Under one ruf ^-^

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Aryssa Dania Dalam Ingatan

Lilypie Angel and Memorial tickers

Langkah Kecil AmanI IMan ZulAikha

Langkah Kecil Ammar Yusuf

Ketibaan Orang Baru

Showing posts with label wish. Show all posts
Showing posts with label wish. Show all posts

Sunday, July 10, 2016

Selamat hari raya



Baru ada kesempatan tuk bloging. Selamat hari raya uols.

Tak sempat nak sediakan entry. Aiman so attached ler dengan aku. Sampai nak buat apa2 pun susah. By the time dia tido aku pun berlayar sama.

Apa pun selamat hari raya pada anda semua. Tahun ni aku raya di singapore. Setelah 4 tahun menyepikan diri hahaha. Walaupun ptptn mengblack list aku dr ke luar negeri. Akak tetap fight nak pergi jugak.

Cabaran plak aircond rosak...

Roadtax and insurance mati...

Cermin retak!



Nampak? Org kata bahaya drive. Well one year plus dah retakkan tu. Since nak jalan jauh tukar. RM 480 melayang layang. Dah betulkan, tetiba cina yg betul cermin nasihatkan kami tuk ketuk bonet depan yg tak leh nak tutup rapat gara2 kena langar dengan org time parking. Siau... nasib baik murah. Jiran ai betulkan kete. Ketuk cat semua. So anggaran tak lebih RM 200 katanya.

Siap2 semua RM 160

Tingkap bahagian driver pun rosak. Esh macam2. Mmg rezeki nak jumpa atuk and nenek.

Pertama kali bawak anak2 jalan jauh. Perjalanan hampir 8 jam. Sian bebudak. Bangun tido. Sampai singapore aiman all out nangis terus. Penat agaknya. Buat apa pun tak jalan. Letak eo lavender terus tido. Hahah...

Anak2 macam2 perangai. Letih tak perlu cakap but gembira dpt jalan anak beranak



Our second raya kat rumah my uncle. Anak2 biasa tak leh dok diam walaupun seminit.



Raya ke tiga balik Malaysia. Singgah rumah my uncle kat JB.

Than ke Melaka. Raya sana than semalam balik klang. Isnin kerja.

Tak dpt aku nak bayangkan kerja yg bertimbun tu.

Selamat hari raya. Maaf zahir batin buat semua.

posted from Bloggeroid

Wednesday, June 29, 2016

Happy birthday Muhammad Ammar Yusuf

Aman.... bila anak2 dah tido.

Tak nak ketinggalan tuk buat entry buat my second born. Or shall i said my third born?

Lepas amani 3 tahun we decide to have second child. Bagi amani kawan. Dan syukur when its a boy, bonus bagi kami tuk dpt sepasang.



Abang zamani since aku mengandung aryssah lagi, rasa dia nak anak lelaki. Kawan katanya. But there must be a reason kenapa Allah tak bg apa kita minta. Yer dak??

Ammar anak yg advanture. Kalau explore tu bg kat dia la. Suke ikut apa org buat. Cepat belajar. Heheh. Kadang2 bila malam dia tido, aku selalu minta maaf dengan dia for not be good mom. Marah dia. Pukul dia. Jeritan kat rumah ni semua pasal dia. And satu rumah suke berbual pasal ammar.

Penyeri atuk dan nenek. Manja dia ni.



Wajib ada kek. Ammar pasal makan dia jenis tak kisah dan dia pemakan orgnya. So kau tak perlu susah2. Ayam goreng pun dia bedal. Lain dr si kakak. Memilih bab makan.

We all tak plan sangat besday dia. Harapan sambut kecil2an je. Macam aku cakap dia jenis explore. Masuk kedai kek, dia pilih kek sendiri. Tapi of coz makndia tak berkenan. Hahaha. Budakkan? Tertarik la dengan benda2 hiasan atas kek. Pujuk2 dia terima kek pilihan ibu. Janji ado kek. Tu je.



Excited nak tiup lilin



My hansem boys turn 2



Amani pun sibuk nk potonh kek sama. I not sure if i did mention amani seram kalau bab api ni. Dia duduk one coner ketakutan api kalau besday org.

Mungkin dia dah biasa dan teringin kawan2 sambut besday kat sekolah. Macam teacher dia bgtahu.



Nak potong kek sama. Yang kelakar, bila everything kita suruh ammar pilih, pilihan dia asik reject je. Dia pun tanya aku

'When is amani's birthday!'

Bak kata abak dia.... ' lambat lagi nak... usahlah sedih. Tumpang je la dengan adik mu'

Hihini

Xoxo

posted from Bloggeroid

Tuesday, May 10, 2016

7th years anniversary....



Selamat ulang tahun perkahwinan yg ke 7...

Sekejap kan? Tak sempat nak buat apa2. Ni pun gigih tahan mata buat entry. Hahaha. Last year sambut anniversary kat mcdonal. Order sepotong kek je tau. Dah tu pakai kupon plak tu. Hahaha gila tak romentik ko.



Tiap2 tahun pun bg ucapan yg sama. Tahun ni wat kelainan sikit. Ucapan padat dan ringkas.

I love you darl. Sorry la this year tak tahu nak buat suprise apa. Anak2 terlalui mencemburui kita. Hihihi. Oh blm masuk ucapan lagi. Pls pls pls kamu jangan nakal.... hihihihi

Terima kasih sbb sudi ada di saat susah dan senang. Terima kasih ya Allah. Kau temukan kami. Kau satukan kami. Jangan la kau pisahkan kami. Jadikan aku bidadari tuknya. Dan jadikan dia iman ku selamanya....

Amacam ayat? Menusuk tak?

Kbay... mata aiols dah tutup habis dah ni

XoXo

posted from Bloggeroid

Sunday, May 8, 2016

Happy birthday tok



Happy birthday tok mama... thank you so much being with us all the time. Kami doakan tok panjang umur dan di beri kesihatan yg baik. Semoga rezeki tok murah sentiasa.

Mak....

Happy birthday. Maaf sekiranya cida bukan menantu yang sempurna, tp i always pray for your health and your happinest mak. Banyak sangat mak berkorban untuk anak menantu dan cucu. Selamat hari jadi dan selamat hari ibu

posted from Bloggeroid

Wednesday, March 2, 2016

Rayyan and raeesah birthday.

Salam... sambutan hari jadi anak buah yg wajib diaorg buat tiap2 tahun. Kali ni kat tropikana mall kat bahagiann ala lupa plak nama tempat tu.

Jkid ke benda tah.



Mmg osem la tempat ni. Tp kena ada duit je. Senang bebudak ada tempat bermain dan kawasan tutup. Nak makan2 ada party room. Mak pak bole masuk. Makanan pun sukati nak bawak apa.

Tema dua dunia berbeza. Agak pelik nak pilih. Selalu mak dia pilihkan tp bila dah besar ni ada citarasa sendiri. Punya banyak kali tukar, last2 si abang nak star wars dan adik frozen. Hahaha. Kan beza tu. Adik aku nak stress2. Katanya macammana nak buat dua? Ala buat je la. Takkan si abang nak teme frozen plak. Jadi hasilnya?

Dua tema berbeza...



Cantik kek. I like.



Nak tunjuk jugak room parti yg osem tu. Senang kerja.



Birthday girl and boy. Dengan face paint.



My sister. Dia pun nak jadi frozen gak. Kata anak dia, mama kan dah tua. Hahahah biadap ko nak. Mak ko beria2.



Anak 3 walaupun baby tak tahu apa2. Claim tetap claim 3 ok



Kesengalan dengan anak buah



My small familia... hahah payah nak ambik gambar satu family. Anak2 bersepah tak duduk diam. Yer la excited dengan gamekan. Yg aiman plak asik tido je. Malas nak kejut sbb dia bangun mesti nak menyusu. Hahaha kijam si ibu.



Happy family... terima kasih kerana menjemput.

Besday boy susah nak bergambar dengan mak long. Bz bebenor. Yg sempat si adik la. Feeling2 puterikan.





Tema frozen bukan main banyak elsa and anna. Hahahah

Tp ammar dpat special mask from pak ngah and mak ngah. Anak dara aku yg excited dengan mask tu... abang biasa la kakak pakai dia pun sibuk....



Ok til here xoxo

Love cida

posted from Bloggeroid

Monday, August 3, 2015

Ammar 1st Birthday Party and Open House For Aidilfitri 2015


Salam....

Kisah birthday party ammar dan open house raya tahun ni. Tema ialah Spiderman. Kalau bab tema birthday anak ni, bukan la idea aku. Mostly abak yang pilih. Percaya tak? Nampak aku yang overkan? Aku over buat je. Org bagi idea kalau aku rasa senang nak buat maka buat la. Bukan payah pun kan? Sekarang google je. Pakai PC copy paste. Kalau nak upah org makan RM 300 to RM 400 tau. Sayang duitkan. Yang ni ambik masa ko je la. Rajin tak rajin. And anak-anak pulak macam-macam perangai. Diorg pun suke. Suke kacau. Since amani dia dah terdedah dengan kelas art GBOB so bab gam gam ni bagi kat dia. So its become aktiviti anak beranak.

Tapi dia gam satu je lebihnya banyak nak jahanamkan. Hihihi

Aku rasa puas hati dapat buat besday anak-anak walaupun diorg ni bukan tahu sangat. Manjakan sangatkan sok asik minta je. Dulu aku kecik-kecik i always dream to have birthday party. Tapi sbb ibu tak kerja ayah je mencari malas la. So bila ada anak, seronok meraikan dengan budak2 sebaya diorg. Walaupun diorg tak ada kawan lagi. Anak2 kawan mak pun jadi la!



Ni spiderman garang... gigih la kitaorg edit gambar. Just for fun. Ammar pun pandai bila tunjuk gambar ni dia tersenyum senyum dan cakap 'Mar mar' (Dia panggil diri dia mar mar...)

Asalnya mmg malas nak buat... cukup la potong kek. Tapi tah la aku tak boleh. Time amani bersungguh2 buatkan? 3 tahun macam2 kitaorg buat. Takkan ammar tak buat. Mula la rasa berat sebelah. Anak dua tiga kerat je. Kuar dari perut/rahim yang sama. Kalau tak pernah buat tuk kakak tak pa la. Nampak sok gambar, dia tanya kita kenapa? Nak jawab apa kan? Nak ulang masa dah tentu tak boleh. So buat je la. Selagi tak membazir. Asal buat besday si amani pun sbb all this year sejak adanya Rayyan, aku dah buat tuk dia. Tolong Fidah. So anak sendiri tak bole buat? Anak org bersungguh-sungguh buat kan....




Back drop yang abang zamani buat. Last minit. Bini dia nak perfect! Hahah perfect ke? Bukan la. Dinding tu kosong sangat. Macam tak best. Sajer je goggle pic dan minta dia buat. Sbb Zamani ni creative gak. Cume bakat terpendam. Macam aku, aku tak creative. Tapi suke benda-benda macam ni. Nak suruh deko pakai lukisan ke apa mmg tak. Takat potong-potong gambar lekat tu bole la.


Ruangan kek


Bahagian Snak/ makanan ringan tuk bebudak. Tak seberapa tapi oklahkan?


Ruangan potong kek


Kek besday... ok tu gambar ammar. Bukan gambar anak mat salleh tapi anak Mat Zamani. Hahaha... Bole plak ada org tanya ini gambar ammar ke? 


Ini bahagian goodies bebudak. Self service. Sbb tak ada org yang nak bagi bagi satu-satu. Tapi telah di sabotaj anak sendiri dan cozen2. Bukak semata nak coklat. Acamak! Kakak Amani ni.

Kali ni decide buat macam ni. Senang. Leceh dlm plastik. Bekas mak pak leh gune. Letak syiling. Letak Brooch semuakan? Pandai tak kak ton?



Ni plak party accessory... pun letak je. Siapa nak ambik main, silakan tuk ambil sendiri :)


Menu hari tu, nasi ayam, mee/bihun/kuahteaw sup... nasi impit, rendang, kuah kacang, roti jala, roti puding dan pulut kuning

Aku masak rendang, mee sup, pulut kuning dan nasi impit. Nasi ayam aku tempah kat org sbb tak pandai nak buget nasi. Kang org makan bubur tak pun beras. Hahaha.

Aku minat plak. Alhamdulilla dapat la jamu 50 - 60 orangkan. Terima kasih pada MIL. Dia banyak bagi tunjuk ajar. Segan la kawan masak bukan la pro. Tp rasa buat sendiri lagi puas ati dari upah org. Cume penat la. Tapi tak pa akan cube sampai berjaya. Aku bercita-cita bila anak tu minta, mak boleh sediakan walaupun dengan pejam mata je. Hahaha. Tapi slow slow la kan?

Tengok bebudak bertambah-tambah mee sup tu, bangga. Hahahah Risau je tak lakukan.



 Dengan bakal menantu. aHahahaha... Anak BBF ai ni baya amani. Segan kalau nampak amani. Suke sangat dengan pulut kuning aku buat. Bangga la. Aku tanya sedap ke adam, dia cakap Sedap sangat!!!

Sedap sangat! Hahaha....

Budak tak tipu nakkkkk!



Yang ni org kuat jugak. terima kasih anak buah sayang kerana banyak membantu...

Yang lain mak dia yang over bergambar dengan kawan2 mak dia. Tah besday anak ke mak ni? Hahaha.... Terima kasih yang sudi datang. Walaupun hujan lebat dan org cakap nak masuk bandar kelang jam sangat. Semua org buat open house rasanya... Apa pun terima kasih



Bersama kawan opis lama






From us
 Thank you yang sudi hadir....

Free Image Hosting at www.ImageShack.us
 CidaZam bercerita lagi

Wednesday, July 15, 2015

Selamat Hari Raya

Hai Uols....



Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin dari kami sekeluarga...

Bagi yang balik kampung tu sila memandu dengan berhati-hati yer. Tahun ni kami beraya kat Klang je. Lepas tu tak plan lagi. Janji dapat beraya dengan suami dan anak-anak. Aku rasa itu yang pentingkan?

Esok baru cuti, cuti pun jaga anak-anak. Bagi nenek and atuk rehat cuti beraya dengan noyang dan tok yang kat Singapore. Isnin dah setat kerja. Kejam kan? Hihihi.

So u guys... selamat bercuti dan aku ingin mengambil kesempatan di sini memohon maaf sekiranya ada kesilapan sama ada secara lisan, percakapan atau perbuatan yang tak di sengajakan. Dan kalau ada termakan dan terminum sila la halalkan.

Ok.... selamat bercuti semua....

XoXo





Free Image Hosting at www.ImageShack.us CidaZam bercerita lagi

Friday, June 26, 2015

Ammar Yusuf Turn One!


Syukur Allamdulillah....


Gambar yang menjadi tatapan semangat ibu di saat kau masih di dalam rahim ibu.

Selamat Hari Jadi Muhammad Ammar Yusuf.

Hari ni genap la kamu setahun. Terima kasih Ya Allah di atas pinjaman ini.

Dear Ammar....

Ibu dan abak doakan semoga Ammar sentiasa di berikan kesihatan yang baik, sentiasa di bawah lindungan Allah dan sentiasa di murahkan rezeki dan panjang umur. Ibu dan abak juga harap Ammar akan menjadi anak yang soleh, buat kami dan sentiasa membimbing kami ke arah ke baikkan kelak, insya Allah. 

Sebagai anak lelaki sulung dalam keluarga, ibu berharap Ammar membesar dengan penuh kasih sayang dan harap menjadi harapan dan juga tulang belakang buat kita sekeluarga. Hihi besar sangat ke harapan ibu pada Ammar yang baru berusia setahun ni? Insya Allah.... kita doa yang baik yer...





Pemilihan nama mu adalah sebab terpikat dengan kisah 'Ahmad Ammar Azam' anak muda yang mati shahid di negara arab. Waktu cerita tu tersebar meluas ketika kamu berusia 12 minggu. Terus je request kat abak nak letak nama Ammar. Abak ko biasalah poyo lebih macam dengar tak dengar. 12 minggu tu masih belum jelas kelihatan jantina. So sbb tu dia tak kisah sangat.

Tapi i dont really care sbb bg ibu apa pun ibu nak akhir nama anak lelaki ibu dengan nama "Yusuf"

Abak menentang. Nama tak glamer kan? Ibu ada alasan sendiri sbb pertama anak perempuan ibu dah pun ibu letak nama Zulaikha di belakang. Dan sejarah islam pun ada mengatakan Zulaikha seorg perempuan yang sangat cantik dan Yusuf pula lelaki yang paling kacak.

Ibu sangat percaya pemilihan nama sedikit sebanyak membawak perwatakan seseorg. Dalam zaman yang moden ni ada lagi ke org letak nama Yusuf? Yusuf nama yang indah. Bukan sahaja kacak tapi ahlak Nabi Yusuf juga patut di contohi.

Di awal usia kandungan Ammar, sangat sangat teruk bagi ibu. Tapi pengalaman mengandungkan Kak Aryssa mengajar ibu supaya tidak merungut. Terima segalanya supaya anak sihat. Dan pengalaman sickness ni bukan la selamanya. Ibu kuatkan semangat. Muntah jangan cakap la. Baring je memanjang sampai kesian kat Kakak Amani ketika itu. Abak la yang main peranan. Bila kandungan membesar, lain pulak dugaan. Ammar sungguh lasak. Mungkin lelakikan, lain macam. Sampai kadang2 tak ada ribut ke apa ibu nangis. Sbb tak tahan awak lasak sangat. Hehehe

Abak selalu tetipu ingat awak nak keluar dah... ibu nangis bersungguh2 tahan sakit. Ibu rasa kamu bukan gerak2 manja tapi macam ko berpusing kanan kiri, atas bawah nak...... senak sesak napas  ibu ok

Tapi ammar anak yang tak banyak ragam. Cume buas dan banyak benda yang ammar nak advanture sendiri. Naik tangga la, keluar dari walker, cubaan keluar mengesot ke luar dari rumah. Tak bole lepa sekejap ada je ammar nak buat.

Dan hari ni, insya Allah kita keluar sambut besday ammar ye... ammar makan kek sudah! Hihihihi

Oh ibu buat video ini tuk tatapan dan kenangan tuk ammar. Kalau abak tuju lagu Terukir di bintang... ibu bagi counting star tuk back ground video ammar yer nak....





Happy birthday hero... Ibu love you so much!Muah


Free Image Hosting at www.ImageShack.us
 CidaZam bercerita lagi

Sunday, May 17, 2015

Gbob mother's day celebration

minggu ni mmg best! Teacher anne wat suprise tuk mummy2 kat gbob...

Siap dapat hadiah lagi tau, touching sangat. Tq teacher anne 😆

Ok walaupun sambutan hari ibu, mummy mummy kat gbob nak menyambut hari guru sebenarnya. Amani beli flower and hadiah sebagai tanda ingatan kat teacher anne yg banyak membantu amani menjadi anak yg beza sama seperti anak2 lain. Yer la aku kena ingat teacher anne akan jadi teacher pertama amani. Sama jugak dengan ammar insya Allah.

GBOB is the best la!

Happy mother's day and happy teacher day.

Amani cakap 'it teachers birthday'

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails