Under one ruf ^-^

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Aryssa Dania Dalam Ingatan

Lilypie Angel and Memorial tickers

Langkah Kecil AmanI IMan ZulAikha

Langkah Kecil Ammar Yusuf

Ketibaan Orang Baru

Friday, August 24, 2012

Dugaan bulan puasa 2


Cerita i tak habis lagi uols....
Hari jumaat tu, Zamani berlangsung operation TANPA aku.... Tuhan je tahu macammana la aku rasa... walaupun doktor cakap risiko kematian tak ada, tapi aku terkilan la... tapi salah aku la jugakkan? Siapa suruh sibuk nak ke opis?

Tapi kalau opis tu ada share aku, aku tak la kisah sangat. Comp aku ni kecik je. So increment dan bonus mmg performance terus dari bos. Bukan nak bodek la... tapi dah mmg kena jalankan tugas. Tak sedap lakan? Siapa yang tak nak duduk kat sisi suami dan anak?

Lama jugak operation tu... almost 5 hours.... nurse panggl aku ke bilih bedah sbbb diorg nak pindahkan Zamani kat unit rawatan rapi. Macam ICU la... time tu Zamani baru sedar... dan aku rasa bius pun dah habis. Dia jerit jugak la sakit... sayu hati. Maaf la kanda, dinda hati tak kuat. Ngeri tengok kesan luka dan darah. Than sakit tu!!!! aku boleh rasa oooo...

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Time masuk unit rawatan rapi. Mmg banyak giler la wayer2 semua... mak guard plak macam harammmm.... ingat aku suke2 ke nak masuk? Ingat aku nak ajak laki aku main-main? Borak2? Bodoh! Doktor dengan nurse kat hosp Serdang ni mmg baik gila! Tengah periksa Zamani pun relex je nampak aku... siap explain itu ini...

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Bius Zamani pakai Epidural... dua balang tiub. Tapi tak kesan. So siapa yang bersalin pakai Epidural tahu la kan macammana ubat tu berkesan? Ni Zamani pakai dua tiub tak ada kesan apa-apa. so doktor memula kurangkan dose tapi in evening doktor tarik sbb takut bagi kesan LAIN plak...

Time tu mmg aku yang sedih. My hubby very the manja! merengek... hahaha... nak gelak pun ada... i told you! memula tu dia bukan main suruh aku balik.. tengok Amani Iman... ni dalam bilik ni aku tak boleh nak jaga, kena duduk kat bilik family. Family org lain tak panggil, aku kena panggil. Gelabah jugak bila guard panggil

"Family Ana Norzamani?" Akak terpanjat tau... ingat apa benda lakan?

"Ayang.... I sakit..." alo alo alo... tell me how la i'm going home?  Sama gak time my cozen ajak buke puasa kat luar... dia izinkan... than whatsapp

"Ayang buke apa dengan jay? Enjoy your iftar ye..." Sweet... and i know Zamani kalau sakit he such a baby... tapi kalau silap... sila tahan telinga la... asik nak marah jeee....

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Ini la kawan2 saya... peneman saya time temankan Zamani kat ICU. Bilik keluarga. Yer saya sorg je yang mude. Mak cik2 sini semua baik. Semua tunggu dan temankan suami masing2. Diorg pun terkejut bila aku bagi tahu suami saya yang sakit. Kalau dengar cerita mak cik2 ni sedih sangat Uols. Biasalah dah berumurkan? So banyak faktor yang kena ambik kira. Semua kes jantung. Yang sedih mak cik baju biru. Ya Allah... mak cik ni senyum je... tapi dia yang paling di Uji... suami dia masuk sepital sblm puasa lagi. 2 minggu di bedah tak sedarkan diri. Dan nak di bedah lagi.Anak2 dia semua org KL, mmg tiap malam berbuke kat hospital. Dah jadi rumah dah hospital tu. Dalam dia cerita dia nangis, tapi tetap tersenyum.

Mak cik yang baju hijau tu, suami dia ok je tapi nak pulih tu lambat sikit. Lama kat ICU sbb suami dia tak nak gerak. So bila tak bergerak dia lambat la nak baikkan? Mak cik ni tiap hari la nasihatkan suami dia. Suami dia buat bypass. 3 salur jantung tersumbat.

Yang mak cik baju coklat tu lagi la... dalam masa 3 minggu, suami dia di bedah 3 kali... adoiii la... mmg kesian tengok dia... bila aku tido dia bangun gi surau... even lepas sahur dia akan ke surau lagi. Solat tahjud, hajat kot than terus solat subuh. Siapa tak risaukan?

Dan aku tak tahu sama ada mak cik2 ni dah balik ke belum... sbb time tu, diorg cakap mungkin lepas raya pun ada.





Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Aku dah jadi pelarian dah korang tahu... 1001 benda yang aku pikul tau! Tido dah tak menentu. Sampai phone kena bar sbb dok internet je... ahahaha

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Zamani extra handbeg raya... heheh. Benda ni di tebuk kat pinggang dia. Doktor cakap nak bagi air keluar dari paru2 dia. Seram!!!! mmg ko boleh tengok darah ketul2... nak muntah mak cik.

Apa pun he recovering dah. Syukur. Lambat sbb dia tak nak makan pati ikan haruan semua ni. mengada! sanggup telan ubat dan tahan sakit. Tapi balik singapore ari tu, my nenek bagi dia sapu minyak gamat nampaknya pulih la.

Apa pun entry ni dah habis! adios!

Free Image Hosting at www.ImageShack.us CidaZam bercerita lagi

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails