Tanggungjawab dah pun bertambah. Kalau selalu rutin harian aku sblm adanya Amani Iman, adalah bangun pagi kul 6:45 pagi, Solat subuh, sambung tido setengah jam, 7:30 pagi bangun mandi terus ke opis.
Hari Isnin tu MIL ambik Amani Iman tido dengan dia sbb takut ganggu aku pergi kerja. Alahai, mmg ku akui MIL banyak tolong aku. Takut jugak kalau menggangu MIL sbb dia pun bukan sihat sangat. So monday tu masih lagi ok dan semangat kerja sbb tak letih and cukup tido. Tapi isnin hari yang sangat meletihkan sampai umah mmg terasa penat. Tu tak redah jam ok. Kalau redah? Mau aku pitam!
So malam selasa tu mmg aku ambik Amani Iman tido bilik dengan aku. Nasib la sbb diakan mmg berjaga malam. Kalau malam minum susu sejam sekali. Tak tahu kenapa. Dia minum tido. Dah tu lapar balik. Adoiii la! Dgn MIL tak gitu. Pukul 12 malam minum, tido sampai kul 3 pagi dan kemudian pukul 6 pagi. Senangkan?
Dengan aku??
12 am minum
2 am minum
3 am minum
4 am minum
6 am minum
Korang leh bayangkan tak macamana?? time dalam cuti kul 4 MIL dah ambik dia so sambung tido sampai la ke pukul 9-10 pagi. Tak rasa sbb consider cukup tido.
Bila kerja... tetap sama... nak mengeluh??? Stop mengeluh la sbb ini tanggungjawab. Aku tak berani nak mengeluh. Dengan harapan semua ni sementara sbb babykan akan ubah masa tido dia. Esh pernah aku baring sambil sumbat botol susu, tengok dia meronta2...hahah rupanya dia cari puting botol dah ku tenyeh kat pipi dia... sian tak??? Mak dia sedap membuto!
Pengajaran sangat. Lepas dr tu aku bangun duduk, pangku Amani Iman. Tu nasib baik aku bukan jenis tido mati. Alhamdulilla kalau dia gerak aku mmg sedar. Takut sangat2 you all! Harap aku tak la tido mati walau penat macammana pun.
Mmg pening la kepala omak... adoi berat sangat sampai semalam kat opis tersenguk2... nasib baik dalam bilik. If not???bikin malu jer.
Semalam bangun je basuh botol2 dia. Dia ni pukul 630 pagi tahu lak lelap mata, tak buka2... bawak dia turun pun dia tak bangun. Eshhh! Amani Iman macam dengki dengan ibu jekan?
Kalau kul 6 je mata dia automatik lelap. Time tu ko buat apa pun dia tak heran tido. Lagi la lepas mandi pagi, confirm booommmmm. Kalau kat klang aku kena mandikan dia sblm pergi kerja. Means kena mandi siap2. Than siapkan dia sblm gi kerja. Ni masih duduk dengan MIL,mmg MIL yang buat.
Dua hari tido dengan Amani Iman di hari berkerja sangat mencabar. Nak mara dia bukan faham. Dugaankan? Terima je la. Nak nak kalau mata dia terbukak luas. Adoii la... dah terbuka luas payah la nak tutup. Ajak sembang plak...
Aaaa huaaa erkkkk heheh miss my budak kecik tu berbunyik. Terdengar2 suara dia kalau malam2 tu nak ajak bual... selalu aku cakap
"Amani Iman... ibu tak larat ler tido bole?" Dia akan buat muke sehabis comel. Dan setiap kali dia buat muke dia tu aku terasa macam dia cakap
"Iman rindu ibu la... Iman nak berbual dengan ibu, main dengan ibu. Iman tunggu ibu lama sangat." Sbb apa aku boleh rasa dia cakap macam tu? sbb dia tahan mata dia nak tido. Dah lelap, kalau aku gerak dia bukak mata dia besar2... hahah... tentu dia tak nak aku hilang lagi.
I dont know... cume ini aku rasa. Macam aku kat opis teringat2 kat dia. Tapi apakan daya? aku bukan org kaya. Nawaitu aku berkerja sekarang ni tuk Amani Iman. Sok tak la Amani Iman kempunan nak itu ini. Insya Allah bole la aku turutkan. Tapi dah tentu sekadar mana yang termampu.
Ermmm lambat tul nak balik... miss budak tecik tu... miss sangat2. Ni gambar yang my SIL hantar... pandai kuar lidah sekarang ni. Macam2 la Amani Iman ni. Buat ibu ingin terbang umah tok sekarang tuk cium kamu sayang....
No comments:
Post a Comment