Dugaan tahun ni Zamani kena operate tulang rusuknya untuk buang ketumbuhan di tulang rusuknya. Ia bermula bila Zamani start kerja baru. Medical report dia menunjukkan yang dia sebenarnya 'unfit' to work. Ini gara2 dia pernah xcident tahun 1998 which that time akak ko baru je habis sekolah menengah. Wakakak...
Than dia kena buat follow up check up. Tetiba doktor decide dia masuk ward dan operation.
Aku lagi la terkejut sbb CT SCAN dia menunjukkan itu bukan sel cancer dan tetiba kena bedah. Eh bahaya sangat ke? Mcm mimpi. Aku kat opis mmg tak bole nak kerja dengan tenang. Nothing tuk di risaukan. Benda tu tak sepatutnya ada kat situ. Itu penerangan Zamani. Aku ni lemau sikit bab2 gini.
So rabu on 1st aug kami ke Serdang tuk admit.
Zamani yang nampak tenang dr aku. Aku ni sikit2 la nak nangis... sikit2 la nak sedih... apa jer. Rabu dia masuk, khamis doktor buat pemeriksaan darah semua, than yang mendebarkan bila diorg bagi 'taklimat' nak bedah ni. Kesan pembedahan semua, apa procedure yang kena jalan semua. Than tandatangan. Gigil dengan harapan semoga pembedahan ni berjaya. Walaupun tiada risiko kematian sbb its a minor operation. Cume kesanya bila banyak darah keluar dan jankitan pada luka sahaja. Sbb tu lepas operation akan di letak kat unit khas tuk memantauan yang lebih terperinci.
This is the first day. Ward ni semua kronic. Jantung dan paru2. Kalau ko tengok semua warga mas duduk sini... heheh abang Zamani je yang mude belia. Tu yang nurse panggil dia pak cik. Bila berbual2 dengan diorg ni, aku rasa lebih risau sbb diorg duduk kat sepital tu lebih lama dari yang aku jangka... ada yang cecah sebulan yang paling cepat pun 2 minggu. Sudah! beraya la kami anak beranak kat sepital ni kang.
Tapi seyes aku tak kisah raya kat mana pun. Zamani dah mula risau sbb procedure diorg ni lambat. Tak pasal2 mmg lepas raya la... I just tell him that im not going anyway without him. Kalau dah mmg kena raya sepital, apa nak buat? Raya je la. Mana ada dia, situ la ada aku dan Amani Iman. Dah macam ni raya pun tak pikir lagi.
Zamani dok pikir sbb ini first raya Amani Iman. We waited for so longkan. Plan punya plan dulu time tak ada anak. So apa yang boleh aku cakap Tuhan menentukan semua tu. Kita rancang la seindah mana pun.
Muke org tak pose. Dia still puasa this time. Dah ambik darah satu botol tu. Aku dah rasa mmg batal. Tapi Zamani kan sekolah agama! cit! dia kata tak pa bole pose... aku pun diam la. Siap dengan gigih aku cancel makan dr pihak sepital ok! Sekali MIL aku cakap tak bole kena buke. Order balik kat misi... hahaha... mmg aku nak kena lempang laju2 dengan Misi tu... muah hahahah
Knowing Zamani, mana la dia boleh duduk diam. Dia tak makan pun makan sepital sbb dia kata tak sedap. Ahhh demand laki aku tu. So akak tebalkan muke turun ke cafe belikan makanan. Memula tu segan tapi apa ada kisah. Aku puasa pa... perlu ke org2 tu tahu aku beli tuk siapakan? Ramai lagi misi-misi beli makanan kat cafe tapau... hahaha nak kata tuk buke lambat lagi kot?? Kih kih kih...takkan misi baik beli tuk org sakit kot? kan kan kan? Lepas lama2 kat sepital gua relex dah... siap order air bawak naik atas.
Memula tu aku tak terpikir nak temankan abang Zamani. Sbb Amani mmg tak biasa dengan ibu kalau tido malam. Tapi lepas ni kena ajar so dia biasa kot ada emergency case macam nikan? Zamani pun suruh aku balik. Tapi tah la... kesiankan anak, kasihkan suami. Dia tu mulut je kata balik, hati nak aku stay. Faham sangat.
So dapatkan pass menunggu... gila belagak aku dengan pass ni. Tell you guard kat sepital Serdang macam haram! Kawalan macam nak masuk penjara je...
So malam tu berbuke di ward. Solat pun di ward... sempat la gak buat terawih. Heheheh.... Tapi laki aku biasalah...panas punggung... nak keluar je. So petang khamis tu nurse dah bagi dia ubat tuk bersihkan usus. Mandi pakai ubat pembasmi kuman...
Tapi dia tetap tak leh duduk diam nak sneak out dr hospital. Malam pertama dia berjaya bila aku solat dia ambik pas semua keluar berjalan2 cari angin... aku yang geram. Hari kedua dia nak buat macam tu aku sound dia...
"Mesti ada reason diorg suruh u mandi ubat basmi kuman tukan? Than what the point? You keluar balik than badan berkuman? Cube dengar cakap bole?"
Senyap! Still merayu2 dengan aku nak keluar. Tapi macammana? Minta idea...Zamani ni kalau kata dia, kata dia je nak dengar. Makan hati sometime. Aku yang keras ati ni pun kadang2 malas nak layan. Buat gaduh je.Dia buat lawak.... ambik tudung aku. Nak pujuk me actually....
"I keluar macam ni guard perasan tak yang?" Hahahah me pun terus tak jadi nak merajuk.... adoi laa!
Yer bersuke2 kami dalam tu... hahah katil kiri kanan semua lepas operation tak kuar lagi menahan sakit. Kami laki bini memekak... maklumlah org tu belum lagi operatekan?
Pandangan ward dr tempat tido saya... hahah tengok ni macam dah tido bawah katil pun adakan? 5 hari tido atas lantai... sob sob... dah rupa org pelarian pun ada.
Jumaat kami dia kejutkan pukul 6 pagi... bulats mata! Zamani kena mandi anti basmi kuman, dan di bagi baju tuk operation. Operation di jadualkan pukul 3 ptg... tapi bangun 6 pagi ko!
Tido semula.... jam 8 doktor Fahmi datang... cakap operation postpone! Ari selasa sbb monday public holiday... lor! aku takkan nak cuti lelamakan? So minta izin suami nak pergi kerja. Kang Selasa depan la cuti.
Well its look like aku ni pentingkan kerja dari suami sendiri. Nampak bit kejam. Tapi aku kerja bukan tuk diri sendiri. Aku bukan sangat nak kejar kerjaya tapi itu sumber pendapatan aku. Walaupun tak banyak but itu la jugak membantukan? Zaman sekarang semua berduit... Walaupun aku berat hati nak tinggalkan Zamani. But aku kena ingat tanggungjawab aku yang satu lagi...
So aku pergi kerja. Sam[ai je opis Zamani cakap dia kena bedah... YA Allah!!! hanya dia je yang tahu. Marah geramnya aku dengan diri sendiri. and pihak hospital. Walaupun operation tak besar tapi, tapi still la! I should listen to my gerak hati tau! Sepanjang jalan ke opis rasa berat hati sebenarnya. Tapi tu la!
Balik semula ke opis dalam pukul 1.... rupanya operation major tu dapat siap within time frame. Tapikan... oeparation punya jadual pukul 3 petang, tapi pukul 1.30 petang dah masuk... korg bedah org ke ayam ni? Nurse bagi barang2 Zamani yang dia tinggal kat kaunter. OMG.... sedih time tu tau... Than ada amoi ni tegur aku...
"Ur husband ar??? " Aku angguk... bila dia tunjuk katil kosong.
"He lucky la! saya patutnya masuk ooooo... sepatutnya saya punya jadual pukul 130 petang... tadi doktor cakap tak jadi sbb jadual sudah penuh. Saya pun makan lor... ur husband tido. Dia belum makan apa-apa so dia ganti saya wor...."
Oh gitu ceritanya... sbb zamani punya timekan pukul 3 petang? Mungkin kalau cina tu tak makan dia mmg dulu. So dia postpone ke ari Rabu... ush....
Lucky tak lucky la... sbb tu aku tak dapat jumpa dia.
ok sambung entry lain la... aku yang tulis pun nak muntah cerita panjang2...ok time to work!
PS:- MUD RAYA BAI!
CidaZam bercerita lagi
No comments:
Post a Comment