Ingat tak time ni aku tak sihat? Selsema?? Than balik kerja aku tengok Zamani sedap tido. Tak pa la. Buat kerja apa yang patut. Lepas solat isya badan tak tahan terus masuk tido.
Sekang ku polok Zamani. Dia tanya aku...
Zamani :- Pukul berapa yang?
Aku :- Kul 10.30
Zamani :- 10.30?? You dah makan
Aku :- Dah... kenapa you nak makan ke?
Maklumlah dr balik kerja sampai kul 10.30 malam... ha! tak serba salah ko??
Zamani :- Ambik baju i kat almari...
Aku pun bangun la. Bukak lampu balik. Nak bukak laci (tempat t-shirt)
Zamani :- Eh kat almari baju yang gantung tu...
Aku pun ikutlah... dalam hati terdetik jugak... apa masalahnya dia letak baju dia dalam almari baju aku ni???sesuatu... tetiba nampak......
Akak pun apa lagi melompat la suke!!! Sweet ku rasa. Zamani dah gelak2 tengok bini dia macam beruk dapat bunga. Hahaha *ok tak yah bayangkan sbb buruk nak mati*
Harus la saya bergumbirakan? Dapat hadiah. So aku tanya dia...
"Hadiah Valentine ka?" Rasa bersalahkan. Hahaha. Tapi dia hanya senyum.
"Special offer..." Hahaha.. ok jawapan yang boleh di terima.
Incik Cida Wan Kembang Semangkuk bersama hadiah2nya. Aku sangat terharu. Before tu aku sajer je hint2 kat Zamani, tak harap pun. Ternyata facebook dan blog adalah penyampai maklumat yang berkesan... hahah tak mo ar tutup Facebook... kahakaha.... *wink wink *
Happy ko!
Thanks hubby... i love you....
*Gayak Sabariah cakap i love you kat Dr Asmadi. Penuh ghairah... hahahah*
Terima kasih sayang... heheh ni yang buat nak sayang lebih lebih lagi ni... kui kui kui.
Semenangnya saya pengemar coklat Ferrero Rocher. Makan sorg oooo. Zamani ambik bau je. Hahah... kedekut nak mati. Simpan dalam almari je ok.
Pink roses tuk kali ini. Cantik saya suke.
Warna pink2 nak ke purple sikit. Susah nak dapatkan? Bagi aku susahla sbb sepanjang Zamani bagi bunga tak ada warna ni lagi. Eh incik suami ingat ok warna2 bunga yang dia bagi kat aku. Aku iyokan aje. Nak check it out balik bunga dah bertukar satu kaler. So idak la ku tahu warna pa... kijam tak???? Itu tak penting, janji aku simpan.Kan kan kan
Bagi ku dan suami, tiap2 hari adalah hari special. Tak yah tunggu valentine. Yang tunggu valentine ni sbb barang2 tuk pasangan kekasih ni selalunya hebat2 belaka. Susah nak dpt. Limited edition selalu. So menjelang valentine time tu la nak beli. Aku??? tak pernah bagi laki aku hadiah... Tapi lepas tu aku bagi hadiah. Kata happy dapat hadiah, kena la balaskan?
Apa dia??
Belanja makan kat kedai mamak... hahahah...
No comments:
Post a Comment