Under one ruf ^-^

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Aryssa Dania Dalam Ingatan

Lilypie Angel and Memorial tickers

Langkah Kecil AmanI IMan ZulAikha

Langkah Kecil Ammar Yusuf

Ketibaan Orang Baru

Showing posts with label memories. Show all posts
Showing posts with label memories. Show all posts

Monday, June 29, 2015

Memori Hari raya

Pose baru hari ke 12 tapi aci tak nak cerita pasal raya?

Tetibakan aku teringat Arwah Atuk dan arwah nenek Melaka aku. Arwah atuk tak silap meninggal tahun 1995. Since atuk meninggal semua berubah. *Nak nagis*

Rutin hari raya pastinya, tiga or empat hari sebelum raya, arwah atuk akan ambik kami dr klang tuk balik kampung. Perjalanan ke Melaka that time 5 jam. Ikut jalan lama. Bila sekolah cuti je, mesti atuk ambik. Ayah normally akan balik lewat sikit. Malam raya selalunya sbb dia kerja.

Meriah time tu. Arwah nenek mmg rajin masak. Raya time tu mmg meriah. Rumah pasang pelita. Lepas berbuke semua berebut nak pasang pelita. Kawasan rumah nenek besar. Time tu umah kampungkan, so pokok2 pun kitaorg pasang pelita bawah dia. Pokok2 manga yang besar2 tu la port bebudak lelaki cozen2 aku main mercun. Habis buah2... creatip habis la cucuk bunga api kat daun2 pokok tu... hehehe

Dua tiga hari lagi nak raya, nenek akan ayam ketupat. Buat sarung ketupat siap2. Ketupat selatan lagi susah dari ketupat utara. Senang ketupat palas pun ko tak gheti buat. Apa lagi ketupat anyam ni?!

Arwah nenek selalu cakap, org perempuan tak tahu nak anyam ketupat ni rugi... esok laki cari lain. Lor gitu sekali? Gigih belajar pusing2 sampai terbelit2 tangan jadinya. Kitaorg suke duduk mengadap nenek anyam ketupat. Selalu dia buat rangka kitaorg gedik ketat2kan.

Arwah atuk pulak suke sangat la buat dodol sendiri. Lelaki akan buat dodol. Merasa jugak la tengok cara buat dodol. Awal2 bukan main semangat. Bila dodol likat semua lari. Hihihi. Arwah atuk tak banyak cakap. Dia buat sorg2 sbb kitaorg kecik, dah likat dodol tu tak gerak sudip tu.

Sehari raya, masing2 ada tugas. Selalunya aku dan adik2 akan tukar langsir rumah dan juga sarung kusyen. Punya la lambat nak buat. hahaha sekarang dah besar senang je tukar sarung tu. Mungkin time tu kitaorg kecik. Siap 2 orang duduk bengkok atas kusyen nak tarik keluar sarung lama. Nak masukkan pun satu masalah. Rumah arwah banyak sangat sofa. Kat beranda atas, beranda bawah, kat hall TV. Pengsan der nak tukar. Kalau salah pasang lagi la rasa nak koyak je sarung kusyen tu. Hihihi...

 Dulu pengumuman raya berdasarkan anak bulan. So tunggu depan TV pengistiharaan raya. Compare Singapore dulu dari dulu ikut kalender. So aku ingat lagi beza raya kat Singapore dulu dan Malaysia selalu beza sehari. Bila dengar pengumuman raya, semua pakat tak tido masak rendang, time tu la rebus ketupat. Mmg malam raya tak tido satu rumah. Sbb selagi tak dengar pengumuman raya ko tak leh buat apa2. Itu yang meriah. Kecoh satu rumah. Selalu pagi raya aku jadi zombie. Tak cukup tido.

Ikut arwah atuk dan nenek gerak jumpa sedara2. Siapa la keluar jalan beraya, aku mmg ikut. Sbb nak collect duit raya. Suke sangat lumba duit raya siapa paling banyak. Sbb tu aku tak faham zaman sekarang rupanya mak pak kumpulkan semua duit raya and bahagi dengan anak2 sama rata. What??? Ko duduk umah je aku penat jalan gi umah org, bahagi sama rata? Apakah?

Hihihi.... Tp bila ada anak, mmg rasa simpati pada anak yang dpt duit sikit. Last year Ammar dapat lebih sbb diakan org baru. Hihihi sian kat kakak amani. Tapi aku kerjakan, gigih tambahkan duit sendiri nak kasi sama banyak. Itu la yang mak aku buat. Kalau malam raya tu, siap kira duit raya. Kalau adik aku banyak dari aku, aku akan nangis minta mak aku tambahkan. Kalau adik aku kurang aku jugak nangis minta mak aku JANGAN tambah apa2. Wakakaka....

Indah memori tu.... dan aku betul2 rindu saat tu.

Rindu raya kat kampung halaman. Rindu riuh beraya di kampung halaman. Tak ada la nak terima berita kemalangan yang dasyat2 time tu. Main meriam buluh tak la sampai ilang nyawa tangan bagai. Tp meriam buluh pun yang main semua pak cik2 yang dan berumur. Mungkin ada pengalaman la nak main meriam bagai.

Rindu nak salam arwah atuk dan nenek...

Yang paling aku rindu, ketupat dia. Pagi2 dia akan hidangkan ketupat, siap potong. Rendang daging. Tak henti menjamah ketupat dua tiga hari. Tak makan nasi sbb pilihan ketupat tu.


Zamani cakap ketupat anyam ni tak ada tarikan sangat sbb ko bole makan nasi impit. Sama je. Malas nak argue. Bau daun tu bang! 28 tahun kot mencekik benda tu pagi raya. Bunyi geseran pisau potong ketupat tu, nostalgia tu... hahahah bole terima pakai tak alasan tu?


Sambal udang... ahhhhh tu la cara org melaka. Rendang pun pedas sampai confirm la raya pertama sampai raya ke dua ko cari tandas. Hahaha

Weols dah kebiasaan pagi raya kalau terover makan rendang and ketupat, mmg singgah toilet umah org sama. Tinggal jejak. Kih kih kih

Since arwah atuk meninggal kegembiraan tu kurang sikit. Nenek still buat ketupat macam biasa. Cume mungkin aku tak betul2 menikmatinya sehingga dia tiada. Sejak dia sakit kunjugan kami biasa sahaja. Tahun ni dia dah tak ada. Kalau tahun2 sblm ni, kami hanya ziarah kubur atuk. Tapi kali ni kami ziarah kubur nenek pulak.

Yang masih ada kampung tu best la... sian plak kenang nasib amani dan ammar. Kampung semua sejengkal je, pasang lagu raya pun tak habis lagi dah sampai umah atuk and nenek. Hihihihi....


Free Image Hosting at www.ImageShack.us
 CidaZam bercerita lagi

Wednesday, June 17, 2015

My Tahajjud Cinta


Aku tak tahu nak tulis tajuk apa...

Tapi pagi ni tetiba hati rasa sayu... ingatan tetiba pada Arwah Aryssa... Ya Allah lama sudah aku tak ziarah pusara dia, lama sudah aku tak bacakan yassin setiap malam khamis untuk dia... jauh sungguh aku meninggalkan dia. Tapi pagi ni air mata berjurai laju...tanpa sebab. Hati sakit sama sakit bila kami terpisah dulu.

Sama....

Hati sakit sedih pedih sama di saat itu... apa kenangan yang aku ada bersamanya?

Hanya airmata, sakit, dan pedih. Bukan menolak ketentuan mau pun tak redha. Aku bukannya wali, aku manusia yang di pilih untuk di uji. Walaupun ujian Allah ini bukan la berat seperti yang di tanggung oleh org lain, tapi cukup terkesan walaupun 6 tahun sudah berlalu. Mungkin apa yang aku rasa naluri ibu....

Ya hanya pada Allah tempat aku melepaskan rindu.


Al - fatihah....


Kau datang ketika duka ,dan bintang bercahya
tunjukku ke jalan syurga

Ku haus di tengah laut, lemas mencari tempat berpaut
kirimkan aku kekuatan serta pedoman di kesesatan


Ku sunyi dalam gembira perih pedih tanggung derita
sungguh aku bukan wali yang suci dari hina dan benci


Terlalu lama aku mencuba terlalu banyak
cinta yang ku damba tiada yang sempurna
hanyalah fana...

Tuhan, ampuni hamba-Mu


Ku rebah di dada malam, memecah dendam yang lama diam
ku tanggalkan baju dunia, dakapku dengan selimut syurga


Ya Tuhanku hanya padamu tempat mengadu segala rindu
limpahi ku rahmat kasihmu dalam tahajjud cinta bersujud



Free Image Hosting at www.ImageShack.us
 CidaZam bercerita lagi

Tuesday, November 18, 2014

Dari Dia kita datang dan kepada Dia kita kembali

Al- fatihah.....

Buat insan yang tersayang. Nenek ku kembali ke rahmatullah pada 3 Nov 2014. Jam 8 pagi.


Mendengar berita itu, aku menjadi terdiam seketika. Nenek mana? Mak aku call time aku dah sampai opis pagi tu. Suspen sbb aku masih ada 2 org nenek. Kami panggil nenek melaka dan nenek Singapore. Nenek Melaka of cos duduk Melaka, ibu pada ayah. Dan nenek Singapore duduk kat Singapore dan dia mak pada ibu.

Nenek Melaka mmg dah lama sakit. November 2014 ni genap lah 3 tahun dia sakit. Stroke.

Mmg keadaan menyedihkan, akhirnya Allah menjemputnya. Tak tahu apa yang aku rasa. Tapi aku pasti sepupu2 aku turut merasai kehilangan dia. Adat la org tuakan, suke membebel dan adat jugak kami cucu2 tak suke dengar leteran dia. Siapa yang suke dengar leterankan? Tapi leteran itu yang akan kami rindu buat selamanya.

Penderitaannya berakhir....

Itu yang mampu aku katakan. Alhamdulillah aku sempat melihat jenazah dia pada hari itu. Sempat cium tapi tak sempat nak minta maaf sebab diri ini tahu, banyak sangat benda yang buat dia sedih ketika hayatnya.

Aku lupa dia pernah menjaga ku walaupun hanya untuk setahun dua

Aku lupa tangan yang sentiasa menghulurkan belanja ketika aku bergelar pelajar

Aku lupa dia pernah bangun menyediakan sarapan, makan tengahari dan makan malam

Aku lupa dia sentiasa menunggu aku di depan pintu rumah menyambut aku pulang dari kelas

Aku lupa dia yang sakit mencari org tuk menghantar aku ke kelas malam sbb tak mahu aku naik bas malam2

Jasa yang aku lupa dengan peredaran masa aku membesar.

Nenek damailah nenek di sana... Tenangla nenek di sana... rehatlah nenek tanpa perlu risau tentang apa yang berlaku pada anak, cucu dan cicit di sini.



Di setiap sudut ada kelihatan bayang2nya... Rumah yang sentiasa di jaga bersih....kami suke menyakat nenek sbb tahu nenek pantang rumah berselerak. We know we will miss her.

Benarlah kata org bila 'dia' tiada maka kita mula akan menghargai setiap apa yang di buat tuk kita.

Free Image Hosting at www.ImageShack.us
 CidaZam bercerita lagi

Friday, January 24, 2014

Lagenda budak Convent

Salam...

Tajuk tak leh bla kan???

Miss me??? hahah lama gila tak update blog... bz sangat2 la sekarang... Last update penutup tirai November. Pastu tak tahu....

Baca blog org pun idok... bila penyakit malas menyerang... tapi Facebook i tak lupa update.... nak menulis je... so banyak cerita yang tertangguh... banyak sangat. Tapi kita buat yang mana dan la... cerita yang nak aku konsi tak kongsi pasal perjumpaan sekolah lama...

Bermula dengan Watsapp... tak tahu siapa yang mula. Dalam group tu 4 org je...

Me... Fieza Rashid... Azean... dan Roziah.... Nak senang, meh aku letak gambar la...so korg pun tak la tertanya siapa dan yang mana...kan?



Gambar ni la senang... since Linda tak pandang camera... so dalam Watsapp group tu, kami berempat... Azean mulut muncung tu... hahaha... yang dukung budak pegang bola Roziah, Sebelah Fieza Rashid dan baju biru akak... so i look fatkan?

Tak pa la... halal je la... gambar tu tipu... im not that fat... hahah tak nak mengakukan... ok start cerita ok!

Mula dengan Yan yang suke cerita makan kat belakang sekolah Convent... yang tak tahu, let me tell you. Aku sekolah Convent Klang. So siapa yang sekolah sana, siapa tak kenal dengan nasi lemak Medan... perh time sekolah, kalau dapat makan nasi lemak medan, dan kita syurga la... boring nak makan makanan kat kantin. Plus time tu aku tak sure mak cik jual nasi lemak ni, anak dia or pekerja dia yang tolong... bila dah lelaki jual, gedik la semua bebudak convent ni... bagi yang sekolah campur, korang tak heran sangat la... tapi kalau sekolah perempuan, mana ada cik gu lelaki... ada pun sorg je kumbang kat sekolah tu... kalau masuk cikgu lelaki muda... semua jual minyak... hahah... ada gak diva2 yang pakai bra hitam gi sekolah just to attract cik gu2 lelaki... yang muda la opcos... tua dok diam2...

The only cik gu lelaki yang ada kat Sekolah Convent , Cik gu Salleh... hahah tak menarik perhatian pelajar pun...

So itu cik gu... kalau dah kedai makan budak lelaki jual... mau tak ko sengaja nak beli? Siap kapel bagai dengan pekerja / anak mak cik tu... aku tak ambik port sangat. Sbb aku kat sekolah very the angel... hahah... so dengar je la sipolan ni pun BF...



Tak tahu since when ada board ni... tapi pagi tu kita org cadang nak sarapan kat sini... nak mengamit semula la kenangan terindah zaman jahiliah 17 tahun lepas... hahah...agak excited la pagi tu... tapi sayang abang Zamani kerja. So dia pun tahu bini dia bukan la ada kawan sangat... dia benarkan aku pakai kereta... hantar dia pergi kerja...  and aku org pertama yang sampai... yang lain biasa janji melayu...

Dulukan aku rasa tembok ni tinggi gila....sbb mmg susah la nak terjun... hahah... sekolah ni dulu mmg sangat susah nak lari. Mesti kantoi dengan cik gu... tapi sekarang macam ko bole jengguk je kawasan sekolah... may be diorg dah tinggikan sikit...

Budak sekarang tak jahat macam batch aku kot... hahahah...

Terus menunggu semua untuk datang... masing2 ada baru bangun la apa... so syarat siapa lambat kena belanja...

Sorg2 macam lipas kudung bawak kereta... yang penting akak selamat sbb akak sampai dulu... hahahah.... 


Than Roziah datang. Bangun lambat pun boleh sampai cepat... yang dua lagi tak tahu la... yan dr aku hantar Zamani dia dah start msg kejut bagai... dia bagi alasan jem... tak masuk akal sbb sabtu maaaa....


Amani tak dapat kelulusan abak dia... cis! dia tak percaya aku bawak amani tanpa dia... so sama ada aku gi without her or i cant go... ermmm biasalah amani tak mesra alam... jap lagi mak sibuk nak gosip dia melalak nak balik sbb takut org... bole???

Roziah dengan anak dia yang sangat behave... Danish...blum jumpa yang lain, Danish dah sembam... ha! tak sesuai... melalak la sakit... adui... mak dia pun tak perasan... syok sangat berbualkan??? 

Dalah 20 min semua sampai... and adding one member! Ketua Darjah 3 tahun berturut2... hahaha... dengan anak2 dia... tetap macam tu jugak... Linda Rahman


Linda dengan askar2nya... heheh... aku gelak je... dia sabar je dengan perangai anak dia... yang aku kenal dia dulu! Otai!!! lembek2 tak main... kalau tak suke denda org...mentang2 ketua kelas... heheh... now dia juru rawat HTR... bahagian ward kanak2... 



Dua otai... sorg ketua kelas... yang sebelah memonteng je kerjanya... Yan pulak my BFF dr darjah satu... yup! org pertama kat sekolah aku kenal dia... sampai la sekarang... bestkan??? on off jugak tapi bila jumpa tu seronok...yang tak boleh bla! tukang jahit!!! perh tak tahan... dulu time KH jahitan asik tak buat je... siap hantar kedai semua ada... sekarang lepas 17 tahun siapa tahukan??? baju2 kurung aku semua dia yang jahitkan... murah pun murah... harge kawan2... berani ko charge lebih2???



Fieza Rashid and Roziah... Fieza berjaya sekarang... kerja asik attend meeting je... tanya je meeting... tanya je meeting... hehehe... dan sebelah Roziah... pengedar Shaklee yang berjaya! hoyeah!!!



This is nasi lemak tu... yahhh aku ingat bawang dia sangat la banyak... kadang2 rasa tu sambal bawang... but aku suke makan bawang... so tak kisah sangat la. Kalau ko tanya rasa tu aku dah lupa... 17 tahun punya benda nak ingat apa... kan? yang pasti owner tetap sama... dulu abang hansem... hahah sekarang??? heheh... may be dia dah late 30's goin to 40's...terkekek masing2 bukak cerita... itu kah jejaka idaman convent satu ketika dahulu??? bersyukur jodo saya dengan abang hansem... (hansem di hati saya je....lalalalal)

Tapi salute la masih bertahan berniaga... tak banyak berubah... aku lupa rasa nasi lemak tu tapi rupa tak lupa sbb dia punya sambal kaya dengan bawang...



Mak cik berdua ni, macam perjumpaaan diorg berdua je... asik2 bergambar... jeles tau ai!!!


Kindda like this pic... cantikkan? bole frame!



Mulakan doa makan... hahah... si Linda mmg ajar anak dia doa makan, jadi mak cik2 smua kena doa makan... hahah otai2 jadi baik bila jadi mak mak ni... kalau tak dulu mana tahu betul salah...


Roziah dengan Danish yang tembam... bagus betul Danish... makan tertib... cer letak anak aku... nasi ke mana dia ke mana... 








Bergambar tukan wajib... tapi muke Roziah tak nampak... anak linda yang capture gambar ni... bagus ada juru gambar... salah je mak dia beliakkan mata... hahah sian anak penat snap gambar.



Walaupun gegar tapi tak pa... gambar kenangan...

Lepas makan lepak jap... anak2 main mak mak nak ghosip!


Yan bukan sahaja menjahit... dia buat kek tuk kami semua.... sangat baikkkkk...



Siap ambik upah baju... buat ukuran terus... bagus ada kawan2 ni, tak yah gi umah dia, dia boleh ambik ukuran kat umah kita pun... hahaha...

lepas tu biasa fotogedik...


Kan ai bilang, ai tak la gemuk mana kan?? hahah jangan la compare zaman belum kawin...


Gambar lagi.... 


Nak jugak love love...



Lagi gambar!


Macam tak cukup... budak2 dah lari sana sini. Macam tak leh nak kawal... so diorg decide nak gi jusco... time tu pun baru pukul 11 pagi... laki ai tak call suruh ambik... call umah, amani dah bangun plak... so terus balik umah siapkan dia, kita sambung kat jusco bukit tinggi... dekat je dengan umah....


Muke-muke kawan sekolah yang lama tak jumpa... nanti sambung ok! Janji ai update ai punya belog... adios

Free Image Hosting at www.ImageShack.us
 CidaZam bercerita lagi

Friday, November 29, 2013

Penutup Tirai November....

Cerita apa menarik on November?

Of coz la on 29 November.... dah 5 tahun usia perkenalan me dengan the most amazing man in My world... My world eh... kang ada gak org lain muntah sama, macam laki ko paling hebat... habis laki aku??? simpan dalam almari ka?? world korang akak tak tahu....

Aku rasa dia pun tak ingat... lelakikan... mana nak ingat semuanya... ahak! ekceli aku pun dapat bila baca balik entry2 lepas.... kalau tak akak pun tak hengat...

Sbbnya?? permulaan hubungan kami bukan la bermula dr sunting menyunting... bermula dengan konflik perasaan mcm cerita korea yang lepas tu??? The birth of family.... hahah penangan cerita korea... macam Ji-hoon dan  Yoon je...Akak pulak soo jun yang kekeliruan... ahak! yang tak faham cerita tak pa... anda buat2 faham...

Dia yang selalu buat saya jadi kuat... menolak segala yang negetive dalam hidup saya... dan dia sekarang bapa kepada anak2 saya... dan aku doa semoga dia lelaki yang terakhir, Insya Allah... dah setia la pada saya sehingga ke akhirnya...

Kejap saya, kejap aku....

Korang layan je.... gambar2 ni semua aku jumpa kat blog lama aku... hahah lawak... dan tak ada pun gambar2 ni dalam simpanan aku... nasib baik ada jugak blog nak referkan... mula la tersenyum sendiri layan entry2 lama tu... nak muntah pun ada... hahah tapi itulah yang indahkan?

Dulu sblm kawin, apa pun bagi report...

Nak gi kerja....

Bangun tido...

Nak tido....

Nak makan....

Nak start enjin kereta pun bagi tahu....
 

Gambar hiasan.... model mmg kena dengan cerita... hahaha
 

Rasa2 korang kalau dulu letak gambar macam ni kat FB, mau jadi isu... hahaha... lelaki tak berbaju tak ada hal... buat muke comel pun tak ada org pun tuduh cari mkn... so halal la letak kat sini....

Mana la hati tak goyahkan... hahaha... kalau seorg lelaki tunjuk kesungguhan macam ni... how to say NO to him korg rasa.... cair hati akak.... so selamat tinggal la kekasih lama... hahaha... tak rasa bahagia terus dengan lelaki yang aku kenal 1095 hari... dan hati terpaut hanya pada perkenalan less 14 hari...

Kau mampu???

Itu la jodoh kalau nak tahukan... so sbb tu aku cakap 'its ok' kalau abang zamani korang tak ingat this day... but i guess if dia ingat, dia akan ingat pagi 29 Nov butterfly di seluruh perut kami... berbunga2... ahak! me tak dpt tido that nite... and surprise!!! diakan tido mati... satu sms je reply cepat ooo... cakap tak boleh tido sama...

Adakah BODO MILIK KITA??? (opss ayat UMAR QAYYUM) adakah JOdoh Milik kita.....


~Carilah aku dalam hatimu,sayang sebutlah kau rindu. Hanya Pintaku. Kasihmu kekal setia, usah biarku terus terluka~


Masuk opis pagi tu dapat email ni.... Faizal tahir terus! hahah ko mampu? eh Faizal tahir ke??? OST cerita hantu harimau jadian tu... tah apa tah tajuknya

Bila baca entry lama, tersenyum2.... and family in law cakap Zamani ni player... banyak awekS.... so ku di kira beruntung la eh menjadi antara gadis??? hahaha... kot sekarang menyesal... badan dah sama dengan tong drum... sob sob... but dia tahu... i will do every thing for him... dia kuar duit je... wakakaka

Gelak setan.... 


MY MAN.....

Macammana nak kata tidak pada cintanya yer dak???

Apa pun... Happy Anniversary... harap jugak hari ni dapat berita yang baik2 dan mengembirakan...


Free Image Hosting at www.ImageShack.us
 CidaZam bercerita lagi

Friday, November 8, 2013

Aku Ada....

November.....

Kamu datang lagi.... aku mula la nak touching2....

November, bila kau datang, usia perkenalan aku dan en somi dah melangkah 'tua' setahun.... begitu juga permergian puteri sulung kami meningkat setahun... kau istimewa...

Tetiba je teringat saat perkenalan... masing2 nak luahkan rasa chinta tu melalui lagu... ate tak romentik nak buat ayat sendiri. So apa je lagu yang lirik menikam jantung, mula la tuju lagu... hahaha... salah satu yang tak mungkin lupa lagu Once Aku ada...

Kau boleh acuhkan diriku
Dan anggap ku tak ada
Tapi takkan merubah perasaanku
Kepadamu

Kuyakin pasti suatu saat
Semua kan terjadi
Kau kan mencintaiku
Dan tak akan pernah melepasku

Aku mau mendampingi dirimu
Aku mau cintai kekuranganmu
Selalu bersedia bahagiakanmu 
Apapun terjadi
Kujanjikan aku ada

Kau boleh jauhi diriku
Namun kupercaya
Kau kan mencintaiku
Dan tak akan pernah melepasku

Aku mau mendampingi dirimu
Aku mau cintai kekuranganmu
Aku yang rela terluka
Untuk masa lalu





Sekarang dengar pun tersenyum2... walaupun lagu ni kalau dengar sekarang tak ada maknanya pun... uhuhu... but aku bersyukur Zamani yang aku kenal dulu dan sekarang adalah org yang sama... romantik tetap ada walaupun perhatian tu ada sikit lari... heheh

Terima kasih tak terhingga sebab menjadi seorg suami yang memahami... sama ada dia malas nak gaduh dengan aku so ikut je apa aku suke, aku pasti dia menghormati my feeling and hargai hati kecil isteri... ahak! Zamani suami yang balance... Syukur dia tak mudah terikut2 dengan perangai org ke apa... kalau dia tak suke, dia diam... so ko sendiri kena pandai figure kenapa dia jadi gitu. Tapi kalau dia suke, dia sokong kau habis2...

Yang buruk??? tipu la kalau aku cakap tak ada. Tapi kita patut menerima kekurangan pasangan kita... itu je... walaupun aku rasa nak cekik2 diri sendiri bila marah...

Mungkin juga sebelum kami berjumpa, kami dah berjumpa dan cube hidup dengan pasangan lain... so sbb itu jugak kami rasa ini yang terbaik... so tak baik pun kena terima juga...

NAK JUGAK!!!

NAK JUGAK!!!

WALAU TAK BESH!!! HAHAHA



Free Image Hosting at www.ImageShack.us
 CidaZam bercerita lagi

Tuesday, November 5, 2013

Kenangan....

Salam...


Nangis kalau tengok gambar di zaman dulu2kan.... Tapi hopefully tak menjadi la kesalahan nak upload kat facebook or blog ni, ken....

Pencetus motivasi? Nahhhh mungkin. Duduk la sebelah tong drum. Untung2 org tak nampak ko la dik. Hahaha... So sekarang nak sedapkan hati, tiap hari belek gambar lama... Sekurang2nya saya pernah kurus. Dan menjaga penampilan saya sebagai perempuan. Tunjuk kat amani esok, tak la dia sedih sama. Hahaha...tak la dia cakap atau mempersoalkan asal bapak dia boleh tangkap cinta dengan mak dia... Than betapa ruginya kau ikut muke abak.... Hahaha mesti kau tertanya2 nak, asal tak muke ibu. Kah kah kah...

Ayat nak sedapkan diri... Well gambar2 zaman jahiliah kita simpan je ler la yer...ni yang halal tuk di tunjukkan.

Ekceli aku nak tunjuk gambar back 2000 to 2001 kot... Time ni we all habis UTM buat diploma. Ini adalah kawan me yang terbaik... Tah... Dont know any list friend yang 'baik' tapi mereka yang terbaik. Sampai la sekarang. Alhamdulilla...

Let me re call this picture... Time ni daku kesedihan. Sedih pasal apa? Cinta je le... Bodo sungguh... Tapi tak tahu boipren mana satu. Hahaha banyak bebenor. Pakai tudung ni pun tak tahu kenapa. Sbb aku belum berhijab pun this time... Sbb me and linda sepesen... Kembar... Org cakap kami kembar. Dia tak pakai tudung this time. Tapi asal aku pakai eh? Tak ingat la...






Me and linda, everything nak sama... Kawan yang until sekarang aku rasa yang terbaik... Kawan yg menegakkakn keadilan kawan2... Sekarang ni ada lagi ke? Aku putus cinta, dia pun nangis sama... Motip? Husband dia cinta dia dari kami kat UTM sampai la sekarang... Hubby dia yang berambut panjang, nenek dengan sedara mara aku kat melaka tu tak berkenan panggil dia kutu rayau yang tak layak la kot kalau nak buat suami... Tapi Alhamdulillahkan... Hahah mati kena pijak dengan si Salleh der! Bila jumpa re call, mesti gelak... Tapi linda dan Salleh kawan yang paling baik... Hahah diorg tolong aku pun so diorg bole dating... Kah kah kah....

Aikan banyak masalah dalamam... Tanpa diorg tah la....





Linda, me and ely... Three of us... Bergambar. Time ni tak decide lagi nak sambung Degree kat melaka. Kan dah habis buat diploma... Yah... Now i ingat... We all keluar sbb pikir, aku akan balik klang for good. Time ni mar pun baru beli kereta... Kancil dulukan fofular... Hehehe so meronda2 la kami...





Linda, mar dan ely pulak.... Heheh zaman ni phone pun yang baling anjing....camera pun tak ada. So gambar manual... Sorg kena ambikkan... Jadi bertukar-tukar la kami...






Mar, elly and me.... Nangis tengok potongN badan yang kalah semut... Hahaha... Berapa saiz pinggang aku? 27... Yer tu paling kecik... Nampak je halus tapi seluar aku paling kecik 27 time ni. Rangka besar... Sekecik2 aku, seluar si fidah pun aku tak muat... Gila sampai 24... Heheh doluuuuuu....













Rindu saat dulu.... We all cube buat outing bulan 5 hari tu... Mereka tetap mcm dulu... Sama... We still in touch sbb kami tahu kami terbaik. Hahahaha...

Linda... Dia masih kawan yang suke bergurau senda. Kadang2 gurau dia sangat2 kasar... Tapi dia seorg yang terbuka... Tak suke dia cakap tak suke. Salah ko tetap salah...

Ely.... Seorg kawan yang suke menolong kawan dan bagi pendapat yang panjang lebar... Hahaha... Org gune short cut tpi dia still gune jalan lama... Adoi yaiiii.... Teringat dia terangkan pasal nak beli rumah... Sampai ke kementerian dia check itu ini... Dia seorg yang berjaga2... Berkira.... Tapi bukan berkira yang kedekut tu... Dia ni kira betul accountant... Kalau buat apa, semua faktor dia akan ambil kira... We all suke dia yang pikirkan masalah tuk kita.... Hahaha...tahuh2 ada penyelesaian...

Marr... Kawan yang ko boleh berkongsi segala rahsia. Dan dia sendiri seorg yang berahsia. Bayangkan for 3 years kot kawan, dia selalu ulang alik hujung minggu ke Port Dickson...padahal dia org rembau... Apa je dia ke PD. Rupanya boyfriend org sana... Cis.... Sampai ke sudah we all tak tahu. Dan penampilan dia yang biasa2... Siapa tahu bapak datang bawak kereta mercs dengan pemandu sekali. Tunggu depan kolej... Kawan baik pun tak tahu kan... Tetiba sentap seminggu.... Kenapa nak sorok semua...she low profile. Pantang kawan susah, mesti nak tolong....

Itu la kawan2 saya.....

- Posted using BlogPress from my iPad

Sunday, August 4, 2013

Buat bidadari syurga

Ramadhan dah nak meninggalkan kita. Aku masih tak berkesempatan mengunjungi pusara Aryssa. Kali terakhir Ramadhan tahun lepas. Eh ke november tahun lepas. Aku x ingat. Tapi sejak In Law aku dah berpindah, mmg jarang aku melawat dia. Hanya doa buatnya. Tp syukur abak masuh lagi ingat Aryssa. Without telling me dia sempat singgah bila dia rasa rindu. Itu pun aku tahu bila mengadu lama tak tengok pusara anak. Dia cakap dia ada jenguk. Tenang sikit aku rasa. Bukan apa, since tanah kubur tu kubur lama. Mungkin tak ramai yang dtg jadi kawasan terbiar. Lalang panjang. Nyamuk dan risau jugak ada binatang yang bahaya macam ular ke apa. Sbb everytime kalau aku pergi amani kena bawak sama. Insya Allah pagi ni nak pergi sekejap.

Lama ibu tak dtg melawat awak Aryssa Dania...walaupun ibu x dtg selalu tp ibu tetap kirimkan doa buat awak.

Ramadhan nak berakhir... dlm ibu sibuk siap persiapan raya. Ibu tak lupa kamu... doa sentiasa mengiringi kamu di sana.

Al-fatihah buat bidadari syurga

Tuesday, June 25, 2013

Kunjungan Org Singapore

Hola...

Jumaat lepas... *bangga cerita tak la basi lagi*

Kes jerubu teruk kat Singapore... my auntie kakak sedara telah melarikan dirinya dan anak ke Malaysia. Menyesal tak ikut encik suami yang ke USA untuk conference. Sana 'jerebu' gak tapi sejuk. Kui kui kui...  So dia ni mmg dari dulu terkenal keras kepala... elok la, nenek aku cakap aku dengan dia mmg bole duduk satu rumah. Teguh rumah tu tak runtuh. Compare me and her dia ni lagi la kalau itam kata dia, tak leh nak tukar dah. Akak cida kalau kata itam, hati goyah. Kah kah kah.

Pagi Jumaat tu terus sms aku cakap nak dtg... wahhh kau.... aku ok je since tak ada plan pun. Rumah sentiasa terbukak tuk semua. Tapi macam Kap Lam jugak la... kejap nak dtg, kejap dia kata laki dia tak bagi. Opcoz la... dengan anak dua org nak dtg sini. Aku pun seram. Kot jadi apa-apa?

Than dia sent gambar tiket confirmation. Zamani ok je nak jemput kat KL nun... tapi dalam bas dia cakap tak payah sbb laki dia bookingkan hotel depan berjaya time sqr. Esok je jumpa. So no rushing. Dia bawak maid dia sama. Oklah kalau ada maid. Aku dok pikir macammana dia nak bawak anak dua org dtg.

Sabtu tu bangun pagi... dia sms nak stay tinggal kat KL... apa gila! Aku cakap aku akan dtg ambik dia. Tapi pagi tu pergi pasar tani beli barang. Ahak... aku masak nasi ayam buat kali ke dua.... sila la percaya!!!dia pun tak percaya. Siap cakap tak nak makan takut pengsan. Pengsan tu tak la... paling tak ko ulang alik je toilet...lalalalala.


Nasi ayam
Meh aku komen sendiri nasi ayam aku ni...

Nasi out... presentation lagi la... hahha... Aku tak letak garam dalam nasi... so tawar la... yer la anak aku kan pelik sikit... dia ikut mud, at least bagi nasi je terasa la...

Masak je dah pukul 12. Dia check out. And yes kalau dia nak jalan2 pun takkan dia nak bawak anak diakan?? So dia call cakap naik teksi. Alamak!!! aku rasa sangat bersalah. Sbb dia call tu tengah goreng ayam. Amani tak bangun, Zamani pun tak bangun. So dia ambik cab dr Berjaya to Klang... aku malas nak bagi instruction, suruh berhenti depan HTR je... ambik kat situ.

Alhamdulilla... sampai... ngam ngam time lunch. Dia cakap dia dah makan. Tak yah la tunjuk sangat ko takut nak makan kak oiii... hahaha... tak pa Amani iman tambah 2 kali. Tak tahu la lapar ke apa anak aku tu...



Nama anak Zy... Nur Insyirah Balqiss bt Mohd Azron Bin Yahya Binti Zaheedah... ha! panjang nama ko kan? ok... anak dia sangat keletah. Dia baru je 4 tahun... tapi mmg beza dengan mak dia. Muke je sama dengan mak dia time kecik2 dulu. Personality Balqiss is more soft.

Soft hearted somemore...

'Nenek, bole Balqiss tolong?' Ibu aku cakap

'Tak ada Balqiss... ' Guess what! She cried... wakakaka... apa kena ni? Mak aku mengelabah gila... pujuk dia. At last suruh dia suap adik dia makan je... hehehe....

Mak dia dulu, suap aku pun malas ya Rabbi... hahaha... kalau tak, Muhammad Najib (our cozen) tak la solat pakai telkung... wakakak... memori yang tak leh lupa ok...

Let me story sikit la supaya korang tak tercengang. Me, Zy dengan sorg lagi cozen lelaki. Mmg rapat, sbb 3 of us nenek singapore aku jaga. Well me tak la... sbb duduk Malaysia. So bila balik Singapore selalu main dengan diorg... yang best bila angah (kakak Zy) nampak ada budak perempuan solat dengan Zy... so dia tanya nenek aku, mak aku balik singapore dah ke? Sbb si Shida ada... nenek aku pun pelik..rupanya si Zy dah pakai kan Najib telkung... LoL... yang Najib pun macam tak reti nak menolak... ahahah....

Second Generation
Eeee me and Zaheedah macam ni la kecik2... hahah tinggal Najib junior je tak ada...  Amani sangat tak mesra. Mencik! nak gaduh je dengan anak org... Dah la kedekutkan...

Tengok keek amani iman yang kedekut... kejar Abid main barang dia....




Sanggup merangkak! Payah nak ambik gambar diorg sebagai kenangan. Balqiss mmg senang nak ambik gambar. Haze kat Klang pun boleh tahan. So kita ke Jusco je... Amani iman time nak keluar tu, dia tido pulak. So kami2 je la... Zamani jaga anak kat umah.

Ekceli Zy nak tunai janji yang 10 tahun lepas. Nak belanja Ais cream... sudahnya, ais cream murah...kah kah kah....so ketuk lebih sikit....

Bukan paw ni je... banyak!!!! sampai tak termakan!


Me and Zaheedah mencik selalu dia je nampak mude! Oh why!


Bz mengorder... anak lena baikkk je... sian Adib... mengantuk sangat.
Balqiss sangat behave tau... aku imagine la si Rayyan... kalau Rayyan dengan Amani mau la aku pitam di situ... Balqiss jenis yang tak noti... Tapi dia sangat comel


Zamani cakap aku dengan Zaheedah mmg lebih kurang je...kalau dengan anak bukan main garang... haruslah...habis tu ko tak pikir ko macam si Azron suami Zaheedah...anak nak apa semua ok ok ok... bini nak apa je, tak berani nak cakap tak OK.... hahaha... sayang bini...sayang bini...

Ibu cakap Adib muke Azron habis... adil la, Balqiss muke mak,kan? Pipi dak adib ni, lempang laju2 mau?!!!! Suke...

Adip dengan Amani beza 6 month. Tapi anak aku suke monitor si Adib ni... sbb Adib main dengan Zamani je. Hahah the only guy/man dalam rumah. Tak heran wanita2 yang cantik dalam rumah...



















Let me perasan sikit yer.... mmg dah kawin tak sesuai nak posing macam ni... wakakaka. Tapi Balqiss took this pic... mak teruja bijaknya ko ambik tanpa gegar... background yang sangat cantik... ke camera mak long yang mmg superb Balqiss??


Kui kui kui....


Muntah la kawan2... kasi akak berangan hot sikit.... lalalalala....

Bukan main posing laki kat umah jaga anak yer... ekceli rasa jangal bila tak bawak diorg. Tapi sesekali kan... bukan gi mana. Kita org gi sini semara2 nak cari face mask... hahah bole???

Mmg cepat sangat face mask habis. Frust member datang dari jauh semata nak  beli face mask... 








Cheeky Balqiss




Me and Balqiss... sayang Amani Iman tak adakan... buat macam tu sebijik durian muke mak ko la!!! geram... aku takkan nak jelir lidah macam tu... cute sangat kang payah *Mata ke atas*

Abang Zamani buat wall paper plak nanti...

jeng jeng jeng....

Untuk tatapan adik saya yang berada di mana2... jangan jeles!!!




Ibu saya... yang menemani selah tahu zamani kena jaga anak...
Gigih cik tipah jalan kat Jusco nun.... sakit kaki... tapi slow2 la... kita bukan nak shopping sangat. Just cari topeng jer. Lepas makan terus kami balik... beli susu anak pun kat speed mart je...mahal der kat Jusco... gila apa beza RM 5-6.... hahah berkira bukan main ko!

Zaheedah dan Adib...

Us.... taken by Tri...

Heheh balqiss ambik better than bibik la tatak.... tengok Balqiss tu... esh rindu sangat dengan dia sekarang.... Amani cepat la cakap macam kak Qiss!!! Abak dah jatuh ati dah dengan kelembutan kak Qiss... seblm diorg datang, si Zamani ada mention suke sangat tengok Balqiss yang sangat comei. Tanya soalan2 maut kat mak dia...aku ada keek banyak video dia...nanti aku kongsi kat sini...

Sila tahu dia baru je berusia 4 tahun!!! Impress dan sangat teruja... ok lets share one of Keek video here yer... nanti kita share lagi.





Mak long tak sekolah agama... sekolah kebangsaan pun tak ada cakap arab la Balqiss... hehehe...

Free Image Hosting at www.ImageShack.us
CidaZam bercerita lagi

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails