Under one ruf ^-^

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Aryssa Dania Dalam Ingatan

Lilypie Angel and Memorial tickers

Langkah Kecil AmanI IMan ZulAikha

Langkah Kecil Ammar Yusuf

Ketibaan Orang Baru

Tuesday, March 22, 2011

Test Gula dalam Darah

Ujian test gula dalam darah.


Sangat menyakitkan ati semalam. Seawal 7 pagi dah siap nak ke Putrajaya tuk ujian gula dalam darah. Macam biasa aku puasa malam tu. Mmg aku tak suke nak minum air manis ni. Siksa oooo... Tapi demi tuk mendapatkan anak, tak pa la. Persiapan diri kena ada. Biar aku sakit jangan anak aku sakit plak esok. Dan biarlah semua dapat di kesan pada peringkat awal. Boleh jugak cegah

So appoiment pukul 8 pagi.

Aku tahu aku bukan la staff goverment. Dan mungkin aku antara mereka yang suke sangat nak komen tanpa meletakkan diri kita yang kerja kat Sepital tu. Tapi pekerja sepital tu pun ada ke letakkan diri diorg kat tempat pesakit? Procedure procedure jugak la kan?

Zamani kebetulan demam. Sian plak nak kejutkan dia. But bila dah siap nak pergi aku cium dahi dia, dia sedar. Tanya aku nak ke mana. Lupa sudah mamat ni. Tell him i got appoiment than dia nak pergi.

So kali pergilah satu family... hahaha...

Tak yah ambik number, tepat kul 8 nama di panggil. Ambik darah.

Sejuk je tangan aku, sbb paling susah nak ambik darah aku. Bukan aku takut (chewah ayat) tapi sakit. Sbb aku tahu aku ni payah nak kuar darah. So akak ni minta aku hulur tangan. Aku dah buget dah diorg nak kata apa... mmg semua kalau tengok tangan aku ni cakap benda yang sama!

Nurse :- Allahhhhh halusnya urat... tak nampak ni... macammana ni?

Tanya aku??? urat kat kaki aku ni timbul2. Kot susah nak nampak kat tangan boleh tak ambik kat kaki? Nak je aku jawab macam tu. Dua tangan dia teliti. So she decide to take blood on my left hand.

FAIL!!! Ko cucuk jarum gerak kiri kanan... bayangkan!!! tak darah. Dia tarik jarum tu mengeluh. Tengok tangan kanan... tepuk2, suruh aku gengam bagai... stilll fail. Aku tengok Zamani kat luar dah nak nangis dah. Laki ku pun tak sanggup kot nak tengok aku. Than akak tu suruh member dia take over.

So pindah tempat. Sekali lagi dia pun cakap...

Nurse :- Masya Allah...halusnya dik oiiii... tepuk2 sampai urat kuar. Cucuk, than Alhamdulilla mudah darah kuar.

Than dia bagi aku gula satu pack... sila bancuh dengan ayaq sendiri kat cafe. I wassss like???? ha? bancuh sendiri? Bancuh sendiri adjust sendiri la ke manisannya. Yer dak? Wakaka... tapi tak mo... kita nak berubat!

Dah mcm pack ganjah tau. Nasib Zamani tak kerja semalam. Dia ambikkan aku air. So bancuh sendiri

Ok setting mode salah. So nampak belakang dr jelas. Konon nak tunjuk memasukkan gula dalam air

Ni tak sampai suku pun eh... Satu pack tu aku kena masukkan tanpa tipu!

Minum air tu rasa nak muntah. Perit tekak aku. Tapi tak la teruk rasanya sbb ada rasa lemon sikit. Lepas tu lepak 2 jam sebelum ambik darah balik...

Kali ni azab. Dan nampakje nurse tu tua pengalaman banyak. But seyes aku rasa she trying to kill me. Zamani kat tepi pintu zikir tuk aku. Seyes!!! aku rasa dia pun tak sampai ati nak tengok aku. Kang org kata suami over plak. Nak peluk2 bini... ahak! Dulu time anak meninggal mmg dia peluk aku time nurse ambik darah aku 25 botol. Time tu mmg aku nangis tanpa segan silu. Dengan anak meninggal... dengan sakit cucuk sana sini. Kali ni overla kan kalau nak buat gitu. tapi dia yang zikir tuk aku.

Nurse tu tah la... aku rasa nak sepak2 pun ada. Dia tengok tangan aku... sama la ayat dia dengan nurse dua tu. Than dia cucuk kat atas tangan (since lengan kiri kanan dah cucuk tadi). Tak kuar darah... tak kuar lagi ko pamkan? Sakitlah angin kuar masuk. Aku sampai cakap, SAKIT! Dia buat tak tahu. Dia tolak jarum tu kiri kanan and try tarik darah. Stupid tak???

Than dia tarik jarum tu. Cari lagi tempat. So aku yang cakap ambik tempat yang diorh cucuk awal2 tu tadi. Senang je aku rasa yang first tu. Dia pun ikut. Cucuk balik tempat tu. Allah azab sakitnya... darah tak kuar... Dia pum jarum tu. Darah keluar tapi hanya bubble... maknanya darah aku tak kuar sangat. Kuar la tapi bubble je banyak... (Menunjukkan betapa hanginnya aku hahahah)

Sakit you all... yang geramnya, darah melimpah kuar ok kat tempat dia cucuk tu. Tapi tak masuk dalam jarum tu. Dia dok kesat darah yang mengalir. I mean ko stupid ke? Dengan jarum tercucuk kat lengan aku, ko kesat darah dengan tekan2. Than ko force tuk ambik darah tu jugak.

Aku mmg tak tahan, menjerit sikit. So dia panggil akak yang lain. Which kakak yang berjaya ambik darah aku yang first tadi. Dia masuk darah dalam botol dia cakap tak cukup. Aku rasa tak nak jadi org dah. Mau jadi ijau pun ada. So akak tu suruh aku gengam, dia kata dia ambik kat atas tangan. tepuk2... than cucuk. Alhamdulilla darah kuar tapi bubble banyak. Akak tu siap cakap

Tahan dik... tahan yer.... Bismilla sikit je lagi....

Try jugak pum darah sampai dapat quantiti dia nak. Ya Allah azabnya.... yang nurse tadi buat muke ulang banyak kali, bubble je kuar, bubble je kuar.

Air mata mengalir la jugak sakit. Tapi hero adakan? Pujuk aku mcm bebudak. So ok la...

Result dapat 31 may.... lambat tak???? Siapa nak jawab tuk aku??? angkat kaki tinggi2... sabar je la... Semoga Allah tunjuk jalan. Insya Allah

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails