Under one ruf ^-^

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Aryssa Dania Dalam Ingatan

Lilypie Angel and Memorial tickers

Langkah Kecil AmanI IMan ZulAikha

Langkah Kecil Ammar Yusuf

Ketibaan Orang Baru

Showing posts with label family. Show all posts
Showing posts with label family. Show all posts

Sunday, July 10, 2016

Selamat hari raya



Baru ada kesempatan tuk bloging. Selamat hari raya uols.

Tak sempat nak sediakan entry. Aiman so attached ler dengan aku. Sampai nak buat apa2 pun susah. By the time dia tido aku pun berlayar sama.

Apa pun selamat hari raya pada anda semua. Tahun ni aku raya di singapore. Setelah 4 tahun menyepikan diri hahaha. Walaupun ptptn mengblack list aku dr ke luar negeri. Akak tetap fight nak pergi jugak.

Cabaran plak aircond rosak...

Roadtax and insurance mati...

Cermin retak!



Nampak? Org kata bahaya drive. Well one year plus dah retakkan tu. Since nak jalan jauh tukar. RM 480 melayang layang. Dah betulkan, tetiba cina yg betul cermin nasihatkan kami tuk ketuk bonet depan yg tak leh nak tutup rapat gara2 kena langar dengan org time parking. Siau... nasib baik murah. Jiran ai betulkan kete. Ketuk cat semua. So anggaran tak lebih RM 200 katanya.

Siap2 semua RM 160

Tingkap bahagian driver pun rosak. Esh macam2. Mmg rezeki nak jumpa atuk and nenek.

Pertama kali bawak anak2 jalan jauh. Perjalanan hampir 8 jam. Sian bebudak. Bangun tido. Sampai singapore aiman all out nangis terus. Penat agaknya. Buat apa pun tak jalan. Letak eo lavender terus tido. Hahah...

Anak2 macam2 perangai. Letih tak perlu cakap but gembira dpt jalan anak beranak



Our second raya kat rumah my uncle. Anak2 biasa tak leh dok diam walaupun seminit.



Raya ke tiga balik Malaysia. Singgah rumah my uncle kat JB.

Than ke Melaka. Raya sana than semalam balik klang. Isnin kerja.

Tak dpt aku nak bayangkan kerja yg bertimbun tu.

Selamat hari raya. Maaf zahir batin buat semua.

posted from Bloggeroid

Thursday, April 14, 2016

2 in 1

Salam...

Lama sangat tak update blog. Mmg masa agak terhad skrg. Nak kongsikan cerita pun tertangguh2. Malam tidokan anak dengan diri sendiri tertido.

Nak cerita pasal 6 april.

2 dalam 1 punya insiden. Dr awal april ari tu Alhamdulilla banyak panggilan interview. Yg panggil pun bukan calang2 company. Terasa diri kerdil. Maklumlah aku manager capuk kat company kecil. Bila comp besar ni macam tak layak plak rasa nak sandang jawatan beso. Hahaha. Tp try market diri sendiri. Pengalaman more than 10 years takkan nak selamanya di takut executivekan? Tp comp besar2 ni dah dpt title senior exec pun dah bersyukur.

Anyway apa yg 2 dalam 1? First its abang zamani birthday yg ke 40 tahun.

Satu tahun yg aku rasa agak special bg zamani. Bagi aku la. Nampak dia biasa2. Dia mmg tak pernah pun harap apa2 setiap besday dia. Cuma aku yg selalu over. Bg aku besday kena ada kek, ucapan dan sambutan. Of coz cara islam berdoa la kan?

Aku agak terkilan sbb tak bole sambut secara grand. Kalau aku berkerja dah set dlm minda tuk sambut extra besday dia. At least masak dan panggil ahli keluarga ramai, suprise party or holiday. Tp keadaan kewangan yg tak mengizinkan. Even selama 6 tahun perkahwinan plus perkenalan setahun before kawin tu, tepat kul 12 malam 6 april bukan main sedia wish. Sblm 6 april bukan main vedio bagai. Kali ni?

Malam tu tido awal. Hahaha. Bangun subuh teringat besday somi cepat2 wish kat FB. Bagi satu dunia tahu la. Akukan isteri yg perihatin. Hahah tetiba. Julingkan mata! Kali ni biasa2 je 'happy 40th besday'

Minta dia pilih tempat. Tp dia pun tahu keadaan kami. Tak minta apa2 macam biasa. Sambut kat kedai mamak pun dah ok. Permintaaannya...

But we all sambut kat secret resepi je. 5 beranak...



Life begin at 40 kata org.



Janji ada kek. Amani now suke makan kek plak.





Family pic on his 40th birthday.

Than another berita to share adalah??? drum role

Aku dapat kerja! On his day. So aku cakap my offer letter la hadiah besday dia yg ke 40. Hahaha. Tetiba. Apa relevennya punkan? 6 month menganggur. Kais pagi makan pagi kata org.



Short notice. Anyway aku wat part time je. Gaji hari. Bersungguh la aku kerja. Nasib baik ex bos tak berkira sangat. Aku bole g interview dan balik opis dan terima gaji full. Mmg terasa bila tak kerja. Dah rasa duit tu mmg penting. Seminggu dapat la gaji. Gambar kat atas adalah team finance. Since opis baru nak aku start next day.

Comp aku base singapore. So sangar short notice sbb manager yg aku kena report kena balik singapore malam 7 april. So hanya 5 jam menurunkan segala pada aku.



My new rezeki... harapan sangat kekal di sini. One of logistics comp jugak. Tp kat malaysia diorg bukak depo. So keadaan kerja bukan la idaman macam opis2 gah. Tiap2 hari rasa diri penuh gegaran. Hihihihi.



Alhamdulillah ni semua rezeki anak2.

Rezeki amani iman zulaikha
Rezeki muhammad ammar yusuf
Rezeki muhammad aiman yusuf

Dan terima kasih pada parents aku yg sangat sangat memahami. Doa ibu ayah selama ni. Doa suami jugakkan? Diorg la pendorong. Terima dan membantu sama.

My sister fidah expecially. Tak minta tp dia banyak la bantu financially. Aku bersyukur la di kelilingi family yg tak putus2 doa dan bg semangat tuk aku yg hampir give up. Mau tak give up. Interview hari2. Effect kot pay day aku sehari.

And sekarang bole tarik napas lega. At least tak bebankan somi. Oh i hate nak bebankan org. Biar pun somi sendiri.



And now i back to work!

Tq uols yg mendoakan yer

posted from Bloggeroid

Thursday, March 31, 2016

My new helper.

Sejak ada anak 3 org ni, makin banyak la kerja. My mom tak nak cucu2 di hantar ke nursery. Alasan dia, banyak kes2 kecuaian jadi. Than dia tak sampai ati tengok adik2 ni terpisah. We tot nak hantar aiman ke nursery. Nak hantar sekali 3 mmg tak mampu. Tp tak tergamak juga tengok mak aku jaga sorg. Adik aku nama je tak kerja tp ikut mood dia.

Fidah is always concern about ibu. Kalau bole tak nak kasi ibu kerja langsung. Nak cari org yg dtg hari tp macam tak berbaloi dan x ada pun yg sanggup. So dinpendekkan cerita now aku dah ada pembantu. Tp tak sedap nak panggil maid. Sbb dia org local. Sabahan. She only 26 years and ada diploma.

Hahaha kan? Korg pikir apa yg aku pk? Cerita #maid yg aida jebat berlakon tu.

Mmg semua pantas! Kami di beri pilihan oleh agen. Means tak leh pilih2. Agent ni supply pembantu local je. Tak menyempat agentnya pun. Cara dia hantar budaj ni pun very the fast ok. So tawakal. Aku dah pikir benda2 jahat dah.

Lawa orgnya... sob sob... bila nampak dia, aku dah tercabar. Aik ni lawa tuk jadi pembantu ni. Demmmm...

Aku tak banyak cerita la dengan dia. Akakkan garang. Uhuhuhu. Mula main perasaan sendiri. Dah semua org kata dia cantik. Bg aku kalau muda, cantik dan pandai wat kerja umah, bg nak jadi bini untung la sangatkan?

Nama dia linda...

Bila linda ada mmg terasa senang la. Tak terkejar2. Tp macam ambik kesempatan plak aku. Hehehe. Dia mmg kerja cepat. Dia ada diploma in nursing. Tak faham aku asal nak jadi pembantu. Mungkin sbb ekonomi skrgkan? So dia bole berbahasa english which is senang la nak komunikasi drngan amani.

Bila mengadu dengan fida, dia marah aku. Kalau ko wat kerja baik tak payah ada pembantu. Betul gakkan? Ko bayar mahal2 bg la dia wat kerja. Uhuhuhu. Its just jangan menghambakan dia dah cukup. Kalau makan of coz aku bg priority kat zamani la. Ari tu aku jemput dia makan sama. Tetiba plak anak2 wat hal. Sian plak nak suruh dia yg tengah nak makan. So akak jaga anak kat depan, dia makan dengan abg zamani... berdua... ohhh tidak! Hahaha tak tenteram akak dik. Uhuhuh

Tetiba rasa tak selamat. Hahahaha.

Tetiba teringat aida jebat. Hahahaha

Zul arifin sangat la abang zamani korg tu. Uhuhuhu.

Terus semangat waja. Kena jaga ati en somu tul2. Jangan kau kata laki ko tak hansem, jangan la risau. Sedangkan sungai berubah. Inikan plak hati manusia.

Eh aku tak kompelin. Dah nak masuk 3 minggu. Nampak ok. Solat pun tak tinggal nampaknya. Yg best ajak beli barang dapur. Akak sempoi tshirt jeans. Sekali dia dress up kalah aku. Eh tak leh jadi. Kang org ingat dia bini zamani aku maid.

Dia bukan la dress up over. Biasa2 je tp org kalau dah cantikkan, pakai kain batik elok2 pun org cakap lawo. Ermmmm

Tp mcm entry lepas akukan.... amani banyak berubah since linda ada. Dah bercakap. Dan dia agak manja dengan linda. Sampai ai jeles.

Aku ni jeles je memanjang. Hahah

Anak tak pa. Dah ko pun cari pembantu tuk ko bantu jaga anak ko. Jangan laki ai plak beralih arah. Sob sob...

Ok tu je nak cerita... belanja satu gambar dengan abang zamani. Hari ni dia cuti dan hantar aku interview. So sweet....

Lepas tu dating tengok wayang. Batman vs superman. Lama abang zamani mengidam nak tengok.


posted from Bloggeroid

Wednesday, March 2, 2016

Rayyan and raeesah birthday.

Salam... sambutan hari jadi anak buah yg wajib diaorg buat tiap2 tahun. Kali ni kat tropikana mall kat bahagiann ala lupa plak nama tempat tu.

Jkid ke benda tah.



Mmg osem la tempat ni. Tp kena ada duit je. Senang bebudak ada tempat bermain dan kawasan tutup. Nak makan2 ada party room. Mak pak bole masuk. Makanan pun sukati nak bawak apa.

Tema dua dunia berbeza. Agak pelik nak pilih. Selalu mak dia pilihkan tp bila dah besar ni ada citarasa sendiri. Punya banyak kali tukar, last2 si abang nak star wars dan adik frozen. Hahaha. Kan beza tu. Adik aku nak stress2. Katanya macammana nak buat dua? Ala buat je la. Takkan si abang nak teme frozen plak. Jadi hasilnya?

Dua tema berbeza...



Cantik kek. I like.



Nak tunjuk jugak room parti yg osem tu. Senang kerja.



Birthday girl and boy. Dengan face paint.



My sister. Dia pun nak jadi frozen gak. Kata anak dia, mama kan dah tua. Hahahah biadap ko nak. Mak ko beria2.



Anak 3 walaupun baby tak tahu apa2. Claim tetap claim 3 ok



Kesengalan dengan anak buah



My small familia... hahah payah nak ambik gambar satu family. Anak2 bersepah tak duduk diam. Yer la excited dengan gamekan. Yg aiman plak asik tido je. Malas nak kejut sbb dia bangun mesti nak menyusu. Hahaha kijam si ibu.



Happy family... terima kasih kerana menjemput.

Besday boy susah nak bergambar dengan mak long. Bz bebenor. Yg sempat si adik la. Feeling2 puterikan.





Tema frozen bukan main banyak elsa and anna. Hahahah

Tp ammar dpat special mask from pak ngah and mak ngah. Anak dara aku yg excited dengan mask tu... abang biasa la kakak pakai dia pun sibuk....



Ok til here xoxo

Love cida

posted from Bloggeroid

Sunday, January 24, 2016

Double celebration

Semalam sambutan kecil besday untuk adik dan anak buah.

My sis besday 13 jan and raeesah sebenarnya 26 jan. Which blm lagi. Hahah sambut advance.



Didi 24 tahun. And raeesah 3 tahun. Tahun depan sambut dengan Aiman je. Aku cakap dengan didi , tahun depan dan seterusnya sambut dengan Aiman. Dia jadi mescot. Hahah tak payah susah nak pk. Gah gah gah....



Aiman join first celebration. Bukan main terbukak mata.



Anak dara ai ni payah nak makan. Tetiba nak plak makan kek...



Ibu rasa kakak amani comel la... heheh...



Ammar enjoy the kfc...

While me???? Ambik gambar je la... hambo hanya santap



Tosei... jadi la....kata pantang...kan?

posted from Bloggeroid

Saturday, January 23, 2016

Ict

Kisah 2 minggu sblm bersalin. Jangan kecam akak dlm pantang berjalan2 plak. Hehehe...

Kami 3 beradik susah nak kuar sama2. So kalau ye pun tunggu my sis balik klang. Itu pun jumpa kat uma. Mmg payah nak kuar bertiga. So since aku dok pos pasal zawara cari churos tu maka kami pun menerai. Abang sodo aku drivernya la kan. So pikul sama askar2. Hapy bebudak ni berjalan2. Kecoh dlm kereta.



Lepaskan hajat org tu. Ari tu cari churos kat zawara tak ada. Kali ni we all order deep with choc. Tp mengecewakan sbb sedap lagi kedai yg kitaorg mkn that day. Terbaik yg tu. Ammar siap makan berulang kali. Tp yg zawara ni tak berapa best. Tp minuman terbaik la kan.



Roti bakar adik aku cakap sedap tp tah mungkin that day aku dah kekeyangan. So tak la makan sangat. Churos tu pun sbb dah dpt tak la hadap sangat.

Lepas tu balik klang. On the way balik anak2 happy tebgok ict tepi highway. Minta pak long bawak diorg g sana. Sian umah nenek je kat klang tapi tak pernag pun dtg ict. Hahaha... so kami singgah. Dlm keadaab mak long sarat, tak tergamak nak kata no kat bebudak. Anak sendiri pun ilang kawalan sbb teruja!



Anak dara aku dengan fida tak mau naik apa2 ride. Tah asal tah. Amani asik takut2. Raeesah plak naik satu game dengan abang gayat terus tak nak main. Terjerit2 buatkan si rayyan malu! Hahah anak teruna aku nak naik tak lepas plak. Maka dengan keadaab pasrah tengok abang rayyan main. Satu pun ammar tak leh masuk sbb tinggi x cukup.



Abang rayyan naik sorang2. Hahaha...hero sangat abam sorg ni.

Than we found one game yang ammar bole naik. Hahha. Itu pun paksa raeesah dengan amani diorg tak nak naik. So minta rayyan yg temankan ammar. Lawak sbb memula rayyan happy nak temankan. Sekali dia tengok dia je abang besar lain baya ammar, dia malu2. Hahaha siap jerit 'lamanya nak stop ni!'



Siap lembek2kan badan kebosanan. Yer la kaki dia bole touch ground kot... si ammar naik syok dah berhenti nak lagi. Adoi la anak.... siap meronta2 tak nak turun.

Nasib baik abak sado ada. Pikul terus anak teruna.

Hihihi
posted from Bloggeroid

Thursday, January 21, 2016

Me and my darling



With my first born....



With my second born...



With my third born....

Sepatutnya amani is my second born...
Ammar yusuf is my third born...
Aiman yusuf is my forth born....

Sepatutnya la....

Aryssa... day by day i wish i could turn back time and wish to protect you. But takdir kita adalah begitu... bila tengok 3 beradik terdetik di hati i should have four and semua berpasangan.

Ada hikmah di sebalik kejadiaan.

posted from Bloggeroid

Sunday, January 17, 2016

Sebelum berjuang

Salam....

Org pantang banyak masa lapangnya... hihihi

Nak cerita 11 jan sblm lapor diri kat hosp. Aku kena register masuk kul 8 pagi. So based experience dengan kelahiran ammar register pagi tak tentu ko dpt bilik terus. Kena tunggu.

So lepas hantar amani ke sekolah terus gerak ke hpj. Amani macam tahu aku nak serah diri kat hosp. Dia agak sedih dan tak happy pagi tu sbb sepanjang dia sekolah ibu atau abak akan hantar. Tak pernah hantar bersama kecuali first days sekolah.

Ammar pun sama. Pagi tu dia bangun awal plak. Ingat nak g sblm dia bangun tido tp hampas. Dia dah bangun terus nak berkepit. Kena tipu sbb dlm bilik air dengan aku dia tengah leka cepat2 nenek take over.

Aku sampai hosp dlm kul 10 gak sbb sarapan dengan zamani. Sedih la konon2. Laki aku tu anak dah 3 dia masih nebes. Or can i said dia excited?? Hahaha. Aku plak tak ada selera. Kerisauan yg teramat.

Pihak hops hanya minta nama and phone number. Macam aku agak la. Dia cakap sama ada ptg or malam. 10 waiting list nak tunggu turn. I was like???

Oitt esok nak cser ni. Apa kejadah malam baru admit?? Abang zamani drop aku depan hosp je sebenarnya. Dia baru nak jalan kaki kena patah balik ambik kete. Korg jangan cakap nak berkampung plak kan? Nak balik klang mmg tak la. So buang2 masa.

Terus abang zamani ajak g tengok wayang. Tengok show kat Alamanda ada la kul 1045. Bergegas ke sana. Sekali 1045 malam! Jahanammmm... bukan janam yer.

Apa nak buat? Show paling awal cerita diwale yg kita nak tgk is 3 pm. Kang hosp panggil cam no?

Terus tengok ioi putrajaya. Oklah show 1145. Terus gi dengan hati yg berat. Hindustan 3 jam kot.... sampai2 tiket wayang 1215 rupanya. Kul 1145 tak ada.

Bole la.... lepas beli tiket kami lepak minum dulu.



Pekena cendol sblm pantang...



Dan rojak buah. Macam ni je rm 8! Sedap lagi rojak buah kat lorong opis lama kat port klang. RM 4 ada sotong lagi uols.



Seriuskan en somi. Dia punya tak tentu arah. Kalah aku.

Time tengok diwale tak ada ambik gambar. Hahah dalam wayang ofcoz la tak tenang. Kot call tak dpt. Tp sblm masuk wayang doktor dah call 2 kali tanya aku jadi cser ke tak esoknya. Hahaha. Yer la kot dah bersalin mana2kan? Dia nak jumpa sbb nak suruh sign beberapa borang and nak jumpa zamani jugak tuk sain beberapa document.

Habis wayang pun tak lagi call. Sempat lunch. Hahah tengah lunch tu abang zamani bising. Suruh call hosp la suruh call doktor la. Alaaa macam nak beranak hari tu pun. Dalam dia bebel hosp call. Yg bangun ke kaunter bayaran terus abang zamani. Sampai phone tinggal atas meja. Nasib baik bini dia lambat sbb dah rupa kenderaaan berat. Dan nampak la phone tinggal.

Masuk kena bayar deposit rm 800...that is putrajaya hosp. Nama je hosp kerajaan.

Dapat bilik 4 org. Tp satu bilik tu ada 6 katil. Yg terisi org sorg je. Masuk aku 2 org. Hahaha nampak sangat fully house the day beforekan?

Tp aku request bilik 2 org. Bilik sorg ada 2 unit je and mmg diorg cakap que org nak masuk so forget it! Kalau dpt somi bole masuk temankan.

Diorg suruh dok dulu bilik 4 org. Tp lepas zamani balik diorg pindahkan bilik lain yg 4 org sbb bilik aku duduk tu nak letak barang pun x bole.



Masuk2 je nurse check jantung baby.

Dah masuk bilik baru tu satu hal la plak tepi pintu. Doktor nurse main selak je langsir. Apa je. Dah tu buat tak tahu. Dah la panas berpeluh2 aku. Pakai tudung sampai ke malam. Doi....

Doktor cucuk ambik darah kul 12. Doktor lelaki plak tu. Dah bukak tudung da time tu. Terus sent msg kat abang zamani...

I nak bukak tudung la! Panas!

Wakakak... gila kong ajo tak? Watsapp laki macam tu. Dia jawab

'Nak tido baru bukak la tudung tu'

Ok... mmg nak tido punkan... sekali kul 12 malam doktor dtg pasang drip dan ambik darah. Maka bermula la kesakitan...



Pandangan dr katil. Asal aku tutup bila nurse mai check bp ke apa tak tutup langsir. Haiz...



Tp malam anak2 wat vediocall terus je memeleh laju air mata.... itu lagi sakit dr badan di cucuk...rindu




posted from Bloggeroid

Saturday, January 16, 2016

Orang baru

Salam...

Syukur Alhamdulillah... selamat bersalin 12 jan lepas. Now nak kenalkan ahli keluarga baru kat blog.

MUHAMMAD AIMAN YUSUF BIN ANA NORZAMANI.



Lahir pada 12 jan 2016 seperti yang di rancangkan. Tepat pada pukul 8.59 pagi di hosp putrajaya. Anak2 semua lahir kat sana. Tp kali ni siksa sikit bersalin walaupun operate. Sob sob... nanti la aku cerita pengalaman rasa di siat dalam sedar yg aku rasa bius tak jalan....

Takut tak?? Uhuhuhu

Semalam hari ke 4... dah pun kami register nama Aiman di jabatan pendaftaran putrajaya. Sungguh cepat effecient putrajaya ni. Dr amani ke aiman process sehari and you get mykid as well



Penerimaan anak2?

Amani macam jumpa boipren baru. Malu2 dan lepas tu terus melekat dengan Aiman.



May be its not first timekan. Time ammar dia dah faham dpt adik.

Ammar je dia rasa terancam. Hahah terancam ke? Word mak dia tak leh bla. Jeles. Dengan aku pun dia tak nak. Sedih betul. Tp bila tengok tag team dia beralih kasih sayang kat Aiman, aku kena follow la.

Aiman adik siapa?

Ammar dok jawab adik ibu la, adik kakak la, adik abak la... adik nenek pun jadi. Hahahaha

But after a while dia bole terima geng baru...



Double Yusuf.... :)

posted from Bloggeroid

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails