Under one ruf ^-^

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Aryssa Dania Dalam Ingatan

Lilypie Angel and Memorial tickers

Langkah Kecil AmanI IMan ZulAikha

Langkah Kecil Ammar Yusuf

Ketibaan Orang Baru

Friday, September 9, 2011

Cerita September itu bermula....

Last year around bulan 11. Korang tahukan, bulan 11 tu macam istimewa buat aku dengan Zamani. 2008 bulan 11 tarikh di mana aku kenal Zamani, dan 2009 berita kematian anak aku Aryssa. So secara tak langsung bulan 11 banyak memberi aku memori yang indah.

So around last year aku mmg down sikit. Tot 2010 bulan 11 tu adalah berita happy tuk aku. Sbb aku berubat tuk dapatkan baby. Lepas doktor suruh aku plan 6 bulan sbb nak kaji betul2 apa punca kematian Aryssa. Biasalah kerajaan, mmg take time.

Tapi aku tak sabar. Perasaan nak dapat anak tu meluap2. So tak payah la dengar cakap doktor tu... hahah langgar pantang. So plan kosong 4 bulan je. Dah 4 bulan tu mmg dah tak jaga2 dah, tak ada planning2. TApi itu la kuasa Allah. Kalau dia mengkehendaki sesuatu, maka ia akan jadi.

Mmg tak ada rezeki. Bila cubaan tu selalu gagal, mula la down dan mula la bertanya apa salah dan silap. Masih tak nak ke doktor. Tanya org ini org tu, mungkin masa tu salah. So mula buat research waktu sesuai tuk plan anak bagai. Dan baru aku tahu..... benda tu buat aku STRESS!

Expcially bila period. Cry like hell... apa ni?? Kenapa macam payah nak mengandung??? Stress aku mmg jenis yang tahap melampau lampau... mmg effect emosi dan perasaan. So mula la minta pendapat org ni pun org tu. Dan aku juga tebalkan muke, cerita dengan MIL masalah ni... jadi risau. So MIL suspect rahim aku di sengkak tinggi oleh mak bidan lepas bersalinkan Aryssa dulu. So dia bawa aku jumpa tukang urut kat Shah Alam.

Yes... mmg tinggi. So urut, kakak urut tu kata urat2 aku dah kembang. Mmg sakit nak matik!!! Bukan rahim aku di sengkak tinggi, tapi mungkin bengkak. Dan denyutan rahim aku mmg tak laju. Means tak sihat. So setiap kali period selepas hari ke 11 , mmg kena berurut. Sbb time tu rahim kita tengah lembut. Kalau lebih 15 hari dah keras dan nak urut sakit plak nanti. Dan satu sbb lagi nak bagi peredaran darah mengalir lancar, sbb akukan sengugut tahap kritikal. So itu antara sbbnya jugak la.

So rawatan tu 3 bulan. Bulan yg akhir mmg mandi rempah tuk kecutkan rahim, selain tu ubat subur kacip fatimah pun aku makan. Tapi mmg siksa uols... ubat tu panas, so batuk kering yang teruk sangat2. Bukan tu aje, kakak tu suruh aku amalkan kunyah biji bunga lawang tiap pagi. At least 3 biji tiap pagi sblm gosok gigi. Sbb khasiatnya menyuburkan rahim.

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

So gigih kopek biji2 tu dan simpan. Tiap pagi mmg aku amalkan kunyah biji bunga lawang tu sblm aku bangun mandi gosok gigi. Habis makan ubat kacip fatimah tu tak kena dengan badan. BAtuk melampau2. Sbb campuran ubat ada madu dengan apa tah, mmg membantu bersihkan paru2 dan kerongkong. Mmg bersih la sampai semput aku jadinya. So beralih pada traditional. Walaupun tak tahu kebenarannya macammana. Kita cubakan? Mana tahu?

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Rupa biji yang di keluarkan. Tak la teruk sangat rasanya. Boleh la try.

BUkan tu saja. Akak tu suruh aku amalkan minum ir letak halba dalam minuman. Contoh air suam kalau kita minum, letak la halba ni dalam minuman. Tapi bau dia!!!! busuk gila... pengsan nak minum. Ini pun ada jugak aku skip. Tak tahan bau. Tapi dalam seminggu adalah dua kali minum. Tapi mengikut amalan perubatan, kena ambik dalam nombor ganjil... macam 3 bijik, lima bijik dengan 7 bijik. Tapi ini kepercayaan je. Akak yang tukang urut tu pun kata, jangan percaya sangat. Tp tah,,, cube je la. Bukan kita nak kata ikut dan percayakan? Kadang2 terlebih jugak aku ambik. Hehehe


Free Image Hosting at www.ImageShack.us

1. Diminum sebagai teh untuk
- Melancarkan haid
- Menghilangkan kembung,sebu dan senak
- Pencuci perut
- Menguatkan jantung
- Menghilangkan lender tekak
- Melegakan sakit kepala/ migraine
- Membuang angin
- Menyembuhkan buasir
- Senggugut
- Merangsang rahim
- Kegemukan
- Kurang berat badan
- Mengawal kencing manis
- Radang kulit dan Bisul

Than mandi rempah tuk kecutkan rahim. Tell you mmg aku rasa rentung sbb berendam dalam air panas dalam tub. Sampai mabuk2...

Dan kesan dari mandi tu, actually aku ingat berjaya. Sbb period aku delay dalam 6 hari. Aku test negative. Org kata kena tunggu 2 minggukan? Tapi akukan tak sabar? Tak puas ati lagi... pergi doktor.

Doktor scan cakap pintu rahim aku menebal. Which aku tak tahu apa maknanya... Doktor cakap mungkin jadi atau mungkin tak. Aku dah sukelah...Dan aku ingat lagi semua tu jadi bulan 11... wahhh kebetulankan?? Mungkin ini rezeki dari Allah?? Tapi pelik jugak bila doktor cakap jangan mengharap sangat. Kena tunggu few days lagi. Kalau seminggu tak datang boleh buat test. Sbb terlalu awal.

Dan keadaan aku masa tu???

Aku mabuk dan muntah2. Hidung sensitip, tekak pun rasa tak sedap. Tanda2 org mengandung... tapi mengandung ke? Nanti aku cerita lagi eh. Bila??? ermmmm.... by end of September korang tahu la... chewahhh buget nak buat cerita bersiri... hakkkk tuiiiiii!

Biasalah...korang je nak layan emosi aku.

2 comments:

Panggil saya Z.I.H.A.N said...

xsabar nak tggu next entry.. :)

Mimy Hamid said...

aku suka je nak amik tau....sabarrrrrrr ..ce citer

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails