamu bz main game....wakakak mati tu statement bini dia, ada kena mengena dengan mak mertua dia... ha ha ha...
Aku takut sangat kalau tingkah laku ku ini boleh menyinggung perasaan mak ayah mertua ni. Bukan apa kita nak hidup sebagai keluarga selamanya. Dalam erti kata lain, bila ko dah kawin, mereka automatik jadi mak ayah kita. So suka atau tak kena terima. Kena adil dan saksama. Kadang2 org2 tua ni bukan nak sangat kita mewahkan diorg dengan barang. Cume masa kita tu je... diorg dah tua so masa ni nak spen masa anak cucu. Tapi kalau menantu buat perangai ikut perasaan sendiri, than susah la si suami. Ini mak yang ni isteri. Kan pilih mak, malam kena tido luar. Kan pilih bini plak, mak mogok tak nak masak fav makanan dia... hahah kalau bini pandai superb masak tak pa... kan kan kan? Than anak2 plak jadi tak rapat dengan ahli keluarga sendiri.
Oklah bebel panjang plak... baca la entry kakak Punat... eh Pnut ni...
Ok, saya terbaca satu status akak ni lebih kurang gini le bunyinya akak ni jauh senior dari saya la.. katanya seorang kawannya berpesan kepada anak lelakinya "kalau nak kawen esok carilah isteri yang rajin, pandai mengemas rumah, pandai memasak" pastu ramai mengomen.. wanita yang suruh anak lelaki dia cari isteri rajin dan pandai memasak tu cukup baik kah untuk dapat isteri begitu?Wahhh very the bom jangka kan??
hiks, saya pun cam besa, mulut insuran mahal, jadi tak berapa nak sayang sangat.. eh dalam hal ni jari le.. terus saya komen, "jangan nak cari isteri rajin, pandai masak, pandai mengemas, tapi si lelaki pemalas nak mamp*s, londeh seluar, spender bergulung, bior kat lantai je." WTF What The FUNNY la nak menantu pompuan tip top kena prepare anak jantan tip top juga dak?? tapi betul la kan nak suruh anak lelaki cari isteri complete package, make sure anak teruna awak tu complete package je, tak guna juga takat keja beso, tp ego nak mampos, bak orang kampung saya cakap "no way man, it's not easy"Jangan le saya esok jadi emak macam makcik tu. Ye la..la ni masih muda.. muda ke?? boleh la kondem-kondem orang nak pilih menantu, esok-esok entah-entah tima kita nak bermenantu lagi lorat dari makcik ni.. huii jangan lee.. anak dah la tak ramai, lagi nak pilih-pilih... ishhkk..
Bagi saya bonus la kalau perempuan tu pandai memasak, tapi tak pandai memasak, boleh belajar memasak, tp jangan le malas memasak, hat tu kesian gak anak teman weii maklumlah dia dah besa membesar bagai johan emak dia suka masak-masak.. (suka masak dan pandai masak lain ye, saya tak pandai masak, tapi suka memasak) ni namanya percubaan riak secara merendah diri agar tidak dikeji ramai orang tak pandai masak, tetapi slowly belajar memasak, baru-baru kawen bukan nak masak untuk ramai-ramai org makan, lain le duk ngan mertua, adik beradik ramai.
Kalau baru kawen takat makan berdua, ellehhh ai dulu goreng nasi je memalam. Takkan tu tak leh buat ye dak.. takat-takat, masak ikan/ayam masak kicap, buat sambal belacan takkan tak boleh kot kan?? lelain menu tu pelan-pelan la buat.. bak kata orang kampung saya lagi, better late than never dak? Tapi kalau dah naseb lelaki dapat isteri lawa cun melecun, tapi tak nak goreng ikan, takut terpercik minyak la, tak mau hiris bawang sebab takut kuku rosak ke.. malas nak cuci pinggan, kang tangan kasar.. tu over nama dia. Gamak-gamak tak reti masak pun, koman-koman beli sejenis lauk berkuah, balik tu goreng sayur, goreng ikan, buat sambal telur ke, sweet sour ke, jadi la.. Sekarang internet berlambak resepi gali je, balik try le.
Saya dulu masa tak der bibik semua kerja buat sendiri, tapi Alhamdulillah, ada kerja-kerja yang pakcik gebu tu suka rela buat sendiri elllleehh bukan apa, kita buat dia tak puas hati, dia kan penyakit perfercionist sikit jadi kerja-kerja sidai kain, lipat kain kompem keja dia, dia sidai baju ada aturannya, lipat baju ada standard lipatan dia, dan susunan dia.
Jadi koser saya ikut standard dia, sendiri bikin la. Dah tu, kalau saya sudah masak semua, biasanya longgok je pinggan mangkuk dalam sinki, konon-konon ala-ala kejap-kejap lagi nak basuh, tapi being pakcik tu, mana boleh dia nampak benda berlonggok dalam sinki macam tu, lepas makan dia bereskan sendiri apa dia tak berkenan nampak tu. bagus strategi saya kan
So anak-anak saya syarat dia senang je.. cari isteri/suami anak-anak yatim piatu. hahahah senang tiap kali raya kompem raya kat rumah saya, dah le anak dua orang je, kalau dua-dua balik ruman mertua, mau saya ngan pakcik gebu buat muka tak malu, kami pun pi beraya rumah mertua depa sekalik. harap masin mulut, dapatlah saya menantu lelaki/perempuan anak yatim piatu... besar pahallaaaa buat baik ngan anak yatim.. kan..kan..kan...
****
Veranggan jap kalau dapat suami mcm kak pnut, yang perfecto! Goyang kaki aku... tapi tu la macam aku cakap tak semua sama. Zamani mmg nak tolong but me yang tak suke dia tolong. Bukan la aku perfect tapi lelaki ni kerja tak berseni. Dan aku plak bukan la kata berseni tapi stress aku tengok saki baki dia buat tu ada... hahah last2 ku cakap kat dia... Allowance bagi lebih sikit, you dodok je diam2 i buat kerja umah... yang penting bila malam tu sila layan hambo bak puteri gunung ledang... sebelum tido picit badan... tepuk2 punggung bagi lemak berkurangan... tidokan i sebelum you tido... ha ha ha
Apa pun dalam umahtangga ni, tang kerjaumah ni ada baiknya kalau kita give and take few things. Mcm Zamani dia lepak mcm bos besar sbb kami tak ada anak... ada anak, dia kena bertanggungjawab TENGOK anak sementara bini dia (yakni aku) kemas, memasak, membasuh. Tak susah rasa... tengok je, kalau anak tu nak makan, berak ke apa, kalau rajin buat la, malas bini boleh buat janji lepas tu sila jaga balik anak tu, jangan ko biarkan anak dengan aku terkontang kanting kerjaumah tak siap, anak nak jaga... Sila jangan jadi lelaki bujang ok! Sentisa ingat dah anak, kena pikul tanggungjawab tu sesama. Ok tu aku veranggan je... insya Allah mana tahukan?
Tapi for house cleaning macam mop, bersihkan kipas, basuh toilet, buang sampah, tu mmg zamani buat... Alhamdulilla dia nampak je aku kuarkan mop dia volunteer clearkan barang2 dan mop uma. Cume sapu je gue tak percaya dia... aku rasa mana2 lelaki pun kot... yang nampak je dia sapu, yang tak nampak buat tahu je...
Apapun ini hanya pendapat. Aku pun anak tak ada. Tapi alhamdulilla walaupun penat, umah masih terjaga. Malas nak masak, still boleh makan kat luar. Zamani pun ok... janji tak pernah abaikan keperluan dia, dia ok je tak banyak bunyik... senang nak jaga... hehehe kan?
No comments:
Post a Comment