Under one ruf ^-^

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Aryssa Dania Dalam Ingatan

Lilypie Angel and Memorial tickers

Langkah Kecil AmanI IMan ZulAikha

Langkah Kecil Ammar Yusuf

Ketibaan Orang Baru

Friday, October 14, 2011

Anak abak

Sori kalau ada yang meluat nak dengar cerita ku pasal anak. Tapi aku harap korg faham blog ini catitan perjalanan ku bersama mereka yang aku sayang.

Nak cerita pasal anak dara aku ni. Semakin hari aku tengok dia makin rapat dengan zamani. Dan sampai aku rasa stress jugak. Sbb nak tidokan dia sikit punya susah. Tp kalau dgn abak dia, senyap. Kadang2 aku rasa aku bukan mak yg baik sbb anak aku tak nak aku.

Time bangun pun dia set time abak dia balik. Stress!!! Since zamani shift, memula mcm tak perasan. Tp kalau zamani habis kerja kul 4 petang, kul 2 dia dah standby. Mula la cari pasal dgn aku. Minum susu dah kenyang, mamai tahan mata. Adoi la anak. Amani iman jumpa abak dia sekejap pun jadi la. Dah tu tak heran terus je tido. Sob sob.

Kalau tukar lampin pun sama. Bukak butang baju, macam dia nak kena pukul nangis mcm nak rak. Sampai ilang sore! Aku pun jadi panic. Tapi kalau bapak dia yang tukar lampin, ko bole tengok dia diam. Sentap kena tegur dgn suami,

'Ok je... Mana ada Amani buat hal'

Eeee kang aku pasang CC TV kat umah. Tengok la mcm mana! Bukan alasan tau.

Yer la nampak kita tak gheti jaga anak. Sadis.

Kata my father in law, amani anak mak sbb susahkan bapak, dia tak nak mak dia susah. But apa ko rasa anak ko nangis kat tangan sendiri? Rasa nak nangis sama ok!

Gambar kat atas tu berlaku bila zamani gedik mengadap dia. Cube aku buat. Dia tak nangis dah besar rahmat daaaa. Haha nak bual2 mcm tu tak ada makna la. Haha mention ' bual2' mcm amani iman dah bercakap. Means menegur2 la.

Kalau dia bangun malam, mata renung bapak dia. Aaaaa anakkkk... Kalau gini cara mu, tak leh la ibu nak bawak ekau berdua jalan2. Kena bring the father together la gini.

And agak susah bila zamani tak ada. Anak dia tercari2 siap meragam. Payah jugak la... Aku call, sms kadang2 naik hantu jugak.

Kalau zamani masuk umah je mcm ada bau. kang bukak la mata dia check buah ati dah sampai ke lum. Adehhh kalah omaknya nih!

Yg best aku dgn zamani mmg ajar amani iman tido dalam bising. Sok senang bawak mana2 bole tido je. Takkan nak marah org plak kalau dtg umah org bising. Ko bunyik la mcm mana dia tido mmg tido je, TAPI jangan dgr suara zamani. Mmg bulats la mata dia. Sometime aku geram tak bg zamani bercakap kalau amani iman tido, terutamanya bila nak tidokan dia susah. Gigih aku tepuk peluk. Dengar suara zamani bg salam pun dia dah bulal mata.

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

2 comments:

Wahidah said...

mmg anak abak la amani..kecik2 lg..dh nmpak nau lg rapat ke abaknya..hehehe

miszme_ieda said...

kak, dulu ms ida jaga adik dulu,tiap kali nangis, bg susu tamau, tepuk2 tamau, apa pun tamau, ida call mak dia dengar suara, terus diam..heeee...ape kata akak rakam sore abak amani ni, pastu tiap kali akak nak tukar lampin ke pasang. tengok dia meragam ke tak. amani ni mcm maknye jugak. manja dgn abak..tu yg terikut sampai lahir..hehehe

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails