Muntah berdarah la korang asik baca pasal Amani Iman je yer?
Lepas pantang, aku la excited nak buat pasport tuk Amani Iman. Chewahhh buget mcm nak jalan2 luar negara... mmg pun. Nasib la ekau Zamani kawin dengan aku. Tak pasai2 kena tambah add expense sbb kena ada duit buat pasport.
Yer la kena make sure pasport tu sentiasa hidup sbb kaum keluarga semua kat sana. So the first thing lepas pantang ialah buat pasport tuk Amani Iman.
So Jumaat lepas gigih la pergi. Ni nak cuti sekolahkan, akhir tahun, banyak la org nak ke luar negara bagai. So mmg penuh yang amat. Aku pun masuk Imegration rasa nak pengsan. Ramainya org???
Tapi tergerak nak tanya... so pegawai tu kata baby atau warga emas ada bilik khas, so tak yah la nak beratuq bagai. Tak lengah terus setuju.
Budak bawah 12 tahun... RM 100 tuk dua tahun dan RM 150 tuk lima tahun. Mana pilihan anda??? of coz la RM 150! Sengeh noyang dengan tok yang hang Amani Iman... uhuh
Pes kena ler ambik gambor... Mmg senang gila dia ambik gambar. Cina tu kata (bukan aku kata) tak yah susah2 nak agah dia tengok camera. Dia tengok sendiri.
Aku punya la takut dia tido ke apa. Diakan cepat lena. Dah tu susah nak bangun plak tu.
Kami di bilik khas. Org tak ramai tapi lembab... pegawai sorang je. Nasib baik anak aku tak meragam. Bangun nak minum, bagi minum tido balik... nice!
No comments:
Post a Comment