Under one ruf ^-^

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Aryssa Dania Dalam Ingatan

Lilypie Angel and Memorial tickers

Langkah Kecil AmanI IMan ZulAikha

Langkah Kecil Ammar Yusuf

Ketibaan Orang Baru

Thursday, November 22, 2012

Full housewife

Minggu cuti deepavali dan awal muharam....


Omak dan bapak oden balik singapore sbb ada kenduri kawin. Jadi diorg bercuti selama seminggu kat sana. So its time tuk jaga amani iman. Aku sememangnya nak ambik cuti sepanjang minggu tu, tapi akukan org kuat kat opis. Kalau aku cuti lelama, bos aku akan merindui aku lebih dari abang zamani korang rindukan akak. So akak counter offer cik tipah to balik awal ari khamis. Jadi tak yah la aku or zamani cuti on fridaykan? Sbb perbelanjaan kat singapore adalah sangat mahal, maka dia pun agree nak balik ari khamis dari hari ahad. hahaha *hasutan menjadi*

Tetiba ari isnin, abang zamani cakap dia EL. Dia kesiankan aku kalau aku cuti dua hari. See dia pun mengalah dengan bos aku. Sbb dia cakap ari isnin kerja aku mesti melambak! Sementara dia pulak ari isnin kerja tak banyak. Relex2 jer... So atas persetujuan dan tanpa paksaan maka akak pun agree la... Mmg isnin bagi seorg penjaga buku kira2 mmg payah la ko nak cutikan. Lagi la cuti deepavali. Macam2 hAl kena settle. Org chase payment aku pun chase payment customer sebelum cuti panjang.

Tapi isnin tu aku masuk lambat. Dalam pukul 11 macam tu. Masak tuk lunch. Haaa yer... Baikkan saya? Risau pulak nak tinggalkan tanpa makanan. Leceh nak bawak anak gi kedai makan bagai. Tak la hebat sangat aku masak. Goreng sayur dan telur je. Wakakak... Janji adokan?

Pagi buat sarapan. Nasi goreng yang aku masak malam sebelum tu banyak. So panaskan maka abang zamani dan amani makan je nasi goreng untuk pagi tu... So tengahari makan sayur dan telur. Sebelum pergi kerja uruskan amani iman. Mandi semua. Oh aku lupa! sbb utama abang zamani ambik cuti sbb bila dengar aku nak bawak amani iman pergi opis abang zamani ambik EL tetiba. Eh tak percaya bini la tu. Dia cakap kang amani kacau aku kat opis. Alooo tak la kot... Pernah je bawak dia gi opis, tengok video ok jer. Anyway tak yah bantah la cakap dia. Dia pun dah ambik EL, kalau aku degil jugak, mau makan kasut dia. Glub!

So hari rabu turn aku pulak jaga amani iman. Oh baru teringat sepanjang bergelar ibu, this is the firsr time ok aku stay berdua dengan amani iman. Yer la kalau tak ada la mak ayah aku, tak pun zamani kan. Ni mmg kami berdua. Jeng jeng jeng. Ekceli bukan mudah la. Malam tu terpikir2. Bole ke berdua dengan dia ni? Rumah berselerak. Baju tak berbasuh, kenalah masak sbb tak ada kereta nak keluar pun nak cari makan. Satu malam duduk termenung. Hahaha jaga anak sendir je punkan? Abang zamani bole. Takkan ko tak bole? Eh jaga anak je ok la. Ni kalau ko nak buat kerja lain how? Lagilah mak aku cakap amani jenis tak nak duduk sorg. Dia nak org mengadap dia je. Very mengada. Tapi mmg betul pun. Minah ni tah ikut siapa. Tak bole kesunyian *renung en zamani tajam*

So bermula la kerja sebagai suri rumah sepenuh masa. Hahah poyokan?

Zamani request nak bawak bekal pagi tu. Nasib baik roti dengan pnut butter je.senang sikit. Pukul 7 bangun siapkan roti. Benda senang tak bole buat maka sila resign jadi isteri! Hahah. Since amani tak bangun lagi so aku siapkan susu dia. Than abang zamani pergi kerja, konon nak basuh baju semuakan? Harammmm! Join tido. Sudahnya terlajak kul 10 pagi.

Bangun pelan2 tapi amani iman sedar. Budak ni bukan main happy tengok aku tak kerja. Padan muke anak tido ko tak nak mandi. Sudahnya mandi berdua, sbb aku tak confident tinggalkan dia. Itu pun aku terkejut sbb dengar bunyi benda jatuh. Rupanya dia dah memanjat kepala katil nak capai barang.

Lepas mandi, sama2 tengok tv... Sementara dia layan kartun, aku buat susu dan roti bakar. Tapi amani tak makan, mak dia yang makan. Hahaha.

Around 12 bangun basuh baju. Dia pun sibuk. Aku masukkan dia dlm walker. Ha ikut la muntut mak hang. PAkaikan kasut, aku tak tahu macammana kasut asik terbukak. Dia syok pijak air. Bila aku sidai baju dia syok pulak tarik2 baju yang tergantung. Kira heaven la bagi dia main semua tu.

Than sambil basuh aku siang bahan2 tuk masak. Ari tu masak sup daging dan sambal ikan bilis je. Si amani iman punya la sibuk. Dia bukan nak main kat dapur tapi tak kasi aku buat kerja. Sibuk tarik baju aku nak gi hall. Aku bagi sudu ke, cawan ke, dia campak je. Meronta2 nak jugak duduk depan. Bosan la tu...

Sesekali aku terlari tengok mesin basuh. Tak tahan dengan tangisan dia, aku masuk dia dalam buai maka tido la dia kejap. Sementara dia tido, aku pun kemas la hall yang bersepah dengan mainan dia. Sakit kaki terpijak2 mainan dia. Time dia tido sempat la aku kemas dan sambung masak balik.

Dengar bunyi blander je melalak! Tergendala sekejap sesi masakan. Nasib baik masak sup je time tu... So campak2 je la... Layan dia tengok tv. Tapi ini budak, ada PHD tinggi. Tetiba barang mainan dia tak ada kat lantai. Macam clear. Terus sambung aktiviti memunggah.

Dah kemas dah...tak sampai satu saat dia datang keluarkan balik barang2... Dengki betul. Punya lama barang sepah kat lantai sentuh pun tak tau. Bila masuk bakul dia keluarkan balik. Hijau kakak time tu...





Tak cukup dalam bakul. Atas meja pun dia nak selerakkan. Lantak la ko di situ amani iman.













Abak dia pulak mcm tak percaya me jaga anak dara dia. Keep calling me dua jam sekali. Tanya buat apa... Amani buat apa... Yang best siap buat video call la! Hebat tak hebat tahap ketakpercayaan suami saya tu...

Kerja anak dara saya... Bagi main sepit baju sbb dia dok sibuk time aku tengah goreng ikan bilis. Pernhh tak berani aku.aku tolak walker dia, dia datang balik. Bagi sepit baju, nah! Campak terus.

Malas nak bising... Kang jiran cakap aku dera anak. Dah la nangis mcm kena belasah teruk. Last2 rasa melampau dah, bagi tengok vedio kat ipad...











Dah jadi tuan besar... Aku kalau bole tak nak biasakan dia dengan benda2 ni... Sbb obses yang melampau2. Tapi kadang2 terpaksa jugak sbb dengan benda ni dia diam. Kita nak buat kerja rumah. Dia nak kita temankan tengok tv, so macammana? Any good idea? Lagipun ipad ni pUn dia punya jugakkan? Hahah tetiba mak dia jadi tamak pulak nak bolot sengsorang. Nan adil!

Mmg penat la... Jadi suri rumah lagi susah dari ko kerja pejabat. I mean fizikallah... Kalau takat duduk umah jaga anak, and anak ko jenis sopan, aku rasa bahagia kot. Tapi anak yang lasak sila banyakkan istifar. Sampai amani iman kalau aku marah dia angkat tangan doa... Hahaha minta mak dia bersabar.

But everything semua ok... Lepas masak bagi dia makan dulu. Selera sungguh makan sup daging dengan nasi. Bangga betul bila anak makan bila mak masak. Terus ilang penat dan letih tu. Lepas makan, mandikan dia. Than tunggu abak balik kerja pukul 6 ptg.

Suami balik tersenyum lakan,

Anak dah mandi...

Dinner dah siap...

Rumah dah kemas...

Baju dah berbasuh...

Tapi lepas pukul 8 malam bini dah membongkang tido kat hall kepenatan... Hahaha... Seyes gue tabit spring to wanita yang urus rumah sepenuh masa... Penat wei... Or mungkin tak penat la sbb you have plenty time to do house work... I mean tak buat sekarang esok pun boleh buat, aku bole buat hari tu je la... Lepas tu kalau dah start kerja mmg tak ada la masa nak pegang penyapu.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails