Under one ruf ^-^

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Aryssa Dania Dalam Ingatan

Lilypie Angel and Memorial tickers

Langkah Kecil AmanI IMan ZulAikha

Langkah Kecil Ammar Yusuf

Ketibaan Orang Baru

Monday, February 20, 2012

Misteri Hantu susu

Tajuk tak leh bla... takut tak korang?? takut tak???

Ha! bukan la ada hantu. Tapi misteri la... dah dua malam ni. Macam ni ceritanya.

Amani Iman kalau malam dia akan bangun sekali je la kira. Nak tido dia akan minum susu (yer la takkan pizza dengan nasi plak). Maksud aku dia tido pukul 10. Pukul 10 tu semenangnya time tido dia, dia akan tido. So kalau dia dah tido dalam bilik, dia akan bagun pukul 1 pagi nak minum. Tapi biasalah aku dengan zamani mmg tido lambat. Pukul 10 tu kalau ada citer best nak tengok, kami akan tidokan dia kat buai. Kang bawak naik, dia mesti terjaga and bagi minum susu.

Pukul 3 pagi tu wajib bangun. Dan pukul 6 pagi dah bangun lapar balik. Gila awal anak aku b/fastkan?

So mcm ni ceritanya. Malam Jumaat tu, aku tido aku dah siap2 buat susu dan letak dalam warmer, so kalau la dia nangis, sumbat je dalam mulut. Amani Iman nama je Iman, tapi dia tak sabar. Kalau dia lapar dia tak ada nak dengar sabar, tunggu! makin ko lambat, makin tinggi tanggisan dia. Pastu kuat tul bebel (tah ikut siapa tah)

Di jadikan cerita, aku tido. Than pukul 3 dia bangun aku pun dengan mamai gi la kat warmer. Tengok susu tak ada. Aku jadi pelik la... mana plakkan? Tengok ada sebelah amani iman. Yang best susu tu tak la sejuk sangat. Aku letak dalam warmer sbb bilik aircondkan? So kang susu mcm kuar peti sejuk. Tapi susu ni mmg suam2.

Zamani tido kat lantaikan. Aku tengok dia kalau dah berdengkur tu mmg jenis rumah terbalik pun dia takkan perasan. takkan aku plak bangun? Tak mungkin kalau aku tak perasan. And kalau amani iman dah minum, anak aku confirm!!!! tak akan bangun kul 3 minta susu lagi. Sempat lagi aku belek susu tu. Dan amani iman plak mata dah besar so tak pikir banyak just sumbat susu dalam mulut dia.

That time aku pikir satu, mungkin aku yang mamai! oklah sambung tido

Malam sabtu plak. Pukul 3 pagi... Amani iman nangis aku bangun buat susu baru tuk dia. Tapi dia minum dalam satu onz je. So ada 2 ons lagi. Dan aku sangat kompom! sbb aku tak tido sangat time tu. Aku siap cuci puting tuk Amani iman, so biasa kalau kita dah bangun, takkan tidolakan? Kali ni aku tak letak botol kat warmer. Aku letak kat tepi bantal. Sbb susu tak habis, so amani iman akan bangun jugak nak susu.

Kul 6 pagi dia nangis. Mak cik, mak yang malas nak buat susukan? maka capai la susu yang balance tu... KONTANG ko! aku jadi pelik. Sbb mmg dia ada 2 onz... aku tengok Zamani. (bukan la tuduh dia yang minum susu tu...hahaha) tapi takkan Amani Iman bangun aku tak sedar? Dia gerak sikit je aku dah terjaga, amat pelik kalau dia nangis aku tak dengar bapak dia dengar?

So tak cakap apa-apa buat la susu... than pukul 8 pagi Amani bangun. Zamani pun bangun sbb anak dia jerit2 nak main. (Padan muke kamikan?) hahah siap marah amani...

"Amani ni tengah cuti ni!!! bangun la lambat" Siap dia tarik rambut aku, ajak main.

Aku tanya Zamani

Aku :- semalam B, bagi amani minum?

Zamani :- MAna ada...

Aku pelik... betul ke mamat ni.

Aku :- Biar betul?

Zamani ;- Semalam tu pukul berapa?

Aku :- Lepas pukul 3.

Zamani :- Uhhhh org sedap tido. Dia nangis pun i tak dengar

Jeng jeng jeng! Siapa minum susu tu? AKu confirm mmg ada baki susu. Kalau aku mamai bagi amani iman minum, dia takkan nangis pukul 6 pagi tu sbb dia kenyang. Betul tak?

JAdi sampai sekarang aku tanya... siapa yang minum susu tu? Nak kata tumpah, katil aku tak basah. Nak kata aku mamai, mmg aku sedar semuanya. Kalau nak kata abang Zamani yang mamai, aku akan perasa dan mudah terjaga kalau bunyi2 ni... (so kanda, adinda tahu kalau kanda masuk bilik pukul berapa, kanda tido tak tido pun dinda tahu. Dinda buat2 tido je)

Aku bagitahu mak aku, dia gelak. Dia kata ada hantu...

Zamani kata antu susu.... dush2... aku tak rasa mahluk2 halus sbb Amani Iman tak la nangis ke atau meragam apa-apa.

Tah2 laki aku kot yang minum??? hahahah....

Free Image Hosting at www.ImageShack.us
CidaZam bercerita lagi

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails