Under one ruf ^-^

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Aryssa Dania Dalam Ingatan

Lilypie Angel and Memorial tickers

Langkah Kecil AmanI IMan ZulAikha

Langkah Kecil Ammar Yusuf

Ketibaan Orang Baru

Monday, August 1, 2011

Takut

Sekarang ni mcm2 ceritakan pasal keretan hubungan rumahtangga, putus pertunangang semua ni. Biasalah kalau dah cerita mcm ni hangat di pasaran tak syak lagi la kisah2 artis. Itu artis yang kita kenal. Yang tak kenal??? Agaknya lebih banyak lagi kot?

Kalau tak ada ikatan rasmi nak putus, gue tak berapa nak pedulik la... tapi kalau dah tunang, rancangan perkahwinan dah buat bagai... than isu putus tunang semua ni membangkitkan rasa sedih jugak. Sbb tu la org kata tunang biarlah di rahsiakan. Kahwin heboh la satu dunia... hehe yer ke? Ke ayat aku je? Cukup pertunangan tu sekadar nak COP perempuan tu bakal milik kita. Yer dak?

Yang dah kawin pun, bercerai berai. Yang paling takut bila pasangan tu happy couple sangat2... tapi berakhir perkahwinan dengan perpisahan. Hanya kerana tak ada sefahaman.

Haizzzz... sememangnya aku rasa takut bab2 ni. Kita manusiakan? Macam aku cakap, kita canang kita bahagia satu dunia sbb bukan kita nak menutup kelemahan tapi itu adalah cerita dalaman umahtangga yang tak patut di hebohkan. YAng happy kita kongsi yang tak happy diam2 sendiri. Gitu la...

Tapi isu putus tunang semua ni. Ermmm bagi aku eloklah pasangan nak kawin ni buat solat istikarah. Bukan apa penentu masa depan kita. Kalau tak buat istikarah pun, dalam solat harian pun doa la selalu. Biar lambat tapi Allah maha mengetahui. Jangan la dalam doa tu kita paksa, kita merayu di jodohkan dengan org tu. Mmg Allah perkenankanlah... Allah tak kejamkan? Tapi esok terasa la sendiri. Dah satu umah semua tak seindah yang ko sangka. Mmg kena kongsi segala2nya. Bukan sehari dua, bertahun2 lamanya.

Perangai pun tak boleh ikut sesedap rasa. Kenapa jaga hati semua pihak. Bukan takat suami tapi keluarga mertua sama. Bukan takat keluarga mertua, tapi keluarga jauh dekat pun sama. Masa kena bahagi sama rata. Tak boleh nak merunggut ini itu kurang, itu sbb kita kena redha dengan pasangan kita.

Betul! Tanya la mereka yang kawin ni, kena pandai tarik tali dalam umahtangga walaupun benda tu buat kita sakit ati... dan aku tak kata perkahwinan aku seronok, bahagia. Dan aku tak kata aku sengsara dengan ikatan perkahwinan ni. Tapi tengok berita2 ni, soal putus tunang, soal cerai berai dah macam tak ada benda dalam masyarakat kitakan?

Suami pasang perempuan lain bukan isu biasa, yang menjadi luar biasa bila isteri pun nak join sama. Di mana plak letak maruah isteri, yang bergelar ibu layak ke tunjukkan contoh baik pada anak2? Wallahualam... mcm2 org dalam dunia ni. Apa yang bole aku katakan... apa-apa kita nak buat, kalau kita tak takut suami, tak takut pada keluarga, tak malu pada keluarga mertua.., sila segan dengan Pencipta kita... Takut dengan dia. Kalau dia turun atau tarik apa dia bagi, menangis air mata darah sekali pun tak dapat mengubah apa-apa. Kembali la pada yang asas.

Aku tulis ni.... vah vah.... ada macam calon Ustazah Pilihan tak? Wakakakak.... pui pui!

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails